Showing posts with label JPR '12. Show all posts
Showing posts with label JPR '12. Show all posts

Sunday, May 6, 2012

[Kenyataan] KEPUTUSAN PILIHAN RAYA & PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


JAWATANKUASA BATCH GEN09
2011/12


Rujukan: Gen09 01/01/05-X 03/2011/12 (06)
Tarikh: 6 Mei 2012

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA & PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Assalamualaikum w.b.t


1. Setinggi kesyukuran kami panjatkan ke hadrat Ilahi kerana proses pilihan raya di peringkat batch kita telah berjalan dengan lancar tanpa berlakunya sebarang perbalahan, perpecahan atau perkara yang tidak diingini dalam kalangan kita.

 2. Terima kasih dan syabas kami ucapkan kepada semua ahli yang mengambil bahagian dan memeriahkan pilihan raya pada tahun ini.

 3. Kami mengucapkan tahniah kepada semua calon yang telah memenangi    pilihan raya kali ini. Semoga kepimpinan tahun hadapan lebih berjaya dan sentiasa mendahulukan kepentingan ahli dalam segala gerak kerja mereka. Bagi calon yang tidak berjaya, yakinlah bahawa anda semua turut layak untuk menang cuma masanya bukan sekarang. Kami yakin anda akan menyokong calon-calon yang menang dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.


 4. Ingin kami tegaskan di sini bahawa barisan ahli Jawatankuasa Gen09 2012/13 belum mendapat hak untuk berkhidmat. Maka apa-apa kenyataan, ucapan, tulisan dan tindakan mereka TIDAK menunjukkan pendirian atau keputusan kami di pihak Jawatankuasa. Perkhidmatan mereka hanya bermula setelah berlakunya pembubaran Jawatankuasa 2011/12 dan peralihan kepimpinan yang dijangka berlangsung awal Julai nanti.

 5. Penangguhan aktiviti dan program batch bermula 6 Mei sehingga tamat peperiksaan akhir tahun pada 9 Julai. Kami menyeru kepada semua ahli untuk FOKUS sepenuhnya kepada pelajaran anda. Gunakan sebaiknya masa yang berbaki ini dengan mengulangkaji pelajaran dan penuhi masa anda dengan perbuatan yang berfaedah.

 6. Di dalam kesibukan kita mengejar kejayaan dalam peperiksaan, janganlah lupa bahawa kejayaan sebenar yang perlu kita cari ialah kejayaan di akhirat kelak. Jika kita berusaha untuk berjaya di akhirat, sudah tentu kejayaan di dunia akan bersamanya.

Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan tugas,

AHMAD AIZZUDDIN BIN DAUD
Ketua Batch,
Jawatankuasa Gen09 2011/12.

[JPR'12] Keputusan

* Nurhawa Illani, Noor Amalina, dan Hamizah mendapat undian sama banyak. Tetapi Nurhawa Illani dipilih berdasarkan perbincangan panel penilai dan juga persetujuan antara ketiga-tiga calon.

Wednesday, May 2, 2012

JPR '12 | PANDUAN MENGUNDI








PERINGATAN: undian dibuka daripada pukul 12.01 pagi (3 Mei 2012)
                           sehingga 11.59 malam (4 Mei 2012)

Sunday, April 29, 2012

Kepimpinan Perspektif Islam.

PERHATIAN!

Artikel ini perlu dibaca oleh semua ahli batch sekurang-kurangnya SEKALI SEBELUM HARI PENGUNDIAN.

Artikel ini juga perlu dibaca SEKALI LAGI oleh calon yang menang SELEPAS KEPUTUSAN DIUMUMKAN.

Tujuan artikel ini ditulis adalah sebagai peringatan untuk diri sendiri dan juga sahabat-sahabat sekalian. Sempena pilihanraya yang berlangsung, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh orang yang kita semua akan pilih sebagai pemimpin dalam batch kita. Maaflah kalau panjang sangat artikel ini.

