Showing posts with label WritingCraze. Show all posts
Showing posts with label WritingCraze. Show all posts

Monday, January 7, 2013

Selamat Maju Jaya




Didalam fatrah imtihan ini, saya kira ada antara kita yang sudah memasuki bab-bab terakhir pembacaan buku kuningnya. Mungkin juga ada yang sibuk memenuhkan kekosongan table-table score, almaklumlah buku berjudul Praktikal Manual itu bakal menyumbang markah peperikasaan final nanti. Dan mungkin juga ada yang seperti saya, masih terkial-kial menggaru kepala memikirkan di mana nak mula.

Walau apa pun situasi, di mana pun page kita berada, sahabat , masih ada waktu bagi kita in sya Allah.
Dalam kita sibuk memenuhkan masa dengan menelaah subjek kesihatan ini, haruslah (wajib sebaiknya) jangan dilupakan tuntutan-tuntutan lain antaranya:

Tuntutan kepada ahli rumah.

Saya yakin dan pasti 4 tahun pengalaman -berdiri di atas kaki sendiri- bersama ahli rumah masing-masing telah mendewasakan setiap ahli generasi ini. Yelah, jika dikira pun kita sudah banyak kali diingatkan oleh sahabat yang berlainan membuktikan kebanyakan ahli telah sangat masak dengan hal yang satu ini. Namun, sebagai manusia ,mungkin ada kalanya, kita terlepas pandang, (sedangkan menteri pun ada salahnya, apatah lagi kita yang pelajar ini). Jadi ketika inilah jalinan ukhuwah di uji. Mainkan peranan sebagai sahabat, saling ingat- mengingatkan. Kata mahu menjadi seorang yang multi-tasking dan fleksibel.


Tuntutan kepada ibu bapa.

Teringat ketika berbual, saya dan beberapa sahabat diminta memberikan kalam taujihad penaik semangat sempena endround ini , ada yang mengatakan, ayuh, kita kejar MUMTAZ (dengan penuh semangat)!

Sahabat yang lain pula menambah, “kalau boleh kita nak berjaya sama-sama. Jadi setiap kali doa, jangan lupa, doakan kawan-kawan sekali. Doakan senjata kita .”
“ yang paling penting restu ibu bapa. Sebelum exam, JANGAN LUPA call parents minta doakan dan solat hajat.”
Siapalah kita tanpa mereka, kalau bukan doa mereka siang malam untuk kita, mungkin tidak ketahap ini kita berada.



Tuntutan sesama muslim.
“ sesiapa yang tidak mengambil tahu tentang saudaranya, maka dia bukanlah dari kalanganku.” Alhadith -

Setiap kali berbicara perihal cakna, saya pasti teringat dengan hadis ini. Tidak terbayang bagaimana rasanya, andai diri tidak diakui Nabi junjungan.

Sebagai pihak yang mengambil tahu, pun ada adabnya. Kita diajar untuk menilai maklumat yang sampai bukan menerima secara bulat-bulatannya. Apa sahaja maklumat yang sampai, tidak kiralah dari mulut ke mulut (walaupun orang yang kita percaya,lagi- lagilah kalau orang asing yang jauh dari kita), mahupun pembacaan, sewajibnya wajar kita pertimbangkan terlebih dahulu sebelum membuat konklusi. Lihatlah dari semua penjuru. Tapislah informasi tersedia dengan tapisan iman. Lapangkan dada dan doa semoga Allah tunjukkan kita jalan yang benar.



Saya tertarik dengan satu analogi, tentang bahayanya tersalah faham dan bertambah bahaya jika fahaman itu di sebarkan.

Suatu pagi, seorang guru yang sangat bersemangat mengajar anak muridnya tentang bahaya minuman keras, menjalankan eksperimen keatas 2 ekor cacing yang mana satunya diletakkan kedalam segelas air kosong dan satu lagi diletakkan ke dalam segelas air berisi arak. Semua murid memberikan sepenuh perhatian keatas reaksi yang bakal kelihatan. Seperti jangkaan, cacing di dalam gelas air mineral itu terapung berenang . Manakala, cacing didalam gelas berisi arak menggeletek mati.

Lalu guru itu pun bertanya,“Baik murid-murid, apa yang kalian dapat dari eksperimen sebentar tadi?

Dengan yakin, anak-anak murid yang naïf pentakwilannya, menjawab, “untuk mengelakkan kecacingan, minumlah arak ....” .

