Showing posts with label hati dan perasaan. Show all posts
Showing posts with label hati dan perasaan. Show all posts

Monday, March 10, 2014

SELAMAT ITU SATU PILIHAN

SELAMAT ITU SATU PILIHAN?


SELAMAT KE TAK SELAMAT?
okey ke tak okey?
cerah lagi ke? ke dah gelap kat luar tue?
Persoalan yang datang setiap kali seorang akhawat nak keluar malam,

Persoalan yang timbul setiap kali seorang akhawat nak keluar muhafazah dan jalan jauh-jauh,  Persoalan yang juga timbul setiap kali seorang akhwat mula ragu-ragu nak keluar rumah..

Kenapa timbul persoalan ini?


Kerana dia tahu,dia perlu pertimbangkan setiap tindakannnya dapat memberikan kemaslahatan dan menjauhi dirinya dari setiap kemudharatan.
Setiap tindakan yang diambil tanpa ada penelitian yang masak,mungkin menyebabkan dia tersilap mengatur langkah dalam kehidupan.

Sama juga situasi dimana,...
seorang ikhwah yang ternampak seorang akhawat yang berjalan seorang diri pada suatu malam..lantas
,difikirannya mula bertanya pada dirinya :"

"nak tanya ke  tak nak tanya..
nak ikut je ke senyap2,or biarkan sahaja
nak offer tolong jadi musyrif ke nak biar dia mintak tolong dulu..



Kenapa timbul persoalan ini,??
kerana dia tahu kepentingan untuk saling menjaga kemaslahatan dan menggelakkan kemudharatan yang mungkin terjadi bilamana ada aspek diabaikan.



Itu antara situasi yang berkaitan dengan keselamatan yang saya kira paling popular dalam kalangan komuniti masyarakat Malaysia di Mesir,







GARIS PANDUAN DALAM ISLAM

Sesungguhnya,Islam telah meletakkan garis panduan dan etika yang perlu diikuti oleh seluruh ummat Islam dalam melakukan setiap tindakan dan perkara. Garis dan panduan yang telah ditetapkan bukanlah untuk mengongkong,menyusahkan,membebankan mahupun menyekat kebebasan seseorang tetapi untuk menjaga tingkah laku dan tindakan individu agar selari dan bertepatan dengan tuntutan syarak.


Keselamatan adalah Antara keperluan asas bagi setiap manusia.
Pentingnya menjaga keselamatan ini dalam mewujudkan biah sentosa ,aman dan dan sentiasa bahagia. Agama Islam sangat menekankan soal keselamatan.Baik keselamatan diri,masyarakat,Negara dan jua agama.





MAQASID SYARIAT ASAS PENSYARIATAN

MAQASID syariah secara umumnya adalah rantaian lima prinsip Islam yang asas iaitu menjaga dan memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. 

Oleh itu, pada hari ini teras maqasid syariah sangat penting dalam setiap konteks tindakan yang diambil baik, dalam perkara besar mahupun sekecil perkara
Undang- Undang dan peraturan Islam yang diturunkan kepada umat manusia adalah berhadafkan untuk menjaga 5 komponen penting:

1.Menjaga Agama
2.Menjaga Diri/jiwa
 3.Menjaga Akal
4.Menjaga keturunan
 5.Menjaga Harta

 Kesemua perkara yang telah disebutkan di atas mestilah difahami oleh seluruh umat islam supaya mereka selesa melaksanakan tuntutan islam dan dapat memelihara diri daripada melangkaui sempadan dan had yang telah ditetapkan oleh islam melalui kefahaman yang sahih berkenaaan setiap perkara di atas.

Islam datang untuk membebaskan mereka daripada kesempitan dan kezaliman agama kepada KELUASAN dan KEADILAN ISLAM"

SIKAP AMANAH DAN WASPADA

Isu keluar malam tanpa musyrif,isu musyrif susah nak dapat,isu rumah kena pecah masuk,isu,handphone kena ragut mungkin boleh selesai atau dikurangkan bilamana kita mengambil perhatian akan kepentingan menjaga diri dan keseluruhannya.

Seterusnya,menyebabkan kita sentiasa mengambl langkah berjaga-jaga dan waspada.
Saidina Umar bin Khattab ra mengatakan bahawa “Waspada adalah sebahagian dari takwa”.


Dalam kesempatan lain ia mengatakan, “Waspada adalah sifat orang yang beriman.” Wallahu a’lam.

