Showing posts with label AbgKacak. Show all posts
Showing posts with label AbgKacak. Show all posts

Saturday, May 11, 2013

PRU 13

Bismillah Wal Hamdulillah
kita berjumpa lagi dalam edisi brainwash bersama aku
dalam masa sebentar lagi aktiviti berkempen perlu dihentikan
jadi tibalah masanya untuk aku memunculkan diri
memberi pandangan yang jelas sebab aku bukanlah seorang yang rabun [haha]

pilihanraya batch kali ini rasanya antara yang terhangat dalam banyak pilihan raya yang sebelum ini
jadi sukalah kiranya aku untuk turut serta menghangatkan suasana pilihanraya kita kali ini

banyak jawatan yang akan dipertandingkan kali ini
kalau sifat malas aku tak merebak,
aku akan memberi ulasan kepada setiap jawatan yang perlu diundi oleh siswa

bermula dengan ketua batch
kalau kiasan itu boleh digunakan
aku nampak sifat Ikram ini seakan-akan sama dengan sifat ustaz Azizan bekas Menteri Besar Kedah [doakan beliau yang baru menjalani pembedahan]
tegas, rajin bekerja, mendahulukan yang lain sebelum diri
tidak dinafikan akan ada yang kurang menggemari sifat tegas itu
hanya selepas kehilangannya barulah kita menyesali penolakan kita terhadap sifat tegas yang tadi
tegas ini berkait rapat dengan disiplin diri
rajin bekerja dan mementingkan orang lain itu tidak ingin aku ulas
kerana pembuktiannya sudah cukup banyak
International Day, PSMB, Saadah, liga JPA baru-baru ini dan beberapa lagi
kalau tak silap saya hampir semua tugasan ini bersifat last minute diberikan kepada ikram
and he still delivers good result
cumanya mungkin teknik diplomasi dia boleh diperhalusi

afiq on the other hand seperti dato saifudin abdullah
tenang perwatakannya, agak panjang akalnya, sanggup melawan arus untuk menyatakan pendapat
afiq has his own train of thought which produce good result and he doesn't fear to make his voice heard
dalam i-FEST selaku ajk pengisian dia berjaya membawa aktiviti yang mungkin agak cliche dan bosan menjadi sesuatu yang rejuvenating
dan aku percaya untuk membuat keputusan tersebut mesti ada bangkangan daripada yang lain
but he still prevail
dia mungkin akan menghadapi kesukaran kalau menang akibat title pelajar G2Gnya di kemudian hari
and he sometimes loses his interest a bit quick but this can be solve easily

TKB,
zubair zukeri dan faris asri@is faris
zuber sudah beberapa kali terlibat dalam MT batch
kali pertama semasa menggantikan kamil sebagai setiausaha pada tahun 2
seterusnya mengekalkan jawatan tersebut dalam pilihanraya yang sudah
his experiences in MT is really valuable as both of the KBs never held a position in MT batch
he is silent but deadly

faris sangat terkenal
aktif dalam dunia maya terutamanya dalam isu politik
pernah memegang jawatan ajk kebajikan, kemudian naik menjadi bendahari
pengalamannya pun banyak
ini mungkin akan menjadi salah satu jawatan yang akan melihatkan persaingan yang hebat

setiausaha
nizam dan muzammil
nizam adalah antara ahli GEN09 yang berbakat membuat video
anybody can be a secretary but just a handful can make a good video
nizam can go further in video making field if he doesnt have burdens on his shoulder

muzammil
dah ada jawatan dalam biro setiausaha, pernah jadi OPU
banyak kerja boleh disynchronizekan
cuma adakah dia mempunyai pengaruh dalam kalangan GEN09 ?

bendahari
syiham dan shahir
shahir satu-satunya bekas KB yang masuk bertanding
jadi ketua batch really wears you out
[kasihan juga dekat dia haha]
dia mempunyai legasi tersendiri
manakala prestasi semasa syiham selaku ajk akademik agak baik
tetapi cukupkah itu menjadi modal untuk melawan shahir the giant ?

ajkt-ajkt lain

zubair jamil ada potensi besar
result exam pun gempak
jawatan ajkt ini boleh mengembangkan potensi dia
pilihlah mereka yang boleh berikan yang terbaik untuk batch ini
aku sangat berharap KeDIK akan jadi lebih mantap di masa depan
risau juga kalau jawatan ajkt akan mengganggu penglibatan acap dalam Kedik
yang lain pandai-pandailah
nak video sedap kenalah pilih yang pandai buat video [hahaha]
nak aktiviti luar yang power pilihlah mamat yang athletic [>.<]

tkb akhawat ada dua aisyah
aku tengok mood akhawat agaknya
siapa yang selalu berkempen aku undilah
aku bukan kenal sangat pun akhawat
[ayat bajet tsiqah kahkahkah]

p/s:
harap-harap yang menang ini nanti tak macam aku
cakap lebat
kerja tak buat


sekian hasutan daripada aku

Wednesday, February 20, 2013

kita semua adalah manusia


sebelum masuk ke isi tulisan ini, jawab beberapa soalan di bawah ini

ada tak siapa dalam kalangan kita ini kalau saya beri air jus juhayna kotak besar dia sanggup pergi sabi', tunggu 5 minit dan balik sayyeda semula ?

ada tak dalam kalangan kita yang sanggup ke alexandria, tunggu 10 minit dan patah balik ke kaherah? saya beri coklat toblerone sebatang.

ada tak dalam kalangan kita yang nak sanggup keluar 3 pagi pergi medan zainal abidin, tunggu 5 minit lepas itu balik rumah ? saya beri air kotak besar jus epal cap rani.


simpan jawapan anda,
dan kita masuk pada isi tulisan ini, isu musyrif

sudut pandang lelaki

ada tiga sudut pandang

1. 
ada yang menganggap 
musyrif ini satu beban yang harus dibuang
jadi selagi boleh elak mereka elak
kalau ada alasan maka mereka akan gunakan

bagi orang orang yang sedemikian saya pohon agar ubahlah fikiran anda
kita ada adik perempuan, kakak, mak, anak saudara perempuan
macam mana perasaan kita bila kita tahu yang mereka ini di kacau ?
saya secara peribadi kalau tahu adik saya berkawan dengan lelaki yang saya ragui akhlak dia pun saya dah hampir meletup
ini kan pula kalau saya tahu mereka diganggu oleh manusia tidak berakhlak itu

lagipun, akhawat-akhawat yang ada disini banyaknya akan jadi isteri kawan-kawan kita juga
jadi anggaplah kalian membantu kawan-kawan kalian sekarang

2. 
ada yang menganggap ini satu tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan
kepada orang-orang begini saya ucap tahniah dan kekalkan semangat anda
moga Allah membalas kebaikan anda dengan berganda-ganda
pelbagaikan niat anda supaya ganjaran lebih besar boleh diperoleh secara percuma

3. 
mereka yang tak fikir pun
kalau jadi-jadi, kalau tak jadi sudah
kepada mereka ini, perbanyakkanlah niat anda
niat ini mudah tetapi impaknya kepada nilai pahala tersangatlah besar
yang kecil boleh jadi besar
yang besar boleh jadi kecil bahkan mungkin sampai tahap tiada

sudut pandang perempuan

mereka ini juga terbahagi kepada 3

antara mereka yang memang nak guna [1] dan mereka yang kalau boleh tak nak guna [2] dan mereka yang tak kisah [3]

1.
bagi yang nak guna, 
alhamdulillah mereka faham
masalah timbul bila mereka berhadapan dengan lelaki sudut pandang pertama
mereka nak guna tetapi terasa susah akibat panggilan yang tak berangkat dan alasan yang pelbagai
saya hanya mampu memohon agar mereka-mereka ini bersabar
ingat, ikhwah yang menjadi musyrif pun terpaksa berkorban dan banyak melayan karenah akhawat sudut pandang ke 2
kes nak tidur tetiba kena musyrif, kes kena musyrif on the spot bila nak main futsal, kes tunggu bawah rumah 40 minit - 60minit, 
jadi kita sama-sama berkorban
bukan untuk orang lain pun, untuk kebaikan bersama

2.
ada diantara mereka ini pernah menjadi golongan pertama, namun akibat pengalaman buruk dengan musyrif bertukar menjadi golongan ini
untuk mereka ini saya minta agar beri peluang kedua kepada musyrif yang lain
jangan disebabkan hati yang sakit, kita dedahkan diri kita pada bahaya

ada yang menjadi golongan ini dengan alasan tidak mahu menyusahkan sesiapa

untuk mereka yang merasa tak nak susahkan pihak musyrif,
ada orang cakap, " mintalah kami tak rasa susah pun. "
permasalahan timbul bila kenyataan ini disandarkan pada pengalaman telefon musyrif tak angkat, banyak alasan dan lain-lain

jadi nasihat saya, susahkan mereka.

pelik ?
pada saya inilah masa-masa anda perlu pentingkan diri anda
pedulikan rasa kasihan kepada mereka itu, dan kasihanlah pada diri sendiri
itu lebih wajar

ada yang rasa terkongkong dan mahu hidup independent serta satu dua alasan lain
mereka yang berfikiran begini, sila fahami maksud independent itu
kalau masa merdeka kita sibuk cakap tentang memerdekakan minda,
maka merdekakanlah minda kita daripada fahaman salah akan makna independent
manusia itu lemah
itu hakikat,
tak nak bergantung kepada siapa-siapa ?
itu angan-angan gila
maaf saya kata

3.
bagi golongan yang ikut-ikut ini ,
nasihat saya mudah
kalian mesti ada satu dua senior bahkan mungkin belasan senior power yang anda kagumi
anda mesti akan contohi mereka bukan ?
begitulah dengan junior-junior anda
berikan mereka peluang untuk rasa bagaimana rasanya mempunyai senior yang awesome gila, bijak dan berakhlak mulia
kita ini sudah di tahun 4 ya kawan-kawan :)

kisah-kisah tauladan yang harus difikirkan,

ada sekali saya tengah musyrif junior akhawat, tiba-tiba berjumpa dengan senior dia
batch mana rahsialah
serba salah saya dibuatnya, nak ditegur risau nanti jatuh air mukanya depan junior
tak di tegur, hmm

ada sekali saya musyrifkan akhawat seorang nak balik ke rumahnya
dalam perjalanan itu kami terserempak 2 kumpulan remaja lelaki dalam 6-7 orang
otak saya berfikir, kalaulah dia ini tak pakai musyrif balik tadi, apa yang jadi ?
kalau tak kena kacau pun, tentu sekali hatinya akan rasa ketakutan sebab bersendirian
itu kerisauan yang ada dalam hati saya
hati mereka ? entahlah

ada pula yang terjumpa semasa tengah musyrif orang lain, 
masa ini pun saya telan lagi perasaan saya sebab kalau boleh saya tak nak cakap lebat pom pom lepas itu tinggalkan dia tak bermusyrif
saya telan perasaan saya dan anggap bahawa dia dalam keadaan darurat dan rumah dia dekat

dan mungkin saja saya tak tegur sebab kelemahan saya sendiri, hanya mampu membenci menggunakan hati

hal ini juga akan memberi impak dalam kehidupan bait muslim anda
bayangkan, [ini bukan kisah benar]
J: eh kau kenal tak si B ini, aku berkenanlah dengan dia
F: yang mana satu ?
J: alah yang tinggi-tinggi itu
F: oh, yang selalu tak pakai musyrif duduk dekat kedai syampoo itu ke ?
J: ...


kesimpulan,

1. gunalah musyrif dengan bijak.

kalau rasa-rasa nak beli tiket kereta api ke apa ke beli pada waktu yang munasabah
kadang-kadang kasihan pada mereka yang sampai tak tidur malam sebab kena musyrif 2-3 pagi

kalau ada kecemasan, beritahu kepada musyrif sebabnya
baru mereka boleh empati,
kalau tak memang meliarlah fikiran mereka
musyrif itu manusia, bukan malaikat

kalau bukan kecemasan,
cakaplah pada mereka awal-awal
mereka juga seperti anda, perlu memasak, basuh baju, belajar, main futsal, tengok running man
bila tahu awal, baru boleh merancang masa
ini kalau tetiba pelan yang dibuat terganggu,  terkadang rasa marah itu boleh lahir
yalah kan. manusia

lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengikuti jemaah-jemaah tertentu di sini
walaupun tidak bermusyrif itu pilihan individu, percayalah kesannya terkena pada jemaah anda sendiri
saya sendiri pernah terdengar kenalan saya cakap " jemaah sekian-sekian memang tak pakai musyrif. arahan atasan agaknya "
hanya kerana perbuatan beberapa individu, fitnah jatuh kepada satu jemaah

2. jadilah musyrif yang amanah

bila orang dah minta tolong itu
tolonglah
janganlah buat macam macam alasan, malas, sengaja tak angkat telefon dan lain-lain
yang tak tahannya, bila jumpa orang tak pakai musyrif bukan main mulut
berderu-deru marah, habis berceramah 15 jam
bila suruh jadi musyrif, diam terkedu
kita tak nak macam itu
kita walk the talk

3. jagalah maruah dan harga diri kamu

maruah ini antara benda yang wajib dijaga
kamu [akhawat] itu mahal dan berharga, maka perbuatlah seperti seorang yang mahal dan berharga

dan kamu [ikhwah] itu kuat dan pemimpin, maka perbuatlah sepertimana seorang yang kuat dan jagalah seperti seorang pemimpin yang amanah

jangan sampai tahap pakai musyrif itu satu kejanggalan di dalam komuniti kita
itu terlalu parah sehingga sukar diubati
cegah sebelum membarah
jom ubah !

p/s: soalan di atas itu saja tanya
supaya kita memahami isu
saya bukan nak kata, " berilah musyrif kamu mercedes benz sebiji. mereka berkorban banyak bla bla bla "
tak, cuma berilah penghargaan yang sepatutnya
ucap terima kasih, panggil guna nama mereka dan bukannya " eh, musyrif ", dan perkenalkan diri apabila telefon mereka
dan ya, kami kenal suara akhawat macam mana
jadi tak perlu rasanya nak jawab, " ini siapa ya ? ini akhawat " [haha]




Tuesday, November 20, 2012

Visa dan kaifiatnya

Panduan Memperbaharui Visa

A. Untuk memperbaharui visa 

Item yang diperlukan 

1. Passport yang sah tempoh lakunya 
2. Salinan muka depan passport 2X
2. Salinan visa yang lepas 2X [ kalau kali pertama buat tak perlu
3. Salinan cop masuk ke mesir yang terbaru 2X
4. Salinan muka depan passport lama [ bagi sesiapa yang visanya terletak di passport lama ] 2X
5. Syahadah yang sudah siap bercop pada tiga tempat;nama sendiri,gambar,bawah syahadah *
6. Salinan syahadah 2X
7. Borang permohonan visa yang sudah berisi dan bergambar **
8. Salinan kad pelajar [kerneh] 2X
9. Kad pelajar ***

*syahadah perlu diminta di syuun tullab [pejabat pelajar]
pejabat buka pukul 9 -3
pergi ke kaunter mengikut tahun pelajaran anda
cakap ' aiz syahdah li tagdid iqamah'
nanti dia akan minta gambar sekeping untuk ditampal
dia akan minta kerneh sebab nak tengok nama dalam arab
lepas itu dia akan tanya ' aid millad ?'
sila nyatakan tarikh lahir anda dalam bahasa arab
contohnya " sittah, shahr ehdasyar, wahid wa tis'in"
kemudian dia akan beri borang dan menyuruh anda menulis nama anda dalam rumi di atas nama anda dalam jawi
kemudian serah semula kepada dia
dia akan isi borang tersebut dan beri borang yang belum bercop kepada anda
anda kena jumpa dengan bos kerani;makcik yang duduk dekat sebelah pejabat tahun 1
dia akan cop syahadah anda di tiga tempat;nama, gambar dan ruangan tandatangan di bawah
anda akan dapat syahadah yang sudah siap dan boleh digunakan untuk memohon visa

**borang ini boleh didapati di pejabat imigresen berdekatan dengan kaunter 31
boleh diambil banyak, jadi ambillah untuk ahli beit anda sekali [ aku ambil siap-siap untuk stok 6 tahun haha ]

*** kebiasaannya dia tak minta pun.
tetapi incase dia minta bawa sajalah

akhir sekali masukkan kesemua item tadi ke dalam satu file untuk memudahkan urusan

B. Ke Mogamma'
naik metro turun di sadat
naik ikut jalan kasr el aini
anda akan sampai betul-betul depan Mogamma

C. Membeli stem
pergi ke kaunter 44
beli setem berharga 8 genih
setem dalam arab " tawabe'
dah beli simpan elok elok nanti nak beri pada makcik visa

D. Hantar borang
beratur dan hantar borang anda di kaunter 31
sila pastikan borang anda siap sejak dari rumah
tak payah nak mengada tulis dekat situ
keluarkan semua item [termasuk passport, kerneh tak perlu beri dulu] dari fail anda dan beri pada makcik di kaunter tersebut
sertakan sekali setem anda
dia akan isi dan tuliskan tarikh pada passport anda
dan dia akan suruh anda tuntut passport anda seminggu/10 hari/2minggu
[ ada khilaf di sini, mak cikitu kata seminggu tadi, ada senior kata 10 hari, tahun lepas aku pergi lepas 2 minggu
ikutlah memana pun yang hang rasa yakin
nak selamat ambil 10 hari ]

E. Ambil visa
pergi ke mogamma' setelah habis tempoh menunggu 7/10/14 hari
pergi ke kaunter 44 untuk beli setem 83.10 LE
tetapi kita akan bayar 83.25 LE
kemudian bawa ke kaunter 39
serahkan passport dan setem tadi
dia akan ambil passport anda dan menyuruh anda tunggu 2 jam
eloknya pergi kelas ke
makan hardess ke
ikutlah yang mana pun
janji bukan makanan boikot
selepas 2 jam pergi semula ke kaunter
ambil passport anda
dan walla
siap !

tahun depan kena pergi lagi

p/s: yay siap !
tetiba aku rajin buat benda ini







Thursday, September 20, 2012

nasihat apa ?

berikut ada tulisan yang di copy paste dari blog aku
ah, pedulikan

.........................................................................

retorik menurut kamus dewan bahasa ialah:

1) seni menggunakan bahasa yg indah dan menarik untuk me­mujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar

2) bahasa yg dibuat-buat atau dibesar-besarkan (yang indah dan muluk-muluk)

sedar tak sedar ramai antara kita terjebak dalam satu wabak, 
wabak memberi nasihat retorik
wabak ini bersifat syok sendiri sebab pengguna akan merasa dia sudah berbuat sesuatu padahal dia tak buat apa pun
yang dia buat hanyalah menuturkan kata-kata retorik

