Showing posts with label Idea. Show all posts
Showing posts with label Idea. Show all posts

Sunday, April 20, 2014

Godam

Godam.
Mendalah apakah itu?

Dalam Bahasa Inggerisnya disebut sebagai hack.



Entri ini merujuk kepada makna kata kerja hack yang kedua.

Proses penggodaman berlaku kerana beberapa faktor antaranya untuk mendapatkan maklumat tertentu (godek-godek fb yang ada privacy setting), untuk memadamkan maklumat tertentu (tersalah bagi mesej dalam inbox fb orang), untuk capai level tinggi atau item tertentu dengan mudah dan cepat (dalam game) dan sebagainya.

Adapun,
menulis status jiwang pada wall fb member yang terlupa (atau buat-buat lupa) untuk log out fb itu bukanlah godam namanya.
Itu gedik.



Dalam game pula,
menggodam sedikit sebanyak membantu pemain untuk menghabiskan permainan dengan lebih mudah.



Sebagai contoh,
kajian rawak mendapati,
hampir semua Pokemon Master ikhwah Gen09  menggodam untuk menggandakan item dalam bagpack dengan mencari pokemon glitch bernama Missingno dengan mengikut beberapa langkah.
[rujuk: http://www.pokezam.com/games/gameboy/red/cheats.php ]

Ini je game yang penulis main dengan serius.
Ni kira hack jugak ke ek?



Baik.
Tamat pengenalan berkaitan godam.


Entri ini sebenarnya sekadar ingin berkongsi beberapa godaman (?) kehidupan yang ada
untuk memudahkan beberapa perkara.
Jangan tensi tensi.
Selamat mencuba!






Dan yang paling best...

Monday, March 10, 2014

SELAMAT ITU SATU PILIHAN

SELAMAT ITU SATU PILIHAN?


SELAMAT KE TAK SELAMAT?
okey ke tak okey?
cerah lagi ke? ke dah gelap kat luar tue?
Persoalan yang datang setiap kali seorang akhawat nak keluar malam,

Persoalan yang timbul setiap kali seorang akhawat nak keluar muhafazah dan jalan jauh-jauh,  Persoalan yang juga timbul setiap kali seorang akhwat mula ragu-ragu nak keluar rumah..

Kenapa timbul persoalan ini?


Kerana dia tahu,dia perlu pertimbangkan setiap tindakannnya dapat memberikan kemaslahatan dan menjauhi dirinya dari setiap kemudharatan.
Setiap tindakan yang diambil tanpa ada penelitian yang masak,mungkin menyebabkan dia tersilap mengatur langkah dalam kehidupan.

Sama juga situasi dimana,...
seorang ikhwah yang ternampak seorang akhawat yang berjalan seorang diri pada suatu malam..lantas
,difikirannya mula bertanya pada dirinya :"

"nak tanya ke  tak nak tanya..
nak ikut je ke senyap2,or biarkan sahaja
nak offer tolong jadi musyrif ke nak biar dia mintak tolong dulu..



Kenapa timbul persoalan ini,??
kerana dia tahu kepentingan untuk saling menjaga kemaslahatan dan menggelakkan kemudharatan yang mungkin terjadi bilamana ada aspek diabaikan.



Itu antara situasi yang berkaitan dengan keselamatan yang saya kira paling popular dalam kalangan komuniti masyarakat Malaysia di Mesir,







GARIS PANDUAN DALAM ISLAM

Sesungguhnya,Islam telah meletakkan garis panduan dan etika yang perlu diikuti oleh seluruh ummat Islam dalam melakukan setiap tindakan dan perkara. Garis dan panduan yang telah ditetapkan bukanlah untuk mengongkong,menyusahkan,membebankan mahupun menyekat kebebasan seseorang tetapi untuk menjaga tingkah laku dan tindakan individu agar selari dan bertepatan dengan tuntutan syarak.


Keselamatan adalah Antara keperluan asas bagi setiap manusia.
Pentingnya menjaga keselamatan ini dalam mewujudkan biah sentosa ,aman dan dan sentiasa bahagia. Agama Islam sangat menekankan soal keselamatan.Baik keselamatan diri,masyarakat,Negara dan jua agama.





MAQASID SYARIAT ASAS PENSYARIATAN

MAQASID syariah secara umumnya adalah rantaian lima prinsip Islam yang asas iaitu menjaga dan memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. 