Tanggungjawab itu datang dengan amanah.
setiap orang ada amanah yang dipikul..
baik individu mahupun berkumpulan.
baik akhawat mahupun ikhwah

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,
oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan(surah an-nisa:34)


Disebut dalam al-quran:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah At-Taubah, ayat 71)

Ayat-ayat diatas jelas menunjukkan kepentingan saling membantu antara satu sama lain selagi mana tidak bertentangan dengan syarak.

Bilamana kita tahu tanggungjawab kita apa,
tiada alasan untuk tidak menunaikannya.
sungguh,yang paling berat dalam dunia ini,adalah amanah..

amanahlah dalam memelihara kehormatanmu,menjaga maruahmu dan memelihara keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Ahzab: ayat 59)

Jelas,ayat di atas menunjukkan pemakaian yang baik juga mampu menjaga maruah dan keselamatan  seorang indiviu..
Baik muslimah mahupun muslimin,
di samping kita mematuhi etika dan garis panduan lain yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.




Kesimpulannya,dalam melakukan sesuatu tindakan atau perancangan sama ada untuk jangka masa panjang atau pendek, kefahaman dan peneltitian ini perlu menjadi kretiria dan pra-syarat utama dalam membuat sesuatu keputusan berkenaannya terutama apabila melibatkan aspek agama, jiwa, akal, keturunan dan harta secara keseluruhannya ke arah mendatangkan kebaikan dan kemaslahatan kepada masyarakat dan komuniti.

Andai kata keselamatan bukanlah perkara yang penting dalam hidup sudah pasti tiada profession polis,tentera,penjaga keselamatan ditubuhkan.

 ISLAM MENJAGA KEMASLAHATAN

Percayalah,selagimana hukum islam belum dilaksanakan secara total,dunia ini akan penuh dengan orang jahat dan berniat buruk .Orang Tak kenal Allah,tak Takut Allah..


Terbukti Di BRUNEI, 

Baru  cakap nak  laksanakan HUDUD,tapi jenayah dah turun 50%.
Tidak dapat dinafikan,
Orang-orang yang yakin ialah orang-orang yang yakin kepada Allah dan Rasulullah s.a.w, 
iaitu yakin kepada Islam 
mestilah yakin juga kepada hukum Allah dan tidak yakin kepada yang lain daripada hukum Islam.

Allah menjanjikan kelebihan, kurniaan, pahala dan syurga serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat kepada siapa yang beriman dan beramal salih. 
Di antaranya mereka yang menegakkan hukum Allah. 




Ingatlah sahaba-sahabat,
Sungguh
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi
biar beringat,asal selamat…
Pelihara diri kita ,rumah kita ,komuniti masyarakat,Agama dan Negara Kita =D

Untuk selamat,pilihlah cara islam telah tentukan baik dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara..



KEMPEN KESELAMATAN GEN09
CAKNA KESELAMATAN



Saturday, May 4, 2013

"Terima kasih editor!"

Bismillah.

In-syaAllah kali ini,
rasa terpanggil untuk berkongsi sebuah komik, Bakuman. >_<
Komik ini berkisar tentang dua orang kartunis muda, Mashiro sebagai pelukis dan Takagi sebagai penulis skrip.

Pakcik Mashiro adalah seorang kartunis,
maka dia lebih tahu selok-belok kerjaya seorang kartunis profesional.

Di awal penglibatan mereka dengan syarikat Shonen Jump (syarikat komik terbesar di Jepun),
seorang editor diperlukan untuk mereka memulakan langkah awal menempa nama dalam bidang ini.

Maka, Mashiro bercerita kepada Takagi tentang sebuah kisah mengenai seorang kartunis dan seorang editor.


Sila baca dari petak kanan ke petak kiri.








"The manga I ran through the shredder was interesting, but I though if I didn't praise you you'd get even better, so I just acted on impulse."

And the mangaka thanked him.


*****


"Pi, kau tau kan aku dah bertunang?"

"A'ah. Tau je. Aku kan stalker."

"Sebenarnya, plan aku, tahun 6 nanti nak kawen."

"Tapi?"

"... Tau tau je ada "tapi". =__="  
Tapi, aku dah putus la dengan tunang aku tu."

"La... Kenapa?"

"Tunang aku tu lari dengan bangla."

"... Takpe Mat, bersyukurlah."

"Aik? Kenapa nak bersyukur plak? Kecewa kowt. Tunang aku tu dahlah baik, pandai masak nasi goreng belacan, comel pula tu."