" kau kena perbaiki program kau ini. banyak masalah "

" kau kena tinggikan akhlak kau ini, banyak rompong "

" kau kena berfikiran kreatif, jangan asyik ikut orang "

" kau kena berfikir luar dari kotak bukan luar rumah "

" kita kena berubah jadi lebih baik "

" rakyat kena berjimat "

" sistem mushrif perlu diperkasa "

" kau kena berubah "

" benda ini perlu diperbaiki "

sesungguhnya, benarlah yang di atas ini satu nasihat,
namun, permasalahan timbul apabila ayat ini dimatikan di situ sahaja 
maka dimana gunanya ayat-ayat tersebut ?

sebelum aku sambung perbincangan ini, biar aku tanya satu soalan retorik 

siapa antara kita yang tak nak jadi baik, tak nak program yang dia buat jadi yang terbaik, tak nak jadi kreatif, tak nak berfikir di luar kotak ?

SIAPA ? 

soalnya bagaimana 
bagaimana dia mahu perbaiki program dia
bagaimana dia boleh memperbaiki akhlak dia
bagaimana dia boleh bersifat kreatif
dan bagaimana-bagaimana yang lain
inilah kurangnya nasihat-nasihat di atas

jadi mengapa nasihat bersifat retorik ini dikeluarkan ? [satu lagi soalan retorik ]

1) kerana dia ingin lari dari tanggungjawab memberi idea yang sebenar

2) dia ingin rasa dia telah menyumbang sesuatu, walhal tidak
dan kebiasaannya mereka-mereka ini bersifat sinis dan kritikal terhadap penerima nasihat

3) ataupun mungkin inilah nasihat yang termampu diberi dek ketandusan akal dan fikiran

jadi, hitung kembali nasihat-nasihat kita
apakah "mereka" bersifat konkrit dan membantu ataupun bersifat retorik, cantik tetapi tidak berguna ?

maka selepas ini jika ingin memberi nasihat, sambunglah ayat anda DENGAN satu perkataan yang pendek tetapi sukar

D.E.N.G.A.N

kau kena perbaiki akhlak kau DENGAN ...

kau patut perbaiki program kau DENGAN ...

maka elakkan menjadi syok sendiri dan poyo

p/s: jangan jadi orang yang kerjanya mencemuh dan memperkecilkan orang lain tetapi bila disuruh memberikan nasihat atau bantuan, hasilnya tiada nilai
umpama plastik twisties yang bertebaran di jalan
bukan sahaja tak membantu, malah MENYAKITKAN MATA sahaja

aku pun banyak kali beri nasihat retorik sebenarnya 
kahkahkah

apahal serius sangat tulisan kali ini aku pun tak tahu
banyak sangat tidur agaknya
kahkahkah


Sunday, February 26, 2012

kerana sehelai kertas


Michael: sini kau rupanya. jauh kau menapak. kau tengah baca buku apa Remy ?

Remy: ikut gualah nak baca buku apa, yang lu nak sibuk kenapa ? [ ujar Remy acuh tak acuh sambil meletakkan bukunya di atas meja dan memandang ke tingkap melihat pemandangan dari kedai Mcgronal di tingkat 3 itu ]

M: aku tanya elok-elok kan Remy, yang kau nak melenting kenapa maa ? jawab elok-elok tak boleh ke ? [ Michael menarik muka sambil menyorong kerusi untuk duduk ]

R: malas gua nak layan lu michael.

M: kau kenapa maa ? cuba kau story dekat aku, biar aku dengar. kalau ada aku boleh tolong, aku tolong

R: lu tak faham michael. lu hidup senang, belajar pun pandai, muka pun kacak. gua ? otak dahlah lembab. kalau buat event apa benda pun tak jalan

M: kau, dari dulu aku kenal kau sampai sekarang itulah ayat kau. " lu tak faham " [ ujar Michael dalam nada sarkastik sambil membuat muka menganjing Remy ]

R: ini yang buat gua malas nak cakap dengan lu. tak habis-habis nak menganjing orang. agak-agaklah sedikit brother ! [ nada R sedikit tinggi ]

Waiter Rose: hm, kamu berdua boleh perlahankan suara tak ? sebab agak mengganggu customer lainlah bang [ ujarnya sambil memandang muka michael ]

M: eh maaf, maaf. [ balas michael sambil tertunduk malu ]

Michael dan Remy menyambung perbualan mereka semula dengan nada perlahan namun jelas menampakkan kemarahan masing-masing

M: tengok ? kan dah kena sound dengan kakak Rose tadi isk. 