Oleh itu, pada hari ini teras maqasid syariah sangat penting dalam setiap konteks tindakan yang diambil baik, dalam perkara besar mahupun sekecil perkara
Undang- Undang dan peraturan Islam yang diturunkan kepada umat manusia adalah berhadafkan untuk menjaga 5 komponen penting:

1.Menjaga Agama
2.Menjaga Diri/jiwa
 3.Menjaga Akal
4.Menjaga keturunan
 5.Menjaga Harta

 Kesemua perkara yang telah disebutkan di atas mestilah difahami oleh seluruh umat islam supaya mereka selesa melaksanakan tuntutan islam dan dapat memelihara diri daripada melangkaui sempadan dan had yang telah ditetapkan oleh islam melalui kefahaman yang sahih berkenaaan setiap perkara di atas.

Islam datang untuk membebaskan mereka daripada kesempitan dan kezaliman agama kepada KELUASAN dan KEADILAN ISLAM"

SIKAP AMANAH DAN WASPADA

Isu keluar malam tanpa musyrif,isu musyrif susah nak dapat,isu rumah kena pecah masuk,isu,handphone kena ragut mungkin boleh selesai atau dikurangkan bilamana kita mengambil perhatian akan kepentingan menjaga diri dan keseluruhannya.

Seterusnya,menyebabkan kita sentiasa mengambl langkah berjaga-jaga dan waspada.
Saidina Umar bin Khattab ra mengatakan bahawa “Waspada adalah sebahagian dari takwa”.


Dalam kesempatan lain ia mengatakan, “Waspada adalah sifat orang yang beriman.” Wallahu a’lam.

Tanggungjawab itu datang dengan amanah.
setiap orang ada amanah yang dipikul..
baik individu mahupun berkumpulan.
baik akhawat mahupun ikhwah

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,
oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan(surah an-nisa:34)


Disebut dalam al-quran:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah At-Taubah, ayat 71)

Ayat-ayat diatas jelas menunjukkan kepentingan saling membantu antara satu sama lain selagi mana tidak bertentangan dengan syarak.

Bilamana kita tahu tanggungjawab kita apa,
tiada alasan untuk tidak menunaikannya.
sungguh,yang paling berat dalam dunia ini,adalah amanah..

amanahlah dalam memelihara kehormatanmu,menjaga maruahmu dan memelihara keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Ahzab: ayat 59)

Jelas,ayat di atas menunjukkan pemakaian yang baik juga mampu menjaga maruah dan keselamatan  seorang indiviu..
Baik muslimah mahupun muslimin,
di samping kita mematuhi etika dan garis panduan lain yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.




Kesimpulannya,dalam melakukan sesuatu tindakan atau perancangan sama ada untuk jangka masa panjang atau pendek, kefahaman dan peneltitian ini perlu menjadi kretiria dan pra-syarat utama dalam membuat sesuatu keputusan berkenaannya terutama apabila melibatkan aspek agama, jiwa, akal, keturunan dan harta secara keseluruhannya ke arah mendatangkan kebaikan dan kemaslahatan kepada masyarakat dan komuniti.

Andai kata keselamatan bukanlah perkara yang penting dalam hidup sudah pasti tiada profession polis,tentera,penjaga keselamatan ditubuhkan.

 ISLAM MENJAGA KEMASLAHATAN

Percayalah,selagimana hukum islam belum dilaksanakan secara total,dunia ini akan penuh dengan orang jahat dan berniat buruk .Orang Tak kenal Allah,tak Takut Allah..


Terbukti Di BRUNEI, 

Baru  cakap nak  laksanakan HUDUD,tapi jenayah dah turun 50%.
Tidak dapat dinafikan,
Orang-orang yang yakin ialah orang-orang yang yakin kepada Allah dan Rasulullah s.a.w, 
iaitu yakin kepada Islam 
mestilah yakin juga kepada hukum Allah dan tidak yakin kepada yang lain daripada hukum Islam.

Allah menjanjikan kelebihan, kurniaan, pahala dan syurga serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat kepada siapa yang beriman dan beramal salih. 
Di antaranya mereka yang menegakkan hukum Allah. 




Ingatlah sahaba-sahabat,
Sungguh
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi
biar beringat,asal selamat…
Pelihara diri kita ,rumah kita ,komuniti masyarakat,Agama dan Negara Kita =D

Untuk selamat,pilihlah cara islam telah tentukan baik dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara..



KEMPEN KESELAMATAN GEN09
CAKNA KESELAMATAN



Tuesday, April 5, 2011

SATU


“AHEAD: Awaken 1 Heart 1 Aim 1 Destiny”.