"Yup, bersyukurlah, Allah dah tunjukkan yang tunang kau tu walaupun dia baik tapi bukan dia yang terbaik untuk kau."


(Lepas tu, Mat dapat zaujah yang solehah, pandai masak nasi goreng pattaya dan lagi comel dari bekas tunang dia.)


*****


Sebenarnya,
entry ini bersempena dengan JPR `13 dan PRU-13 kali ini. =__="

Adat bertanding,
ada kalah ada menang.

Mungkin kalian dah berusaha sedaya upaya untuk memenangkan pihak yang kalian inginkan,
mungkin kalian dah rasakan yang pihak yang kalian inginkan itu adalah yang terbaik buat kalian,
tapi, ditakdirkan, pihak yang kalian inginkan itu kalah.

Jangan bersedih.

Allah adalah sebaik-baik perancang.

Jangan fikir pihak yang paling baik itu adalah yang terbaik.
Boleh jadi Allah tangguhkan kemenangan pihak yang baik itu untuk dia menjadi lebih baik.
Boleh jadi Allah memenangkan pihak yang tak baik itu untuk Allah membuka ketidakbaikan dia.
Kan Allah editor hidup kita?
Tentu Allah aturkan apa yang terbaik untuk kita.
Bukan hanya yang terbaik bagi kita.

Walau apa pun keputusannya,
yang ditanya Allah hanyalah,

"apa usaha kamu untuk memenangkan pihak yang baik?"

In-syaAllah,
dalam setiap perkara,
imma baik, imma buruk,
ada hikmah di sebaliknya.
Macam cerita tunang lari dengan bangla tadi.

Walau pahit bagaimana sekalipun,
jauh di sudut hati,
ucaplah

"terima kasih editor!"
Macam kisah yang Mashiro ceritakan tadi.




Walau bagaimana sekalipun,
semoga Allah aturkan yang terbaik.



Selamat mengundi, warga Gen 09!





*p/s: kisah kedua hanyalah rekaan penulis. Harap maklum.

Saturday, April 28, 2012

Marah!


MARAH atau ANGRY
Bismillahirrahmanirrahim
Apa bende marah tu?
Kuih ke ? nama penyanyi ke? Ke angry birds?




MARAH atau “angry” bermaksud perasaan panas hati yang hadir dalam diri kita sewaktu berlaku sesuatu perkara yang kita tidak sukai atau yang seiring dengannya. Marah juga merupakan salah satu sifat mazmumah atau sifat keji yang tidak disukai oleh Allah S.W.T dan Rasul S.A.W. Kalau dah tuhan dan nabi pon tak suka jangan dok marah la kat orang lain pasni.


Kenape tak boleh marah, malah dibenci oleh Allah dan Rasul?

Marah itu bole bila kena pada tempat dan masanya. Tetapi jangan la kita jadikan marah sebagai satu sifat yang lazim buat diri kita.  Memang kadang2 kita sendiri tak boleh kawal perasaan tersebut bila dah nak marah sangat. Tetapi sebaik2 nya kita perlu belajar bagaimana kita bole kawal perasaan marah itu dan bagaimana kita bole hilangkan rasa marah tersebut.
Berkenaan perasaan marah ini Aku nak cerita satu kisah ni berkisarkan seorang anak dengan ayahnya.

Si anak ni suka sangat la marah tak tentu pasal macam la orang tengah PMS even benda kecik.* pre-menstrual syndrome kalau tak tahu lah*.


Pada suatu hari, bila dilihat si anak ni suka sangat marah, maka si ayah ni hadiahkan seguni paku kepada anaknya.
Anak: Untuk ape paku2 ni ayah?
Ayah: Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok di depan rumah kita ni sampai hilang marah kamu tu.




Pada hari pertama, si anak  telah memaku sebanyak 50 batang paku di tembok tu.  *marah betul dia ni*

Si anak ni terus memaku tembok di depan rumahnya setiap kali marah tetapi jumlahnya semakin berkurang saban hari kerana dia dapati menahan marah lebih mudah dari memaku tembok tersebut.
Sehinggalah pada suatu hari si anak ni berjaya tidak marah walaupun sekali. Dia sangat gembira kemudian diceritakan kepada ayahnya. Ayahnya mengucapkan tahniah atas kejayaannya dan menyuruhnya cabut setiap paku pada setiap hari yang si anaknya lalui tanpa rasa marah. Anaknya lalui hari demi hari tanpa perasaan marah sehingga la habis kesemua paku2 dicabut. Si anak gembira kerana berjaya mencabut kesemua paku2 lantas diceritakan lagi kepada ayahnya.

