Showing posts with label Ukhuwah. Show all posts
Showing posts with label Ukhuwah. Show all posts

Friday, February 14, 2014

UKUWAH




     UKHUWAH     

Mungkin sudah acap kali kita mendengar perkataan ukhuwah. Bahkan antara kita ada yang sudah lelah untuk membicarakannya lagi kerana selama ini ukhuwah hanya sekadar menjadi dambaan tanpa mengetahui bilakah akan terlaksana. 

Tetapi adakah kita mengetahui makna sebenar perkataan di atas?Atau sekadar meniti di bibir tanpa menusuk ke dalam kalbu?


DEFINISI UKHUWAH

Dari segi bahasa : berasal dari perkataan akhun yang membawa erti saudara, teman, sahabat dan lain-lain lagi.

Dari segi istilah : Menurut Al-Quran : Perasaan kasih sayang, tolong menolong, bantu membantu, bertolak ansur, bermesra dan cinta mencintai antara sesama umat Islam tanpa terkecuali, Allah berfirman Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : 10)

Menurut hadis : Seperti tubuh badan ,darah daging, dan roh umat Islam sendiri .

Rasulullah s.a.w bersabda “ Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan uang satu , apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.” 

Menurut As-Syahid Imam Hassan Al-Banna : Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah.Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan beharga persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur.Kekuatan yang pertama adalah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain. 

Menurut Imam Ghazali : Ada 4 kategori :

1-Ukhuwah dijalinkan atas dorongan keseronokan seperti paras rupa, tingkah laku dan sebagainya.

.2- Untuk kepentingan diri (peribadi) untuk tujuan kebendaan di dunia tidak lebih daripada itu.

.3- Untuk kepentingan akhirat semata-mata seperti pencinta ilmu mengasihi guru dan para ulama' bukan untuk mendapat keuntungan kebendaan di dunia tetapi untuk mendapatkan iman dan taqwa yang pasti dapat menyelamatkan diri dari azab api neraka di akhirat.


4- Persaudaraan yang diikat erat daripada kesedaran iman dan taqwa kepada Allah. Terjalin semata-mata patuh dan taat , menyembah dan menyerah diri kepada Allah.


 (عَنْ أَبِيْ حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ عَنِ النَّبِيِّ قَال: (لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ ِلأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ [مِنَ الْخَيْرِ]  
(رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.)


Dari Abu Hamzah, Anas bin Mâlik Radhiyallahu 'anhu, dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian hingga ia mencintai untuk saudaranya segala apa yang ia cintai untuk dirinya sendiri berupa kebaikan”. [HR al-Bukhâri dan Muslim].
 


ADAB-ADAB BERUKHUWAH

1- Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jika tidak mampu dia berikan apa yang        lebih dari hajatnya.

2- Bersegera membantu sahabat yang memerlukan bantuan kita.

3- Menyembunyikan rahsia sahabatnya.

4- Menutup keaiban sahabatnya.

5- Meninggalkan berbantah-bantah.

6- Tidak suka sindir menyindir dan perli memperli.

7- Sentiasa mendoakan sahabatnya dalam senang dan susah.

8-Sentisasa melafazkan dengan perkataan “inni uhibbuka/ki fillah” yang bermaksud                sesungguhnya aku mencintai kamu kerana Allah.

9-Sentiasa bertanya khabar melalui sms , email dan sebagainya.

10-Tidak mengabaikan pesanan/sms dari sahabatnya.


11-Sentiasa mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikannya.





PERINGKAT-PERINGKAT UKHUWAH

Dalam kitab 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam' oleh Syeikh Fathi Yakan:
Terdapat 3 peringkat ukhuwah:

1)Ithaar 
2)Salamatus As-Sadr 
3)Husnu Dzon 

Ithaar merupakan kemuncak ukhuwah


'Ithaar itu apa ye?'

Ithaar ni tak ramai yang dapat dalam ukhuwah , bahkan ranking terbawah sekalipun iaitu Husnu Dzon pun tak ramai yang dapat .

Ithaar ini ialah kita lebih pentingkan sahabat daripada diri  kita sendiri.

Lagu mana tuh?

Macam Kaum Ansar yang sanggup bagi Isteri dekat Kaum Muhajirin .

Senang cerita , Ithaar ini kita bergembira dengan kegembiraan rakan kita .

'Berehh , Berehh . Salamatus As-Sadr pulok?'

Salamatus Sadr ialah berlapang dada .Kita berlapang dada dengan apa yang kawan kita buat dan kecapi .

Kawan dia ejek , kawan dia hina , dia tenang je . dia berlapang dada .

'Husnu Dzon bersangka baik kan?'

Benar . Ramai tahu , tapi peringkat tercorot carta ukhuwah ini pun orang tak dapat nak buat,  apatah lagi yang ranking 2 dan ranking 1 .

Kawan buat sikit , terus sangka buruk , terus nak cemuh .

Haihhh .Muhsabah lah . Kita di peringkat ukhuwah yang mana ? :') Tepuk dada tanya Iman.


