Showing posts with label Stories/Kisah. Show all posts
Showing posts with label Stories/Kisah. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

kerana sehelai kertas


Michael: sini kau rupanya. jauh kau menapak. kau tengah baca buku apa Remy ?

Remy: ikut gualah nak baca buku apa, yang lu nak sibuk kenapa ? [ ujar Remy acuh tak acuh sambil meletakkan bukunya di atas meja dan memandang ke tingkap melihat pemandangan dari kedai Mcgronal di tingkat 3 itu ]

M: aku tanya elok-elok kan Remy, yang kau nak melenting kenapa maa ? jawab elok-elok tak boleh ke ? [ Michael menarik muka sambil menyorong kerusi untuk duduk ]

R: malas gua nak layan lu michael.

M: kau kenapa maa ? cuba kau story dekat aku, biar aku dengar. kalau ada aku boleh tolong, aku tolong

R: lu tak faham michael. lu hidup senang, belajar pun pandai, muka pun kacak. gua ? otak dahlah lembab. kalau buat event apa benda pun tak jalan

M: kau, dari dulu aku kenal kau sampai sekarang itulah ayat kau. " lu tak faham " [ ujar Michael dalam nada sarkastik sambil membuat muka menganjing Remy ]

R: ini yang buat gua malas nak cakap dengan lu. tak habis-habis nak menganjing orang. agak-agaklah sedikit brother ! [ nada R sedikit tinggi ]

Waiter Rose: hm, kamu berdua boleh perlahankan suara tak ? sebab agak mengganggu customer lainlah bang [ ujarnya sambil memandang muka michael ]

M: eh maaf, maaf. [ balas michael sambil tertunduk malu ]

Michael dan Remy menyambung perbualan mereka semula dengan nada perlahan namun jelas menampakkan kemarahan masing-masing

M: tengok ? kan dah kena sound dengan kakak Rose tadi isk. 

R: lu yang cakap kuat nak salahkan gua tetiba 

M: aku pula yang kena. mana aku tak menganjing. tension aku kau tahu, kau balik-balik guna ayat sama. tak kisahlah aku faham, ke tak faham ke, kau cerita sajalah

R: malas gua. bukannya lu faham pun kalau gua story panjang-panjang [ Remy cuba menjaga egonya dan enggan berkongsi masalahnya dengan Micheal ]

M: eh, aku faham ke, tak faham ke itu cerita kedua maa, tetapi satu benda aku boleh janji. i will never let you solve your problems by yourself. this is what a friend for, am i right ? 

R: uuu budak pandai dah mula cakap orang putih [ perli Remy untuk membalas sindiran Michael sebelum ini ]. seingat gua, gua tak pernah paksa lu lepak dengan gua. lu kalau tak suka, lu biar gua lepak sendiri-sendiri sudah. sibuk betullah mamat seorang ini

M: memang aku tak faham dengan kau sekarang. tetapi kau fikirlah sendiri, mana ada orang boleh faham orang lain 100%. kau pun bukannya faham aku 100% kan ? kau berilah aku peluang nak cuba Remy. [ nada Michael semakin kuat ]  

R: go to hell dude [ ujar Remy sambil membuat isyarat menghalau Michael ]

M: melampau kau ini Remy ! sabar aku pun ada limit dia kau tahu !
selepas menjerit, Michael terus menghentak meja dan menolak kerusinya dengan kuat

Remy tersentak. belum pun sempat Remy bersuara, Michael terus bergegas keluar dari kedai itu dengan muka merah menyala dengan kemarahan. 
Remy memandang kiri kanan. semua orang tengah melihatnya dengan muka terkejut dan penuh curiosity.
kakak Rose yang menegur mereka tadi pun sedang berjalan ke arah dia

W: maafkan saya, tetapi sila keluar dari kedai ini. pelanggan-pelanggan lain benar-benar terganggu dengan kamu berdua

muka Remy merah padam sebab malu dan terus dia keluar selepas membawa bukunya dan membayar minumannya di kaunter

R: badul punya Michael. tak pasal-pasal gua malu kena marah tadi. Damn !  [ ujar Remy sambil menggelengkan kepalanya kepada pekerja selsom yang menawarkan kepadanya leaflet broadband selsom. ]

whooshhhhh
angin kipas besar di luar kedai makan itu menerbangkan leaflet selsom itu tadi
Remy pandang kiri dan kanan mencari Michael dan ternampak kelibat Michael tengah menuju ke arah escalator untuk turun ke tingkat 2

R: Michael !! [ jerit Remy separuh marah ]

Michael menoleh kebelakang apa bila mendengar namanya dipanggil
tiba-tiba 

" ALLAH !!! "

gang gang gang gang
bunyi besi di palu oleh objek tumpul

Remy terkejut dan terus berlari
namun

" ALLAH !!! "

gang gang gang gang blub
bunyi yang sama berulang namun di akhiri dengan bunyi seolah-olah sesuatu yang lembut bertembung sesama sendiri

keesokannya,
Ain: oi kak Rose, kau dah baca belum paper hari ini ? peristiwa semalam masuk surat khabarlah !

W: itulah, aku pun tengah terkejut lagi ini ain ha sob sob sob [ nadanya lemah kerana traumanya masih belum hilang ]

suratkhabar cahaya harian itu diletakkan ke meja
terpampang di muka depannya petikan berbunyi,

SENAWANG, Jumaat - Seorang pelajar universiti tempatan [ Muhammad Mikail Bin Rusdi, 19 tahun ] maut apabila tergelincir kerana terpijak sehelai kertas iklan semasa hendak menggunakan escalator. Mangsa dilaporkan mengalami patah tengkuk dan mati di tempat kejadian. Rakan mangsa [ Siti Ramlah Binti Muzammil ] yang berada berdekatan turut ditimpa kecelakaan apabila tali kasutnya yang longgar telah tersangkut di escalator terbabit ketika cuba mengejar rakannya. Mangsa kini berada di dalam keadaan stabil di ICU Hospital Tunku Jaafar namun dilaporkan mengalami lumpuh separuh badan akibat hentakan kuat di tulang belakangnya. Pekerja di kedai makan berdekatan [ Rosnah Binti Zulkifili ] ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan pihak hospital gagal menghantar ambulans secepat mungkin ke tempat kejadian. Pihak polis menafikan sebarang unsur khianat dalam kes ini.

p/s: 
banyak sebenarnya pengajaran dalam cerita ini
cuba cari dan kongsikan bersama
ini aku copy paste dari blog aku
saja nak buang sawang blog batch ini kahkahkah

Friday, February 18, 2011

Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar


Assalamu'alaikum sahabat2ku...
post bersempena Maulidur Rasul, agak panjang tp harap dapat dibaca dan dihayati...

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud: 'Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: 'Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.'
Ibnu Abbas ra berkata: 'Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.'
Jibril as akan menyeru: 'Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?'
Bumi akan berkata: 'Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.'

Rasulullah SAW bersabda: 'Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.'Israfil bersuara: 'Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!'
Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi. Jibril as berkata kepadanya: 'Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.' Baginda SAW bertanya, 'Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?'
Jibril as menjawab: 'Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.'
Baginda SAW bersabda: 'Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!'
Jibril as berkata: 'Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?'
Baginda SAW bersabda: 'Bukan seperti itu pertanyaanku.'

Jibril as berkata: 'Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?' Baginda SAW bersabda: 'Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?'Jibril as berkata: 'Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?' Baginda SAW bersabda: 'Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.'Jibril as berkata kepada baginda SAW: 'Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!'

Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: 'Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?'
Buraq berkata: 'Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.'
Baginda SAW bersabda kepada Buraq: 'Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.'
Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: 'Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa. Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: 'Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.'
Malaikat Israfil as menjerit: 'Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.'
Allah Taala berfirman: 'Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!'
Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat. Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.
Jibril as menyeru: 'Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.'
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: 'Di mana umatku?'
Jibril as berkata: 'Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.'
Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!
Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis. Nabi Muhammad SAW berkata: 'Mengapa kamu berdua menangis.'
Jibril as berkata: 'Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?'
Nabi Muhammad bertanya: 'Di mana umatku?'
Jibril as berkata: 'Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.'
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: 'Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?'
Jibril as berkata: 'Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!'
Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka.
Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: 'Wahai Muhammad!'Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka.
Nabi Muhammad SAW bersabda: 'Wahai umatku.'
Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: 'Di mana Jibril?'
Jibril as berkata: 'Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.'
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: 'Di mana umat Muhammad SAW?'
Jibril as berkata: 'Mereka adalah sebaik umat.'
Allah Taala berfirman: 'Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.'
Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: 'Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.'
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: 'Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.'Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala.
Allah Taala berfirman: 'Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!'
Hamba-hamba Allah Taala terdiam.
Allah Taala berfirman: 'Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu.

Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!'
Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: 'Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.'
Malik bertanya: 'Apakah hari ini?'
Jibril menjawab: 'Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.'
Malik berkata: 'Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?'
Jibril menjawab: 'Ya!'
Malik bertanya: 'Di mana Muhammad dan umatnya?'
Jibril berkata: 'Di hadapan Allah Taala!'
Malik bertanya lagi: 'Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?'
Jibril berkata: 'Aku tidak tahu!'
Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk. Rasulullah SAW Membela Umatnya Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahim as. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: 'TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.'
Allah Taala berfirman: 'Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.'
Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: 'KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!'
Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: 'Tuhanku... Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!'
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat.
Nabi Muhammad SAW menyeru: 'Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku.... !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!'
Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: 'siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?'
Neraka pula berseru: 'Wahai Tuhanku... Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.'
Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.
Allah Taala berfirman: 'Di mana matahari?' Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala.
Allah Taala berfirman kepadanya: 'Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?'
Matahari menjawab. 'Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?'
Allah Taala berfirman: 'Aku percaya!'
Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk.


Ibnu Abbas r.h. berkata: 'Peluh manusia bertitik dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit. Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat. Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: 'Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.

Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: 'Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis. Baginda SAW bersabda: 'Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?' Fatimah menjawab: 'Aku teringat akan firman Allah Taala.'
'Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka.'
Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: 'Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.'
Fatimah r.h. berkata: 'Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?'
Baginda SAW menjawab: 'Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar Firman Allah Taala:
'Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau satu utusan yang melalaikan dia. ( Abasa: 37)

Fatimah ra. bertanya: 'Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?'
Baginda SAW menjawab: 'Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.'
Fatimah r.h. bertanya lagi: 'Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?'
Baginda SAW bersabda: 'Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: 'Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: 'Aamiin.' Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman: 'Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah.' Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang. Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yang menyembahNya datang beriring.
Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata: 'Kami adalah umat Muhammad SAW!'
Allah Taala berfirman kepada mereka: 'Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?'
Mereka berkata: 'Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya.'
Mereka ditanya lagi: 'Kami mengenali Tuhan kamu?'
Mereka menjawab: 'Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya.'

Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: 'Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad SAW!'

Manusia berpecah kepada tiga kumpulan. 1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit. 2. Kumpulan pemuda. 3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar. Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW. Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: 'Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka.
Mereka menyeru: 'Di mana Muhammad?' Mereka berkata: 'Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.'
Nabi Adam as berkata: 'Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai.
Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri. Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: 'Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.'
Nabi Nuh as berkata: 'Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!'
Nabi Ibrahim as berkata: 'Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!'
Nabi Musa as berkata: 'Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!'
Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata: 'Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam.'

Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra' sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: 'Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.' Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW
Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad SAW. 'Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.'
Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: 'Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!'
Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya. Terdengar suara seruan: 'Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!'

Nabi Adam as berkata: 'Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.'
Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: 'Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!'
Nabi Adam as bertanya: 'Berapa ramai untukku kirimkan?'
Allah Taala berfirman: 'setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka.' Allah Taala berfirman lagi: 'Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu.Aku tidak akan memungkiri janji. Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.'
Nabi Adam as berkata: 'Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!'

Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat Allah Taala menyeru: 'Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.'
Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: 'Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!'
Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: 'Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.'
Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: 'Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!'
Kumpulan 1 berjaya melintasi seperti kilat yang memancar. Kumpulan 2 melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan 3 melintasi seperti kuda yang baik. Kumpulan yang 4 seperti burung yang pantas. Kumpulan yang 5 berlari. Kumpulan 6 berjalan. Kumpulan 7 berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan 8 menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: 'Wahai Muhammad SAW!' Nabi Muhammad SAW berkata: 'Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka! Kumpulan 9 dan 10 tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang.

Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama. Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring. Mereka berkata: 'Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku.' Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata: 'Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia.'
Malaikat berkata kepada mereka: 'Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka.' Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: 'Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka.'

Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil 'Tempat Teropong.' Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat. Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya. Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda: 'Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?' Malaikat menjawab: 'Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka.'
Nabi SAW bersabda: 'Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah.'
Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan kekal didalam rumah-rumah mereka.

Kita memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka.


*sumber:
-http://www.myjodoh.net/?mod=show_art&id=2190&PHPSESSIONID=c3551ff4de6931009617a6d0f1602d70

-http://www.myjodoh.net/?mod=art&PHPSESSIONID=c3551ff4de6931009617a6d0f1602d70


Friday, December 10, 2010

Gagalkah kamu??

Result exam yang terpampang di papan kenyataan amat mengecewakan Nurul. Ternyata dia gagal dalam 2 subjek dan terpaksa menempuhi dur thani. Hakikat ini amat pahit ditelan memandangkan hatinya melonjak- lonjak ingin pulang ke Malaysia secepat mungkin bagi mengubat kerinduan terhadap keluarga.

"Kenapa aku gagal??? Aku dah berusaha dengan gigih. Aku tak pernah tidur dalam kelas. Qiyamullail dan solat hajat tak pernah miss walau sehari. Setiap hari aku study sampai lewat malam. Tapi kenapa aku tetap gagal?? Ya Allah, hina sangatkah aku pada pandanganMu?? Apa salah aku padaMu?" rintih nurul.

  • ANALOGI LEMBU
"Maaf ye mak lembu. Hari ni saya nak ambik anak kamu untuk buat lauk," kata seorang penternak lembu kepada salah seekor lembu betina kepunyaannya. Si lembu yang tidak mengerti bahasa manusia itu terkebil- kebil memerhatikan gelagat tuannya.

Persoalan yang ingin saya tanyakan di sini, perlukah penternak lembu tersebut meminta izin ibu lembu untuk menyembelih anaknya? Sudah tentu tidak. Lembu- lembu yang diternak adalah miliknya. Penternak tersebut berhak menyembelih mana- mana lembu yang diingininya tanpa perlu meminta izin dari sesiapa pun. Begitulah perumpamaan kita sebagai hamba Allah. Allah berhak mengambil apa sahaja daripada kita tanpa perlu meminta izin terlebih dahulu. Apa sahaja ujian yang Allah timpakan kepada kita bukanlah bertujuan menzalimi bahkan bertujuan untuk mentarbiah kita lebih matang dalam mengharungi ranjau kehidupan ini.

Adalah amat malang seandainya seseorang itu memandang bahawa Allah itu zalim jika dia telah berusaha dengan keras, berdoa, bersolat hajat dan sebagainya tetapi Allah masih tidak mengurniakan kejayaan kepadanya. Kita perlu memahami konsep hamba. Pada hamba tiada apa- apa melainkan melaksanakan tuntutan Tuhannya. Bukanlah saya maksudkan di sini bahawa kita tidak perlu berusaha, tapi perlulah kita meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah dan redha dengan taqdir yang telah ditetapkanNya. Usaha adalah kewajipan kita, mengurniakan kejayaan adalah tugas Allah.

Firman Allah:
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka"

  • 'IBRAH DARI AYAT- AYAT CINTA
Entah kenapa saya terasa ingin menonton semula cerita "Ayat- Ayat Cinta" baru-baru ini. Saya amat tertarik dengan adegan di mana Fahri dipenjarakan atas tuduhan merogol seorang gadis Mesir bernama Noura. Tidakkah pelik seandainya seorang lelaki yang begitu thiqah, begitu menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan serta taat dan patuh pada tuntutan agama dituduh dengan tuduhan sekeji itu? Tambahan pula pada masa itu isterinya baru sahaja disahkan mengandung. Malah, pihak universiti Al Azhar pula menghimpitnya dengan membuangnya dari pengajian. Hati mana yang tidak remuk bila ditimpa musibah sedemikian rupa?

