Showing posts with label tokoh. Show all posts
Showing posts with label tokoh. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

gaddafi hero atau pengkhianat ?

heboh dunia sejak kematian gaddafi baru-baru ini
berlaku lambakan video youtube tentang konspirasi pembunuhan gaddafi, jasa gaddafi kepada libya dan lain-lain
benda-benda ini di share dari satu teman ke teman yang lain


sehinggakan ramai antara kita dibahagikan kepada 3 golongan
ada yang bergembira dengan peristiwa itu
ada yang sedih dengan peristiwa itu
dan ada juga yang tak berasa apa-apa bahkan ada yang tak ambil peduli pun

tulisan kali ini bukan untuk merungkaikan di sisi manakah gaddafi,
sama ada di sisi hero atau pengkhianat
itu aku serahkan kepada Pencipta dan sebaik-baik Hakim
kerana seperti dr mahathir, ada yang mengagungkannya dan tak kurang yang mengejinya
jadi soal baik atau tidak ini merupakan soalan rumit yang sukar terjawab
dan akan hanya mengundang pertelingkahan tak sudah

tetapi apa yang aku ingin buat sekarang ialah meluahkan perasaan hati kecil ini

aku nak tanya kepada orang yang membaca tulisan ini
apa yang kita tahu tentang perang libya ?
kenapa perang tersebut bermula ?
sebab minyak kah, emas kah, demokrasi kah, ekonomi kah atau apa ?
siapa yang terlibat ?
apa reaksi rakyat terhadap perang ini ?
dari mana sumber bacaan kau tentang isu libya ini [ kalau yang membacalah, kalau tak membaca tak payah jawab pun tak apa ]
dan soalan yang terakhir ialah
apa peranan anda dalam perang ini ?
apa yang anda dah lakukan selama perang ini bermula ?
hanya membaca berita ?
langsung tak peduli ?

aku secara jujurnya kecewa dengan pengetahuan aku tentang peristiwa ini
jikalau ditanya tentang libya sebelum ini,
aku hanya tahu tentang reservoir petroleumnya yang besar,
sekatan ekonomi yang pernah dihadapinya yang menyebabkan masalah harga petroleum dunia seketika,
kes pembunuhan warga libya di luar negara,
dan gaddafi yang berjaya merampas kuasa ketika berusia HANYA 27 tahun

adakah ini cukup untuk aku menghukum gaddafi ?
tentu sekali tidak
aku bukan sahaja jahil bahkan dangkal jika ingin membuat penghakiman
berdasarkan ilmu sekerat di dada ini
dan aku menyesal, kenapa hanya selepas matinya gaddafi
baru aku terhegeh-hegeh nak mencari kebenaran

adakah ini sikap yang patut diterapkan ?
menuduh sembrono sesuka hati ?
menghukum mengikut emosi ?
hukum dahulu baru hakimi ?
adakah kita ingin menjadi seperti kempeitei yang motonya " seksa dahulu, baru siasat " ?

adakah wajar sikap ini wujud dalam diri seorang yang mencanang-canangkan
dirinya bukan sahaja seorang mahasiswa/i tetapi muslim berfikiran kritis dan tajam ?
dirinya ingin membuat perubahan di malaysia ?
ingin membuat satu sumbangan besar kepada negara ?

di mana pembacaan kita ?
di mana pengetahuan am kita ?
di mana common sense kita ?
di mana general knowledge kita ?
di mana ?
katakan pada aku di mana !

jikalau ada arab menembak
semangat ingin tahu itu mebuak-buak
sehinggakan ada yang ingin menangkap gambar dan mengambil video
walaupun tahu akan kebahayaannya
cuma aku nak tanya, mana semangat itu dalam hal-hal sebegini ?

adakah ini yang ingin kita lagakkan ?
adakah ini yang ingin kita sebarkan ?
kejahilan ?
kemalasan ?
kseombongan ?

jadi di sini ingin aku mengajak sosok-sosok tubuh
yang mengaku dirinya mahasiswa/i
mari kita sama-sama bermuhasabah
pakailah pangkat mahasiswa/i itu dengan bangga
jangan cemarkannya dengan sifat jahil, malas dan sombong
ataupun adakah selepas terkenanya musibah baru terkial-kial nak bermuhasabah ?
" Those Who Forget History Are Doomed to Repeat It " ;George Santayama
ketahuilah, kalau ada insan yang paling banyak ditembak di dalam tulisan ini
orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah aku
jadi harap semua boleh berlapang dada dan bersabar

p/s: tulisan ini ditulis untuk menyahut seruan KB kita dan AJKT TTK kita yang mahukan blog ini bukan sahaja hidup dan tak lekang dari penulisan, tetapi mempunyai penulisan bermutu tinggi yang tak akan memalukan dia untuk mengaku sebagai ketua kita

mohon yang lain turut sama menyahut seruan ini

30 pesanan Imam Syafie

30 pesanan Imam Syafie

1) Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang dunia dan akhirat

2) Perbanyakkan menyebut ALLAH dari menyebut makhluk.Perbanyakkan menyebut akhirat dari menyebut dunia.

3) Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

4) Sabar menghadapi musibah adalah sebesar sebar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang ALLAH. Oleh itu bersyukurlah. Kerana syukur yang sedemikian setinggi tinggi erti syukur.

5) Apabila salah seorang antara kaum kerabat atau jiran kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan malaikat dan dicintai ALLAH.

