Showing posts with label jauhar. Show all posts
Showing posts with label jauhar. Show all posts

Monday, May 6, 2013

Jauhar - Ikhtilat atau Muamalat (Mei/2013 Edisi 20)



Assalamualaikum w.b.t
Harap semua warga GEN09 berada dalam keadaan sihat sejahtera.Bagaimana pula dengan iman kita hari ini? Moga-moga segala amal yang kita lakukan akan membantu menambahkan iman kita, Insya Allah. Pada edisi kali ini, kami ingin mengetengahkan isu yang kadang kala dipandang enteng oleh sesetengah pihak iaitu “ Ikhtilat Atau Muamalat?”.Antara objektif yang cuba dicapai pada edisi kali ini antaranya ialah :
1. memberi penerangan yang lebih berkesan berkaitan isu ikhtilat
2. meningkatkan kesedaran bagi menjaga adab pergaulan antara lelaki dan perempuan
3. memperkasakan biah solehah dalam kehidupan seharian
Besarlah harapan kami agar edisi kali ini dapat memberikan pencerahan berkenaan isu ikhtilat ini. Jadi bersempena dengan pilihanraya GEN09 dan juga PRU13, walau siapa pun calon pilihan kita,pastikan agar kita tidak lupa akan kewajipan kita sebagai seorang muslim dan sentiasa memastikan ukhuwah kita berkekalan..buatlah pilihan yang bijak.

Selamat mengundi!


Tuesday, April 16, 2013

Jauhar - Kemahiran Insaniah (April/2013 Edisi 19)



Assalamualaikum w.b.t

      Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasullulah s.a.w, ahlul beit dan para sahabat. Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk bertemu kembali dalam   Jauhar edisi ke 18. Sebagai kesinambungan kepada tema membaca (input) pada edisi yang lepas, Jauhar kali ini akan berbicara tentang kemahiran    insaniah (output). 
     Kita sebagai pelajar dan bakal bergelar seorang doktor seharusnya sudah berjaya menguasai             kemahiran insaniah ini. Seperti yang kita ketahui,    kebanyakkan para graduan sering dikatakan tidak mempunyai pakej yang lengkap untuk memasuki alam pekerjaan kerana tidak mempunyai penampilan diri yang baik, kurang kemahiran berkomunikasi  dan     penguasaan bahasa, kurang kemahiran sosial dan    kurang bermotivasi. Memang terasa pedas, tetapi  itulah kenyataannya.
      Persoalannya, apa itu kemahiran insaniah?         InsyaAllah, Jauhar kali ini akan cuba mengupas lebih lanjut tentang isu ini. Antara objektif yang cuba dicapai ialah:

 1. Memberi pendedahan kepada ahli tentang           kemahiran insaniah dan kepentingannya.
 2. Menggalakkan ahli menambah keyakinan diri dalam meluahkan pendapat dengan berhikmah, bijak dan      beradab.
 3. Mempersiapkan diri menjadi graduan perubatan yang berkeyakinan dan serba boleh.
 4. Memberi kesedaran dan meningkatkan kemahiran interpersonal terutamanya kemahiran komunikasi.
 5. Memahami potensi diri sebagai agen perubah.
    
Maka dikesempatan ini, kita haruslah mengambil    ruang dan peluang yang ada untuk mempersiapkan diri agar menjadi graduan kelas pertama,  insyaAllah. Selamat membaca dan mempraktikkannya!


Wednesday, March 6, 2013

Jauhar - Membaca dan Seinfiniti Ilmu (Mac/2013 Edisi 18)


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana kita dapat bertemu kembali di dalam Jauhar edisi 18 ini yang bertemakan “Membaca dan Seinfiniti Ilmu”. Tema ini dibawakan khusus bersempena dengan pelancaran  Kempen Membaca yang julung kali diadakan di peringkat batch Gen 9.
Mahasiswa  kini lazim dikaitkan dengan membaca hanya untuk peperiksaan.Minat membaca terhadap bahan selain dari pelajaran berada pada tahap lemah .Walaupun masih ada segelintir yang minat membaca tetapi sebahagian besarnya cenderung terhadap majalah picisan atau hiburan. Jadi bagaimana ingin melahirkan mahasiswa yang intelektual dan proaktif terhadap isu-isu semasa?  Bagi mengupas persoalan ini, edisi kali ini cuba membawakan beberapa objektif iaitu:
1. Memberi dorongon kepada ahli untuk membaca pelbagai jenis bahan bacaan selain medik.
2. Pendedahan kepada ahli mengenai teknik pembacaan yang berkesan dan efisyen.
3. Memupuk sikap cintakan ilmu pengetahuan.
Budaya membaca yang kuat adalah teras utama dan prasyarat untuk menjadi sebuah negara maju. Jatuh bangun sesebuah negara dan bangsa adalah bergantung kepada tahap pemikiran dan minda rakyatnya.
Maka bacalah! Kerana membaca itu anak kunci kepada ilmu. Ilmu itu pula iman kepada segala amalan. Allah s.w.t telah memilih iqra' untuk mentarbiah umat. Besar harapan agar penerbitan edisi kali ini dapat menyuburkan kembali tabiat membaca dalam diri kita.
Akhir kata, manfaatkanlah masa lapang dengan bahan yang berilmiah.Selamat membaca!



 RESPONS TAMBAHAN AHLI GEN09


Thursday, January 24, 2013

Jauhar - Kita & PRU (Februari/2013 Edisi 17)


Islam adalah agama yang berorientasikan amal. Untuk beramal, Islam menuntut
umatnya untuk berilmu dan faham akan amal yang dilakukan.

Seperti yang kita maklum, usia 21 telah melayakkan kita untuk mengundi dalam pilihan raya umum (PRU) bagi menentukan parti politik yang akan membentuk kerajaan dan mentadbir negara Malaysia. Oleh yang demikian, kita seharusnya memahami sejarah dan kronologi PRU dan mengetahui faktor-faktor yang perlu ada bagi sesebuah kerajaan yang memerintah, kan....?

Allah Taala berfirman yang bermaksud:
“Dan jangan kau turuti apa yang kau tidak mempunyai ilmu tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan dipersoalkan”

(Al-Isra’ : 36 )

Ayat ini melarang manusia daripada melakukan sesuatu tanpa pengetahuan mengenai perbuatannya.


Jadi, amatlah tidak wajar sekiranya kita sebagai mahasiswa dan warga berpendidikan tidak tahu malah buta tentang ilmu kepimpinan, pentadbiran, organisasi, parti, calon, pilihanraya, tokoh dan sebagainya sedangkan pelbagai sumber ilmu dan kefahaman tentang perkara-perkara ini sudah terbentang di depan mata.



Jadi, ambil Jauhar ni, dan baca.
Sekian.



Thursday, January 3, 2013

Jauhar - Kewangan (Januari/2013 Edisi 16)


Assalamualaikum

Rakan-rakan Gen 09,
      Jauhar datang lagi dengan gaya baru, wajah baru dan semangat baru sempena tahun baru 2013. Sekarang bermulalah sesi baru dalam lingkungan hidup kita era 20-an, bukan lagi belasan.
      Tema bulan ini ialah “Bajet Baru” (perancangan kewangan sebenarnya tapi nampak menakutkan sangat). Objektif kami menumpukan topik ini ialah:
1) Memberi kesedaran berkenaan tanggungjawab kewangan atau fiscal responsibilty
2) Menjadikan ahli Gen 09 generasi yang bijak merancang kewangan demi masa depan lebih cerah
3) Mendedahkan ahi Gen 09 akan keperluan kepada sistem kewangan yang mematuhi syariah (syaria compliance) yang bukan sekadar berjenama Islam malah membawa aspirasi dan roh Islamiah
4) Menyemai sifat suka menabung, bersedekah dan menginfakkan harta untuk dakwah dan umat.
    Ruangan pada tahun ini menampilkan Abul Akmal Arif dengan kolum bulanan Top 10, Unit Fiqh PERUBATAN dengan kolum Q& A serta liputan menyeluruh untuk 2 program signifikan untuk batch, bagi edisi bulan ini, Summer Sharing Session dan GLOW with FLOW.
       Ruangan kreatif turut menampilkan cerpenista yang dirahsiakan identitinya dengan cerpen bersiri, Sepanyol Aku Datang serta terjahan Zharief Afzal dalam ruangan Respon.
Memang meriah Jauhar tahun ini!
EDITOR ,
JAUHAR 2013.