Rujukan: GEN09 01/01/05-X04/2012/13(09)
Tarikh: 27 April 2013
Pilihan Raya Gen 09
Bismillahirrahmanirrahim.
Rasulullah
SAW telah bersabda yang maksudnya:
“apabila kamu keluar bermusafir 3 orang hendaklah kamu memilih seorang untuk menjadi ketua”.
“apabila kamu keluar bermusafir 3 orang hendaklah kamu memilih seorang untuk menjadi ketua”.
Berdasarkan
hadis tersebut, rasulullah mengajarkan kepada umat baginda peri pentingnya
memilih pemimpin dalam Islam. Betapa hebatnya didikan Islam, dalam
sekecil-kecil situasi dan sekecil-kecil komuniti, pemilihan salah seorang
sebagai ketua adalah satu keperluan untuk menentukan keputusan dan menentukan
hala tuju komuniti tersebut.
Seorang
ketua pula perlu kepada satu organisasi dan jawatankuasa yang sistematik untuk
menguruskan dan melancarkan pembahagian tugasan. Berkata Saidina Umar
al-Khattab, khalifah yang kedua daripada khulafa` ar-rashidin yang
mafhumnya, “tiada Islam kecuali dengan jemaah, tiada jemaah kecuali dengan
kepimpinan dan tiada kepimpinan kecuali dengan ketaatan”.
Bersesuaian
dengan peribahasa melayu, “yang patah tumbuh, yang hilang berganti”, kami,
jawatankuasa batch sesi 2012/2013 akan melepaskan jawatan kami dan bakal
digantikan oleh jawatankuasa yang baru.
Sehubungan
dengan itu, pihak jawatankuasa batch telah melantik beberapa ahli Jawatankuasa
Pilihan Raya (JPR) sesi 2013 bagi menguruskan hal ehwal pencalonan, kempen,
pengundian dan makluman keputusan pilihanraya batch.
Oleh yang
demikian, kami berharap agar semua ahli dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam
melancarkan proses pemilihan pimpinan pada sesi yang baru ini. Bersempena bulan
Mei yang bersejarah ini, ayuh sama-sama kita memeriahkan lagi demam pilihan
raya sama ada di peringkat batch mahupun di peringkat parlimen dan dun di
Malaysia.
Selamat
berpilihan raya.
Yang
berkhidmat,
AFIFI SYAMIL BIN ABDUL RAZAK
Ketua Batch,
Jawatankuasa Gen 09 2012/2013
Ketua Batch,
Jawatankuasa Gen 09 2012/2013
Timbalan Ketua Batch,
Jawatankuasa Gen 09 2012/2013
No comments:
Post a Comment