Showing posts with label kenyataan. Show all posts
Showing posts with label kenyataan. Show all posts

Wednesday, February 11, 2015

KUTIPAN TABUNG ILIC SESI 2014/2016

KUTIPAN TABUNG ILIC SESI 2014/2016

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Tabung “I LOVE I CARE” atau lebih dikenali sebagai tabung ILIC kini dating lagi! Namun yang demikian, pada sesi 2014/2016 ini, ada sedikit kelainan dalam kutipan tabung  ILIC. Dengan sukacitanya barisan Majlis Tertinggi Batch sesi 2014/2016 telah sebulat suara memutuskan bahawa kutipan tabung  ILIC pada sesi ini adalah sebanyak LE 30 SAHAJA. Tabung ILIC ini adalah dibawah kelolaan UNIT KEBAJIKAN.
       
APAKAH OBJEKTIF PELAKSANAAN TABUNG ILIC?

1.       Mengurangkan beban ahli GEN 9 (Mesir) yang menghadapi masalah atau ditimpa apa-apa musibah.
2.       Menyediakan pinjaman kepada ahli GEN 9 yang memerlukan.
3.       Merupakan médium ataupun platform bagi warga GEN 9 untuk bersama-sama menjaga kebajikan antara satu sama lain.
4.       Melatih sifat gemar menginfakkan harta dan suka bersedekah sekaligus mengikis sifat kikir dan bakhil dalam kalangan ahli GEN 9.
5.       Memupuk rasa kasih dan sayang serta ukhuwah yang erat antara sesama ahli. 

BERAPAKAH KADAR KUTIPAN TABUNG ILIC?

1.       Setiap siswa dan siswi GEN 9 akan menginfakkan LE 30 untuk tempoh setahun (12 bulan) bermula pada Februari 2015 sehingga Februari 2016.
2.       Sekiranya siswa dan siswi GEN 9 mempunyai sebarang masalah kewangan dan merasa terbeban dengan kutipan ILIC, aduan boleh disampaikan terus kepada Unit Kebajikan batch ataupun mana-mana jawatankuasa pimpinan batch GEN 9.
3.       Pihak kami sangat mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana ahli GEN 9 yang mahu memberi dan menginfak melebihi daripada jumlah yang ditetapkan.

SUMBANGAN

       Sekiranya berlaku masalah kewangan yang berat seperti kehilangan sejumlah wang yang banyak atau memerlukan sejumlah wang yang banyak dengan kadar yang segera seperti membayar yuran, kemasukan wad, kecemasan atau apa-apa jua kes yang melibatkan kewangan dan kos yang tinggi, kalian hendaklah memaklumkan perkara tersebut kepada Unit Kebajikan GEN 9 untuk mendapatkan sumbangan.  Kadar sumbangan adalah mengikut kadar jumlah  semasa tabung ILIC.

PINJAMAN

       Tabung ILIC juga menawarkan khidmat pinjaman wang kepada mana-mana ahli GEN 9 yang memerlukan. Kadar pinjaman juga adalah mengikut jumlah semasa tabung ILIC dengan syarat-syarat yang tertentu.

ETIKA/PROSEDUR SUMBANGAN ATAU PINJAMAN

·         Prosedur Sumbangan: Ahli yang memerlukan sumbangan ILIC hanya perlu memaklumkan masalah yang dihadapi kepada Ketua/Timbalan Ketua Unit Kebajikan GEN 9 tanpa melalui teknikal borang. Sumbangan juga boleh diserahkan kepada mana-mana ahli mengikut pertimbangan Ketua/Timbalan Ketua Unit Kebajikan GEN 9.