R: lu yang cakap kuat nak salahkan gua tetiba 

M: aku pula yang kena. mana aku tak menganjing. tension aku kau tahu, kau balik-balik guna ayat sama. tak kisahlah aku faham, ke tak faham ke, kau cerita sajalah

R: malas gua. bukannya lu faham pun kalau gua story panjang-panjang [ Remy cuba menjaga egonya dan enggan berkongsi masalahnya dengan Micheal ]

M: eh, aku faham ke, tak faham ke itu cerita kedua maa, tetapi satu benda aku boleh janji. i will never let you solve your problems by yourself. this is what a friend for, am i right ? 

R: uuu budak pandai dah mula cakap orang putih [ perli Remy untuk membalas sindiran Michael sebelum ini ]. seingat gua, gua tak pernah paksa lu lepak dengan gua. lu kalau tak suka, lu biar gua lepak sendiri-sendiri sudah. sibuk betullah mamat seorang ini

M: memang aku tak faham dengan kau sekarang. tetapi kau fikirlah sendiri, mana ada orang boleh faham orang lain 100%. kau pun bukannya faham aku 100% kan ? kau berilah aku peluang nak cuba Remy. [ nada Michael semakin kuat ]  

R: go to hell dude [ ujar Remy sambil membuat isyarat menghalau Michael ]

M: melampau kau ini Remy ! sabar aku pun ada limit dia kau tahu !
selepas menjerit, Michael terus menghentak meja dan menolak kerusinya dengan kuat

Remy tersentak. belum pun sempat Remy bersuara, Michael terus bergegas keluar dari kedai itu dengan muka merah menyala dengan kemarahan. 
Remy memandang kiri kanan. semua orang tengah melihatnya dengan muka terkejut dan penuh curiosity.
kakak Rose yang menegur mereka tadi pun sedang berjalan ke arah dia

W: maafkan saya, tetapi sila keluar dari kedai ini. pelanggan-pelanggan lain benar-benar terganggu dengan kamu berdua

muka Remy merah padam sebab malu dan terus dia keluar selepas membawa bukunya dan membayar minumannya di kaunter

R: badul punya Michael. tak pasal-pasal gua malu kena marah tadi. Damn !  [ ujar Remy sambil menggelengkan kepalanya kepada pekerja selsom yang menawarkan kepadanya leaflet broadband selsom. ]

whooshhhhh
angin kipas besar di luar kedai makan itu menerbangkan leaflet selsom itu tadi
Remy pandang kiri dan kanan mencari Michael dan ternampak kelibat Michael tengah menuju ke arah escalator untuk turun ke tingkat 2

R: Michael !! [ jerit Remy separuh marah ]

Michael menoleh kebelakang apa bila mendengar namanya dipanggil
tiba-tiba 

" ALLAH !!! "

gang gang gang gang
bunyi besi di palu oleh objek tumpul

Remy terkejut dan terus berlari
namun

" ALLAH !!! "

gang gang gang gang blub
bunyi yang sama berulang namun di akhiri dengan bunyi seolah-olah sesuatu yang lembut bertembung sesama sendiri

keesokannya,
Ain: oi kak Rose, kau dah baca belum paper hari ini ? peristiwa semalam masuk surat khabarlah !

W: itulah, aku pun tengah terkejut lagi ini ain ha sob sob sob [ nadanya lemah kerana traumanya masih belum hilang ]

suratkhabar cahaya harian itu diletakkan ke meja
terpampang di muka depannya petikan berbunyi,

SENAWANG, Jumaat - Seorang pelajar universiti tempatan [ Muhammad Mikail Bin Rusdi, 19 tahun ] maut apabila tergelincir kerana terpijak sehelai kertas iklan semasa hendak menggunakan escalator. Mangsa dilaporkan mengalami patah tengkuk dan mati di tempat kejadian. Rakan mangsa [ Siti Ramlah Binti Muzammil ] yang berada berdekatan turut ditimpa kecelakaan apabila tali kasutnya yang longgar telah tersangkut di escalator terbabit ketika cuba mengejar rakannya. Mangsa kini berada di dalam keadaan stabil di ICU Hospital Tunku Jaafar namun dilaporkan mengalami lumpuh separuh badan akibat hentakan kuat di tulang belakangnya. Pekerja di kedai makan berdekatan [ Rosnah Binti Zulkifili ] ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan pihak hospital gagal menghantar ambulans secepat mungkin ke tempat kejadian. Pihak polis menafikan sebarang unsur khianat dalam kes ini.

p/s: 
banyak sebenarnya pengajaran dalam cerita ini
cuba cari dan kongsikan bersama
ini aku copy paste dari blog aku
saja nak buang sawang blog batch ini kahkahkah

Sunday, October 23, 2011

gaddafi hero atau pengkhianat ?

