Showing posts with label Penggelojak nafsu makan. Show all posts
Showing posts with label Penggelojak nafsu makan. Show all posts

Sunday, December 5, 2010

Resepi


Bismillahirrahmanirrahim.

Tatkala kita semua sibuk mengejar mumtaz,
tatkala kita semua sibuk mengejar mesyuarat,
tatkala kita semua sibuk mengejar deadline,
tatkala kita semua sibuk mengejar ikhwah/akhawat,
sedarkah kita, betapa kita telupa, terleka, terlagha untuk memenuhi satu lagi tanggungjawab yang besar.

YA!

Bagaimana keadaan sahabat ahli bait yang lain?
Terisikah perut mereka?
Atau cukup sekadar kata-kata pujukan rayu,
"Maaf ek, hari ni aku tak masak tau. Otlob je ek?"


Tepuk dada tanyalah iman.
"Siapa nggak mau gizinya tercukupi?", kata Mbak El.

Jika aktiviti kebajikan dilakukan sebagai persediaan untuk menjadi seorang doktor yang sentiasa mengorbankan masa serta tenaga untuk masyarakat yang tak kenal pun siapa doktor yang merawatnya.

Kenapa tidak, anggaplah, aktiviti memasak masakan yang seronok dimakan itu sebagai salah satu latihan untuk menjadi seorang __________ yang mantap.

Masak bukan sekadar cincai-cincai.

"Anyone can cook," bak kata Chef Gusteau.

RESEPI NASI DAGING
  1. 1 kilo daging
  2. 2 batang serai
  3. Kayu manis, pelaga (boleh jer nak buang bijik kalau tak nak nyesal tergigit), bunga cengkih dan bunga lawang secukupnya
  4. 1 cawan susu cair dan 7 cawan air
  5. 4 cawan beras basmati
  6. 25 gram rempah nasi daging (pakai rempah kari daging pun boleh)
  7. 1 inci halia yang siap dikisar (kalau tiada halia, serbuknya pun bolehh)
  8. 6 biji bawang merah yang siap dikisar
  9. 3 ulas bawang putih dan 6 ulas bawang merah yang diracik
  10. 1 cawan minyak sapi (untuk ditumis)
  11. 1 cawan tomato soup (dalam tin) (tomato puri kot...)
  12. Daun pandan dan daun pudina (na'na') secukupnya
  13. 1 cawan air mawar untuk mewangikan (hari Jumaat, kat Sayyida Aishah ada banyak jual bunga ni. Korang beli pastu perah la -_-")

CARA MEMASAK
  1. Halia dan bawang merah dikisar (kan dah cakap, guna serbuk, tak pasal-pasal kena kisar balik)
  2. Bawang putih dan bawang merah diracik untuk dijadikan sebagai penumis
  3. Daging sekilo dipotong enam (supaya senang nak angkat kejap lagi)
  4. Daging dibersihkan terlebih dahulu
  5. Tumiskan bawang yang diracik tadi hingga kuning bersama serai, daun pandan, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
  6. Masukkan daging dan bahan-bahan yang dikisar
  7. Biarkan daging empuk, kemudian barulah diasingkan (nampak point kenapa kena potong enam?)
  8. Bersihkan beras dan toskan
  9. Sukat sukatan air
  10. Masukkan air ke dalam rempah yang diasingkan dari daging tadi
  11. Biarkan mendidih, lalu masukkan susu cair dan tomato soup
  12. Masukkan beras serta garam secukupnya
  13. Bila sudah hampir kering, masukkan kembali daging tadi bersama daun pudina
  14. Tutup dan biarkan masak hingga sempurna
*Sukatan bahan-bahan boleh diubah mengikut citarasa sendiri (korang kan power masak).
Jangan lupa selawat (sebagai penambah perisa (tak perlu guna MSG pun)).

Juga, lebih seronok jika Nasi Daging ini dimakan bersama air asam.

InsyaAllah, dengan izinNya, jika, petugas memasak pada hari tertentu memasak resepi diatas, nescaya, ahli bait yang lain akan tersenyum gembira dan pelik, apa buang tebiat ke masak pelik-pelik camni walaupun anda hanya memasak nasi dan tiada lauk lain~

Sila mencuba memasak dan memakan~

"Sila bersila untuk menikmati santapan yang seronok~"

Pemuda Kahfi,
Beit Kahfi, Maydan Giza,
Giza.

p/s: Sebarang risiko tiadalah kami menanggungnya.