·         Prosedur Pinjaman: Ahli yang memerlukan pinjaman tabung ILIC hendaklah memaklumkan masalah yang dihadapi kepada Ketua/Timbalan Ketua Unit Kebajikan GEN 9 dan perlu mengisi borang pinjaman ILIC mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

STATUS/PERKEMBANGAN TABUNG ILIC SEMASA

1.       Pihak kami memohon maaf kerana rekod keluar masuk atau catatan akaun tabung ILIC  adalah sulit kerana ianya melibatkan maruah dan privasi individu. Secara amnya, tabung ILIC pada sesi lepas mampu menyumbang sejumlah wang kepada ahli batch yang ditimpa masalah atau dugaan yang melibatkan kes-kes  seperti berikut:-

a.       Kematian ahli keluarga terdekat
b.      Kecurian telefon bimbit dan laptop
c.       Kecurian wang saku yang banyak
d.      Pecah masuk rumah
e.      Kesesakan wang

2. Besarlah harapan kami agar ahli GEN 9 dapat sama-sama menyokong dan turut sama menyumbang dalam tabung ILIC ini demi kebajikan dan kemaslahatan kita bersama.

Disediakan oleh:
Unit Kebajikan GEN 9 2014/2016.


Monday, December 15, 2014

KENYATAAN: INTEGRASI AKADEMIK KE DALAM SMART CIRCLE (SC)


KENYATAAN: INTEGRASI AKADEMIK KE DALAM SMART CIRCLE (SC)

Pada tahun ini, Unit Akademik akan melancarkan inisiatif untuk menyerap masuk slot berbentuk akademik dan kerjaya dalam waktu pelaksanaan Smart Circle (SC) ahli-ahli tahun 6. Perkara ini dirancang oleh sebab keperluan untuk mewujudkan kumpulan belajar (study group) yang mana ahli-ahli dapat berbincang berkenaan pelajaran dan mendapat pendedahan tentang isu dunia kesihatan.

Mewujudkan sebuah kumpulan belajar untuk ahli bukanlah suatu ikhtiar yang boleh diambil secara terburu-buru. Tanpa pertimbangan sewajarnya dengan mengambil kira situasi semasa boleh menggagalkan program seperti itu. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk menggunakan medium yang sedia ada iaitu Smart Circle. Smart Circle telah diadakan secara berkala, sudah mempunyai ahli-ahli yang disusun, dan mentor-mentor juga merupakan ahli yang terpilih. Kami berharap setiap ahli SC dapat memberi kerjasama kepada mentor-mentor dalam menjalankan slot akademik.

Program Integrasi ini juga dapat memberi nafas baru kepada kuiz akademik yang telah lama Unit Akademik sediakan saban tahun. Cabaran yang biasa dihadapi sebelum ini oleh kuiz dalam talian (online) dan kuiz bercetak kini sudah mampu dielakkan. Kami menjangkakan pengisian berbentuk kuiz (yang menjadi salah satu daripada pengisian Integrasi ini) dapat meningkatkan tahap komitmen ahli untuk menjawab soalan mingguan.

Sebelum melancarkan program ini, kami telah memilih empat buah kumpulan SC untuk mencuba pengisian yang kami sediakan bawah projek perintis (pilot project) untuk program Integrasi ini. Maklum balas yang kami terima daripada SC tersebut telah diambil kira dan menjadi panduan kepada penyusunan pengisian-pengisian yang akan datang, terutamanya apabila kami melancarkan program ini untuk seluruh ahli. Pihak Mentor Council (MC) juga telah maklum akan perkara ini dan telah meluluskan pelaksanaannya.

Sesi pertama program ini akan bermula dalam SC pertama anda untuk bulan Disember ini. Kami tetap akan membuka semua saluran perhubungan kami untuk menerima maklum balas daripada ahli dan mentor-mentor yang terlibat.


Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan program ini dan memohon agar kita semua dipermudahkan dalam menuntut ilmu. Kami di pihak Unit Akademik akan sentiasa memberikan khidmat yang terbaik sedaya mungkin. Terima kasih.

Disediakan oleh,                                                                                                       
          
AHMAD AIZZUDDIN BIN DAUD
Ketua Unit Akademik,
Jawatankuasa GEN 09 2014-2016.