PERTAMA: Mewujudkan Suasana & Amalan Pengabdian Mutlak.

Amalan pengabdian mutlak hanyalah kepada Allah. Kepimpinan batch perlu mewujudkan suasana dan kondisi yang mengikut syariat Allah taala semoga wujud dalam diri setiap ahli batch, bahawa setiap tindak-tanduk mereka akan dipertanggungjawabkan oleh Allah. Bagaimana caranya? Itu terpulang kepada pimpinan agar ahli sentiasa dapat merasakan kehadiran Allah dalam hidup pada setiap saat dan ketika.
Saya berikan satu contoh mudah kesan wujudnya suasana pengabdian ini.
Sebuah kisah yang diceritakan oleh Abdullah b.Dinar, ketika beliau bersama dengan Saidina Umar al-Khattab berjalan ke Makkah. Dalam perjalanan tersebut, mereka terserempak dengan seorang penggembala kambing. Maka terjadilah perbualan berikut,

Umar: Wahai penggembala, juallah seekor kambing.
Penggembala: Aku ini hamba.
Umar: Katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu dimakan serigala.
Penggembala: Tapi dengan Allah bagaimana? Adakah aku dapat menyembunyikan hal ini?
Umar menangis lalu membeli hamba itu dari tuannya dan memerdekakannya. Lalu Umar berkata kepadanya,  
“Perkataan itu telah menyebabkan engkau merdeka di dunia ini dan semoga perkataan itu yang memerdekakan engkau di akhirat kelak”.

KEDUA: Melaksanakan Tarbiyah & Pembentukan Fikrah Ahli Batch.

Semua kepimpinan batch berperanan penting  untuk mentarbiyah dan membentuk fikrah ahli batch. Bukankah ada Unit Pembangunan Insan? Kenapa perlu semua kepimpinan batch pula yang jalankan tarbiyah? Antara sebabnya ialah,

  1. Pihak pimpinanlah yang sepatutnya memiliki kefahaman yang jelas, malah mengetahui tahap kemampuan dan keperluan ahli batch bagi mendokong visi dan matlamat batch. Ini penting supaya batch sentiasa bergerak atas landasan untuk menuju matlamat yang diinginkan.
  2. Dengan pembinaan fikrah yang mantap barulah kesatuan dapat dicapai. Kesatuan bukan sahaja sekadar berpakaian sedondon, main futsal bersama dan duduk bersama dalam majlis, malah perlu mempunyai sikap yang jelas terhadap beberapa perkara seperti tidak hadir ke kuliah, isu mahasiswa, akhlak sebagai ahli dan lain-lain.
Dalam batch, pimpinanlah yang sepatutnya lantang dalam membina fikrah ahli. Keselarasan dalam fikrah (wihdatul fikri) akan melahirkan keselarasan dalam tindakan dan pendirian. Ini merupakan satu unsur kekuatan batch.

KETIGA: Bertanggungjawab Dalam Pentadbiran Batch.

Aspek pentadbiran dalam sesebuah organisasi merupakan cerminan terhadap batch itu sendiri. Jika pentadbiran lemah, maka lemahlah batch tersebut.
Hal ehwal pentadbiran batch bukanlah suatu perkara mudah. Memiliki ketinggian ilmu (akademik) tidaklah menjadikan seseorang itu pemimpin yang baik, walaupun ciri-ciri pemimpin yang baik tidak dapat dipisahkan dengan tahap ilmu yang ada. Antara ciri pemimpin yang baik ada disebut dalam surah Al-Qasas, ayat 26 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang engkau ambil sebagai pekerja ialah orang yang kuat dan dapat dipercayai (amanah).”

Namun, ada kemungkinan untuk pimpinan tertinggal dalam meningkatkan ilmu. Oleh itu pimpinan harus berhati-hati agar tidak tertinggal dalam aspek amal individu dan peningkatan ilmu bagi memperkukuh daya kepimpinan yang ada.

KEEMPAT: Kepimpinan Menjiwai Permasalahan Yang Dihadapi Oleh Ahli-Ahli Batch .

Pimpinan batch bertanggungjawab mengetahui dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh ahli. Bukan sekadar mengetahui, malah cuba untuk bersama-sama menyelesaikannya.
Jika hendak diibaratkan, pemimpin yang adil itu seperti ayah yang sayang pada anaknya, dia bekerja demi kebahagiaan anak-anaknya. Pemimpin yang adil juga seperti ibu yang kasih dan bersikap lembut serta beramah mesra dengan anak-anaknya. Tidak lain hanyalah untuk melihat anaknya berjaya dan hidup bahagia.
Pihak pimpinan tidak boleh melebihkan aspek tarbiyah, fikrah dan pentadbiran tanpa mengendahkan hal-hal kebajikan, perumahan, akademik dan kerja-kerja ahli batch. Mengambil tahu hal ehwal ahli batch perlu sentiasa diutamakan oleh pimpinan setiap masa.

PENUTUP:

Untuk pimpinan dan ahli batch, marilah kita sama-sama menghayati dan mengambil pengajaran daripada kisah di bawah ini.
Apabila Umar ibn Abdul Aziz dilantik menjadi Khalifah beliau berada dalam keadaan kesedihan selama dua bulan kerana diberikan satu ujian untuk menguruskan ummah.  Ia lebih mengambil berat terhadap ummahnya daripada dirinya sendiri. Ia meneruskan sikap yang sebegini hingga ke akhir hayatnya. Selepas wafatnya para 'ulama menanyakan isterinya berkenaan diri Umar. Isterinya menjawab,

”Demi Allah ia tidak bersolat sunat atau berpuasa sunat lebih daripada kamu semua, tetapi demi Allah, aku tidak pernah melihat seorang hamba yang lebih takut kepada Allah daripada Umar. Dia telah menyerahkan badan dan jiwanya untuk urusan ummahnya. Ia menguruskan urusan masyarakat keseluruhan hari dan apabila malam ada kerja-kerja yang belum selesai ia akan meneruskan tugasnya di waktu malam. Di waktu malam ia akan solat sunat dua rakaat dan duduk memikirkan tanggungjawabnya sambil air mata mengalir dari matanya".

Pengarang: Ahmad Kamil bin Ahmad Fahmi

Friday, April 27, 2012

POSTER CALON [RELEASED]


JPR2012
Jujur, Pragmatik, Respektif.

Saturday, April 21, 2012

Pilihanraya GEN9 2012/2013


Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi ALLAH Tuhan pemilik sekalian alam,selawat dah salam ke atas junjungan mulia Rasulullah S.A.W dan keluarga baginda yang disucikan. Alhamdulillah pada saat ini kita masih lagi dipinjamkan kehidupan dan dunia beserta isinya oleh ALLAH walaupun tidak pernah kita berdoa untuk meminjam dariNya.

Bermulanya kehangatan ‘summer’ di musim yang hangat ini memberikan petanda bahawa sudah hampirnya kita dengan satu fatrah yang akan menggetarkan setiap jiwa yang bergelar mahasiswa yang digelar sebagai fatrah imtihan dan insyaALLAH beberapa bulan lagi kita akan melangkah ke tahun yang baru sebagai mahasiswa Perubatan di bumi Mesir yang barakah ini. Jadi lazimlah ke atas kita warga GEN9 untuk memilih barisan pimpinan baru yang akan memimpin dan memacu kita sebelum kita melangkahkan kaki ke sesi akan datang. Memilih yang baru bukanlah bermaksud yang lama sudah berkarat ataupun diserang kulat, cuma sudah menjadi sifat manusia sejak azali untuk mencuba suatu yang baru.

