Tuesday, January 1, 2013

Tabung I Love I Care ( ILIC ) GEN-9



Tabung I Love I Care (ILIC) GEN-9

PENGENALAN

Tabung I Love I Care (ILIC) adalah tabung yang berada di bawah kelolaan Unit Kebajikan GEN-9.
ILIC berfungsi untuk mengurangkan beban sesiapa sahaja siswa dan siswi GEN-9 yang menuntut di Mesir yang menghadapi masalah atau ditimpa apa-apa musibah.
ILIC juga menyediakan pinjaman kepada ahli GEN-9 yang memerlukan.
ILIC merupakan medium ataupun platform di mana dapat melibatkan seluruh ahli GEN-9 dalam menjaga kebajikan bersama.


KUTIPAN

Hanya LE 60 seorang bagi setiap siswa dan siswi GEN-9 setahun.
Siswa dan siswi GEN-9 diberi pilihan untuk membayar penuh LE 60 ataupun membayar secara bulanan dengan jumlah LE 5.

SUMBANGAN

Jika mana-mana siswa atau siswi GEN-9 mengalami masalah kewangan yang berat seperti kehilangan sejumlah wang yang banyak atau memerlukan sejumlah wang yang banyak dengan segera seperti membayar yuran kemasukan wad atau mana-mana sahaja kes yang lain melibatkan kewangan yang berat, ahli tersebut perlulah memaklumkan perkara tersebut kepada unit kebajikan GEN-9 untuk mendapatkan sumbangan.
Bagi prosedur untuk mendapatkan sumbangan rujuk etika pinjaman/sumbangan ILIC.

PINJAMAN

ILIC juga menawarkan khidmat pinjaman kepada mana-mana ahli GEN-9 yang betul-betul memerlukan wang untuk kes-kes kewangan yang tidak berat.
Bagi prosedur untuk mendapatkan pinjaman rujuk etika pinjaman/sumbangan ILIC.

ETIKA PINJAMAN/SUMBANGAN

Etika sumbangan: Ahli yang memerlukan sumbangan ILIC hanya perlu memaklumkan masalah yang dihadapi kepada unit kebajikan GEN-9 tanpa perlu melalui apa-apa teknikal borang.
Etika pinjaman:  Ahli yang memerlukan pinjaman ILIC perlu memaklumkan masalah yang dihadapi kepada unit kebajikan GEN-9 dan perlu mengisi borang pinjaman ILIC. Mana-mana ahli yang menggunakan perkhidmatan pinjaman ILIC perlu membuat bayaran balik pinjaman tersebut. Borang pinjaman ILIC boleh didapati daripada unit kebajikan GEN-9. Rujuk lampiran ini, Borang Pinjaman ILIC.
Jumlah sumbangan dan pinjaman yang diberikan melalui ILIC ditentukan berdasarkan kepada keadaan dan situasi serta pertimbangan yang dibuat oleh unit kebajikan GEN-9.




Disediakan oleh:

Muhammad Hanif Imran bin Muhammad 'Ariff Fadhillah
Unit Kebajikan GEN-9 2012/2013 



Is GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.