Kemudian, si ayah bawa anaknya melihat tembok batu tersebut.
Ayah: kamu dah berjaya anakku…tetapi cuba kamu lihat kesan lubang yang ada di tembok ini, tembok ini tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelum kamu memakunya.. begitu juga dengan setiap perbuatan kamu setiap kali kamu marah, ia akan meninggalkan kesan parut kepada sesiapa sahaja yang kamu hamburkan perasaan marah tu..

Seronok tak cite ni? *bhahaha*

Rasul pernah bersabda:
“bukankah orang yang kuat itu, orang yang kuat bertinju. Akan tetapi orang kuat itu adalah orang yang berjaya mengawal dirinya ketika marahnya.” (Hadis riwayat bukhari dan muslim)

Bagaimana nak kawal perasaan marah tu dan bersikap lebih tenang kelak? *susah sebenarnye nak kawal tetapi kite perlu usaha lawan nak kawal nafsu marah tersebut*

Antara benda yg kita bole buat:
1. ambil wudhu’ kemudian solat sunat kemudian sambung baca quran. Insyallah berkesan
2. fikir dulu kemarahan kita tu mempunyai alasan kukuh atau tidak untuk membuat kita marah
3. Jangan salahkan orang lain di sekeliling kita. Tetapi focus kepada punca sebenar kerana kadang2 kemarahan tu berpunca dari kita sendiri.
4. betulkan keadaan selepas kita dah kembali tenang kerana setiap perbuatan yang kita lakukan ketika marah hanya boleh menyebabkan kemarahan kepada orang lain.
5. jangan tidur pada waktu petang kerana boleh menyebabkan emosi tidak stabil bila bangkit dari tidur.. *ini pernah berlaku kat aku sendiri… bila bangun tidu je mesti rasa nak bagi kaki je kat orang lain*  

Sebelum saya berhenti menaip sy nak kongsi satu hadis Rasul S.A.W yang berbunyi
“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah” (riwayat Al-Tirmizi)

Kesimpulannya, dalam apa situasi atau keadaan yang kita sedang berhadapan, hadapilah situasi tersebut dengan tidak marah.

Monday, November 28, 2011

warna-warna kehidupan

Di suatu masa warna-warna dunia mulai bertengkar. 
Semua menganggap dirinyalah yang terbaik, yang paling penting, yang paling bermanfaat dan yang paling disukai.

HIJAU berkata," Akulah yang terpenting. Aku adalah petanda kehidupan dan harapan. Aku dipilih untuk mewarnai rerumputan,pepohonan dan dedaunan. Tanpa aku, semua haiwan akan mati. Lihatlah ke pedalaman, aku adalah warna yang menghiasi kawasan itu."

BIRU menyampuk," Kamu hanya berfikir tentang bumi, pertimbangkanlah langit dan lautan yang luas. Airlah yang menjadi dasar kehidupan dan awan mengambil kekuatan dari kedalaman lautan. Langit memberikan ruang dan kedamaian dan ketenangan. Tanpa kedamaian, kamu semua tidak akan menjadi apa-apa."

KUNING pula bersuara," Kenapa kamu semua kelihatan begitu serius? Aku membawa tawa, kesenangan dan kehangatan bagi dunia. Matahari berwarna kuning, dan bintang-bintang berwarna kuning. Setiap kali kau melihat bunga matahari, seluruh dunia mulai tersenyum. Tanpa aku,dunia tidak ada kesenangan."

OREN menyusul," Aku adalah warna kesihatan dan kekuatan. Aku jarang-jarang kelihatan, tetapi aku berharga kerana aku mengisi keperluan kehidupan manusia. Aku membawa vitamin-vitamin terpenting. Aku tidak ada di mana-mana setiap saat, tetapi aku mengisi lazuardi saat fajar atau saat matahari terbenam. Keindahanku begitu menakjubkan sehingga tak seorangpun dari kalian akan terbetik di fikiran orang."

MERAH tidak boleh berdiam lebih lama dan berteriak," Aku adalah pemimpin kalian. Aku adalah darah-darah kehidupan! Aku adalah warna bahaya dan keberanian. Aku berani untuk bertempur demi suatu kuasa. Aku membawa api ke dalam darah. Tanpa aku, bumi akan kosong laksana bulan. Aku adalah warna hasrat dan cinta, mawar merah, poinsentia dan bunga poppy."