Nampakkan, bahayanya?

Akhir kalam, selamat maju jaya.
-Lau kana bainana, apa yang akan baginda rasa sekiranya baginda melihat kita? JOM study! :)

P/s: Maaf tersalah bahasa atau kata (pembetulan amat dialukan) atau terguris ke, dengan penulisan ini. Semoga bermanfaat.

Daripada : Rauzan Hayati

Tuesday, January 1, 2013

Kisah Pencuri Kurma


Pada suatu hari, Abu Hurairah ditugaskan untuk menjaga kurma orang berzakat. Tiba-tiba datang seorang tua lalu terus mengambil buah kurma dan memakannya. Abu Hurairah menangkap org tua itu untuk mengadap Nabi Muhammad S.A.W.

Tetapi, org tua itu mengeluh dan minta dikasihani dengan berkata dia seorang yang miskin dan sangat memerlukan makanan. Mendengar kata-kata itu, Abu Hurairah berasa kasihan dan melepaskannya. Esoknya Abu Hurairah ditanya Nabi apakah yang telah dilakukan semalam dan Abu Hurairah memberitahu apa yg berlaku. Nabi berkata malam ini orang tua itu akan datang lagi.

Mendengar kata-kata Nabi, Abu Hurairah berjaga malam itu dengan bersunggguh-sungguh dan terbukti org tua itu datang lagi dan mengambil kurma dengan kedua belah tangannya. Abu Hurairah segera menangkapnya untuk mengadap Nabi tetapi orang tua itu meminta maaf dan berjanji tidak akan datang lagi. Abu Hurairah berasa kasihan dan melepaskannya.

Esoknya, Abu Hurairah ditanya lagi oleh Nabi dan Abu Hurairah menceritakan hal itu. Nabi berkata bahawa org tua itu berdusta dan akan datang lagi malam ini. Kata-kata Nabi memang benar, orang tua itu datang lagi dan mengambil kurma dengan lagi banyak. Abu Hurairah segera bertindak menangkapnya. Lantas dia meminta maaf. Tetapi kali ini Abu Hurairah tidak mahu melepaskannya dan berkata kamu tidak menepati janji.

Orang tua itu menjawab,jika kamu lepaskan aku, aku akan mengajarmu doa yang sangat berguna kepadamu. Abu Hurairah bertanya apakah doa itu. Jawab org tua itu,

”Jika kamu akan tidur di tempat tidurmu, bacalah Ayat Kursi. Sesungguhnya kamu akan dijaga oleh malaikat yang ditugaskan Allah untuk menjagamu. Dan semalaman itu kamu tidak akan didekati syaitan hingga pagi.”

Esoknya, seperti biasa Nabi bertanya perihal semalam dan Abu Hurairah berkata dia telah diajar doa yang sangat berguna. Nabi bertanya apakah doa itu. Abu Hurairah menjawab, bacalah Ayat Kursi sebelum tidur. Nabi berkata, "Dia telah berkata benar kepadamu padahal dia adalah pendusta. Tahukah kamu siapa orang itu?" Nabi bertanya.

“Allah dan Rasul-Nya yg lebih mengetahui”, kata Abu Hurairah.
“Ketahuilah Abu Hurairah, orang tua itu adalah syaitan”. Kata Nabi.

Kesimpulannya sahabat2 skalian, rajin-rajinkanlah diri untuk membaca Ayat Kursi sebelum tidur. Moga2 tidur kita diredhai Allah...

By : N Madihah

Saturday, December 29, 2012

Punca-punca Ujub


Bismillah~
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



Terkedu?
Kerana mungkin punca yang dihighlightkan ada dalam diri lantas membuahkan 'ujub?
Jangan bimbang, ayuh muhasabah diri!
Masih ada masa untuk bertaubat, syukuri nikmat hidup dan masa yang tersisa~


by: Nur Anis

Friday, December 14, 2012

Cerita Saudara Kita


Isu umat Islam seluruh dunia merupakan isu yang ‘tak lekang dek hujan, tak lapuk dek zaman’. Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai kisah mengenai penderitaan umat Islam di seluruh dunia. Isu Palestin yang tak pernah sunyi, begitu juga kisah saudara seagama kita di Syria, Rohingya,dan Patani yang ditindas dan diseksa oleh musuh-musuh Islam rancak dibualkan di dada-dada akhbar dan di laman sesawang.