heboh dunia sejak kematian gaddafi baru-baru ini
berlaku lambakan video youtube tentang konspirasi pembunuhan gaddafi, jasa gaddafi kepada libya dan lain-lain
benda-benda ini di share dari satu teman ke teman yang lain


sehinggakan ramai antara kita dibahagikan kepada 3 golongan
ada yang bergembira dengan peristiwa itu
ada yang sedih dengan peristiwa itu
dan ada juga yang tak berasa apa-apa bahkan ada yang tak ambil peduli pun

tulisan kali ini bukan untuk merungkaikan di sisi manakah gaddafi,
sama ada di sisi hero atau pengkhianat
itu aku serahkan kepada Pencipta dan sebaik-baik Hakim
kerana seperti dr mahathir, ada yang mengagungkannya dan tak kurang yang mengejinya
jadi soal baik atau tidak ini merupakan soalan rumit yang sukar terjawab
dan akan hanya mengundang pertelingkahan tak sudah

tetapi apa yang aku ingin buat sekarang ialah meluahkan perasaan hati kecil ini

aku nak tanya kepada orang yang membaca tulisan ini
apa yang kita tahu tentang perang libya ?
kenapa perang tersebut bermula ?
sebab minyak kah, emas kah, demokrasi kah, ekonomi kah atau apa ?
siapa yang terlibat ?
apa reaksi rakyat terhadap perang ini ?
dari mana sumber bacaan kau tentang isu libya ini [ kalau yang membacalah, kalau tak membaca tak payah jawab pun tak apa ]
dan soalan yang terakhir ialah
apa peranan anda dalam perang ini ?
apa yang anda dah lakukan selama perang ini bermula ?
hanya membaca berita ?
langsung tak peduli ?

aku secara jujurnya kecewa dengan pengetahuan aku tentang peristiwa ini
jikalau ditanya tentang libya sebelum ini,
aku hanya tahu tentang reservoir petroleumnya yang besar,
sekatan ekonomi yang pernah dihadapinya yang menyebabkan masalah harga petroleum dunia seketika,
kes pembunuhan warga libya di luar negara,
dan gaddafi yang berjaya merampas kuasa ketika berusia HANYA 27 tahun

adakah ini cukup untuk aku menghukum gaddafi ?
tentu sekali tidak
aku bukan sahaja jahil bahkan dangkal jika ingin membuat penghakiman
berdasarkan ilmu sekerat di dada ini
dan aku menyesal, kenapa hanya selepas matinya gaddafi
baru aku terhegeh-hegeh nak mencari kebenaran

adakah ini sikap yang patut diterapkan ?
menuduh sembrono sesuka hati ?
menghukum mengikut emosi ?
hukum dahulu baru hakimi ?
adakah kita ingin menjadi seperti kempeitei yang motonya " seksa dahulu, baru siasat " ?

adakah wajar sikap ini wujud dalam diri seorang yang mencanang-canangkan
dirinya bukan sahaja seorang mahasiswa/i tetapi muslim berfikiran kritis dan tajam ?
dirinya ingin membuat perubahan di malaysia ?
ingin membuat satu sumbangan besar kepada negara ?

di mana pembacaan kita ?
di mana pengetahuan am kita ?
di mana common sense kita ?
di mana general knowledge kita ?
di mana ?
katakan pada aku di mana !

jikalau ada arab menembak
semangat ingin tahu itu mebuak-buak
sehinggakan ada yang ingin menangkap gambar dan mengambil video
walaupun tahu akan kebahayaannya
cuma aku nak tanya, mana semangat itu dalam hal-hal sebegini ?

adakah ini yang ingin kita lagakkan ?
adakah ini yang ingin kita sebarkan ?
kejahilan ?
kemalasan ?
kseombongan ?

jadi di sini ingin aku mengajak sosok-sosok tubuh
yang mengaku dirinya mahasiswa/i
mari kita sama-sama bermuhasabah
pakailah pangkat mahasiswa/i itu dengan bangga
jangan cemarkannya dengan sifat jahil, malas dan sombong
ataupun adakah selepas terkenanya musibah baru terkial-kial nak bermuhasabah ?
" Those Who Forget History Are Doomed to Repeat It " ;George Santayama
ketahuilah, kalau ada insan yang paling banyak ditembak di dalam tulisan ini
orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah aku
jadi harap semua boleh berlapang dada dan bersabar

p/s: tulisan ini ditulis untuk menyahut seruan KB kita dan AJKT TTK kita yang mahukan blog ini bukan sahaja hidup dan tak lekang dari penulisan, tetapi mempunyai penulisan bermutu tinggi yang tak akan memalukan dia untuk mengaku sebagai ketua kita

mohon yang lain turut sama menyahut seruan ini

Tuesday, October 11, 2011

barely keep up and going to give up


he who had nothing but tounge
can do nothing but sang
felt nothing but drunk

he who walks alone in the alley
hoping to get killed by anybody
for who he love is gone eternally