Maka hadirnya saya di blog yang sememangnya jarang saya jelajahi ini kalau nak dibandingkan dengan laman muka buku, 9GAG dan Youtube adalah kerana amanah yang telah diberati keatas saya untuk menghangatkan dan memberi stimulasi kepada sahabat-sahabat ikhwah dan akhawat berkaitan dengan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Batch 2012/2013 yang sememangnya sudah hangat diperkatakan di medan-medan perbualan. Seribu kemaafan saya pohon dari sahabat-sahabat jika apa yang sahabat-sahabat sekalian akan baca ini tidak memuaskan hati-hati sahabat sekalian dan tidak mencapai tahap ISO yang telah ditetapkan.



 MENGAPA SAYA PERLU MEMILIH?

Soalan ‘hot’ yang pada hemah saya sepatutnya sudah terjawab dalam diri para mahasiswa tambah-tambah lagi bagi kita yang menuntut ilmu Perubatan di bumi ‘kinanah’ ini. Tidak ada bezanya pemilihan kali ini dengan pemilihan-pemilihan pemimpin melalui wadah-wadah lain seperti pilihanraya PERUBATAN yang telah berlangsung pada musim dingin baru-baru ini mahupun pilihanraya bagi memilih pemimpin-pemimpin Negara yang hangat diperbualkan di Malaysia dan Mesir pada saat ini.
            
Suka saya disini untuk membawakan beberapa dalil dan hujah tentang pemilihan pemimpin yang telah diwasiatkan kepada kita.

“Dan berkatalah nabi Musa kepada saudaranya nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat) gantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaum aku, janganlah kamu mengikut jalan orang-orang yang melakukan kerosakan.”- Al-A’raf ayat 142

Baginda Rasulullah S.A.W menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud daripada Abu Said dan Abu Hurairah : “Apabila tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah mereka memilih salah seorang menjadi ketua (pemimpin).” Hadis riwayat Abu Daud

Sayyidina ‘Umar bin Al-Khattab berkata “Tidak tertegak Islam melainkan dengan usaha berjama’ah. Tidak bermakna jama’ah melainkan dengan pimpinan. Dan tidak berma’na kewujudan pimpinan kecuali diberi ketaatan oleh anggota kepadanya.”

Maka jelaslah bagi kita bahawa memimpin dan dipimpin itu adalah satu perkara asas bagi seorang manusia. Sedangkan bermusafir pun kita disuruh untuk melantik seorang ketua  apatah lagi bila kita bersama dalam satu jemaah di dalam GEN9 yang boleh saya ibaratkan seperti sebuah kapal besar yang akan membawa kita ke satu destinasi. Mana mungkin kita mampu untuk tiba ke destinasi sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam tanpa ada seorang nakhoda yang mampu memacu kapal tersebut. Betapa pentingnya peranan seorang pemimpin bagi menjamin kita sama-sama dapat menggapai matlamat dalam mengejar cita-cita.


SIAPA YANG PATUT SAYA PILIH?
          
Pilihan adalah terletak di tangan anda. Namun ada beberapa ciri-ciri kepemimpinan yang harus ada pada seseorang yang dikatakan layak untuk diangkat sebagai pemimpin Islam. Tidak dapat tidak,seorang pemimpin Islam haruslah memiliki dan mengikuti sifat-sifat yang dimiliki oleh Junjungan Besar Rasulullah SAW. Rasulullah SAW tokoh terbaik untuk dijadikan kayu ukur bagi menjadi seorang pemimpin yang mampu memimpin orang yang dipimpin melalui jasadiyyah dan ruhiyyah. Sememangnya mustahil untuk melahirkan seorang pemimpin yang berperibadi 100% seperti peribadi Rasulullah SAW,namun harus diingat bahawa barang siapa yang paling hampir sifat-sifatnya dengan Rasulullah maka dia adalah orang yang paling mulia antara kita dan merupakan individu yang paling layak untuk diangkat menjadi pemimpin.