Alhamdulillah, di Palestin kita sudah dapat melihat siri-siri kejayaan jundinya yang dikenali sebagai bridget Izzuddin Al-Qasam. Serangan dan hujanan peluru dari tentera Israel dibalas dengan teratur dan terancang oleh tentera Palestin.
Kita umat Islam sering tertanya-tanya bilakah peperangan yang berlaku di Gaza akan berakhir.Bila diumumkan genjatan senjata di Palestin, kita gembira, tetapi mereka, tentera Izzuddin Al-qasam sedih dan ada yang hilang semangatnya. Kerana apa ? Kerana hadaf mereka berjuang adalah untuk mendapatkan syahid Allah. Mereka hidup untuk mati, kerana mereka tahu mati itulah kerehatan buat mereka. Jauh berbeza tarbiah dan tadhiyah yang mereka tunjukkan jika dibandingkan dengan kita.

Tarikh 15 Mei 1948, merupakan tarikh yang tidak asing lagi dalam diari umat Islam di Palestin, Hari Nakhbah dimana negara haram Israel laknatullah diisyhtiharkan. Ramai umat Islam yang cakna tentang tarikh ini, namun jika ditanya tentang tarikh 6 Februari 1948, pasti ramai yang terpinga-pinga. Tarikh tersebut merupakan permulaan sejarah pahitdan hitam buat umat Islam di Burma. Daerah penempatan umat Islam yang dinamakan Arakan, yang didiami oleh etnik Rohingya telah diceroboh oleh tentera burma pada tarikh tersebut dan lebih kurang 200 000 penduduknya telah dibunuh dalam tempoh 3 hari.

Mengapa saya bawakan juga isu saudara kita di burma, sedang isu palestin hangat dibincangkan? Kerana penindasan dan kezaliman yang dilakukan keatas mereka, sama bahkan lebih dahsyat lagi jika dibandingkan dengan Palestin. Jika Palestin diserang, mereka mempunyai kelengkapan berperang yang boleh dikatakan lengkap. Namun saudara Rohingya kita tidak dibenarkan untuk menyimpan hatta sebilah pisau pun di rumah mereka. Mereka juga dilarang untuk mempunyai telefon bimbit. Cuba sahabat fikir, bagaimana mereka mahu mempertahankan diri mereka?

Siri-siri pencerobohan dan kekejaman yang dilakukan ke atas etnik Rohingya sangat zalim dan tidak berperikemanusian. Rumah mereka diceroboh, dipotong kaki setiap ahli rumah tidak kira muda atau tua. Kemudian mereka dibakar hidup-hidup bersama kediaman mereka. Masjid-masjid yang ada dimusnahkan, dan masjid yang berbaki langsung tidak berfungsi. Mereka tidak dibenarkan untuk solat jumaat, tarawikh mahupun solat fardhu. Selain itu, masyarakat Rohingya juga menghadapi krisis kebuluran yang sangat mebimbangkan kerana tiada sumber untuk mereka mendapatkan makanan. Kedai- kedai perniagaan milik umat Islam ditutup dan kedai yang ada milik penganut agama lain dilarang untuk membuat sebarang urusan perniagaan dengan umat Islam. Purata penduduknya yang mati kerana kebuluran adalah sebanyak 35 orang sehari. Sahabat, mereka juga saudara seagama dengan kita, namun mengapa kita lupa tentang mereka. Apakah darah umat Islam di Rohingya lebih murah berbanding darah umat Islam di negara lain?

Jumlah umat Islam diseluruh dunia sekarang hampir mencecah 2 bilion, namun kita ini ibarat buih-buih di lautan, banyak tetapi tidak berguna. Bangkitlah sahabat-sahabat sekalian, bangun dari mimpi dan lamunan kita, kerana kita punya banyak misi untuk dilaksanakan. Tenaga kita diperlukan untuk menegakkan kembali kalimah Allah dimuka bumi. Mari jadi orang yang cakna akan saudara-saudara kita di seluruh dunia kerana umat Islam itu ibarat satu badan, jika sakit satu bahagian maka bahagian lain akan turut merasai kesakitan tersebut. Mereka perlukan bantuan kita, adakah kita hanya akan duduk dan memerhati sahaja? Tepuk dada, tanyalah iman anda.

by : Wan Nhidayah

Wednesday, December 12, 2012

Empat Perbuatan Yang Melambangkan Diri Kita


Terdapat empat perbuatan yang selalu kita lakukan, yang kita anggap kecil, tetapi ia sebenarnya berkemungkinan besar memberikan gambaran akan diri kita yang sebenar. Ini adalah kerana perbuatan tersebut yang lahir secara spontan ini merupakan kesan dari peribadi dan sikap diri kita yang mungkin kita tidak sedar.

Pertama - Apabila kita mendengar azan dari komputer kita, dalam masa yang sama kita sedang mendengar lagu atau menonton cerita, maka kita akan segera 'off'kan azan tersebut kerana tidak mahu azan itu menganggu aktiviti kita.

Kedua - Sedang kita mencari-cari siaran radio semasa memandu kereta, maka terbuka siaran IKIM yang sedang memperdengarkan bacaan Al Quran. Lalu, kita ubah kepada siaran lain yang lebih menarik.

Ketiga - Selepas tamat menonton satu drama di Astro Oasis, rancangan seterusnya adalah 'Indahnya Iman' yang memperdengarkan zikrullah. Lalu kita ubah kepada channel yang lain.

Keempat - Selepas solat di masjid, diumumkan bahawakan diadakan majlis ilmu selepas solat. Lantas kita pulang ke rumah walaupun ketika itu kita tiada apa-apa urusan.

Melengahkan Solat Dan Tidak Khusyuk Dalam Solat

Perbuatan kita yang pertama tadi berkemungkinan besar melambangkan kita adalah seorang yang suka melengahkan solat dan tidak khusyuk dalam solat. Bunyi azan adalah simbol kepada seruan solat. Jika kita seorang yang cinta dengan solat dan suka melakukan solat diawal waktu, kita pasti akan menghayati azan tersebut, lantas bersiap untuk melakukan solat.

Perbuatan kita menutup bunyi azan tadi adalah disebabkan hati kita merasa berat dengan solat. Laungan azan itu membuatkan kita terasa berat dan malas untuk bergerak. Cerita atau lagu yang ditonton lebih menarik minat kita berbanding seruan azan. Ini membuktikan kita seorang yang tidak khusyuk di dalam solat dan berasa sangat berat apabila masuknya waktu solat.

Firman Allah SWT di dalam surah AL Baqarah ayat 45 :
واستعينوا بالصبر والصلاة وإنها لكبيرة إلا على الخاشعين
Bermaksud : Bertolang bantulah kamu dengan bersabar dan menunaikan solat, sesungguhnya keduanya ini amat besar kecuali bagi orang yang khusyuk.

Tindakan yang seharusnya kita buat adalah apabila mendengar azan, tidak kira dari mana sekalipun, hendaklah kita menghayati dan menjawab setiap lafaz azan tersebut seperti mana yang diajar oleh Rasulullah SAW. Selepas tamat azan, hendaklah kita membaca 'doa selepas azan'. Kemudian, segera menunaikan solat dengan khusyuk dan menghadirkan diri kita bersama Allah SWT. Ini adalah kerana, solatlah ibadah yang menghubungkan secara terus hati manusia bersama Tuhannya.

Hati Kita Tidak Terhibur Dengan Al Quran

Hiburan di dalam Islam mempunyai makna yang sangat luas. Manakala hiburan yang utama buat orang yang beriman adalah hiburan yang datang dari Tuhannya iaitu bacaan Al Quran. Al Quran merupakan Kalamullah yang diturunkan Allah SWT khusus buat kita umat Rasulullah SAW. Al Quran bukan sahaja mengandungi hukum hakam, malah menjadi hiburan utama buat Rasulullah SAW.

Saidina Umar Al Khattab ketika sebelum memeluk Islam, beliau memerangi Islam dengan penuh kebencian. Setelah mendapat tahu adiknya sendiri memeluk Islam, beliau lantas ke rumah adiknya, namun terhenti di pintu rumah adiknya lantaran mendengar bacana Al Quran yang sangat indah. Bacaan Al Quran dari surah Toha itu berjaya melembutkan hati Saidina Umar yang keras, lantas Allah SWT menurunkan hidayah buatnya. Hati yang keras mampu dileburkan dengan bacaan Al Quran.

Namun apabila kita mendengar siaran bacaan Al Quran, lantas menukarnya dengan siaran lain yang lebih menarik, apakah petandanya? Itu petanda kecil bahawa hati kita adalah keras dan tidak mampu terhibur dengan Al Quran. Mendengar Al Quran membuatkan kita gelisah dan serta merta menjadi bosan. Gelora hati kita itu akhirnya membuatkan kita lebih tertarik kepada hiburan lain yang akan menghiburkan hati kita secara kosmetik, sedangkan hakikatnya kita tidak pernah terhibur dengannya.

Sepatutnya, apabila mendengar bacaan ayat Al Quran, kita mengikut saranan Allah di dalam surah Al A'raf ayat 204 :
وإذا قرئ القرآن فاستمعوا له وأنصتوا لعلكم ترحمون
Bermaksud : Apabila dibacakan Al Quran (kepadamu), maka dengarlah padanya dan diamlah, semoga kamu dirahmati.

Para ulama amat menitik beratkan adab ketika mendengar bacaan Al Quran. iaitu mendengar dengan teliti, mengamati bacaan dan tajwidnya, menikmati kemerduan suara qari yang mengalunkan bacaan tersebut, dan jika mampu, kita hendaklah menghayati maksudnya. Dengan adab beginilah, kita mampu menjadikan bacaan Al Quran itu sebagai hiburan dan sumber hidayah buat kita.

Hati Kita Keras Dari Mendengar Zikrullah

Sifat orang beriman, apabila mendengar ayat dan nama Allah SWT, maka akan bergetar hatinya. Bergetar kerana berasa kagum dan takut akan kebesaran Allah.
Firman Allah SWT di dalam surah Al Anfal ayat 2 :
إنما المؤمنون الذين إذا ذكر الله وجلت قلوبهم وإذا تليت عليهم آياته زادتهم إيمانا وعلى ربهم يتوكلون
Bermaksud : Sesungguhnya orang yang beriman jika disebutkan padanya nama Allah akan bergetarlah hatinya, dana apabila dibacakan ayat-ayatNya akan bertambah imannya dan kepada Tuhannya mereka bertawakkal.

Di dalam ayat lain, Allah SWT mengingatkan kita bahawa hanya dengan mengingati Allah SWT, jiwa kita akan menjadi tenang. Maka, apakah signifikannya apabila kita tidak merasa tertarik dengan alunan zikrullah? Ini menunjukkan hati kita keras dan tidak mempu menjadi tenang dengan zikrullah. Malah, kita lebih berminat untuk meneliti siaran lain yang lebih menarik minat kita untuk menontonnya.

Sedikit sebanyak, hati kita sudah terjerat dengan virus sekular yang sangat halus. Apabila kita sudah mampu menggantikan makanan hati kita daripada zikrullah kepada keduniaan, bukankah itu bermakna kita sudah mula menerima ada yang lain lebih baik dari apa yang Islam ajarkan. Ianya sangat halus, sukar untuk dikesan. Ia menghasilkan perbuatan yang kecil ini, namun memberikan signifikan yang sangat besar buat diri kita.

Sepatutnya, kita memaksakan diri kita untuk menghayati alunan zikir tersebut. Benar, akan timbul rasa berat dan malas untuk mendengarnya. Namun, bertepatan dengan janji Allah SWT, jika kita terus menerus mendengarnya dengan penghayatan, lama-kelamaan akan datang perasaan tenang, menyelinap masuk ke dalam hati kita. Ianya akan menghadirkan rasa keinsafan dan penghayatan yang mendalam, sehingga mampu mengalirkan air mata.

Sombong Dari Mendapat Hidayah Allah


Imam Al Ghazali menggariskan beberapa petua untuk mendapatkan kekuatan di dalam mujahadah. Pertama adalah berpakaian dengan pakaian muslim. Kedua merapati para ulama. Manakala yang ketiga adalah melazimi majlis ilmu.

Signifikan majlis ilmu dikatakan sebagai salah satu petua untuk kekal dalam mujahadah adalah kerana majlis ilmu merupakan antara tempat yang paling banyak diturunkan hidayah. Majlis ilmu juga disebut sebagai salah satu daripada taman-taman syurga. Tidak berada seseorang itu di dalam majlis ilmu melainkan didoakan keampunan untuknya oleh ikan-ikan di laut. Banyak lagi ganjaran yang disebutkan di dalam hadith berkenaan kelebihan majlis ilmu.

Majlis ilmu juga adalah medan untuk kita mendapatkan peringatan dan ilmu untuk kita muhasabah dan memperbaiki diri.

Firman Allah SWT di dalam surah Az Zariyat ayat 55 :
وذكر فإن الذكرى تنفع المؤمنين
Bermaksud : Dan berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang mu'min.