 15 Disember 2014

Monday, November 17, 2014

Kutipan yuran sesi 2014/2016

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah,
dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah,
karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. (2:195)”

Dalam kita menjalani kehidupan seharian, kita tidak boleh mengelak daripada menggunakan wang. Daripada sekecil-kecil perkara hinggalah kepada sebesar-besar perkara, sentiasa ada perkara yang memerlukan transaksi wang. Hal yang demikian juga berlaku dalam segala aktiviti dan program yang dirancang oleh Jawatankuasa GEN 09 2014/2016.

Oleh itu, pihak bendahari dengan ini berbesar hati mengumumkan kadar yuran sesi 2014/2016 adalah sebanyak LE 120 yang merangkumi:
·         Sistem Bakti Markas (SBM) = LE 65
·         Yuran PERUBATAN = LE 20
·         SC Gabungan = LE 10
·         Kelas Fiqh Perubatan = LE 10
·         Glow With Flow = LE 5
·         Akaun Siswa atau Siswi = LE 5
·         Riadah = LE 5

Untuk bayaran Sistem Bakti Markas (SBM), bayaran yang perlu dijelaskan oleh setiap ahli adalah sebanyak LE 5/bulan bermula daripada November 2014 sehingga November 2015. Seperti yang semua sedia maklum, bayaran ini dikenakan untuk menampung segala perbelanjaan markas PERUBATAN Abou Risy.Untuk makluman juga, bagi mana-mana program yang memerlukan perbelanjaan yang besar, yuran program akan dikutip secara berasingan daripada yuran batch (contoh: jamuan akhir tahun).

Maka, pihak Majlis Tertinggi Batch sesi 2014/2016 telah sepakat menetapkan jumlah yuran bagi sesi kali ini adalah sebanyak LE 120 bagi setiap ahli (berbanding LE 150 pada sesi lepas).
Bayaran boleh dibuat melalui Bendahari Batch,Muhammad Hanif Imran atau kepada saya sendiri, Nur Hazirah sebelum 17 Disember 2014.
Sekian, terima kasih.



Yang Menjalankan Tugas,

NUR HAZIRAH BINTI MOHD AZLAN,
Timbalan Bendahari Batch,
Jawatankuasa Gen09 2014/2016.


Monday, November 10, 2014

LAPORAN PENGURUSAN TRANSKRIP



LAPORAN PENGURUSAN TRANSKRIP

Pengenalan
Untuk pengetahuan semua, pihak JPA telah meminta semua pelajar bawah tajaan dan pinjamannya untuk mengemukakan keputusan peperiksaan akhir tahun 2013/2014 kepada pejabat JPA di kedutaan. Ini adalah kali pertama kita menghadapi situasi ini, maka proses untuk membuat keputusan peperiksaan secara hardcopy banyak menemui kesukaran dan mengambil masa yang panjang.

Kami bahagikan proses ini kepada tiga fasa, dan laporan ini akan menjelaskan fasa tersebut:

1.      Fasa 1: Keputusan untuk ahli lulus bulan Mei
2.      Fasa 2: Keputusan untuk ahli mengambil peperiksaan bulan September
3.      Fasa 3: Penyerahan dan pengurusan kes-kes kecil


FASA 1: Keputusan untuk ahli lulus bulan Mei

       Kami telah meletakkan matlamat untuk mendapatkan transkrip yang menyenaraikan semua keputusan daripada tahun 1 hingga tahun 5.

       Fasa ini bermula pada minggu ketiga bulan September (untuk memastikan bahawa pejabat telah beroperasi).

      Urusan di Shuun Tullab membawa kami kepada En. Muhammad, seorang pekerja yang mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan bagus. Segala urusan transkrip dalam bahasa Inggeris dikendalikan oleh beliau, dan kami berurusan terus dengannya tanpa melalui kaunter tahun 6 (kecuali dalam beberapa situasi).

