Sunday, November 4, 2012

Summer Sharing Session Cetus Kesedaran



Abou Risy, 29 Oktober 2012: Program perkongsian aktiviti semasa cuti musim panas lalu berjaya mencetuskan kesedaran dalam kalangan ahli batch Gen 09. Program yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Insan Batch Gen 09 ini berlangsung serentak dengan Sambutan Aidil Adha di Markaz PERUBATAN Abou Risy.

Menurut pengarah, saudara Mohammad Afiq Hidayat Bin Zailani program ini dibuat untuk memupuk kesedaran ahli Gen 09 agar berusaha sedaya mungkin untuk mengisi masa ketika cuti musim panas. “Saya rasa bertanggungjawab untuk melahirkan knowledge-based society terutama dalam kalangan sahabat-sahabat Gen 09,” beritahu beliau.

Bagi Nur Farahin Binti Tarmizi, beliau berpendapat bahawa sebenarnya sudah banyak masa sebelum ini tidak dimanfaatkan semaksimum mungkin. “Sepatutnya kita gunakan masa terluang sebaiknya dan bijak merebut peluang,” tambah beliau selepas mendengar sesi perkongsian tersebut.

Beliau yang menghabiskan cuti musim panas di Mesir sempat menyertai beberapa program di Kaherah. Beliau berharap cuti musim panas akan datang dapat dimanfaatkan sebaiknya.

“Tidak kisah program di Malaysia atau di Mesir. Kedua-duanya signifikan, tetapi yang lebih penting kita dapat menjadi pendokong dan peserta dalam apa jua yang disertai,” beritahu Nur Syafekar binti Zaini apabila ditanya mengenai kepentingan program di Malaysia atau di Mesir.

Ahli panel seramai 9 orang telah dipilih dalam kalangan ahli untuk berkongsi serba sedikit mengenai aktiviti atau program yang mereka sertai di Mesir mahupun Malaysia semasa cuti musim panas lalu.

KLIK UNTUK GALERI EID ADHA@GEN09 & SSS

Saudara Muhd Hafiz Bin Nazri telah dinobatkan sebagai Ahli Paling Aktif bagi kategori siswa dan Nur Sabiha Bt Zakaria bagi kategori siswi. “Anugerah ahli paling aktif diadakan untuk menggalakkan lagi ahli agar cinta kepada program-program keilmuan termasuk ilmu duniawi dan ukhrawi,” komen saudara Afiq Hidayat.


Program tersebut diserikan lagi dengan tayangan video serta jamuan Aidil Adha.


Senarai nama panel serta tajuk:

Pembentang slot pertama:
1. Abul Akmal Arif Bin Anuar: Talk Dr Syed Naquid Al Attas
2. Wan Nurhidayah Bt Wan Yahaya : Tafaqquh Fiddin
3. Muhd Hafiz Bin Nazri: Wacana Sinar; Tahaluf Siyasi
4. Muhammad Afiq Hidayat Bin Zailani: Fiqh Politik
5. Nur Sabiha Bt Zakaria: Fiqh Khomsah

Pembentang slot kedua: (forum)
1. Amanina Bt Juazer Rizal: HOPE
2. Nur Adibah Husna Bt Aladdin: Attachment
3. Muhamad Faris Bin Muhamad Asri: Fiqh Perubatan
4. Ahmad Shahir Bin Mohamad Nazri: Yahoo@Beijing (moderator)

Disediakan oleh :
Adilah Binti Zulkifly 
(wartawan gen 09)
Gen09 GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: