Sunday, April 21, 2013

Soleh Untuk Solehah, Solehah Untuk Soleh



Soleh Untuk Solehah, Solehah Untuk Soleh

Bila sebut bab soleh solehah ni terbayang anak-anak yang comel2 pakai tudung & lebai ..
tapi kali ni bukan nak cakap pasal anak2 ni
nak cakap pasal diri kita dulu as bakal abi & ummi  kpd anak2 ni.

“Wanita solehah itu yang tidak memandang & tidak dipandang
yang tidak menyebut dan tidak disebut”
Saidatina Aisyah R.A.

Nak ajak semua hayati kata2 ni..imma ikhwah wa imam akhawat..
kenapa ‘memandang’ dulu sebelum ‘dipandang’?
Sebab, kena mula dari diri kita dulu..

Contoh situasi:

Siti : Nur, saya tak suka la si A tu..
Nur : La, kenapa plak? Bukan ke he’s your ‘prince charming’?
Siti : Saya perasan dia jenis yg tak jaga pandangan la..
       mata meliar merata pandang akhawat lain.
Nur : Aik, mcm tu plak? Mana Siti tahu ni?
Siti : Sebab saya selalu nampak la!
Nur : Hmm.. padan la korang..
Siti :??
Nur : Sama2 tak jaga pandangan ;P
      
Jangan expect org nak jaga pandangan kalau awak sendiri pun tak jaga pandangan..tahu!

Korang semua perasan tak poster2 yg menghiasi cover foto group geno9 lately..
Berbaur something kan…

It’s IKHTILAT!

So, kat sini ade beberapa perkongsian untuk kita sama-sama mengelak drpd terjebak dlm kancah ikhtilat.


Jenis komunikasi ikhwah akhawat mengikut tahap keutamaan & keperluan

1) Chatting FB/Whatsapp/emel
2) Telefon
3) Liqa/meeting
*dalam linkungan hajat sahaja!
*perbincangan tidak meleret berjam2


Tips!
Catat apa yang akan & telah korang bincangkan, supaya tak hanyut dalam perbualan tersebut.

Pantang larang dlm komunikasi ikhwah akhawat

1) Contact di waktu ‘kritikal’ cth tengah malam/ subuh kecuali ‘melibatkan nyawa orang’
2) Meeting berdua-duaan.
3) Senyum /gelak berlebih-lebihan. Be serious!

[A] Komunikasi Maya

1) Elak over smiley/dialog2 tidak formal
Tips!
Biar kita hipokrit demi menjaga biah solehah..

2) Elakkan status/komen yang sia2.


[B] Komunikasi ‘Live’
Dari mana datangnya lintah,
Dari tanah turun ke kali,
Dari mana datangnya cinta,
Dari mata turun ke hati.

1) Tundukkan mata & hati. Banyakkan istighfar & betulkan niat.
Moga Allah jauhkan kita dari bisikan syaitan..


Allah SWT berfirman :
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya & memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya & kemaluannya.”
(An Nuur : 30-31)

Tips!
Untuk elak pandang mata seseorang terlalu lama, boleh alihkan pandangan kepada benda lain pada diri dia. Contoh baju/cermin mata atau catat nota semasa perbincangan tersebut.

2) Body movement-kawal pergerakan spontan anda. Tegur kawan anda jika dia tidak perasan.

3) Kawal suara. Tidak terlalu perlahan atau terlalu kuat.

Allah SWT berfirman:
"Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertakwa. maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya & ucapkanlah perkataan yang baik."
(Al Ahzab: 32)

4) Jaga jarak. Tidak terlalu rapat, tidak terlalu jauh.

So, kesimpulannya kita dah ‘layak jadi abi & ummi’..dah tahu nilai baik buruk. Cuma bezanya kita pilih utk cakna atau tidak bab ikhtilat ni..

dan jangan keterlaluan nak jaga ikhtilat sampai kita tak bincang perkara2 penting dalam urusan kerja kita.
P/s: saya suggest tengok vid, ni untuk tips2 lain. Best!




Kalau kita yang tak pelihara biah solehah ni siapa lagi?

“Jom jadi baik kerana Allah!!”

By : Sabiha



Gen09 GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: