Memang semua orang ada ego, tapi bila duduk bersama orang
yang berilmu ni, makin terasa pulak egoya, makin terserlah keegoannya. Aku pun
tak pasti sama ada apa yang bermain dalam perasaan aku ni hanya sekadar
perasaan atau pun realiti.
Aku pun punya ego. Apabila aku selalu merasakan orang lain
ego, aku rasa ego aku makin bertambah. Aku pun kerap
merasakan diri aku betul dan orang lain semuanya salah. Aku tak boleh menerima
sekiranya pendapat aku mendapat tentangan atau bangkangan dari orang lain. Aku mesti
betul dan orang lain mesti salah.
Aku selalu pandang rendah pada pandangan orang lain. Aku tak
boleh terima sekiranya cadangan aku ditolak. Aku sanggup mengutuk, mengumpat
melaga-lagakan kawan sendiri semata-mata untuk memuaskan hati yang ego. Aku sanggup
mengeluarkan kata-kata kesat sekiranya aku kehabisan hujah. Aku tak malu
meninggikan suara aku supaya lawanku terdiam dengan keegoan aku.
Aku memandang rendah kawan-kawan ku yang tidak bernasib baik
atau tidak bijak seperti aku. Aku hanya memandang mereka sebelah mata. Lebih baik
melayan ‘smartphone’ dari melayan dia. Biarkan dia bercakap seorang diri. Aku lagi
bijak dari dia. Dia apa tahu. Pendapat dia hanya layak dimasukkan dalam tong
sampah. Pendapat dan idea aku lebih menarik daripada dia.
Aku suka perli kawan aku. Aku lebih bijak kerana dapat
memerli kawan aku. Kawan-kawan aku yang lain pun suka perli aku, aku pun perlu perli
orang lain supaya maruah aku tidak dipijak-pijak. Ego aku perlu dibela. Aku pantang
dicabar, aku pantang menerima kekalahan. Aku tak layak berkawan dengan
kawan-kawan yang bodoh, kawan-kawan aku mestilah yang bijaksana seperti aku
ataupun lebih hebat dari aku.
Aku lagi kaya. Aku lagi bergaya. Ilmu aku lagi tinggi. Aku lagi
bijak. Aku lagi alim. Aku lagi baik. Aku lagi beriman. Aku paling betul.
Aku=diri masing-masing
Karya yang agak negatif. Mesejnya supaya agar kita sama-sama
hindari sifat ego ini.
Is Faris
Zinhoum, Sayeda Zainab
26.2.2014
Is Faris
Zinhoum, Sayeda Zainab
26.2.2014
No comments:
Post a Comment