P/S:Jom sama2 kita berukhuwah di Family Day =)






Wednesday, March 7, 2012

Bukan Kerana Nama


Assalamualaikum W.B.T

Segan rasanya nakberceloteh di sini. Risau tulisan kali ini tak bermanfaat dan tak menambahpercambahan minda kalian. Jadi awal-awal lagi saya nak mintak maaf ye, kot-kotlah tetiba tengah baca rasa “Cis, membazir masa aku je baca blogpost Adilahni!”

Dua tiga hari lepas saya teringin betul makan donut. Ditambah lagi badan taksihat (mungkin disebabkan perubahan cuaca agaknya), psikologi seolah-olahmenyuruh saya supaya memanjakan diri ini lagi. Di kepala asyik terbayang donutsahaja.

Nak mengharapkan diri sendiri nak buat, tak ada arah ler. Sejak percubaanpertama membuat donat kurang menjadi, semangat menguli donut jatuhmerudum-rudum! Jadinya, option yang tinggal hanyalah, pergi kedai dan beli. Namun,tahu-tahu sahajalah, di Mesir ini nak cari kedai donut payah sedikit. Bukannya macam Malaysia.Petang-petang ada mak cik jual kuih, boleh beli bila-bila masa sahaja. Ah,nikmat betul balik Malaysia!

Kegilaan saya untuk makan donut akhirnya tersebar luas. Tentu sahaja denganmedium Facebook. Adalah dua tiga orang post gambar donut pada saya. Macam-macamwarna dan perisa. Yang pasti, frekuensi menelan air liur makin tinggi! Takkurang juga yang bertanya di kelas. Segan pula. Terasa diri ini dilabel sebagaibudak kuat makan pula!



Dari Abi Hamzah Anas bin Malik Radiyallahu ‘Anh Khadam Rasulullah dariNabi Muhammad S.A.W telah bersabda; Tidakberiman sesorang kamu sehingga dia mencintai sudaranya seperti apa yang diacintai untuk dirinya. Diriwayatkan olehBukhari dan Muslim.



Semalam, memangbetul rezeki saya. Kerana donut, terzahir cinta sahabat :) Hiperbola? Taklah.Terharu sungguh! Buat sahabat, terima kasih!!

Hey, donut kat Universiti Cairo tu dah la mahal! Kalau bukan sebab sayang,bukan sebab kasih, bukan sebab cinta, mereka takkan terfikir pun kan nak belidonut tu untuk saya?
Eh, kawan-kawan lain janganlah terasa. Kalau kalian takde, saya rasa saya takmampu survive di lembah Nil ni. Serius tak mampu!




Tacing pulak dah... Tapi betullah, Rasulullah pun pesan kan? Tak berimanseseorang tu kalau dia tak sayang saudara dia macam dia sayang diri diasendiri. Orang yang beriman sebenarnya orang yang bertimbang rasa dengansaudaranya. Gembira dan sedih adalah perasan yang dirasai bersama. “Terapungsama hanyut, terendam sama basah.”

Sama-sama senang,sama-sama susah. Nak buat baik dengan kawan, tak perlu fikir balasan dunia.Balasan tuhan lagi besar. Aish, rasanya masing-masing dah fakih dengan Hadithpertama dalam Hadith 40 kan? Jangan sebab salah niat, habis belaka amal kita.Lesap dan lenyap macam tu saja.

Imam Ghazali punya pendapat, ada 3 golongan kawan, tapi dia seorang pendengki!Nak tahu?

1. Tak mahu kawannya menerima nikmat, dan kemudian meminta nikmat tu berpindahpadanya.
2. Barharapagar nikmat yang ada pada kawan ni hilang. “Kalau aku tak dapat, jangan harapko dapat!.” Imam Ghazali kata golongan second ni lagi teruk daripada yangpertama.
3. Tidaksuka orang lain lebih tinggi daripadanya. Bagi dia, at least, biarlah samataraf, kalau lebih tak boleh.

“Adakah engkau yang berhak membahagikan kurnia tuhanmu? Kami telah bahagikanantara mereka kehidupan mereka dalam hidup dunia ini,”



(Surah Al Zukhruf: Ayat 32)



So, siapalah kita nak deny nikmat Allah. Kalau ada nikmat lebih tu kongsilahdengan kawan-kawan kita. Bukan setakat kawan, adik beradik, mak ayah, pak cikmak cik, sepupu sepapat pun saudara kita juga. Nikmat bukan setakat duit dan makanan. Nikmatlidah kita guna dengan perkataan dan sapaan yang baik, nikmat tangan kita guna dengan tulisanyang menyenangkan. Ye dak?

Dan, kalau cubit peha kanan, peha kiri sakit juga kan? Adik beradik kita diSyria, di Palestin yang setiap hari bertarung nyawa, bersusah payah hidup untukaqidah Islam tu, kita letak di mana? Zahirkan iman kita dengan cinta kita padamereka. Masing-masing dulu pernah belajar, iman itu membenarkan dengan lidah,perbuatan, dan hati. Pedulilah dengansaudara seaqidah kita. Kelak takut di SANA, ada yang bertanya di mana kita di saatmereka perlukan kita.

Jomjaga hak saudara-saudara kita. Kalau bukan kita siapa lagi?


Sekian.



Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insanRamli Sarip, Bukan Kerna Nama