Kata-kata ini bermain di fikiranku. Kombinasi beberapa kata yang membentuk satu frasa. KESEDARAN, HATI, MATLAMAT dan TAKDIR. Tidakkah ia berhubungkait antara satu sama lain? Memang hebatlah sesiapa yang mencipta kata-kata ini. Disebalik istilah ini, terselit 1001 penjelasan dan mesej yang ingin disampaikan dan dapat dibuat iktibar. Jom tengok.

1. KESEDARAN (Awaken)

Apabila timbul kesedaran dalam diri seseorang, maka mulalah dia mencari kebenaran. Melakukan pembaharuan dalam diri. Orang yang berjaya mempunyai ciri-ciri kesedaran yang lebih, mereka sentiasa mempamer dan mempraktikkan kesedaran yang positif. Mereka tahu dan kenal pasti siapakah diri mereka sebenarnya.

Pada tahap dan taraf kehidupan manakah mereka berada ketika ini dan ke manakah haluan dan arah tujuan mereka.Mereka juga sentiasa sedar betapa sedikitnya dan betapa ceteknya pengetahuan mereka tentang ilmu keduniaan dan ilmu keakhiratan. Orang berjaya sentiasa berkeinginan untuk belajar menambah ilmu pengetahuan.

Orang yang bakal gagal pula adalah orang yang tidak sedar atau tidak mahu mengetahui keadaan di sekelilingnya. Mereka tidak sensitif terhadap kehendak atau perasaan orang lain, bahkan membuat perbuatan ikut suka hati mereka saja. Orang sebegini tidak layak untuk dihormati atau diberikan rasa hormat.

2. HATI (Heart)

Apabila mempunyai KESEDARAN dalam diri, tempat pertama yang akan dituju adalah hati. HATI adalah tempat terpancarnya perasaan suka, duka, benci, marah, gembira, sedih dan sebagainya. Hati ibarat raja yang mengarah seluruh anggota tubuh untuk mengikut perintah hati. Apabila hati dikuasai iman, amal yang dilahirkan adalah kebaikan. Namun, apabila hati dikuasai nafsu, maka amal yang muncul adalah keburukan. Pembaharuan yang paling utama yang akan dilakukan adalah bermula dengan hati sebab itu Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, mak baiklah seluruh anggota, dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah, itulah hati.” (Hadis di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Rasulullah S.A.W. bersabda lagi:

“Semua amalan itu bermula dengan niat dan setiap oang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan.”

Hadis ini sudah cukup umum pada semua. Kita tahu apa itu niat. Apabila berbicara soal niat pasti ia berkaitan dengan hati. Betulkan?

MATLAMAT (Aim)

Setiap niat yang dilafazkan di dalam HATI pasti mempunyai tujuan mengapa dia berniat sedemikian. Ini bermakna dia telah menetapkan satu hala tuju yang kukuh sebagaimana yang diniatkan. Itulah MATLAMAT. Apabila matlamat sudah dibentuk, beberapa tindakan susulan akan diambil bagi merealisasikan matlamat itu.

3. TAKDIR (Destiny)

Kita tahu setiap MATLAMAT yang dibuat belum tentu dapat dilaksanakan. Meskipun ia rapi disusun. Mantap dirangka. Hebat dicipta. Semua itu sia-sia jika tanpa izin Yang Esa. Itulah TAKDIR yang Allah tetapkan. Kita kena yakin itu. Tetapi kita kena ingat, meskipun setiap sesuatu itu telah termaktub di Luh Mahfuz, kita diberi peluang mengubahnya. Kerana firman Allah Taala bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah ar-Rad: ayat 11).

Justeru, KESEDARAN dalam diri perlulah bermula dengan HATI. Hati yang baik akan membawa kearah SATU MATLAMAT dimana disitu TAKDIR yang akan menentukan.

Pesanan: Maaf penjelasan agak menyimpang jauh dari apa yang anda sangkakan. Mungkin anda tidak menjangkanya. Ia lebih kepada satu muhasabah dan anjakan baru yang memberi persepsi dari sudut lain. Saja nak buat lain dari yang lain. Hehe.. Apapun kita masih lagi berdiri di atas moto yang SATU iaitu “AHEAD: Awaken 1 Heart 1 Aim 1 Destiny”!

puteramaahad91

Friday, March 18, 2011

Apa pendapat anda?















Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
kepada semua warga gen9 serta pembaca-pembaca blogger tegar sekalian.
Nampak gayanya blog ini sudah mula menyepi semula.
Mungkin kerana masing-masing sudah mula sibuk study,
Hendak catch-up pelajaran yang sudah lama tertinggal.

So, I guess now 's the time for me to shine again.