UNGU bangkit dan berdiri setinggi-tingginya ia mampu. Ia memang tinggi dan berbicara dengan keangkuhan," Aku adalah warna kerajaan dan kekuasaan. Raja, pemimpin, memilihku sebagai petanda kekuasaan dan kebijaksanaan. Tidak seorangpun menentangku. Mereka mendengarkan dan menuruti kehendakku."

Akhirnya BIRU GELAP berbicara perlahan dari yang lainnya, namun dengan kekuatan niat yang sama," Fikirkanlah tentang aku. Aku warna diam. Kalian jarang memperhatikan adaku, namun tanpaku kalian semua menjadi dangkal. Aku mempersembahkan pemikiran dan refleksi, matahari terbenam dan kedalaman laut. Kalian memerlukan aku untuk keseimbangan dan perbezaan, untuk doa dan ketenteraman batin."

Semua warna terus menyombongkan diri, masing2 yakin akan kepentingan dirinya. Perdebatan mereka menjadi semakin keras. Tiba2, sinar halilintar melintas membutakan. Guruh menggelegar. Hujan mulai turun. Warna2 terkedu bersama ketakutan, berdekatan satu sama lain mencari ketenangan. 

Di tengah suara gemuruh, hujan berbicara," Hai warna-warna yang tolol, kalian bertengkar satu sama lain, masing-masing ingin mendominasi yang lain. Tidakkah kalian tahu bahawa kalian masing-masing diciptakan untuk tujuan khusus, unik dan berbeza? Berpegangan tanganlah dan mendekatlah kepadaku!"

Menuruti perintah, warna2 berpegangan tangan mendekati hujan, yang kemudian berkata, "Mulai sekarang, setiap kali hujan turun, masing2 dari kalian akan membusurkan diri sepanjang langit bagai busur warna sebagai pengingat bahawa kalian semua dapat hidup bersama dalam kedamaian. Pelangi adalah petanda harapan hari esok."


Jadi, setiap kali HUJAN turun deras membasahi dunia, dan saat pelangi memunculkan diri di angkasa, marilah kita MENGINGAT untuk selalu MENGHARGAI satu sama lain.

MASING-MASING KITA MEMPUNYAI SESUATU YANG UNIK KITA SEMUA DIBERIKAN KELEBIHAN UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN DI DUNIA DAN SAAT KITA MENYEDARI PEMBERIAN ITU, MELALUI KEKUATAN VISI KITA, KITA MEMPEROLEH KEMAMPUAN UNTUK MEMBENTUK MASA DEPAN....

Persahabatan itu bagaikan pelangi:
Merah bagaikan buah EPAL, terasa manis di dalamnya.
Jingga bagaikan kobaran api yang tak akan pernah padam.
Kuning bagaikan mentari yang menyinari hari-hari kita.
Hijau bagaikan tanaman yang tumbuh subur.
Biru bagaikan air jernih alami.
Ungu bagaikan kuntum bunga yang merekah.
Biru Gelap bagaikan mimpi-mimpi yang mengisi kalbu.



("v")  may you all have days full of ALLAH's love and care =)

  'v'
    )
    (

Wednesday, October 26, 2011

pergilah?

Dalam rasa itu, dirinya mengintai segala ruang hati yang terpendam lagi terkunci dalam. Namun, segala yang mampu diintai sepanjang ruang itu hanyalah persoalan demi persoalan yang tiada jawapan. Kala itu, diri tenggelam dalam rasa, jadi buntu dan kecewa dan apa mungkin segalanya sengaja dicatur sedemikian rupa?

Nafasnya dihela panjang. 

Dan dibalik timbunan kerja yang meningkat bertambah tanpa dipinta, dirinya terjumpa suatu khazanah terselit lagi tersusun dalam arkib ciptaannya. Saat itu, dirinya seakan dibawa kembali mengimbau memori kenangan silam tentang perjalanan kisah silamnnya - kisah yang telah menjadi sebahagian dirinya...dan dirinya jua kembali ke masa kini - kisah yang bakal membentuk sebahagian cerita pada masa depannya. Dalam keserabutan yang melanda, ada saja yang memberi kata pengubat jiwa yang dalam huru-hara. Allahu rabbi.