Tindakan kita beredar dari majlis ilmu walaupun ketika itu kita berkelapangan, bukakah itu petanda bahawa kita sombong dengan rahmat dan hidayah Allah SWT? Majlis ilmu yang memberikan peringatan kepada kita dan mampu membuat kita muhasabah diri, namun kita melarikan diri. Majlis ilmu dinamakan sebagai majlis pengagihan 'harta' peninggalan Rasulullah SAW yang sepatutnya kita rebut dan manfaatkan, namun kita bertindak sebaliknya.

Biarpun kita mempunyai urusan, rasanya tidak luak masa kita jika kita duduk sebentar dan mendengar pengisian ilmu yang ingin disampaikan. Di dalam majlis yang penuh dengan rahmat dan hidayah itu, walaupun kita duduk hanya sebentar, tidak mustahil ianya menjadi asbab untuk kita peroleh hidayah, seterusnya memperbaiki diri dan meningkatkan iman kita.

Empat perbuatan di atas hanyalah simbolik kepada empat isi yang ingin saya sampaikan. Namun, jika kita berfikir sejenak dan bermuhasabah, kita tidak akan melakukan empat perkara di atas melainkan kita mempunyai sedikit penyakit-penyakit hati seperti yang dijelaskan.

Hakikatnya, itulah perbuatan yang pernah berlaku kepada diri kita dalam aktiviti harian kita. Maka, hendaklah kita bermujahadah dalam melakukan solat, sentiasa mebasahkan lidah kita dengan zikrullah dan bacaan Al Quran, malah jangan sesekali kita meninggalkan majlis ilmu yang penuh barakah. Semoga dengan usaha mujahadah kita, kita akan dipelihara Allah SWT dari sebarang ancaman iman dan meningkatkan kedudukan kita di sisiNya, insyaAllah.

Daripada karangan:
Mohd Azrul Azuan bin Idris
20 Oktober 2012

Monday, December 10, 2012

HIDUP UMPAMA KERETA



Pasti ada yang pelik dengan analogi yang saya kemukakan. Sabar, biar saya terangkan apa yang saya maksudkan dengan analogi di atas. Kita sudah maklum bahawa setiap komponen kereta memainkan peranannya yang tersendiri dan menjadi pelengkap bagi memastikan kereta tersebut berfungsi dengan baik. Begitu juga kita yang dinamakan manusia, amatlah penting untuk kita menggunakan seluruh komponen yang terdapat pada badan kita yang telah dikurniakan oleh ALLAH dengan sebaiknya.

Sepasang mata yang indah ciptaannya perlulah digunakan untuk melihat kebesaran ciptaan Allah di muka bumi. Mulut dan lidah haruslah sentiasa dibasahi dengan zikrullah dan bercakap perkara yang baik sahaja. Dan kaki yang dikurniakan kepada kita, biarlah ia menjadi penggerak kita ke tempat-tempat yang baik. Tidak lupa juga peranan akal dan hati kita yang merupakan enjin dalam badan manusia yang menjadi penentu hala tuju kehidupan manusia.


Hadis Rasulullah SAW ada menyebut :

"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila daging itu baik maka baiklah tubuh manusia itu, akan tetapi bila daging itu rosak maka rosak pula tubuh manusia. Ketahuilah bahwa sesungguhnya segumpal daging itu adalah hati.

(HR. Bukhari-Muslim) "

Tanpa minyak, kereta tidak akan dapat bergerak. Pentingnya peranan minyak untuk menggerakkan kereta samalah seperti pentingnya peranan iman yang menjadi penggerak segala amalan manusia. Jika minyak kereta mulai berkurang, apakah tindakan yang akan kita lakukan? Pastinya kita akan mengisi semula minyak kereta tersebut sehingga penuh, agar perjalanan kita dapat diteruskan dengan lancar. Begitu juga iman manusia ini, fitrahnya terkadang naik, terkadang turun. Maka sebagai hamba Allah yang diciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini, kita perlulah sentiasa memastikan iman kita berada pada tahap yang maksimum. Jika terdapat tanda-tanda iman kita semakin berkurang hendaklah segera kita muhasabah diri dan berusaha untuk menaikkan kembali iman kita.

