Pertandingan Video Dakwah 12/13




Pengenalan :


    Sempena meraikan Smart Circle 2012/2013, Unit Tugas Khas dan Multimedia bersama-sama Unit Pembangunan Insan Batch GEN09 julung-julung kalinya membawakan kepada anda pertandingan video (filem pendek dan video kreatif). Pertandingan ini terbuka khas kepada semua ahli GEN09 mengikut kumpulan SC PERUBATAN. Diharapkan dengan usaha kecil ini, kita dapat memanfaatkan bakat yang ada untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

Objektif :

1. Membuka peluang kepada ahli-ahli Gen9 menampilkan idea-idea kreatif mereka dalam bentuk video.
2. Menyampaikan mesej-mesej dakwah Islamiah terutama tentang isu-isu tarbiyah, ukhuwah dan bi’ah
    solehah.
3. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli SC.
4. Menggalakkan ahli-ahli SC menceburkan diri dalam bidang multimedia dan pembikinan video, seiring
    dengan fokus batch GEN09 tahun ini iaitu Thaqafah, Kerjaya dan Ukhuwah.

Syarat-syarat Pertandingan dan Penyertaan :

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli GEN09 mengikut SC masing-masing, seperti yang telah termaktub dalam pembahagian SC oleh PERUBATAN.

2. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu:
2.1.    Kategori A : Filem Pendek
2.2.    Kategori B : Video Kreatif (grafik/animasi/dokumentari)

3. Setiap kategori pula terbahagi kepada siswa dan siswi.

4. Setiap SC boleh menghantar satu filem pendek atau satu video kreatif atau kedua-duanya sekali.

5. Video anda mestilah asli dan tidak menciplak mana-mana karya orang lain.

6. Video yang ingin dihasilkan hendaklah membawa unsur-unsur tarbiyah dan dakwah, merangkumi salah satu daripada tema berikut:

     6.1 Syahadatul haq
     6.2 Taaruf,tafahum,takaful
     6.3 Dakwah dan tarbiyah
     6.4 From zero to hero
     6.5 Syabab Muslim
     6.6 Assalamualaika ya Rasulullah
     6.7 Dakwah itu 'cool'
     6.8 Palestin

7. Setiap video yang dihasilkan dilarang sama sekali untuk memuatkan perkara-perkara seperti berikut:
7.1 Perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan syara’, contohnya percampuran bebas lelaki dan perempuan, mendedahkan aurat dan sebagainya.
7.2 Mencaci atau mengutuk mana-mana pihak, persatuan atau organisasi dengan sengaja dan melampau-lampau.
7.3 Bersifat perkauman.
7.4 Unsur-unsur lucah, mencarut dan makian.
7.5 Berunsur politik kepartian.

8. Mana-mana video yang didapati melanggar syarat-syarat di atas, akan terbatal dengan serta-merta.

9. Video-video yang dihantar akan menjadi hak milik GEN09 dan pihak kami berhak untuk menayangkan video-video tersebut kepada umum untuk tujuan pengundian dan pengadilan.

10. Peringkat-peringkat pengadilan adalah seperti berikut :
10.1. Peringkat pertama : undian orang ramai (40%)
10.2. Peringkat kedua : 3 video yang mendapat markah tertinggi pada peringkat pertama bagi setiap kategori bakal dihakimi oleh juri jemputan. (60%)

11. Mana-mana SC yang ingin menyertai pertandingan ini bolehlah mendaftar bermula 13 Disember 2012 sehingga 29 Disember 2012 kepada:

Siswa : Shahrunizam Hidayat Bin Hishamuddin (01147626404)
Siswi  : Nurhawa Illani Bt Roslan (01147631491)

12. Video hendaklah diserahkan sebelum atau selewat-lewatnya pada 13 Mac 2013 kepada ajk-ajk berkenaan.

13. Setiap video yang dihantar mestilah diberi tajuk : “Pertandingan Video Dakwah: [Tajuk Video]”.

14. Panjang video bagi kategori A (Filem Pendek) hendaklah sekurang-kurangnya 5 minit dan tidak melebihi 10 minit. Bagi Kategori B (Video Kreatif) pula hendaklah sekurang-kurangnya 4 minit dan tidak melebihi 7 minit.

15. Setiap penyertaan mestilah disertakan sinopsis berkenaan video yang dihasilkan.

16. Anda hendaklah memberitahu dengan jelas tema yang telah anda pilih untuk video yang telah dihasilkan.

17. Kegagalan anda untuk berbuat demikian mungkin akan menyebabkan penyertaan anda terbatal.

18. Dengan harapan agar karya-karya agung anda mampu menyantuni masyarakat antarabangsa,  anda digalakkan untuk memuat English subtitle dalam video masing-masing.


19. Pemenang bagi setiap kategori (empat kategori) akan menerima:
      Pertama: LE 100
      Kedua: LE 50
      Saguhati: LE10 

20. Yang paling penting, insyaallah dengan usaha anda melalui video anda, anda akan dapat menambah saham anda di akhirat nanti. Ikhlaskan niat kerana Allah S.WT. Harapan daripada pihak kami, supaya ahli-ahli GEN09 dapat melibatkan diri dalam pertandingan ini demi menyokong dan mendukung usaha batch untuk melahirkan ahli GEN09 yang lebih aktif dan produktif.



Sekian, sebarang pertanyaan bolehlah dibuat di :

Disediakan oleh:
Shahrunizam Hidayat Bin Hishamuddin & Nurhawa Illani Bt Roslan,
Ajk Unit Tugas Khas dan Multimedia,
Batch GEN09 2012/13.


Gen09 GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: