Showing posts with label Pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label Pilihanraya. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Pilihan raya, Pemimpin, Pengalaman dan Pelapis

amaran: tulisan kali ini mungkin lebih cenderung kepada mahasiswa PERUBATAN universiti Kaherah sahaja

sekarang ini semangat JPP dan JPC 2012 telah mula marak membakar setiap ahli yang cakna
mana tak nya, tempoh berkempen untuk memilih manusia yang akan memimpin dan menjadi khadam kita selama setahun hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi
jika anda masih berasa hambar dan tidak terherumus dalam bahang kempen ini maka muhasabahlah diri anda
adakah anda ahli yang cakna atau ahli yang kerjanya hanyalah menghirup manis kerja orang lain sahaja

pilihan raya kali ini membawa satu kelainan
inilah kali pertama warga universiti kaherah memilih ajkt 100 % daripada ahli universiti kaherah sahaja
jadi ini membawa kepada beberapa peluang dan sedikit masalah
masalahnya seperti biasa, kekurangan tenaga almaklumlah sebelum ini kita memilih daripada hampir 1500 ahli, sekarang hanya 500-600 ahli sahaja

tetapi ada satu peluang yang kita boleh garap
itulah kita boleh mewakilkan lebih ramai ajkt mengikut batch
jadi di sini suka aku untuk menawarkan satu formula untuk semua
4-3-3

ini bukanlah satu formula bola sepak barcelona atau real madrid
tetapi formula bilangan ajkt mengikut tahun

seperti yang kita tahu [ kalau ahli cakna tahulah ] calon ajkt pada tahun ini terdiri daripada tahun 4, 3 dan 2 sahaja
jadi mengikut formula ini, kita akan memilih 4 orang daripada tahun 4, 3 daripada tahun 3 dan 3 daripada tahun 2

apa rasional pemilihan ini ?
aku cuba untuk mengadunkan 2 sifat bertentangan; pengalaman dan pelapis
seorang yang berpengalaman bukanlah pelapis, dan seorang pelapis itu tidak berpengalaman

perlunya ada orang berpengalaman ini supaya bahtera PERUBATAN yang akan dikemudi ini tidak mengalami delay untuk memulakan pelayaran
sebab sudah ada orang yang tahu selok belok pengemudian kapal

dan perlunya golongan pelapis ini untuk meneruskan pelayaran andai kata golongan pengalaman ini bersara akibat tua
dan kitaran ini akan berulang-ulang

aku masih ingat lagi semasa di tahun 2, kedua-dua calon kami Faiz dan Naufal kalah bertanding
dan aku faham, kita perlu akan tenaga daripada Azhar dan Ain Shams pada waktu itu untuk sinergi PERUBATAN itu sendiri
akan tetapi kini, keadaan sudah BERUBAH !
kita boleh menaikkan calon dari tahun 2 kerana kaherah kini terbahagi kepada cawangan

perlunya wakil daripada tahun 2 supaya mereka rasa suara didengari
suara mereka memainkan peranan dalam PERUBATAN
barulah semangat untuk bepersatuan marak di dalam jiwa mereka

tahun 3 menampil kan 6 orang calon daripada mereka
aku kira kita boleh timbang dan nilai sendiri
siapakah 3 orang yang berpengalaman dan wajar dinaikkan untuk sesi akan datang

tahun 4 aku pilih kesemuanya,
maklumlah ini mungkin tahun akhir untuk mereka berkhidmat sebagai AJKT
sebelum kekangan masa dan pelajaran mula terasa

bagi calon pengerusi cawangan pula
kedua-duanya manusia hebat,
Kamil Ajkt PERUBATAN sekarang, dan Farhan pengarah berbagai-bagai program besar yang berjaya
jadi titik penentuannya, aku mungkin akan pilih berdasarkan pengalaman mengemudi dan bersama ahli PERUBATAN

memandangkan timbalan pengerusi pun mahasiswa perlu undi, maka mungkin aku akan dirasuk oleh semangat batch [ haha ] aku semasa mengundi nanti

bagi MTP pula ,
ini merupakan satu tugas besar dan berat
memimpin PERUBATAN secara seluruhnya
di satu sisi kita ada Rahim yang pernah menjawat sebagai AJKT BPI dan kini sebagai Timbalan Presiden
dan di sisi lain kita ada muizzudin aka wolverine yang menyambung legasi Rahim; menjadi AJKT BPI
MTP merupakan satu entiti baru, maka pada pandangan aku,
wajarlah jikalau yang memegang jawatan presiden itu seorang yang berpengalaman luas dan lama dalam PERUBATAN

belah akhawat pula, aku bakal dirasuk sekali lagi oleh semangat batch aku
almaklumlah dua-dua calon batch aku
akan tetapi dengar khabarnya ada yang sudah memilih jawatan timbalan berbanding MTP
[ kalau pergi ICU hang tahulah ]

hah, ini hanyalah pendapat aku
boleh ditolak dan diterima
akan tetapi kau bagaimana ?

Sunday, April 29, 2012

Kepimpinan Perspektif Islam.

PERHATIAN!

Artikel ini perlu dibaca oleh semua ahli batch sekurang-kurangnya SEKALI SEBELUM HARI PENGUNDIAN.

Artikel ini juga perlu dibaca SEKALI LAGI oleh calon yang menang SELEPAS KEPUTUSAN DIUMUMKAN.

Tujuan artikel ini ditulis adalah sebagai peringatan untuk diri sendiri dan juga sahabat-sahabat sekalian. Sempena pilihanraya yang berlangsung, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh orang yang kita semua akan pilih sebagai pemimpin dalam batch kita. Maaflah kalau panjang sangat artikel ini.

PERTAMA: Mewujudkan Suasana & Amalan Pengabdian Mutlak.

Amalan pengabdian mutlak hanyalah kepada Allah. Kepimpinan batch perlu mewujudkan suasana dan kondisi yang mengikut syariat Allah taala semoga wujud dalam diri setiap ahli batch, bahawa setiap tindak-tanduk mereka akan dipertanggungjawabkan oleh Allah. Bagaimana caranya? Itu terpulang kepada pimpinan agar ahli sentiasa dapat merasakan kehadiran Allah dalam hidup pada setiap saat dan ketika.
Saya berikan satu contoh mudah kesan wujudnya suasana pengabdian ini.
Sebuah kisah yang diceritakan oleh Abdullah b.Dinar, ketika beliau bersama dengan Saidina Umar al-Khattab berjalan ke Makkah. Dalam perjalanan tersebut, mereka terserempak dengan seorang penggembala kambing. Maka terjadilah perbualan berikut,

Umar: Wahai penggembala, juallah seekor kambing.
Penggembala: Aku ini hamba.
Umar: Katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu dimakan serigala.
Penggembala: Tapi dengan Allah bagaimana? Adakah aku dapat menyembunyikan hal ini?
Umar menangis lalu membeli hamba itu dari tuannya dan memerdekakannya. Lalu Umar berkata kepadanya,  
“Perkataan itu telah menyebabkan engkau merdeka di dunia ini dan semoga perkataan itu yang memerdekakan engkau di akhirat kelak”.

KEDUA: Melaksanakan Tarbiyah & Pembentukan Fikrah Ahli Batch.

Semua kepimpinan batch berperanan penting  untuk mentarbiyah dan membentuk fikrah ahli batch. Bukankah ada Unit Pembangunan Insan? Kenapa perlu semua kepimpinan batch pula yang jalankan tarbiyah? Antara sebabnya ialah,

  1. Pihak pimpinanlah yang sepatutnya memiliki kefahaman yang jelas, malah mengetahui tahap kemampuan dan keperluan ahli batch bagi mendokong visi dan matlamat batch. Ini penting supaya batch sentiasa bergerak atas landasan untuk menuju matlamat yang diinginkan.
  2. Dengan pembinaan fikrah yang mantap barulah kesatuan dapat dicapai. Kesatuan bukan sahaja sekadar berpakaian sedondon, main futsal bersama dan duduk bersama dalam majlis, malah perlu mempunyai sikap yang jelas terhadap beberapa perkara seperti tidak hadir ke kuliah, isu mahasiswa, akhlak sebagai ahli dan lain-lain.
Dalam batch, pimpinanlah yang sepatutnya lantang dalam membina fikrah ahli. Keselarasan dalam fikrah (wihdatul fikri) akan melahirkan keselarasan dalam tindakan dan pendirian. Ini merupakan satu unsur kekuatan batch.

KETIGA: Bertanggungjawab Dalam Pentadbiran Batch.

Aspek pentadbiran dalam sesebuah organisasi merupakan cerminan terhadap batch itu sendiri. Jika pentadbiran lemah, maka lemahlah batch tersebut.
Hal ehwal pentadbiran batch bukanlah suatu perkara mudah. Memiliki ketinggian ilmu (akademik) tidaklah menjadikan seseorang itu pemimpin yang baik, walaupun ciri-ciri pemimpin yang baik tidak dapat dipisahkan dengan tahap ilmu yang ada. Antara ciri pemimpin yang baik ada disebut dalam surah Al-Qasas, ayat 26 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang engkau ambil sebagai pekerja ialah orang yang kuat dan dapat dipercayai (amanah).”

Namun, ada kemungkinan untuk pimpinan tertinggal dalam meningkatkan ilmu. Oleh itu pimpinan harus berhati-hati agar tidak tertinggal dalam aspek amal individu dan peningkatan ilmu bagi memperkukuh daya kepimpinan yang ada.

KEEMPAT: Kepimpinan Menjiwai Permasalahan Yang Dihadapi Oleh Ahli-Ahli Batch .

Pimpinan batch bertanggungjawab mengetahui dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh ahli. Bukan sekadar mengetahui, malah cuba untuk bersama-sama menyelesaikannya.
Jika hendak diibaratkan, pemimpin yang adil itu seperti ayah yang sayang pada anaknya, dia bekerja demi kebahagiaan anak-anaknya. Pemimpin yang adil juga seperti ibu yang kasih dan bersikap lembut serta beramah mesra dengan anak-anaknya. Tidak lain hanyalah untuk melihat anaknya berjaya dan hidup bahagia.
Pihak pimpinan tidak boleh melebihkan aspek tarbiyah, fikrah dan pentadbiran tanpa mengendahkan hal-hal kebajikan, perumahan, akademik dan kerja-kerja ahli batch. Mengambil tahu hal ehwal ahli batch perlu sentiasa diutamakan oleh pimpinan setiap masa.

PENUTUP:

Untuk pimpinan dan ahli batch, marilah kita sama-sama menghayati dan mengambil pengajaran daripada kisah di bawah ini.
Apabila Umar ibn Abdul Aziz dilantik menjadi Khalifah beliau berada dalam keadaan kesedihan selama dua bulan kerana diberikan satu ujian untuk menguruskan ummah.  Ia lebih mengambil berat terhadap ummahnya daripada dirinya sendiri. Ia meneruskan sikap yang sebegini hingga ke akhir hayatnya. Selepas wafatnya para 'ulama menanyakan isterinya berkenaan diri Umar. Isterinya menjawab,

”Demi Allah ia tidak bersolat sunat atau berpuasa sunat lebih daripada kamu semua, tetapi demi Allah, aku tidak pernah melihat seorang hamba yang lebih takut kepada Allah daripada Umar. Dia telah menyerahkan badan dan jiwanya untuk urusan ummahnya. Ia menguruskan urusan masyarakat keseluruhan hari dan apabila malam ada kerja-kerja yang belum selesai ia akan meneruskan tugasnya di waktu malam. Di waktu malam ia akan solat sunat dua rakaat dan duduk memikirkan tanggungjawabnya sambil air mata mengalir dari matanya".

Pengarang: Ahmad Kamil bin Ahmad Fahmi

Saturday, April 21, 2012

Pilihanraya GEN9 2012/2013


Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi ALLAH Tuhan pemilik sekalian alam,selawat dah salam ke atas junjungan mulia Rasulullah S.A.W dan keluarga baginda yang disucikan. Alhamdulillah pada saat ini kita masih lagi dipinjamkan kehidupan dan dunia beserta isinya oleh ALLAH walaupun tidak pernah kita berdoa untuk meminjam dariNya.

Bermulanya kehangatan ‘summer’ di musim yang hangat ini memberikan petanda bahawa sudah hampirnya kita dengan satu fatrah yang akan menggetarkan setiap jiwa yang bergelar mahasiswa yang digelar sebagai fatrah imtihan dan insyaALLAH beberapa bulan lagi kita akan melangkah ke tahun yang baru sebagai mahasiswa Perubatan di bumi Mesir yang barakah ini. Jadi lazimlah ke atas kita warga GEN9 untuk memilih barisan pimpinan baru yang akan memimpin dan memacu kita sebelum kita melangkahkan kaki ke sesi akan datang. Memilih yang baru bukanlah bermaksud yang lama sudah berkarat ataupun diserang kulat, cuma sudah menjadi sifat manusia sejak azali untuk mencuba suatu yang baru.

Maka hadirnya saya di blog yang sememangnya jarang saya jelajahi ini kalau nak dibandingkan dengan laman muka buku, 9GAG dan Youtube adalah kerana amanah yang telah diberati keatas saya untuk menghangatkan dan memberi stimulasi kepada sahabat-sahabat ikhwah dan akhawat berkaitan dengan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Batch 2012/2013 yang sememangnya sudah hangat diperkatakan di medan-medan perbualan. Seribu kemaafan saya pohon dari sahabat-sahabat jika apa yang sahabat-sahabat sekalian akan baca ini tidak memuaskan hati-hati sahabat sekalian dan tidak mencapai tahap ISO yang telah ditetapkan.



 MENGAPA SAYA PERLU MEMILIH?

Soalan ‘hot’ yang pada hemah saya sepatutnya sudah terjawab dalam diri para mahasiswa tambah-tambah lagi bagi kita yang menuntut ilmu Perubatan di bumi ‘kinanah’ ini. Tidak ada bezanya pemilihan kali ini dengan pemilihan-pemilihan pemimpin melalui wadah-wadah lain seperti pilihanraya PERUBATAN yang telah berlangsung pada musim dingin baru-baru ini mahupun pilihanraya bagi memilih pemimpin-pemimpin Negara yang hangat diperbualkan di Malaysia dan Mesir pada saat ini.
            
Suka saya disini untuk membawakan beberapa dalil dan hujah tentang pemilihan pemimpin yang telah diwasiatkan kepada kita.

“Dan berkatalah nabi Musa kepada saudaranya nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat) gantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaum aku, janganlah kamu mengikut jalan orang-orang yang melakukan kerosakan.”- Al-A’raf ayat 142

Baginda Rasulullah S.A.W menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud daripada Abu Said dan Abu Hurairah : “Apabila tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah mereka memilih salah seorang menjadi ketua (pemimpin).” Hadis riwayat Abu Daud

Sayyidina ‘Umar bin Al-Khattab berkata “Tidak tertegak Islam melainkan dengan usaha berjama’ah. Tidak bermakna jama’ah melainkan dengan pimpinan. Dan tidak berma’na kewujudan pimpinan kecuali diberi ketaatan oleh anggota kepadanya.”

Maka jelaslah bagi kita bahawa memimpin dan dipimpin itu adalah satu perkara asas bagi seorang manusia. Sedangkan bermusafir pun kita disuruh untuk melantik seorang ketua  apatah lagi bila kita bersama dalam satu jemaah di dalam GEN9 yang boleh saya ibaratkan seperti sebuah kapal besar yang akan membawa kita ke satu destinasi. Mana mungkin kita mampu untuk tiba ke destinasi sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam tanpa ada seorang nakhoda yang mampu memacu kapal tersebut. Betapa pentingnya peranan seorang pemimpin bagi menjamin kita sama-sama dapat menggapai matlamat dalam mengejar cita-cita.


SIAPA YANG PATUT SAYA PILIH?
          
Pilihan adalah terletak di tangan anda. Namun ada beberapa ciri-ciri kepemimpinan yang harus ada pada seseorang yang dikatakan layak untuk diangkat sebagai pemimpin Islam. Tidak dapat tidak,seorang pemimpin Islam haruslah memiliki dan mengikuti sifat-sifat yang dimiliki oleh Junjungan Besar Rasulullah SAW. Rasulullah SAW tokoh terbaik untuk dijadikan kayu ukur bagi menjadi seorang pemimpin yang mampu memimpin orang yang dipimpin melalui jasadiyyah dan ruhiyyah. Sememangnya mustahil untuk melahirkan seorang pemimpin yang berperibadi 100% seperti peribadi Rasulullah SAW,namun harus diingat bahawa barang siapa yang paling hampir sifat-sifatnya dengan Rasulullah maka dia adalah orang yang paling mulia antara kita dan merupakan individu yang paling layak untuk diangkat menjadi pemimpin.

“ sesungguhnya penolong kamu tidak lain melainkan Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman  yang mendirikan shalat dan mengeluarkan zakat, sedang mereka merendah diri. Dan siapa yang menjadikan ketua akan Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, maka sesungguhnya golongan Allahlah yang akan menang”. ( Al Maidah :55-56)

Rasulullah saw bersabda, Sesungguhnya orang orang yang adil di sisi Allah berada pada mimbar-mimbar cahaya pada kedudukan tinggi yang terpuji dan masing masing kedua tangannya terpuji. Orang orang yang adil dalam menerapkan hukum mereka dan ( adil ) pada keluarga serta pada apa yang  mereka pimpin”. ( H.r. Muslim)




Faktor paling penting yang perlu ada pada seorang pemimpin adalah seorang yang mampu untuk memimpin diri sendiri,masakan mampu untuk membimbing orang lain sedangkan diri sendiri masih lagi terumbang ambing hanyut dalam keenakan dunia. Oleh itu,dapatlah saya simpulkan  beberapa sifat yang perlu ada pada seorang untuk diangkat sebagai pemimpin dalam konteks kita sebagai mahasiswa. Semoga mampu membantu sahabat-sahabat untuk membuat keputusan yang bijak dan terbaik sepanjang tempoh pemilihan dijalankan.
  • Seorang pemimpin haruslah seorang yang berusaha untuk mengamalkan sifat-sifat wajib bagi Rasulullah iaitu Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fathonah.
  • Seorang pemimpin haruslah mempunyai fikrah yang jelas
  • seorang pemimpin perlu kuat jasmani, rohani dan emosi nya kerana memimpin adalah amanah,dan amanah adalah suatu yang berat
  • seorang hamba yang taat pada rabb dan patuh dengan setiap syariatNya 
  • berhati suci dan mulia
  • membuat kerja secara tersusun
  • Seorang yang matang tingkahlaku dan pemikirannya
  • perlu mempunyai pengalaman dan kebolehan dari sudut kefahaman, kerja dan pentadbiran.  
  • Seorang yang mempunyai kemahiran komunikasi dan sosial yang baik
  • Berupaya untuk mentadbir dan memberi arahan secara hikmah
  • Stabil dalam pembelajaran

  • Dan lain-lain




           Sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab saya dan sahabat-sahabat sekalian yang mengaku bahawa kita bersatu dan bernaung dibawah payung GEN9 ini untuk membuat keputusan terbaik bagi memilih barisan kepimpinan yang akan memimpin kita pada tahun hadapan. Sedarlah bahawa hakikatnya kita semua adalah pemimpin dan paling kurang kita harus memimpin diri sendiri dan kita akan dipertanggungjawabkan dihadapan ALLAH berkaitan dengan apa yang kita pimpin. Mana mungkin seorang pemimpin gagal untuk membuat pilihan yang bijak untuk menjamin kesejahteraan masing-masing di masa hadapan. Semoga apa yang kita akan sepakati nanti dilimpahi rahmat oleh ALLAH dan semoga kita dijauhkan daripada melakukan kesilapan dalam memilih individu yang selayaknya. Jadi jangan lupa temujanji kita pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan oleh JPR:

22 April:                Proses pencalonan
25 April:                Pengumuman calon yang bakal bertanding
26-3 April:            Permulaan tempoh berkempen
3-4 Mei:               Sesi pengundian atas talian
6 Mei:                   Pengumuman keputusan undian
            
Akhir kalam,sekali lagi saya memohon beribu-riban kemaafan jika ada kesilapan dan kesalahan fakta yang saya berikan. Dan jika ada terkurang gula dan garam sepanjang penulisan ataupun tulisan saya ini memang kurang menarik minat anda untuk membaca.Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari kalam yang kerdil ini. Sememangnya saya bukan dilahirkan untuk menjadi penulis. Bukan salah saya jika sahabat-sahabat terasa bosan membaca,kerana anda yang baca,bukan saya. Selamat memilih.

“PILIHAN KITA, MASA DEPAN KITA..”










Tuesday, December 27, 2011

Kenali Sabiha! Calon AJKT PERUBATAN Pusat 2012/2013

Undilah Sabiha 30 Disember ini!!


Nama: 
Nur Sabiha binti Zakaria

Pendidikan: 
Maktab Mahmud Alor Star (Tingkatan 1-5)
Universiti Kaherah, Tahun 3

Latar Belakang Keluarga:
1. Ayah : Zakaria Bin Ahmad, Peniaga
2. Ibu: Mazaya binti Abd. Sukor, Suri Rumah
3. Bilangan adik beradik: 3 dari 7 orang

 Asal: 
Jitra, Kedah

Pengalaman dalam PERUBATAN:
 Timbalan Ketua Unit Perancang dan Penyelaras Mentor Council
Naib Mudirah Quranic Doctor (QD) MEP
Timbalan Mentor Smart Circle PERUBATAN
Setiausaha AHLAN 2011 Kaherah
Setiausaha Program Baju Kurung Vs Baju Melayu 2011(UBM)
Bendahari IHRAM 2011
Fasilitator AHLAN 2011, Peringkat Universiti Azhar
Sya’ah Sister PERUBATAN 2011/2012
Tutor Biro Akademik PERUBATAN 2011
Wakil Jualan Bikon

Pencapaian Akademik:
Jayyid Jiddan Tahun 1 
Mumtaz Tahun 2

I. MOTO
Ummah Robbani, Penggerak Misi, Pencetus Transformasi

II. MANIFESTO

1. Memantapkan agenda pembentukan jati diri, sahsiah dan nilai insaniah ahli PERUBATAN ke arah melahirkan doktor muslim professional yang sebenar.

2. Memantapkan pengurusan ekonomi sebagai sumber janakuasa PERUBATAN.

3. Meningkatkan penglibatan ahli dalam PERUBATAN bagi memastikan PERUBATAN dapat berfungsi sebagai medium kebajikan yang efektif.

III. FAKTOR PEMILIHAN MANIFESTO
              
                Berdasarkan pengalaman beliau bekerja di bawah beberapa biro PERUBATAN seperti BPI, dan juga BIKON, membuatkan beliau sedar dan celik terhadap beberapa sudut yang perlu dimantapkan dan dilaksanakan dalam biro berkenaan.
                
                Namun demikian, beliau tidak kisah jika diberi mana-mana portfolio dalam organisasi AJKT PERUBATAN, tetapi jika diberi pilihan beliau suka untuk memilih Biro Ekonomi atau Biro Pembangunan Insan.
                Kesanggupan beliau dalam menawarkan diri untuk menjadi calon bagi AJKT PERUBATAN sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau bersungguh-sungguh untuk bekerja untuk masyarakat PERUBATAN.


IV. APA KATA MEREKA?

"Pada pandangan saya, saudari Nur Sabiha merupakan seorang yang konsisten. Beliau sentiasa bersungguh-sungguh dalam menyiapkan tugasan yang diberi walaupun pelbagai bentuk ujian dan cabaran yang dihadapi. Kelebihan ini dapat saya lihat dalam diri beliau dan semestinya inilah elemen yang paling penting yang sepatutnya ada dalam diri seorang pemimpin."
Nur Farahin binti Mat Tarmizi, selaku AJKT PERUBATAN Biro Sukan dan Aktiviti Luar, dan juga merangkap ahli beit Sabiha selama 2 tahun.

" Sabiha memiliki budi pekerti yang cukup cantik, lemah lembut dan senang dibawa berbincang. Beliau sangat merendah diri dan mudah mesra dengan orang lain jika betu-betul kenal walaupun mungkin first time jumpa nampak dia macam pendiam. Sabiha juga sangat komited dalam melaksanakan kerja dan tanggungjawab yang diberikan."
Siti Badriyah Yaakop, Timbalan Unit Mentor Council Pusat. 
" Sabiha seorang sahabat yang sangat jujur, amanah dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, tegas dan berprinsip semasa berkata-kata. Undilah Sabiha Zakaria!"
Khairun Nisa Mohd Zaidan, Timbalan Ketua Batch  Tahun 3, Cairo University. 

V. KONKLUSI

 Beliau mungkin disifatkan sebagai pendiam secara luaran oleh kebanyakan orang. Namun sikap diam beliau bukanlah menjadi penghalang bagi Sabiha untuk bekerja dalam PERUBATAN. Bak kata pepatah, diam-diam ubi berisi.

 Memetik kata-kata seorang senior, saudari Ami Farhani, Pelajar tahun 4 Universiti Kaherah bahawa kemampuan seorang berkata-kata tidak boleh dijadikan satu-satunya kayu ukur dalam pemilihan pemimpin. "Kita kena lihat cara seorang itu bekerja juga", tambah beliau lagi. InsyaAllah, pengalaman beliau dalam mengendalikan beberapa unit dan program PERUBATAN menjadi bekal buat beliau jika beliau terpilih nanti. 

"Jika sekiranya bukan takdir saya menjadi AJKT, saya tetap akan terus bekerja untuk PERUBATAN!"  - Sabiha Zakaria

Inilah bakal pembina Ummah Robbani, Penggerak Misi dan Pencetus Transformasi!
Berikan sokongan padu dan jitu kepada calon kita, Sabiha Zakaria!
JANGAN LUPA MENGUNDI PADA 30 DISEMBER, JUMAAT INI!



 oleh: AdiZufly & Ieki Hana
27 Disember 2011

Tuesday, July 19, 2011

Organisasi Batch Gen09 Sesi 2011/2012

Organisasi Batch Gen09
Sesi 2011/2012
Ketua Batch
AHMAD AIZZUDDIN B. DAUD
Timbalan Ketua Batch
KHAIRUN NISA BT MOHD ZAIDAN
Penolong Ketua Batch 1
AHMAD FAIZ B. ZAIB
Penolong Ketua Batch 2
WAHDATY NAJIHAH BT MOHD
Setiausaha
AHMAD KAMIL B. AHMAD FAHMI
NUR SYAFEKAR BT ZAINI
Bendahari
MUHAMMAD SYAFIEQ B. MUD SHUKRI
NUR AKMA ANIS BT TAJUDDIN
Unit Akademik
AHMAD ZULFAHMI B. SHA’ARI
NUR SHAZWANI BT MOHD AZMI
Unit Pembangunan Insan
MUHAMMAD ZAHARUDDIN B. AHMAD SINAR
NURUL AISYAH BT MUDA
Unit Kebajikan
MUHAMAD FARIS B. MUHAMAD ASRI
N.MADIHAH BT N.SHAFII
Unit Aktiviti
AHMAD BUKHARI B. BAHARUM
AIMI SYAHIRAH BT SERBA JALIL
Unit Tugas Khas & Multimedia
AMMAR HAMZAH B. MOHD HANIM
WAN NOR `IZZAH BT WAN ZAINUDDIN








Wednesday, May 18, 2011

Keputusan Pilihanraya sesi 2011/12

Assalamualaikum
Berikut merupakan keputusan pilihanraya Gen09 sesi2011/12











"Together Reaching for Greatness"

Saturday, May 14, 2011

Senarai Calon Pilihan Raya Sesi 2011/2012 *Poster



















*NEW* Video Election 2: The Nominees and The Spirits

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah swt, kerana dgn kemampuan dan sedikit kekuatan yg dipinjamkan, dapat jua saya menyiapkan video kedua pilihanraya Batch Gen'09 pada pagi ini. Bermula dgn rakaman pada hari Khamis yang lepas, terima kasih kepada Shahrunizam Hidayat kerana merakam sedikit babak yang sangat pendek, juga kepada Hamizah Zainal kerana menemu ramah orang-orang penting dalam Batch Gen'09.

Video kali ini, saya mengambil pendekatan untuk menyampaikan hasrat dan harapan orang-orang penting Batch Gen'09 kepada perjalanan pilihanraya dan AJKT yang akan terpilih kelak. Semoga dengan beberapa amanat yang diberi, dapat kita semua bersama memartabatkan pengurusan dan organisasi Batch Gen'09 dari semasa ke semasa. Setiap daripada kita perlu memainkan peranan secara langsung mahupun tidak langsung.

"Great Power comes with Great Responsibilities"

"Together Reaching for Greatness"

"Choose Good Leaders, for Better Future"



Terima Kasih juga kepada orang-orang penting yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik:
Shahir Nazri
Farahin Mat Tarmizi
Huzaifah Fadhil
Adilah Zulkifly
Naufal Basri
Hawa Illani

~LOVE Binds Our Hearts, Hate Separates Us Apart~

Ikhlas dari hati,
AFIF FAHIM BIN MOHAMAD DIMYATI
Ahli Biasa Batch Gen'09
Love, Peace and Free Palestine.


SENARAI PENDEK CALON PILIHAN RAYA 2011/2012



Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, proses pencalonan 2 hari yang lepas berjalan lancar sebagaimana dirancang sama ada di pihak ikhwah mahupun akhawat. Kesemua warga GEN09 telah mencalonkan beberapa nama yang dirasakan layak untuk mengemudi bahtera GEN09 untuk sesi 2011/2012. Maka tibalah pula saat yang ditunggu-tunggu oleh warga  GEN09 untuk mengetahui sama ada calon-calon mereka layak tersenarai dalam senarai calon yang bakal diundi pada Hari Pengundian nanti.
 
Berikut merupakan senarai pendek calon yang bakal bertanding pada Hari Pengundian;

Ketua Batch
1.       AHMAD AIZZUDDIN BIN DAUD
2.       MUHAMMAD HAFIZ BIN NAZRI

Penolong Ketua Batch
1.       KHAIRUN NISA BINTI MOHD ZAIDAN
2.       KHAIRUN ZAMIELA BINTI MOHD RAHIMI

Penolong Timbalan  Ketua Batch (L)
1.       AHMAD FAIZ BIN ZAIB
2.       MUHAMAD FARHAN BIN RADUAN

Penolong Timbalan  Ketua Batch (P)
1.       SITI AISYAH AINA BINTI ABDUL GHANI KANESSAN
2.       WAHDATY NAJIHAH MOHD

Setiausaha (L)
1.       AHMAD KAMIL BIN AHMAD FAHMI
2.       AFIFI SYAMIL BIN ABDUL RAZAK

Setiausaha (P)
1.       NUR HAZIRAH BINTI MOHD AZLAN
2.       NUR SYAFEKAR BINTI ZAINI

Bendahari (L)
1.       MUHAMMAD SYAFIEQ BIN MUD SHUKRI
2.       MUHAMMAD ZUBAIR BIN MOHD ZUKERI

Bendahari (P)
1.       NUR A'FIFAH BINTI RAHIMI
2.       NUR AKMA ANIS BINTI TAJUDDIN

Ahli Jawatan Kuasa (L)
1.       AHMAD BUKHARI BIN BAHARUM
2.       AHMAD MUNIR BIN BASIR
3.       AHMAD ZULFAHMI BIN SHA'ARI
4.       AMMAR HAMZAH BIN MOHD HANIM
5.       MUHAMAD FARIS BIN MUHAMAD ASRI
6.       MUHAMMAD ZAHARUDIN BIN AHMAD SINAR
7.       MUHAMMAD ZHARIEF AFZAL BIN MD. KASIM
8.       SHAHRUNIZAM HIDAYAT BIN HISHAMUDDIN

Ahli Jawatan Kuasa (P)
1.       AIMI SYAHIRAH BINTI SERBA JALIL
2.       LIYANA NADHIRAH BINTI MUSTAFFA
3.       N. MADIHAH BINTI N. SHAFII
4.       NAZIRA HANIM BT MOKHTAR
5.       NUR SHAZWANI MOHD AZMI
6.       NURUL AISYAH BINTI MUDA
7.       WAN NORIZZAH BINT WAN ZAINUDDIN
8.       WAN NURUL HUSNA BINTI WAN MOHAMAD ROSDI

Sebagai peringatan, Hari Pengundian akan diadakan pada 16 Mei 2011 selepas kelas Physiology. Syarat-syarat pengundian adalah seperti berikut;

1) Untuk setiap jawatan Majlis Tertinggi, hanya 1 nama sahaja boleh diundi






2) Untuk jawatan Ahli Jawatan Kuasa Batch, hanya 5 nama sahaja boleh diundi

Tuesday, May 10, 2011

Bulan Mei Bulan Lima

Assalamualaikumwrahmatullah
Syukur ke hadrat Allah Taala atas limpah dan kurnia kita dapat masih terus bernafas menikmati dua nikmat terbesar yakni nikmat Islam dan Iman.

Bulan Mei menyaksikan peristiwa penting yang akan menentukan masa depan batch kita, Gen 09 dengan adanya proses Pilihan Raya Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Batch. Kami Jawatankuasa Batch sangat optimis betapa rakan-rakan pasti dapat membuat pilihan yang bijak dengan melihat jauh ke hadapan lantas menampakkan keberhasilan tarbiah yang kita peroleh sepanjang tahun 2 yang penuh dengan cabaran.

Namun sebagaimana lazim kita sebagai umat Islam yang disebut khaira ummah, dan manusia secara umum sebagai khalifah tentulah cabaran itu tidak akan terhenti hatta selepas mati. Ujian itu datang bertimpa-timpa kerana kasihnya Allah kepada Umat-Nya dan sebagai mekanisme penilaian tara iman hamba-Nya. Justeru masalah yang disebut sebagai ujian tidaklah sebesar persoalan yang lebih penting iaitu; apa yang harus kita lakukan untuk menghadapi ujian tersebut?

Berikutan Pilihan Raya yang mendatang, hasil musyawarah Jawatankuasa Pilihan Raya sendiri dan perbincangan melibatkan pelbagai peringkat Jawatankuasa Batch dan Majlis Tertinggi telah menghasilkan mekanisme yang sedikit sebanyak membawa hasrat untuk memperkemas dan mendidik diri kita semua mengenali sistem dan pelaksanaan pilihan raya yang telus, adil dan saksama. Juga tidak ketinggalan hadaf yang menunjangi pilihan raya iaitu mentaklifkan seseorang berlandaskan kemampuan, kebolehan dan kewibawaan. Tidak dilupa tugas kita sebagai pengundi yang akan bertanggungjawab atas pilihan kita dengan memberikan undian yang bertepatan dan sokongan padu bukan ketika kempen sahaja malah sepanjang tempoh perkhidmatan.

Tahun 3 yang menanti kita tahun depan cukup terkenal sebagai tahun paling mencabar dalam era pra-klinikal. Kepada pimpinan yang bakal ditaklifkan tentulah lebih-lebih lagi terasa cabarannya. Merujuk kepada 2 artikel yang berikut , ada 2 perkara penting yang kita lihat bertepatan dalam konsep memilih pemimpin,

1)Kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (taklif).[1]
2)Orang yang dipilih dibebankan dengan tanggungjawab yang berat dan oleh itu, tidak wajar kita menzalimi seseorang yang kita tahu tidak mampu tetapi oleh kerana suka dan hormat, kita meletakkan tanggungjawab tersebut ke atas bahunya. Itu bukan ‘suka’ atau ‘hormat’ pada seseorang. Sebaliknya ianya sesuatu penganiayaan. Namun, lebih zalim lagi, setelah kita membebannya dengan tanggungjawab sebegitu berat, kita tidak pula membantunya.[2]


Minta maaf sebab mengambil contoh dari parti politik, namun yang lebih penting ialah inti pati dan maklumat yang didasarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Dengan yang demikianlah, tarbiah akan memberi makna yang lebih besar bukan sekadar untuk diri kita malahan untuk lingkungan yang lebih luas.

Kami Jawatankuasa Batch 2010/2011 mengambil kesempatan menyusun 10 jari atas segala salah silap dan mengucapkan selamat mengundi kepada semua.

Sekian.

Jawatankuasa Batch 2010/2011



PINDAAN PILIHAN RAYA GEN09 2011/2012






Bismillahirrahmanirrahim

Berhubung dengan pilihan raya yang bakal menjelang, Jawatankuasa Pilihan Raya 2011/2012 telah memutuskan beberapa pindaan akan dilakukan dalam Pilihan Raya 2011/2012. Setelah bermesyuarat dengan Panel Penilai, satu kata putus telah dibuat untuk meminda beberapa perkara demi kemaslahatan bersama. Berikut merupakan perkara-perkara yang akan dipinda dalam pilihan raya yang akan datang;


1) Jawatan Setiausaha dan Bendahari telah dipecahkan kepada dua portfolio yang bakal dipegang oleh 2 orang calon. Berbeza dengan tahun lepas, portfolio Bendahari dan Setiausaha disatukan menjadi satu portfolio.

2)Tarikh-tarikh penting berkaitan dengan pilihan raya;


12 MEI : Hari Pencalonan
14 MEI : Senarai pendek calon dikeluarkan
15 MEI : Tempoh berkempen
16 MEI : Hari Pengundian
20 MEI : Hari Pengisytiharan Majlis Tertinggi Baru


3) Prosedur Pilihan Raya;

a) Pencalonan
Setiap portfolio tidak boleh diisi oleh calon yang telah memegang portfolio tersebut bagi sesi 2010/2011


Untuk Jawatan Majlis Tertinggi, pencalonan terbuka kepada semua ahli batch GEN09 kecuali AJKT PERUBATAN. Majlis Tertinggi terdiri daripada 8 jawatan iaitu;


i- Ketua Batch
ii- Penolong Ketua Batch
iii- Timbalan Ketua Batch Lelaki
iv- Timbalan Ketua Batch Perempuan
v- Setiausaha Lelaki
vi- Setiausaha Perempuan
vii- Bendahari Lelaki
viii- Bendahari Perempuan


Ikhwah akan mencalonkan Ketua Batch, Penolong Ketua Batch, Timbalan Ketua Batch Lelaki, Setiausaha Lelaki dan Bendahari Lelaki


Akhawat akan mencalonkan Ketua Batch, Penolong Ketua Batch, Timbalan Ketua Batch Perempuan, Setiausaha Perempuan dan Bendahari Perempuan




Untuk Jawatan Ahli Jawatankuasa Batch, pencalonan terbuka hanya kepada mereka yang belum mempunyai apa-apa jawatan dalam PERUBATAN. Ahli jawatankuasa Batch terdiri daripada 5 portfolio iaitu;


i- Akademik
ii-Biro Pembangunan Insan
iii-Kebajikan
iv-Sukan & Aktiviti Luar
v- Tugas-tugas Khas


Senarai nama ahli yang layak dicalonkan untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Batch adalah seperti berikut;


SENARAI NAMA PELAJAR LELAKI

1.AHMAD BUKHARI BIN BAHARUM
2.AHMAD KAMIL BIN AHMAD FAHMI
3.AHMAD MUNIR BIN BASIR
4.AHMAD SAIFUL HAFIZI BIN JOHARI
5.AHMAD ZULFAHMI BIN SHA’ARI
6.AMMAR HAMZAH BIN MOHD HANIM
7.MOHAMAD FARIS BIN MD NOH
8.MUHAMAD FARHAN BIN RADUAN
9.MUHAMAD FARIS BIN MUHAMAD ASRI
10.MUHAMMAD FIRDAUS BIN MAT ZAIDI
11.MUHAMMAD HAFIZ BIN MAZLAN
12.MUHAMAD HUSNAIM BIN CHE RAHIM
13.MUHAMMAD SYAFIEQ BIN MUHD SHUKRI
14.MUHAMMAD SYIHAM BIN ROSLI
15.MUHAMMAD ZAHARUDIN BIN AHMAD SINAR
16.MUHAMMAD ZUBAIR BIN MOHD ZUKERI
17.MUHAMAD ZULFADHLI BIN MAHADI
18.NAZRIN SAFUAN BIN NAWAN
19.SHAHRUNIZAM HIDAYAT BIN HISHAMUDDIN
20.ZUBAIR BIN JAMIL
21.FADHLI NAFIS BIN AZMI
22.MUHAMMAD AFIQ BIN KAMALUDIN LATIFI
23.MUHAMMAD SHAIR BIN AWANG
24.HAFRIDZ MURSHID AL-WAFI BIN SHAHIBUDDIN
25.MUHAMMAD MUZZAMMIL BIN MOHAMAD SALLEH
26.MUHAMAD ZHARIEF AFZAL BIN MD. KASIM
27.MOHAMED AFIQ HIDAYAT BIN ZAILANI


SENARAI NAMA PELAJAR PEREMPUAN

1.ANIS SAFIAH BINTI AZMI
2.AQILAH BINTI ABDUL RAZAK
3.AYUNI SHAFAF BINTI MOHD ADNAN
4.BADRIYAH BINTI HUSIN
5.FADHILAH NAJAHI BINTI IBERAHIM
6.FATHIN NUR AQILAH BINTI AZMAN
7.FATIN FAEZNUR BINTI FAUZI
8.KHAIRUN NISA BINTI ZAIDAN
9.LIYANA NADHIRAH BINTI MUSTAFFA
10.MAHA BINTI AHMAD
11.N. MADIHAH BINTI N. SHAFII
12.NATASHA ATIQAH BINTI MAT AMIN
13.NAZIRA HANIM BINTI MOKHTAR
14.NOOR FATEN DAYANA BINTI SAARI
15.NOOR FATHIYYAH BINTI YUSOF
16.NOR ATIQAH BINTI MOHAMMAD TAHIR
17.NUR A’FIFAH BINTI RAHIMI
18.NUR ANIS BINTI MOHD ZALI
19.NUR HAZIRAH BINTI MOHD AZLAN
20.NUR NABILAH ‘ATIQAH BINTI ABD WAHID
21 NUR SHAZWANI BINTI MOHD AZMI
22.NUR SHAYMAK BINTI ABDULLAH
23.NUR SYAFEKAR BINTI ZAINI
24.NURUL AISYAH BINTI MUDA
25.RAHIMAH NURYATI BINTI ENGAH
26.SITI AISYAH AINA BINTI ABDUL GHANI KANESSAN
27.SITI MARYAM BINTI MOHD SALLEHUDDIN
28.SITI SHAHIRAH BINTI JAMIL
29.WAN NORIZZAH BINTI WAN ZAINUDDIN
30.WAN NURUL HUSNA BINTI WAN MOHAMAD ROSDI
31.FATIN FASIHAH BINTI HANAFI
32.NUR ALYAA BINTI ABDUL MAJID
33.AIMI SYAHIRAH BINTI SERBA JALIL
34.KHAIRUN ZAMIELA BINTI MOHD ROHIMI
35.NUR ADIBAH HUSNA BINTI ALADDIN
36.NUR SYUKRIAH BINTI SYUKRAN



Ikhwah akan mencalonkan 5 calon ikhwah daripada senarai nama di atas.


Akhawat akan mencalonkan 5 calon akhawat daripada senarai nama di atas.




b)Pengundian
Proses pengundian akan dijalankan di dalam kelas selepas lecture Physiology, 16Mei pada jam 2.00 petang.
Pengundian adalah berdasarkan Senarai Pendek Calon yang akan dikeluarkan pada 14 Mei iaitu 2 hari sebelum Hari Pengundian.




Semoga proses pilihan raya berjalan lancar. Segala kesulitan amat dikesali.
Jika terdapat sebarang komen atau cadangan bolehlah dirujuk kepada Ahli Jawatankuasa Pilihan Raya 2011/2012;

Ahmad Naufal bin Basri
Aimatnuddin Husairi bin Hussain
Muhammad Syafieq bin Mud Shukri
Nurhawa Illani binti Roslan
Siti A'isyah binti Mohd Sari
Wan Nurhidayah binti Wan Yahaya






“ Together Reaching for Greatness ”