dan sebahagian kata-kata itu,

Tatkala dirimu melangkah pergi bermusafir jauh, terdetik dalam hati ibu... "Pergilah anakku, belajarlah bersungguh-sungguh dan janganlah engkau hanyut dalam kebebasan yang telah ibu berikan. Ibu tak biarkan kamu ke sana, melainkan ibu percaya kepada kamu - kerana kamu itu anak ibu."

dan dalam jiwa ayah pula berbisik..."Anakku. ayah lepaskan kamu dengan sejuta doa moga kamu tak pernah lupa nama ayah yang kamu bawa dihujung nama kamu. Hati ini penuh berharap agar kamu pulang bersama kejayaan, kemenangan dan kesejahteraan!" 

dan di akhir katanya itu diselit - selamat berjuang, kenang mereka dalam setiap tindakanmu. Allahu rabbi. benar katanya, tapi bagaimana saja kita kenang mereka dalam setiap tindakan kita? Selitkan jua mereka dalam doa malah boleh saja kita niatkan segala yang dilakukan untuk menyenangkan hati ibu bapa kerana apa-apa saja yang diredai (diredhai) mereka selagi selari dengan Islam, perkara itu jualah perkara yang Allah redai (redha). Allah.

Diri yang pada mulanya resah kini rasa kembali tenang.

Dibiarkan saja jari-jemari menari laju, kata-kata mencorak rasa. Moga bermanfaat buat anda! Have a good day! Wallahu'alam.

Tuesday, October 4, 2011

Bangkitlah Sahabatku

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum para sahabat Gen09. Hari ini atau lebih tepat malam ini saya dan sahabat2 semua telah dikhabarkan dengan berita yang dikenali sebagai 'Result Dur Tani'. Berita ini mungkin menjadi berita baik bagi sesetengah insan dan mungkin juga menjadi berita yang kurang baik bagi sesetengah insan yang lain.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya mengharungi Dur Tani ini. Dan bagi mereka yang tidak berjaya melepasi garis sempadan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti diharapkan dapat bersabar dan redha dengan pilihan Allah SWT kerana percayailah aturan yang ditentukan olehNya adalah yang terbaik untuk hambaNya yang bertakwa.


يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ

"Allah telah menganugerahkan al-Hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahkan al-Hikmah itu, dia benar2 telah dianugerahkan kurnia yang banyak . Dan hanya orang yang berakal yang dapat mengambil pengajaran (dari firman Allah)"
Al-Baqarah: 269


Dalam ayat ini Allah SWT menerangkan bahawa Ia akan memberikan hikmah kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya. Maksud hikmah ini lebih kepada kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan yang membolehkan seseorang membezakan antara yang benar dan yang salah, antara was-was syaitan dan ilham dari Allah SWT. Namun, kita sedar setiap ilmu pengetahuan kita datangnya daripada Allah SWT dan sampai kepada kita melalui perantaraan sama ada berbentuk tulisan, lisan dan sebagainya.

Dan bagi mereka yang diberikan kelebihan dan kefahaman yang membolehkan kita untuk berjaya dalam imtihan2 sebelum ini haruslah senantiasa ingat dan mensyukuri nikmat Allah SWT kerana ilmu yang sedikit itu mampu ditarik kembali oleh Allah SWT dengan mudah.

Oleh sebab itu Allah SWT menegaskan bahawa siapa yang telah memperoleh hikmah dan pengetahuan semacam itu, bererti ia telah memperoleh kebaikan yang banyak, yaitu kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat kelak. Pada akhir ayat ini Allah SWT juga memuji orang-orang yang berakal dan mahu berfikir untuk Islam. Mereka inilah yang selalu ingat dan waspada serta dapat mengetahui apa-apa yang bermanfaat serta dapat membawanya kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.

Khulasafnya, janganlah kita meletakkan 'title' MEDIC melebihi 'title' ISLAM itu sendiri kerana kita bukan berjuang semata-mata untuk menjadi seorang doktor yang cekap, tetapi kita juga berjuang untuk menjadi seorang Mukmin yang memelihara kesucian agama Islam. Adakah anda semua sudah terlupa akan 'Header' blog ini: "We are the Muslim Doctors"?? Bukankah perkataan 'Muslim' itu didahulukan?? Kita renung sekejap...Sekian~Wallahualam.

Friday, December 17, 2010

you've got the point?



"you've got the point..??"

familiarized with this quote?

hmm...we are so sorry for every single mistake that we've done..
we will definitely miss you..thanx abii for everything :)