“ sesungguhnya penolong kamu tidak lain melainkan Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman  yang mendirikan shalat dan mengeluarkan zakat, sedang mereka merendah diri. Dan siapa yang menjadikan ketua akan Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, maka sesungguhnya golongan Allahlah yang akan menang”. ( Al Maidah :55-56)

Rasulullah saw bersabda, Sesungguhnya orang orang yang adil di sisi Allah berada pada mimbar-mimbar cahaya pada kedudukan tinggi yang terpuji dan masing masing kedua tangannya terpuji. Orang orang yang adil dalam menerapkan hukum mereka dan ( adil ) pada keluarga serta pada apa yang  mereka pimpin”. ( H.r. Muslim)




Faktor paling penting yang perlu ada pada seorang pemimpin adalah seorang yang mampu untuk memimpin diri sendiri,masakan mampu untuk membimbing orang lain sedangkan diri sendiri masih lagi terumbang ambing hanyut dalam keenakan dunia. Oleh itu,dapatlah saya simpulkan  beberapa sifat yang perlu ada pada seorang untuk diangkat sebagai pemimpin dalam konteks kita sebagai mahasiswa. Semoga mampu membantu sahabat-sahabat untuk membuat keputusan yang bijak dan terbaik sepanjang tempoh pemilihan dijalankan.
  • Seorang pemimpin haruslah seorang yang berusaha untuk mengamalkan sifat-sifat wajib bagi Rasulullah iaitu Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fathonah.
  • Seorang pemimpin haruslah mempunyai fikrah yang jelas
  • seorang pemimpin perlu kuat jasmani, rohani dan emosi nya kerana memimpin adalah amanah,dan amanah adalah suatu yang berat
  • seorang hamba yang taat pada rabb dan patuh dengan setiap syariatNya 
  • berhati suci dan mulia
  • membuat kerja secara tersusun
  • Seorang yang matang tingkahlaku dan pemikirannya
  • perlu mempunyai pengalaman dan kebolehan dari sudut kefahaman, kerja dan pentadbiran.  
  • Seorang yang mempunyai kemahiran komunikasi dan sosial yang baik
  • Berupaya untuk mentadbir dan memberi arahan secara hikmah
  • Stabil dalam pembelajaran

  • Dan lain-lain




           Sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab saya dan sahabat-sahabat sekalian yang mengaku bahawa kita bersatu dan bernaung dibawah payung GEN9 ini untuk membuat keputusan terbaik bagi memilih barisan kepimpinan yang akan memimpin kita pada tahun hadapan. Sedarlah bahawa hakikatnya kita semua adalah pemimpin dan paling kurang kita harus memimpin diri sendiri dan kita akan dipertanggungjawabkan dihadapan ALLAH berkaitan dengan apa yang kita pimpin. Mana mungkin seorang pemimpin gagal untuk membuat pilihan yang bijak untuk menjamin kesejahteraan masing-masing di masa hadapan. Semoga apa yang kita akan sepakati nanti dilimpahi rahmat oleh ALLAH dan semoga kita dijauhkan daripada melakukan kesilapan dalam memilih individu yang selayaknya. Jadi jangan lupa temujanji kita pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan oleh JPR:

22 April:                Proses pencalonan
25 April:                Pengumuman calon yang bakal bertanding
26-3 April:            Permulaan tempoh berkempen
3-4 Mei:               Sesi pengundian atas talian
6 Mei:                   Pengumuman keputusan undian
            
Akhir kalam,sekali lagi saya memohon beribu-riban kemaafan jika ada kesilapan dan kesalahan fakta yang saya berikan. Dan jika ada terkurang gula dan garam sepanjang penulisan ataupun tulisan saya ini memang kurang menarik minat anda untuk membaca.Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari kalam yang kerdil ini. Sememangnya saya bukan dilahirkan untuk menjadi penulis. Bukan salah saya jika sahabat-sahabat terasa bosan membaca,kerana anda yang baca,bukan saya. Selamat memilih.