Apabila seorang pemandu membawa kereta, cermin pandang belakang dan cermin sisi akan digunakan sepenuhnya agar pemanduannya lancar.Kedua-dua cermin ini berfungsi untuk membantu pemandu agar berwaspada akan segala bahaya dan kemungkinan yang tidak diingini yang mungkin datang dari arah tepi dan belakang. Hidup manusia tidak akan lepas dari ujian dan dugaan. Adalah sangat penting untuk kita tidak lupa pandang ke belakang dan lihat kisah silam kita yang dulu, agar kita tidak mengulangi perkara yang sama, dan juga sebagai persedian untuk menempuh hidup yang penuh pancaroba. Kata cerdik pandai,
"Pengalaman adalah guru yang terbaik.”
Makna dari "pengalaman adalah guru terbaik" adalah adanya suatu kejadian atau peristiwa yang menimpa hidup kita di masa lalu, baik menyenangkan atau pun tidak menyenangkan, hendaklah kita menjadikannya sebagai suatu pelajaran, peringatan dan motivasi yang berharga dalam menyingkapi dan menentukan langkah perjalanan hidup kita selanjutnya.

Untuk meneruskan perjalanan dengan baik, sebuah kereta perlulah mempunyai alat gantian yang lengkap atau nama lainnnya spare part, sebagai persedian jika kereta tersebut menghadapi masalah atau kerosakan. Selain itu, pemandu itu sendiri perlulah mengetahui serba sedikit tentang bagaimana cara untuk mengesan kerosakan dan juga apa tindakan yang perlu diambil jika berlakunya kerosakan pada kereta tersebut. Kereta yang ditimpa kerosakan dapat dianalogikan dengan ujian yang menimpa ke atas manusia. Apabila manusia itu mendapat ujian, pasti manusia itu akan merasa lemah dan futur , dan hal ini sedikit sebanyak pasti akan mengganggu perjalanan hidupnya. Jadi, bekalan dan persedian yang telah dikumpulkan selama inilah yang dapat membantu manusia untuk bangkit semula. Segala ilmu, didikan dan tarbiyah, tidak lupa juga tawakal dan doa yang berterusan merupakan bekalan-bekalan yang dapat membimbing manusia untuk bangkit ke arah yang lebih baik. Kita juga perlu sentiasa menganalisis apa masalah-masalah atau kekurangan yang terdapat pada diri kita dan segera mengambil tindakan untuk memperbaiki masalah tersebut jika wujud.

Sebenarnya, banyak lagi komponen-komponen kereta yang dapat kita analogikan dengan diri kita. Tapi saya kira cukuplah sekadar analogi diatas, sebagai panduan buat kita. Jadi sebagai kesimpulan,gunakan komponen-komponen yang ada pada diri kita dengan baik, agar perjalanan hidup kita sentiasa di dalam redha Ilahi.

by: Amanina Juazer















Wednesday, May 30, 2012

From gaza, with love




From gaza, with love

From gaza, with love
Artikel ini hanyalah secangkir perkongsian daripada rombongan aqsa ke gaza baru-baru ini (20 mei-24 mei 2012 )

Jika engkau merasa bahawa segala yang di sekitarmu gelap dan pekat,
Tidakkah dirimu curiga bahawa engkaulah,
Yang dikirim oleh Allah utk mjadi cahaya bagi mereka?
Berhentilah mengeluh kegelapan itu,
Sebab sinarmu yang sedang mereka menantikan, maka berkilaulah

Mereka ingin berkilau setiap masa, setiap detik, kerana kilauan terindah buat mereka hanyalah satu, berkilau di syurga Allah.
Mereka tidak pernah mengeluh, apatah lagi berputus asa.Jika tiada kamu bersama aku, namun Allah masih ada bersama aku..masih tersenyum.


“akan ada sebilangan daripada kalangan umatku  yang berpegang dgn ajaran agama, tegas thdp musuh-musuh mereka, tidak memberi mudarat kepada mereka oleh orang yang memusuhi mereka dan segala kesulitan yang menimpa mereka, sehingga Allah mendatangkan bantuanNya, dan mereka ttp demikian..kemudian, sahabat bertanya, “ wahai Rasullulah, di manakah mereka saat itu. Rasullulah menjawab, “ di baitul Maqdis dan sekelililingnya”