Wednesday, May 4, 2011

Permohonan derma untuk membina masjid wala



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

"Katakanlah, sungguh Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya. Dan apa sahaja yang kamu sumbangkan, Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik". (maksud surah Saba' 34:39)

"Barangsiapa berbuat kebaikan, mendapat balasan 10 kali ganda amalnya. Dan barangsiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan". (maksud surah al-An'am 6:160)


" Dan jangan sekali-kali orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka dari kemurahanNya menyangka bahawa sikap bakhil itu baik bagi mereka sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan menjadi bahan seksaan mereka dengan dikalungkan dan dibelitkan lehernya di hari kiamat kelak ...." (maksud surah Al-Imran ayat 180 )
"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan 7 tangkai, pada setiap tangkai ada 100 biji. Allah lipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui" (maksud surah al-Baqarah 2:261)

Dan sepotong hadis yang bermaksud

"Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat, Anak solehyang mendoakan keatasnya"
(Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari)

Selari dengan maksud ayat al-quran dan hadis di atas, 

ingin saya yang di amanahkan oleh saudara zakwan 
menyeru kalian semua untuk kita sama-sama menghulurkan sumbangan 
dalam penambah-besaran masjid wala yang terletak berhadapan rumah saya / 
bersebelahan rumah lama wahdaty. 
Moga sumbangan yang dihulurkan akan mendapat pembalasan yang setimpal 
kerana masjid itu rumah Allah SWT 
dan masjid itu tempat ibadat serta perkumpulan orang-orang muslim. 
Mari kita bersama-sama mengeluarkan sedikit perbelanjaan kita di jalan Allah SWT. 

Dan ingatlah, tidaklah beribadat itu satu pembaziran

kalau kasut 100 USD boleh beli,
kalau baju 100 USD boleh beli,
kalau spek mata 100 USD boleh beli,
tak kan derma masjid tak boleh beri ?

maaf andai terkasar bahasa. sekian.

Saturday, April 16, 2011

nak balik ke tak cuti ini?

mungkin persoalan balik ke tidak ke malaysia sudah menghantui kau semua
sebelum membuat keputusan sila baca tulisan aku
eh, kau balik ke tak? dan eh , kau balik ke tak? bahagian 2
selamat membaca ....

p/s: gambar tiada kena mengena dengan post. sekadar tak nak beri nampak kosong kahkahkah

Tuesday, December 21, 2010

http://bodybrowser.googlelabs.com/body.html#
peh mantap!!
cuma gambar awal dia kurang sesuai untuk ikhwah
kahkahkah
nak tengok kena ada chrome beta version ( downloadlah)
moga dapat membantu mereka yang ingin belajar
miahahaha

Thursday, December 9, 2010

Harun Yahya

bismillah

ada beberapa perkara yang aku tertinggal semasa bercakap tadi
pertamanya tentang kepentingan mendengar daripada dua pihak
sumber aku tadi daripada wikipedia dan harunyahya.com
ternyata cerita yang sama di olah berbeza
ketika aku membaca wikipedia, tergambar seorang yang aggresif terlampau
dan bermasalah
tetapi ketika aku membaca harunyahya.com lain ceritanya
janganlah mudah membuat andaian dengan hanya mendengar cerita sebelah pihak
hasilnya penghakiman yang berlaku akan menjadi tidak tepat

keduanya, kenapa aku memilih harun yahya
berbanding tokoh seperti ibnu sina
ya, memang betul ibnu sina itu hebat di zamannya sekarang
tetapi hasil tulisannya
sukar didapati makanya sukar diaplikasikan
berbeza dengan harun yahya yang bukunya banyak dan mudah di dapati
aku mahu melatih kita semua berfikir secara jauh dan secara sistematik
dan ternyata bukunya sesuai dengan niat aku ini

ketiga, dia berdakwah secara saintifik
memandangkan kita pelajar medik contoh ini dekat pada kita
apa contohnya yang kita boleh buat?
mencari penawar setiap penyakit lantas membuktikan hadis yang ada
aku nak tunjukkan setiap daripada kita ada tempatnya dalam perjuangan
bukan semua tempatnya di medan peperangan
bukan semua tempatnya di madrasah
tetapi yang pasti kita semua ada tempat kita sendiri
cari dan laluilah jalan tersebut dengan niat yang ikhlas

aku ingin menyeru kepada kalian semua
silalah baca buku/artikel/berita/tulisan
dan yang paling penting bacalah al quran
dan tak lupa buku pelajaran kita

tegurlah aku, aku terima secara professional
kalau boleh selidiklah dahulu
kalau tak tahu tanya
itu lebih elok daripada membuat tuduhan melulu
janganlah tunggu sempurna
kerana kita memang tidak pernah dan akan sempurna