“PILIHAN KITA, MASA DEPAN KITA..”










Thursday, April 19, 2012

[JPR'12] Senarai Nama Layak Mencalon dan Mengundi


Senarai Nama Layak Mencalon dan Mengundi
NO
NAMA
4001
ABUL AKMAL ARIF BIN ANUAR
4002
ADILAH BINTI ZULKIFLY
4003
AFIF FAHIM BIN MOHAMAD DIMYATI
4004
AFIFI SYAMIL BIN ABDUL RAZAK
4005
AHMAD AIZZUDDIN BIN DAUD
4006
AHMAD BUKHARI BIN BAHARUM
4007
AHMAD FAIZ BIN ZAIB
4008
AHMAD KAMIL BIN AHMAD FAHMI
4009
AHMAD MUNIR BIN BASIR
4010
AHMAD NAUFAL BIN BASRI
4011
AHMAD SAIFUL HAFIZI BIN JOHARI
4012
AHMAD SHAHIR BIN MOHAMAD NAZRI
4013
AHMAD ZULFAHMI BIN SHA'ARI
4014
AIMATNUDDIN HUSAIRI BIN HUSSAIN
4015
AMIR ASYMUNIR BIN MOHAMAD
4016
AMIR FIKRI BIN ZULHILMI
4017
AMMAR HAMZAH BIN MOHD HANIM
4018
ANIS SAFIAH BINTI AZMI
4019
AQILAH BINTI ABDUL RAZAK
4020
ATIQAH SHAKIRA BINTI AZMY
4021
AYUNI SHAFAF BINTI MOHD ADNAN
4022
BADRIYAH BINTI HUSIN
4023
FADHILAH NAJAHI BINTI IBERAHIM
4024
FARAHDINA BINTI MOHD FAUZI
4025
FATHIN NUR AQILAH BINTI AZMAN
4026
FATIN FAEZNUR BINTI FAUZI
4027
HAMIZAH BINTI ZAINAL
4028
HARSYAFIQ RAZAZWAN BIN ABDUL HARIS
4029
IZZATI FARHANAH BINTI ARIP
4030
KHAIRUN NISA BINTI MOHD ZAIDAN
4031
LIYANA NADHIRAH BINTI MUSTAFFA
4032
MAHA BINTI AHMAD
4033
MASTURA BINTI BUKHARI
4034
MOHAMAD FARIS BIN MD NOH
4035
MOHAMAD SUAIDI BIN MOHD SAZALI
4036
MUHAMAD FARHAN BIN RADUAN
4037
MUHAMAD FARIS BIN MUHAMAD ASRI
4038
MUHAMAD HUZAIFAH FADHIL BIN MOHD NOOR
4039
MUHAMMAD AFNAN BIN FAKHRURAZI
4040
MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHAMAD KAMIL
4041
MUHAMMAD FIRDAUS BIN MAT ZAIDI
4042
MUHAMMAD HAFIZ BIN MAZLAN
4043
MUHAMMAD HANIF IMRAN BIN MUHAMMAD 'ARIFF FADHILLAH
4044
MUHAMAD HUSNAIM BIN CHE RAHIM
4045
MUHAMMAD IKRAM BIN SHAHROM
4046
MUHAMMAD MU'IZUDDIN BIN AZMI
4047
MUHAMMAD SYAFIEQ BIN MUHD SHUKRI
4048
MUHAMMAD SYIHAM BIN ROSLI
4049
MUHAMMAD ZAHARUDIN BIN AHMAD SINAR
4050
MUHAMMAD ZUBAIR BIN MOHD ZUKERI
4051
MUHAMAD ZULFADHLI BIN MAHADI
4052
MUHAMMAD HAFIZ BIN NAZRI
4053
NIK MADIHAH BINTI NIK SHAFII
4054
NAQIYAN ANIS BINTI ABDUL RAHIM