6) Marah adalah salah satu antara panah panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu , hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7) Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama sama dengan orang menyayangi dan mengasihi anak yatim di akhirat.

8) Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan dosa dosa kamu.

9) Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pedinding dan perisai mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.

10) Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

11) Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila, ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.

12) Ingat dan zikir kepada ALLAH sebanyak banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

13) Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi ALLAH.

14) Kubur adalah hentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian yang lain yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat pada al Haq yang tidak berbelah bahagi.

15) Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada ALLAH, sekurang kurangnya dengan mengucapkan Auzubillahi minassyaitonirrajim. Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu talu dengan hebat dan menyedari ALLAH taala hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

16) Sebesar besar keaiban adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.

17) Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al Haq yang tidak disertai oleh iringan iringan pasukan kebatilan.

18) Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.

19) Ketahuilah sebesar besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. ALLAH pasti akan meninggikan darjatnya disisi manusia.

20) Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktivit pada siang hari sebagaimana Umar Al Khatab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa dosanya pada siang hari.

21) Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.

22) Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap, dan berpada pada dengan rezeki yang ada.

23) Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti daripada tanah.

24) Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya. Dia memperolehi banyak kebaikan.

25) Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah ALLAH.

26) ALLAH menjanjikan kepada orang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan ALLAH seperti dalam pernyataannya dalam surah ar Rum ayat 47 yang bermaksud, dan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menolong orang beriman.

27) ALLAH menjanjikan kepada orang beriman , mereka pasti mendapat pembelaan daripada ALLAH sebagaimana pernyataannya dalam surah al Hajj ayat 38 yang bermaksud, ALLAH membela orang yang beriman.

28) ALLAH menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertaqwa, ALLAH pasti akan menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali wali ALLAH selagi memenuhi syarat syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al Baqarah ayat 257 yang bermaksud , ALLAH penolong (wali ) bagi orang yang beriman.

29) ALLAH menjanjikan bagi orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan ALLAH dalam surah Al Haj ayat 54 yang bermaksud, ALLAH akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus.

30) ALLAH menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah ALLAH sebagaiman pernyataannya dalam surah Al Araf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertaqwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

* point yang ke 22 mmg perghh
* sumber Novel Sejarah Islam Imam Syafie

Tuesday, June 7, 2011

KENALI IMAM SYAFIE (mazhab kita)


Nama penuh:

Abu Abdullah Muhammad ibn Idris ibn Abas ibn Usman ibn Syafi' ibn 'Ubaid ibn Abdu Yazid ibn Hashim ibn Mutolib ibn Abdu Manaf.



Nasab keturunan dengan Nabi Muhammad S.A.W:

melalui datuk baginda Abdu Manaf dan melalui nasab ibu kepada Imam Syafie, Fatimah binti Abdullah ibn Hasan ibn Hussin ibn Ali ibn Abi Talib. Hubungan nasab ini diakui jumhur ulamak.



Lahir:

Tahun 150 H di Ghazzah, Palestin.

Riwayat hidup:

pernah dituduh syiah oleh khalifah harun ar-rashid. namun setelah dialog ringkas berlaku beliau dilepaskan dari tuduhan. kisah penuh di SINI beserta wasiat beliau.


SEKIAN.


Wednesday, April 20, 2011

Suhaib Webb





Salam, pernah dengar tentang seorang manusia bernama Suhaib Webb?
mungkin ada yang pernah dengar, dan mungkin juga ramai yang tak pernah dengar,

Suhaib Webb atau namanya sebelum memeluk Islam ialah William Web,
sebelum kemasukannya ke keluarga besar Islam,
beliau merupakan seorang DJ hip-hop yang banyak membuat rakaman dengan artis2 terkenal.

Ya, hidayah itu milik Allah, Allah boleh berikan kepada siapa-siapa sahaja,
insan bernama Suhaib Webb ini merupakan salah satu contoh manusia yang sebelum ini tidak mengenal Allah dan kemudian Allah campakkan hidayah ke dalam hatinya,
bayangkan keislamannya bermula hanya dengan membaca pamphlet tentang Islam.


Syeikh Suhaib Webb ini memeluk Islam pada tahun 1992, dan berjaya menghafal keseluruhan isi kandungan Al-Quran di Makkah. Pada tahun 2004 hingga tahun 2010, Syaikh Suhaib Webb telah datang ke Mesir untuk belajar di Universiti Al-Azhar As-Syarif dalam jurusan syariah.


Suhaib Webb ini merupakan antara tokoh Muslim yang terkenal di Eropah, sebaris dengan Hamza Yusuf dan Amr Khaled. Imam Webb juga pernah tersenarai dalam "500 Manusia Muslim yang paling berpengaruh di dunia" oleh Royal Islamic Strategic Studies Center pada tahun 2010.

Untuk mengenal dengan lebih lanjut insan bernama Suhaib Webb ini bole la ziarah laman web rasminya SuhaibWebb dan boleh saksikan video-video ceramahnya yang menarik dan menusuk kalbu di Youtube, mudah je cuma taip nama Suhaib Webb.

Laman SuhaibWebb ini merupakan "Blog of the Year" pada tahun 2009 oleh Brass Crescent award dan tweeter dia telah diundi sebagai "Best Muslim Tweeter" pada tahun 2010. Boleh saksikan bagaimana luasnya dakwah hinggakan dunia maya mampu digunakan sepenuhnya untuk tujuan dakwah.

Sekadar perkongsian, sebarkan untuk menyertai usaha dakwah~