Disambut mesra oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh , sebuah cerita perjuangan menjadi ucapan alu-aluan mereka. Setiap detik, mereka ingin diingatkan  tentang erti perjuangan sebnar, apa yang patut diperjuangkan.
Bila ditanya kepada seorang syabab Palestin..kenapa kamu belajar? Sedangkan pendidikan kamu disekat, kamu tidak akan ke mana, kamu akan mati bila-bila.
Ya, namun aku belajar untuk mengejar Izzatul Islam, bukan kerana pangkat, bukan kerana mumtaz, tapi kerana Islam, ad-deena ! itu yang ingin aku tegakkan !
Melihat wanita- wanita Palestin , mereka berkahwin awal..kenapa kamu kahwin awal? Kerana aku tidak sabar untuk melahirkan mujahidin, mujahidat untuk Islam. Jelas! Berkahwin bukanlah kerana nafsu, namun bersedia untuk menghantar anak ke medan perang.
Berpaling pula pada seorang wanita yang sedang mengandung, kamu dah berapa orang anak??
Alhamdullilah, anak pertama ku sudah syahid, insyAllah anak ini juga bakal syahid ( sambil menunjukkan tangannya ke arah kandungan yang dikendongnya itu). Luluh hati ketika mendengar, subhanAllah !
Ditanya pula pada seorang wanita yang lain merangkap Menteri Kementerian Hal Ehwal Wanita Palestin, Jamilah, di manakah suami kamu??
Alhamdullilah, syahid. Tersenyum gembira. Beketrampilan sederhana shaja, cukup mengenakan abaya dan bertudung labuh, penuh berkaliber menguruskan hal-hal kebajikan wanita dan anak-anak di Gaza.

Meninjau keadaan anak-anak kecil itu pula, merka diulit riang dengan bacaan al-quran.
Sudah menjadi kewajipan utk mereka menghafal quran setiap hari.. cita-cita mereka hanyalah menjadi tahfiz al-quran pada suatu hari nanti,agar mampu berada di saf hadapan bersama pejuang-pejuang yang lain..
Si anak kecil ini berlumba- lumba menghafal, mengulang, menghafal, mengulang kembali..menurut mereka, untuk menjadi pejuang itu, 30 juzu’ al-quran harus tersemat kemas di hati, harus juga menghafal 20 hadis peperangan dan memahami tafsir at-taubat dan al-anfal itu dengan  fasih.
Masjid itu pula dimakmurkan dengan sebaik-baiknya..setiap hari, setiap daerah, satu jam akan diperuntukkan sepenuhnya untuk para pejuang kecil ini menghafal dan seisi ahli masjid bersama-sama mengimarahkan masjid itu.
Tekanan.Ketakutan.Bekalan air terputus. Bekalan elektrik terputus. Ketiadaan bekalan perubatan. Itu semua bukan lagi halangan. Malah, mereka sudah “immune” dengan semua itu..kenapa begitu?? Kerana hidup mereka bermatlamat.
Sempat juga rombongan meminta pejuang-pejuang Palestin ini agar memohon doa untuk anak-anak (pelajar-pelajar) di mesir agar dipermudahkan imtihan mereka. “InsyAllah. Semoga Allah permudahkan kalian “ ucapnya
masyAllah, patut kita berasa malu mereka yang memang sebenar-benarnya mujahid itu mendoakan kita pula T__T..
diucapkan selamat tinggal kepada mereka, semoga terus thabat, terus teguh di jalan Allah ini..namun, pesanan selamat tinggal mereka pula = semoga kita ketemu di AL-Quds, bersama-sama bersolat di sana, bi iznillah..masih tersenyum walaupun tidak tahu bila hari itu bakal tiba..
menurut mereka, pilihan raya mesir sangat memainkan peranan penting dlam pengembalian Palestin itu sendiri. Sungguh, penentuan bakal presiden Mesir itu bakal mengubah landskap dunia ini dan Palestin itu.  Mereka tetap bersabar memohon daripadaNya, malam mereka pula tidak pernah sunyi daripada qiammullail dan doa yang berterusan
 mintalah pertolongan kepada Allah, dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikhendakiNya daripada hamba-hambaNya, dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.. ( al-A’raf 7 : 128)
kalau saudara kita di sebelah sana mampu bersabar, apatah lagi kita?
Tajdid niat kembali. Kenapa aku hidup. Takkan ada letih, takkan ada kecewa, kalau semuanya kerana Allah.
Bittaufiq semua.

p/s : mintak maaf andai terslah eja, da singkatan, ayat kucar-kacir, tajuk omputih, tapi isi x omputih, semoga bermanfaat


by:Liyana Nadhirah bt Mustaffa