       Kami memberikan senarai nama, tarikh lahir dan keputusan tahun 5 setiap ahli untuk beliau cetak transkrip tersebut. Kami juga memberikan senarai tersebut dalam bentuk softcopy di atas permintaan beliau.

       Kebanyakan ahli batch sudah mempunyai transkrip yang menyenaraikan keputusan daripada tahun 1 di dalam komputer En. Muhammad. Namun tiga orang ahli memerlukan kami untuk menyerahkan keputusan mereka (tahun 1 - 4) kepada En.Muhammad. Mereka adalah:

             1.  ANIS SAFIAH BINTI AZMI
             2.  MUHAMMAD AFNAN BIN FAKHRURAZI
             3.  NUR HAZIRAH BINTI MOHD AZLAN


       Keputusan daripada tahun 1 bagi ahli G2G juga tidak terdapat dalam rekod komputer beliau. Maka kami turut menyerahkan keputusan tersebut (tahun 1 - 4).

       Ini adalah titik yang sangat penting dalam urusan ini kerana terdapat perbezaan dengan kaedah yang dicadangkan. Perbezaannya akan dibandingkan di hujung fasa ini.

      Transkrip yang telah siap diberikan kepada kami untuk diperiksa terlebih dahulu. Terdapat pelbagai kesalahan yang wujud dalam helaian-helaian transkrip itu, merangkumi:

           1. Tarikh lahir
           2. Ejaan nama penuh
           3. Keputusan tahun 5 dan gred
           4. Keputusan tahun sebelumnya dan gred
           5. Keputusan untuk pelajar yang pernah dur (antara tahun 1 - 4). Beberapa keputusan dur thani tidak keluar dalam rekod komputer atau tidak dikemas kini kepada keputusan lulus.

      Senarai keputusan yang tidak keluar dalam rekod komputer atau tidak dikemas kini, disusun mengikut subjek dan tahun pengajian adalah seperti berikut:

Tahun Pengajian
Nama
Subjek
1
NAZRIN SAFUAN BIN NAWANG
Physiology
2
AIMATNUDDIN HUSAIRI BIN HUSSAIN
Psychology
4


MUHAMAD HUSNAIM BIN CHE RAHIM
Ophthalmology
MUHAMMAD ZAHARUDIN BIN AHMAD SINAR
Ophthalmology
Forensics
Community Medicine
MUHAMMAD SHAIR BIN AWANG
Ophthalmology
Otorhinolaryngology (ENT)
Forensics
ABUL AKMAL ARIF BIN ANUAR
Forensics
NUR ANIS BINTI MOHD ZALI
Ophthalmology
Forensics
AFIFI SYAMIL BIN ABDUL RAZAK
Forensics
MUHAMMAD SHAHIR BIN SHAHIBULLAH
Ophthalmology
NAZRIN SAFUAN BIN NAWANG
Ophthalmology
Forensics
MUHAMAD FARHAN BIN RADUAN
Ophthalmology
MAHA BINTI AHMAD
Ophthalmology


Kami mencari kesemua keputusan tersebut daripada dokumen PDF tahun-tahun lepas, daripada fail simpanan Shuun Tullab, dan daripada pihak Control sendiri (dengan bantuan kerani kaunter tahun 6).

Pembetulan yang dibuat dihantar semula kepada En. Muhammad untuk mendapatkan transkrip yang baru.

        Transkrip yang sudah diperbetulkan dan siap dicetak dibawa kepada Dr. Amina untuk ditandatangani. Urutan pengesahan tersebut seperti carta alir di bawah:





         Keputusan mereka yang telah berpindah ke Malaysia turut dicetak dan kami telah menyimpannya sebagai rekod.

         Sebanyak 67 transkrip berjaya diselesaikan dalam Fasa 1. Beberapa helaian yang selebihnya dibawa ke Fasa 2.

Fasa 1 berakhir pada 08 Oktober 2014.

CARA YANG DICADANGKAN (PERSENDIRIAN)
CARA YANG DILAKUKAN
(WAKIL)
Setiap seorang/wakil kepada beberapa orang pergi ke Shuun Tullab dan isi borang berserta dengan keputusan mereka. 
Seorang wakil memberikan semua keputusan ahli batch kepada seorang pekerja tanpa mengisi sebarang borang.
Setiap seorang memerlukan gambar.
Tidak perlukan gambar.
Mampu dapatkan keputusan peperiksaan untuk tahun pengajian itu sahaja.
Berjaya dapatkan keputusan untuk semua tahun sebelumnya.


FASA 2: Keputusan untuk ahli mengambil peperiksaan bulan September

      Fasa 2 bermula pada 15 Oktober 2014.

      Setelah keputusan dur thani keluar, kami terus mengambil tindakan dengan menyiapkan senarai ahli dur dan keputusan mereka untuk diserahkan kepada En.Muhammad. Kami juga menyiapkan transkrip yang belum siap dari Fasa 1.

      Proses yang lebih kurang sama dengan Fasa 1 berjalan. Kesilapan dalam transkrip masih berlaku dan dibetulkan beberapa kali dengan En. Muhammad.

      Beberapa orang senior memerlukan keputusan daripada tahun 1 kerana tiada dalam rekod, dan perkara itu berjaya diselesaikan.

      Fasa ini berakhir pada 26 Oktober 2014.

FASA 3: Penyerahan dan Pengurusan Kes-kes Kecil

      Sebanyak 81 transkrip dihantar di kedutaan, bersama dengan 2 permohonan lanjutan biasiswa (28 September 2014).  Rujuk lampiran untuk senarai nama pemilik transkrip.

      Permohonan lanjutan biasiswa yang berbaki (4 orang) akan diserahkan sendiri oleh pemohon.

      Semua transkrip yang disiapkan dibuat dalam dua salinan. Satu salinan untuk simpanan Unit Akademik dan satu salinan tambahan untuk diberikan kepada ahli.

PENGURUSAN TRANSKRIP UNTUK TAJAAN LAIN

      Untuk keseragaman dan memastikan matlamat tercapai, kami membuat transkrip untuk semua ahli batch tidak mengira tajaan mereka. Status transkrip keputusan mereka seperti dalam jadual di bawah.

TAJAAN
NAMA
STATUS
Yayasan Pahang
1.    MUHAMMAD AFIQ BIN KAMALUDIN LATIFI
2.    MUHAMMAD SHAIR BIN AWANG
3.    NUR ALYAA BINTI ABDUL MAJID
Telah menerima transkrip asli daripada kami dan menghantarnya kepada pegawai setelah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia.
JAIS*
MUHAMMAD MUZZAMMIL BIN MOHAMAD SALLEH
Telah menerima transkrip asli daripada kami dan menghantarnya kepada pegawai tanpa terjemahan.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
MUHAMMAD AFIQ HIDAYAT BIN ZAILANI
Telah menerima transkrip asli daripada kami dan menghantarnya kepada pegawai tanpa terjemahan.
*Nur Adibah Husna binti Aladdin dan Nur Shukriyah binti Mohamad Shukran membuat transkrip mereka sendiri.

TRANSKRIP UNTUK AHLI DALAM TAHUN PENGAJIAN LAIN
Bagi ahli-ahli yang sedang belajar dalam tahun 5 dan 3, urusan membuat transkrip adalah bawah tanggungjawab Unit Akademik batch tersebut.


KEPERLUAN MENYENARAIKAN KEPUTUSAN DARIPADA TAHUN 1

   Selepas menjadi graduan, transkrip yang sama juga akan dikeluarkan tetapi dengan penambahan keputusan peperiksaan MBBch. Apa yang anda lihat adalah gambaran kepada transkrip yang anda semua akan dapat dua tahun lagi.

