Tuesday, April 23, 2013

Tarbiyah Naruto


Bismillah.

InsyaAllah,
alang-alang banyak input yang saya dapat daripada membaca komik,
sukalah saya berkongsi satu pengajaran yang diperoleh daripada salah satu episod komik Naruto.

Sila lihat gambar di bawah.

Baik. Sudah?
Apa yang kalian nampak?
Tak nampak apa-apa kan?
Sebab saya buka paint, tak lukis apa-apa pun, terus save=__="

Oke, tu persepsi je.
Sebenarnya gambar di atas adalah gambar lukisan (luksan?) berwarna putih.
Cuma kita je tak tau nak tumpukan pandangan kita pada apa sebab ianya seolah-olah kosong. Seolah-olah.

Apa kaitan dengan Naruto?

Ada satu episod, dalam Naruto,
Jiraiya; salah satu daripada tiga ninja lagenda Kampung Daun mengajarkan ilmu ninja tahap A; Rasengan kepada Naruto sambil-sambil mencari Tsunade yang bakal ditaklifkan menjadi Hokage kelima.

Teknik Rasengan ini memerlukan daya penumpuan yang jitu untuk menghasilkannya.
Pada awalnya, Naruto menumpukan chakranya ke tapak tangan untuk menghasilkan gelombang pusaran.
Namun, tidak berjaya.
Lalu, Jiraiya membuat sesuatu yang membolehkan Naruto menumpukan chakranya.


Jiraiya melukiskan bulatan di tapak tangan Naruto sebagai pusat penumpuan chakra.
Beliau menjelaskan;


Lalu, barulah Naruto dapat menumpukan chakranya dan dapat menghasilkan Rasengan.


Sasuke terkejut melihat kehebatan Rasengan Naruto

Baik.
Tamat kisah Naruto.




Perkara yang saya cuba bawa di sini mudah sahaja.

Cuba lihat gambar baju di bawah, tenung dalam masa 5 saat,

dan lihat yang ini pula, juga dalam masa 5 saat,


Nampak tak perbezaannya?
Kalau dah ada gambar kan barulah kita dapat tumpukan pandangan kita pada gambar tersebut.
Siap boleh baca dan berfikir lagi, "game over? Oh... Kehkeh...".
Maka, kita memandang pada baju kedua lebih bertumpu daripada pandangan pada baju pertama.
Dapat?



Dan yang terakhir, lihat baju T untuk wanita ini pula,

Ke mana agaknya kita lemparkan pandangan dan pemikiran kita kalau kita lihat seorang wanita memakai baju bertulisan besar di tengah-tengah baju sebegini?
Agak-agak mahu ke sahabat-sahabat sekalian ditatap sedemikian?

...

Saya tinggalkan persoalan ini buat sahabat-sahabat sekalian jawab pada diri sendiri. Faham ke tak ek?

Teringat kata-kata Ustaz Azhar Idrus yang mafhumnya lebih kurang begini,
"cara orang kafir menelanjangkan anak gadis orang Islam cukup dengan mereka mereka pakaian yang singkat dan ketat dan menjualnya untuk anak gadis ini beli dan memperagakan untuk menelanjangkan diri sendiri".

Dan mungkin boleh saya katakan bahawa ini adalah salah satu usaha untuk melelong maruah kaum hawa di jalanan yang sepatutnya harganya tak terbeli mahalnya. Mahalnya.

Semoga kita lebih cakna akan perkara sebegini, baik dalam kalangan keluarga kita, sahabat kita, mahupun masyarakat kita. Jaga dan tegur mereka. Kot ada adik perempuan nak pakai macamni, kghepuk sikit kepala dia.

Jom ubah!
Ini kali lah!

Wallahu a`lam.
Afify Shamel AbdelRazak GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: