Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Sunday, March 1, 2015

Glow With Flow 2.0 : Apa Kata Senpai?


ABOU RISY, 28 Februari – Bertempat di Markas PERUBATAN Abou Risy, Glow With Flow 2.0 telah selamat diadakan. Program Glow With Flow ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada ahli batch GEN 9 mengenai situasi study leave yang bakal dihadapi pada akhir tahun ini serta memberi motivasi untuk meneruskan pembelajaran yang berbaki.

Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh saudari Noha Nabila Mohammad Akhir, Timbalan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Kaherah 2015/2016. Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi forum yang dinanti-nantikan. Barisan panelis yang dihadirkan cukup mantap terdiri daripada saudara Abd Rahim Samad, saudari Nur Atiqah Mohd Hanifah, saudari Tasnim Hanafi dan saudara Ahmad Kamil Ahmad Fahmi selaku moderator.

‘Aku bakal doktor’, inilah mindset yang dipegang oleh saudari Nur Atiqah selama bergelar mahasiswa tahun akhir perubatan. Beliau juga menekankan kepentingan fokus di dalam kuliah dan pemahaman konsep setiap topik yang diajar oleh pensyarah universiti.

Saudara Abd Rahim pula menceritakan pengalaman beliau semasa mengambil peperiksaan ulangan untuk subjek Obstetric dan Gynaecology. Saat-saat genting itu turut dikongsi oleh sahabat-sahabat sekeliling dengan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada beliau.

‘’Everything matters’’, ujar saudari Tasnim ketika menjawab persoalan seorang hadirin mengenai kepentingan peperiksaan kecil setiap kali special round berakhir. Beliau turut berkongsi jadual belajar yang terancang ketika memasuki fatrah study leave.

Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada setiap ahli panel dan moderator.

Disediakan oleh,
Nur Anis binti Mohd Zali


Thursday, January 29, 2015

Jaulah Bahariya 2015.


Bersempena cuti musim sejuk sesi 2014/2015, Unit Sukan dan Aktiviti Luar (USAL) Gen-09 telah menganjurkan satu jaulah 3 hari 2 malam  ke Bahariya yang disertai 13 orang siswi dan 3 orang siswa sebagai musyrif. Jaulah ini bermula dari 24 Januari hingga 26 Januari 2015.
Peserta-peserta diminta untuk berkumpul di Mahattah Abou Risy pada pukul 12.30 pagi. Tepat jam 1 pagi coaster mula bergerak. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 6 jam ini dimulakan dengan bacaan doa naik kenderaan oleh para peserta.


Pada jam 7 pagi, peserta mula sampai di tempat penginapan di Ahmad Camp. Lawatan diteruskan untuk melawat El Meftella, Salt Lake dan English Mountain.
Keesokan harinya, para peserta mula bergerak untuk melawat Black Desert dan White Desert pada jam 11 pagi menaiki jip. Pelbagai pemandangan menarik ciptaan Allah SWT yang dapat dinikmati sepanjang perjalan ke sana. Antara  tempat-tempat menarik yang dilawati adalan Crystal Mountain, Mushroom Rock dan Chicken Rock. Para peserta bermalam di tapak perkhemahan yang disediakan.


Keesokan paginya, para peserta menunaikan solat subuh secara berjemaah dan mendengar sesi tazkirah tidak dirancang oleh saudara Muhammad Afnan bertajuk “Hati”. Seterusnya, peserta mula berkumpul untuk melihat matahari terbit. Pada jam 1 petang, coaster mula bertolak pulang ke Kaherah dan sampai ke destinasi pada jam 7 malam.


Antara reaksi para peserta adalah,program ini sangat bermanfaat untuk mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli batch serta dapat mentadabbur alam ciptaan Allah SWT yang sangat indah. Program ini juga memberi peluang untuk para peserta lebih mengenali Mesir dan penduduknya secara lebih dekat. Pelbagai pengalaman dan kenangan akan dikenang selamanya.
Ukhuwah bukan hanya pada kata-kata, tapi hati yang merasa.

Disediakan oleh,
Aqilah binti Ab Razak
Setiausaha,
Jaulah Bahariya 2015,

USAL Gen-09 2014/2016

Wednesday, November 5, 2014

REVIVE: Satu Suntikan Semangat



ABOU RISY, 01 November 2014 – Bertempat di markas PERUBATAN Abou Risy, program REVIVE yang dilaksanakan khusus untuk siswi Gen 9 telah diadakan dengan jayanya. Program yang bertemakan ‘Work Hard, Stay Humble’ ini dianjurkan oleh Majlis Tertinggi Batch (siswi), bertujuan untuk mengumpulkan ahli sekaligus mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib dan solat hajat secara berjemaah dan diikuti dengan sesi menjamu selera.

                Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Timbalan Ketua Batch II, saudari Nur A’fifah Rahimi. Beliau telah merakamkan ucapan terima kasih kepada AJK Pelaksana REVIVE yang diketuai oleh Pengarah, saudari Nurhawa Illani Roslan.Dalam ucapannya itu, beliau menekankan tentang kepentingan untuk sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk menghadapi tahun akhir perubatan tanpa mengabaikan adab-adab yang perlu dijaga dalam menuntut ilmu.

                Selepas berakhirnya ucapan daripada TKB II, majlis disambung lagi dengan slot ‘Full of Wisdom’ yang disampaikan oleh saudari Fadhilah Najahi Iberahim dan saudari Nor Atiqah Mohammad Tahir. Slot ini merupakan slot motivasi santai yang disampaikan oleh mereka berdua. Antara intipati penting yang dibawakan adalah mengenai keperluan untuk bersabar dan berusaha dengan gigih tanpa putus asa dalam mengejar kejayaan. Mereka menegaskan bahawa dalam kehidupan ada saat bangun dan jatuhnya. Apabila saat jatuh itu menerpa, kekuatan dan usaha yang bermula dari dalam diri perlu ada untuk kembali berdiri dan menapak untuk terus memburu kejayaan.

                 Slot kedua telah dikendalikan oleh Timbalan Unit Pembangunan Insan (UPI), saudari Nur Atiqah Mohd Sufian. Video yang telah ditayangkan berkisar tentang tanggungjawab dakwah dalam kehidupan untuk melahirkan komuniti Muslim yang sejahtera rohani dan jasmani. Perbincangan ringkas serta perkongsian pendapat turut diadakan antara Timbalan UPI dan siswi berhubung hal ini.

                Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan persembahan ringkas oleh wakil siswi, diikuti dengan majlis sambutan untuk siswi yang lahir pada bulan November. Tepat jam 8 malam, majlis bersurai.

Disediakan oleh,
Fatin Faeznur Fauzi.
               

                 

Tuesday, October 21, 2014

Glow With Flow : Satu Permulaan


ABOU RISY, 19 Oktober – Bertemakan “Achieve The Highest, Improve Others”, Glow With Flow 2014 untuk pelajar Tahun 6 telah selamat diadakan.  Majlis dimulakan dengan perasmian oleh wakil AJKT,  Saudara Afiq Zulhilmi bin Zairudin selaku Naib Pengerusi I PERUBATAN Cawangan Kaherah. Seterusnya majlis diteruskan dengan pembentangan analisis keputusan Tahun 5 yang lalu.

Program Glow With Flow pada kali ini diserikan dengan kehadiran ahli panel yang cukup mantap iaitu Saudara Amir Syahid bin Ezani, Saudari Adilah binti Nawam, Saudari Ami Farhani bin Mohd Nor Arifin dan Saudara Aimatnuddin Husairi bin Hussain selaku moderator.

Amir Syahid memulakan perkongsian dengan ‘Falsafah Bintang’, di mana beliau mengaitkan subjek Internal Medicine (IM) sebagai bintang-bintang, cantik dilihat tapi banyak untuk dikira. Begitulah jua subjek IM yang boleh disimpulkan seronok untuk dipelajari namun banyak yang perlu dipelajari.

“Jangan sesekali ponteng kelas!” Ujar Saudari Adilah. Berkali-kali pesanan ini diperingatkan kepada semua. Katanya, gunakan peluang yang ada di universiti sebaiknya, hadiri semua kelas yang ada dan malah beliau menggalakkan kepada sesiapa yang mahu mengambil kelas tambahan di luar universiti.

Program dihangatkan lagi dengan mendengar kalam taujihad dari Saudari Ami Farhani yang menceritakan pengalamannya bergelar pelajar tahun akhir di Sekolah Perubatan Kasr Al-Ainy.

“Enjoy tahun akhir ni. Sebab bila dah habis belajar, bila dah kerja, kita akan rindukan semua kenangan ketika berada di universiti.” Beliau juga mengingatkan kepada semua agar pandai membahagikan masa sebaiknya di antara pelajaran dan aktiviti lain.

Program Glow With Flow kemudiannya diteruskan dengan penyampaian Anugerah Lonjakan Saujana dan kemudiannya diakhiri dengan kalam dari Ketua Batch Gen 9 sesi 2014/2016, Saudara Amir Asymunir bin Mohamad.

Disediakan oleh,
Nur Izzati binti Mohd Hashim.