   Kami dapat mengesan semua kesalahan dalam rekod yang disimpan pihak universiti. Apabila kami membetulkannya sekarang, tahun mendatang akan menjadi lebih senang.

     Ahli yang mengulang tahun (6 orang) memerlukan transkrip yang menyenaraikan keputusan semua tahun bagi tujuan permohonan lanjutan biasiswa.

     Memenuhi matlamat kami yang mahukan semua ahli untuk mengetahui prestasi akademik masing-masing, dan menjadi pembakar semangat dalam menempuhi tahun 6.

RESOLUSI

     Proses membuat transkrip mengambil masa lebih kurang sebulan. Tetapi tempoh yang panjang itu kami anggap berbaloi kerana akan memudahkan proses akan datang.

     Markah ahli yang lulus dur thani tidak semestinya tepat 60% (daripada markah penuh). Terdapat beberapa orang ahli yang mendapat markah lebih daripada 60% (rekod sepanjang tahun 1 - 5). Harus diingat bahawa markah untuk dur thani tidak akan lebih tinggi daripada Maqbul.

Berbekalkan pengalaman pertama ini, kami akan berbincang bersama ahli Organisasi Batch (OB) bawah Biro Akademik dalam mencari kaedah paling efisien untuk mengendalikan transkrip keputusan peperiksaan pada tahun hadapan. Kami berharap agar ini merupakan suatu sumbangan yang berguna untuk generasi muda.


Disediakan oleh:
AHMAD AIZZUDDIN BIN DAUD,
Ketua Unit Akademik Gen09 2014/2016.


Lampiran: SENARAI PEMILIK TRANSKRIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN TAHUN 5 2013/2014

TAHUN KE MESIR
TAHUN KE MESIR
NO ID
NAMA
2008
3011
NURUL KAIYISAH LAILA BINTI ISMAIL
2008
3021
FATIMATUZ ZAHRA BINTI AZMI
2008
3027
NUR IZZATI BINTI MOHD HASHIM
2008
3063
SITI ROKIAH BINTI ISHAK
2008
3078
MUHAMMAD SHAHIR BIN SHAHIBULLAH
2008
3095
ABD RAHIM BIN SAMAD*
2009
4001
ABUL AKMAL ARIF BIN ANUAR
2009
4003
AFIF FAHIM BIN MOHAMAD DIMYATI
2009
4004
AFIFI SYAMIL BIN ABDUL RAZAK
2009
4005
AHMAD AIZZUDDIN BIN DAUD
2009
4006
AHMAD BUKHARI BIN BAHARUM
2009
4007
AHMAD FAIZ BIN ZAIB
2009
4008
AHMAD KAMIL BIN AHMAD FAHMI
2009
4010
AHMAD NAUFAL BIN BASRI
2009
4012
AHMAD SHAHIR BIN MOHAMAD NAZRI
2009
4013
AHMAD ZULFAHMI BIN SHA'ARI
2009
4014
AIMATNUDDIN HUSAIRI BIN HUSSAIN
2009
4015
AMIR ASYMUNIR BIN MOHAMAD
2009
4016
AMIR FIKRI BIN ZULHILMI
2009
4017
AMMAR HAMZAH BIN MOHD HANIM
2009
4018
ANIS SAFIAH BINTI AZMI
2009
4019
AQILAH BINTI AB RAZAK
2009
4021
AYUNI SHAFAF BINTI MOHD ADNAN
2009
4022
BADRIYAH BINTI HUSIN
2009
4023
FADHILAH NAJAHI BINTI IBERAHIM
2009
4024
FARAHDINA BINTI MOHD FAUZI
2009
4025
FATHIN NUR AQILAH BINTI AZMAN
2009
4026
FATIN FAEZNUR BINTI FAUZI
2009
4027
HAMIZAH BINTI ZAINAL
2009
4028
HARSYAFIQ RAZAZWAN BIN ABDUL HARIS
2009
4029
IZZATI FARHANAH BINTI ARIP
2009
4032
MAHA BINTI AHMAD
2009
4033
MASTURA BINTI BUKHARI
2009
4034
MOHAMAD FARIS BIN MD NOH
2009
4035
MOHAMAD SUAIDI BIN MOHD SAZALI
2009
4036
MUHAMAD FARHAN BIN RADUAN
2009
4037
MUHAMAD FARIS BIN MUHAMAD ASRI
2009
4039
MUHAMMAD AFNAN BIN FAKHRURAZI
2009
4040
MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHAMAD KAMIL
2009
4042
MUHAMMAD HAFIZ BIN MAZLAN
2009
4043
MUHAMMAD HANIF IMRAN BIN MUHAMMAD 'ARIFF FADHILLAH
2009
4044
MUHAMAD HUSNAIM BIN CHE RAHIM
2009
4045
MUHAMMAD IKRAM BIN SHAHROM
2009
4046
MUHAMMAD MU'IZUDDIN BIN AZMI
2009
4047
MUHAMMAD SYAFIEQ BIN MUD SHUKRI
2009
4048
MUHAMMAD SYIHAM BIN ROSLI
2009
4049
MUHAMMAD ZAHARUDIN BIN AHMAD SINAR
2009
4050
MUHAMMAD ZUBAIR BIN MOHD ZUKERI
2009
4052
MUHAMMAD HAFIZ BIN NAZRI
2009
4054
NAQIYAN ANIS BINTI ABDUL RAHIM
2009
4055
NATASHA ATIQAH BINTI MAT AMIN
2009
4056
NAZHAH HANI BINTI MUKHTAR
2009
4058
NAZRIN SAFUAN BIN NAWANG
2009
4059
NOOR AMALINA BINTI ABDUL RAHMAN
2009
4060
NOOR FATEN DAYANA BINTI SAARI
2009
4061
NOOR FATHIYAH BINTI YUSOF
2009
4062
NOR ATIQAH BINTI MOHAMMAD TAHIR
2009
4063
NUR A'FIFAH BINTI RAHIMI
2009
4064
NUR AKMA ANIS BINTI TAJUDDIN
2009
4065
NUR ANIS BINTI MOHD ZALI
2009
4066
NUR ATIQAH BINTI MUHD SUFIAN
2009
4068
NUR FATIN BINTI BAHARIN
2009
4069
NUR HAZIRAH BINTI MOHD AZLAN
2009
4070
NUR MUHAMMAD AMMAR BIN MOHD RAZAK
2009
4072
NUR SABIHA BINTI ZAKARIA
2009
4073
NUR SHAYMAK BINTI ABDULLAH
2009
4075
NUR SYAFEKAR BINTI ZAINI
2009
4076
NURHAWA ILLANI BINTI ROSLAN
2009
4077
NURUL AISYAH BINTI MUDA
2009
4079
RAHIMAH NURYATI BINTI ENGAH
2009
4080
RAUZAN HAYATI BINTI MOHD HASNAN
2009
4081
SHAHRUNIZAM HIDAYAT BIN HISHAMUDDIN
2009
4084
SITI MARYAM BINTI MOHD SALLEHUDDIN
2009
4085
SITI NABIHAH BINTI SHALAH HUDDIN
2009
4086
SITI NURBANI BINTI MD HASSAN
2009
4087
SITI SHAHIRAH BINTI JAMIL
2009
4090
WAN NURHIDAYAH BINTI WAN YAHAYA
2009
4091
WAN NURUL HUSNA BINTI WAN MOHAMAD ROSDI
2009
4092
ZUBAIR BIN JAMIL
2009
4093
WAHDATY NAJIHAH BINTI MOHD
2009
4095
AMANINA BINTI JUAZER RIZAL
            *Dihantar bersama atas permintaan pemilik transkrip.