Showing posts with label ramadhan 2012. Show all posts
Showing posts with label ramadhan 2012. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Bulan Ramadhan, Bulan Ibadah



 يَاأَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 
“Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, mudah-mudahan kamu bertakwa.” [ Al-Baqarah:21 ]

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.” [ Al-Baqarah:183 ]

     Ayat yang pertama di atas berkaitan pengabdian diri kepada Allah atau ibadah manakala ayat yang kedua pula berkaitan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan. Kedua-dua ayat ini mempunyai persamaan iaitu di akhir ayat, Allah Ta’ala akhiri dengan kalam “…mudah-mudahan kamu bertakwa”. Jadi, ibadah dalam bulan Ramadhan amat-amat dituntut seperti solat sama ada fardhu dan sunat, membaca al-quran, bersedeqah, mengimarahkan masjid dan banyak lagi agar kita dapat meraih darjat yang tinggi di sisi Allah iaitu Taqwa.

Terdapat beberapa amal ibadah yang utama ditekankan untuk menghidupkan bulan yang mulia ini, antaranya ialah:

     1) Qiamullail dan menghidupkan Lailatul Qadr 

Sabda Rasulullah S.A.W,
 مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ 
“Barangsiapa yang menunaikan solat malam di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, diampuni dosa-dosanya yang lalu” (HR. Bukhari dan Muslim)

Allah Ta'ala berfirman,
 إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ 
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan (al-Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan." (Al-Qadar: 1-3)

Sabda Rasulullah S.A.W, 
وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ 
"Dan siapa yang menunaikan solat pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR. Bukhari dan Muslim) 

     Apabila tiba 10 malam terakhir pasti pelbaga persoalan yang timbul. Antaranya “adakah malam ini, malam itu lailatul-qadr?, dapatkah aku malam al-qadr ni?” dan sebagainya. Janganlah kita terlalu dibuai kerisauan yang tidak berpenghujung. Analogi yang mudah, bayangkan seorang pelajar yang perlu menjawab 1 soalan yang mempunyai jawapan A daripada 10 soalan MCQ. Pelajar itu masih mampu untuk mendapatkan markah untuk soalan tersebut sekiranya dia menjawab semua 10 soalan MCQ tadi dengan jawapan A. Begitu juga dengan malam al-Qadr. Jika mahukan Lailatul Qadar, beribadahlah setiap 10 malam terakhir! 
     
     Dan terdapat satu doa khusus untuk Lailatul Qadar iaitu dari 'Aisyah, ia berkata: Wahai Rasulullah, jika aku mendapatkan Lailatul Qadar, apa yang harus aku baca? Beliau menjawab, "Ucapkan: 
اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي 
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, menyukai pemberian maaf maka ampunilah aku." (HR. Ahmad dan al-Tirmidzi, dishahihkan Al-Albani)

Hidupkan Lailatul Qadar, bukannya Lailatul Kamdar :P

     2) Iktikaf 

     Rasulullah mengajar kita supaya beri'tikaf pada bulan Ramadhan selama 10 hari. Manakala pada tahun kewafatan baginda, baginda telah beriktikaf selama 20 hari (HR. Bukhari dan Muslim). Iktikaf atau dengan kata lainnya tinggal di dalam masjid dalam tempoh tertentu merupakan sunnah yang perlu diamalkan lebih-lebih lagi dalam bulan ibadah ini. Apa yang kita perlu tahu mengenai Iktikaf boleh lihat di sini :  

     3) Memperbanyakkan berzikir, beristighfar dan berdoa 

     Dipanggil bulan Ramadhan sebagai bulan yang berkat kerana malam dan siangnya adalah waktu-waktu yang mulia dan utama. Maka manfaatkanlah keistimewaan Ramadhan dengan memperbanyak zikir, istighfar dan doa, khususnya pada waktu-waktu istijabah seperti: 

- Saat berbuka, kerana seorang yang berpuasa saat ia berbuka memiliki doa yang tak ditolak. 

- Sepertiga malam terakhir, saat Allah turun ke langit dunia dan berfirman, "Adakah orang yang meminta, pasti aku beri. Adakah orang beristighfar, pasti Aku ampuni dia." 

- Beristighfar di waktu sahur, seperti yang Allah firmankan, "Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah)." ( Al-Dzaariyat: 18) 

     Sesungguhnya bulan Ramadhan tidak hanya sebatas berpuasa dengan meninggalkan makan, minum, dan hubungan suami istri, banyak ibadah lain yang boleh diamalkan untuk mengisi pagi dan malamnya dengan pelbagai amal soleh. Hal ini untuk memuliakan bulan Ramadhan sebagai bulan yang penuh barakah dan rahmah serta merebut peluang pahala yang dilipatgandakan. Amat rugi jika kita masih leka dan tidak mengambil manfaat bagi Ramadhan tahun ini yang berbaki beberapa hari saja lagi.

     Jadi terus perhebatkan ibadah kita dan jangan lesu, marilah mengejar TAQWA!


Saturday, July 28, 2012

AKU LIHAT ISLAM SUBUR DI SELANGOR

Jika Kelantan menggariskan 5 kempen bersempena Ramadhan sebagai usaha kerajaan menghidupkan bulan yang berkat ini, disamping program Qaryah Ramadhan, Selangor pula istiqamah dengan merealisasikan misi “BALDATUN TOYYIBATUN wa RABBUN GHAFUR”.

Malah, dikhabarkan  bahawa bilangan ustaz untuk menerima jemputan-jemputan ceramah Ramadhan di Shah Alam dan sekitar Selangor sangat tidak mencukupi.  
Tanyakan sahaja bila waktu yang bersesuaian untuk anda hadiri, jika tidak sesuai di Masjid A, sudah tentu Masjid B,C atau D sedia menanti anda dengan taman-taman syurga mereka.

Kata Imam Ahmad Ibn Hanbal, ketika ditanya seseorang tentang jalan menuju tuhan, berikut jawab imam Ahmad:-

“Jalan menuju Allah itu, lebih banyak jalannya jika dibandingkan dengan nafas-nafas setiap manusia.”

Maka beruntunglah rakyat,berbahagialah manusia, jika pemimpin mereka sendiri bersungguh-sungguh mengajak dan menghidangkan jalan menuju tuhan. Tinggal sahaja persoalannya, adakah kita sebagai rakyat bersungguh-sungguh dalam mencari cinta Tuhannya terutama saat Ramadhan menjelma?

ibunda tercinta sahabat gen9 (aimatnuddin husairi hussain) di Qaryah Ramadhan 2012, Kelantan. 

RAMADHAN YANG BERBAKI
 Sedar mahupun lena, hakikatnya Ramadhan tahun ini sudah berkurang bilangan harinya. Seminggu (7 hari) yang kita lalui, menandakan semakin hampir untuk kita bertemu fasa kedua bulan barakah ini.

Jika 10 hari terawal disebutkan satu hadith riwayat Salman Al-farisi (taraf hadith dhoif) sebagai fasa memburu rahmat, adakah kita telah benar-benar memburunya? Adakah kita faham pentingnya rahmat Allah sehingga kita perlu memburunya?

Mafhum hadith sohih riwayat Muslim, dari Jabir r.a telah berkata Rasulullah:

“Bukanlah Amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata RAHMAT Allah SWT sahaja”


KESIMPULAN : BAGAIMANA  RAMADHAN  KITA?

Sesuai dengan umur 21 tahun, dengan rata-rata semakin ramai mula menginjak ke alam rumah tangga,maka persoalan bagaimana ramadhan kita pada tahun ini wajar direnung dan diberikan jawapan yang membanggakan. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri yang terlalu ingin melihat syurga Si Pencipta.

Beberapa solusi untuk memantapkan ramadhan yang berbaki perlu di senarai dan dilakukan dengan azam yang tinggi. IF YOU FAIL TO PLAN,THEN YOU ARE PLANNING TO FAIL.

Sudah tentu, FAIL dalam peperiksaan bukan keinginan kita, ini kan pula Ramadhan.

Ahli batch Gen 9 iftar (ammar hamz, wawan, hanif, farhan) di Masjidilharam, Ramadhan 2011.  



 SOLUSI CONTOH UNTUK PANDUAN BERSAMA

(Gearing up for Ramadhan methods)

Tarawikh 8 rakaat -> tarawikh 12 atau 16 rakaat
Qiam 2 rakaat -> qiam 4 rakaat
Tadarus Al-Quran  4 Maqra’ -> Tadarus Quran 6 atau 8 maqra’
Sedekah harian RM 1 -> sedekah harian RM 5 atau RM 10
Solat taubat malam sebelum tidur malam-> solat taubat siang (cth: waktu dhuha) dan malam
Dan lain-lain.


-afiquehidayat-