4055
NATASHA ATIQAH BINTI MAT AMIN
4056
NAZHAH HANI BINTI MUKHTAR
4057
NAZIRA HANIM BT MOKHTAR
4058
NAZRIN SAFUAN BIN NAWANG
4059
NOOR AMALINA BINTI ABDUL RAHMAN
4060
NOOR FATEN DAYANA BINTI SAARI
4061
NUR FATHIYAH BINTI YUSOF
4062
NOR ATIQAH BINTI MOHAMMAD TAHIR
4063
NUR A'FIFAH BINTI RAHIMI
4064
NUR AKMA ANIS BINTI TAJUDDIN
4065
NUR ANIS BINTI MOHD ZALI
4066
NUR ATIQAH BINTI MUHD SUFIAN
4067
NUR FARAHIN BINTI MAT TARMIZI
4068
NUR FATIN BINTI BAHARIN
4069
NUR HAZIRAH BINTI MOHD AZLAN
4070
NUR MUHAMMAD AMMAR BIN MOHD RAZAK
4071
NUR NABILAH 'ATIQAH BINTI ABD WAHID
4072
NUR SABIHA BINTI ZAKARIA
4073
NUR SHAYMAK BINIT ABDULLAH
4074
NUR SHAZWANI MOHD AZMI
4075
NUR SYAFEKAR BINTI ZAINI
4076
NURHAWA ILLANI BINTI ROSLAN
4077
NURUL AISYAH BINTI MUDA
4078
NURUL ATIQAH BINTI MOHD AZMAN
4079
RAHIMAH NURYATI BINTI ENGAH
4080
RAUZAN HAYATI BINTI MOHD HASNAN
4081
SHAHRUNIZAM HIDAYAT BIN HISHAMUDDIN
4082
SITI AISYAH AINA BINTI ABDUL GHANI KANESSAN
4083
SITI 'AISYAH BINTI MOHD SARI
4084
SITI MARYAM BINTI SALEHUDDIN
4085
SITI NABIHAH BINTI SHALAH HUDDIN
4086
SITI NURBANI BT MD HASSAN
4087
SITI SHAHIRAH BINTI JAMIL
4088
WAN NADZIRAH BINTI WAN HASSAN
4089
WAN NORIZZAH BINTI WAN ZAINUDDIN
4090
WAN NURHIDAYAH BINTI WAN YAHAYA
4091
WAN NURUL HUSNA BINTI WAN MOHAMAD ROSDI
4092
ZUBAIR BIN JAMIL
4093
WAHDATY NAJIHAH MOHD
4095
AMANINA BINTI JUAZER RIZAL
4096
FADHLI NAFIS BIN AZMI
4098
MUHAMMAD AFIQ BIN KAMALUDIN LATIFI
4099
MUHAMMAD SHAIR BIN AWANG
4100
NUR ALYAA BINTI ABDUL MAJID
4101
AIMI SYAHIRAH BINTI SERBA JALIL
4102
KHAIRUN ZAMIELA BINTI MOHD ROHIMI
AB
MUHAMMAD ASYRAF BIN ABDUL RAHIM
AB
FATIMATUZ ZAHRA BINTI AZMI
AB
SITI ROKIAH BINTI ISHAK
AB
NUR IZZATI BINTI MOHD HASHIM
1000
HAFRIDZ MURSHID AL-WAFI BIN SHAHIBUDDIN
1001
MUHAMMAD MUZZAMMIL BIN MOHAMAD SALLEH
1003
MUHAMAD ZHARIEF AFZAL BIN MD.KASIM
1004
NUR ADIBAH HUSNA BINTI ALADDIN
1005
NUR SYUKRIAH BINTI SHUKRAN
1006
MOHAMED AFIQ HIDAYAT BIN ZAILANI

JUMLAH:
Ikhwah = 48
Akhawat= 62

(AB= Ahli Bersekutu)