"Apa dosa aku pada Allah?" rintih Fahri dalam kekecewaan.

Namun, perkataan teman sepenjara Fahri benar-benar menampar pipi saya. Saya termenung sebentar memikirkan kebenaran kata-katanya.

"Sabar! Allah sedang berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas. Sabar dan ikhlas itulah Islam.

Ya... Silap Fahri adalah dengan menyangka dirinya begitu suci dan mentaati perintah Allah, dia tidak sepatutnya ditimpa dengan tuduhan sebusuk itu. Dia menyangka 'kethiqahannya' telah meletakkannya ditempat yang tinggi, dekat dengan Allah dan jauh dari dosa dan noda. Tidak sama sekali! Sedangkan Rasulullah yang menjadi Habibullah juga turut diuuji dengan fitnah-fitnah yang lebih berat. Sudah lumrah pejuang agama, fitnah dan mehnah menjadi pendamping setia.

Oleh itu wahai sahabat dan sahabiah, usahlah bersedih andai kegagalan menjadi taqdir anda. Kata bijak pandai inggeris, "The true failure is when you STOP TRYING". Jangan pula kita meletakkan tawakkal dihadapan dan usaha dibelakang. Ingatlah bahawa Allah Maha Adil. Yakinlah bahawa sesiapa yang berusaha, pasti kejayaan mengiringi dengan izin Allah.

Saya berikan perumpamaan. Seorang petani cina, yang bangun diawal pagi, pergi ke kebun dan menjaga tanamannya dengan baik. Baja diberikan secukupnya, air disiram mengikut sukatan yang sesuai, ditambah pula dengan binaan saliran air yang mantap. Berbeza pula dengan seorang petani muslim, pergi ke kebun lewat pagi. Baja tanaman dibeli yang paling murah, air disiram sambil lewa, malah sistem saliran air tidak dibina langsung. Namun, petani muslim ini rajin bersolat, membaca Al- Quran dan sentiasa mengerjakan qiyamullail. Rasa-rasa anda, tanaman siapakah yang subur? Secara logiknya, sudah tentu tanaman lelaki cina itu bukan? Sunnatullah menyatakan bahawa seandainya tanaman dijaga dengan baik, disiram dengan air yang cukup dan dibaja mengikut kuantiti yang sesuai akan tumbuh dengan subur. Seandainya lelaki soleh itu mengabaikan perkara ini, secara logiknya dia berhak mendapat tanaman yang kurang subur walaupun lelaki cina tadi bukan Islam. Allah Maha Adil.

Jadi, berusahalah wahai ikhwah dan akhawat. Saya berharap mereka yang masih leka itu menampar pipi masing-masing dan sedar realiti kita sebagai pelajar perubatan. Bidang ini menuntut komitmen yang tinggi terhadap disiplin diri dalam belajar. Apa yang saya sampaikan adalah peringatan buat diri saya sendiri juga. Sama-samalah kita berusaha agar lebih ramai doktor-doktor muslim yang "benar-benar muslim" dapat dilahirkan.

sekadar perkongsian,
Muhammad Mu'izuddin bin Azmi

Tuesday, December 7, 2010

My Name Is......

 بسم الله الرحمن الرحيم


   Pada suatu hari, ketika seorang lelaki berjalan-jalan di Central Park, New York, dia dengan tetibanya ternampak seorang budak perempuan sedang dikejar dan diserang oleh seekor anjing. Lelaki tersebut terus bergegas ke arah budak perempuan tersebut dan bergomol dgn anjing itu.
 
   Nak dijadikan cerita, anjing tersebut berjaya dibunuh dengan cara yg paling style sekali. Maka budak perempuan tersebut pun terselamatlah. Seorang polis yang berpakaian segak dan tampan yang kebetulan menyaksikan kejadian itu terus bergegas ke arah pemuda tersebut lalu berkata "You are such a hero!" (Translate = "Awak ni sungguh gagah berani dan penyelamat!").  

Maka terjadilah perbualan yg mengasyikkan antara mereka berdua.

Polis :Kamu boleh membaca tajuk akhbar esok dan pastinya Headline untuk Daily New York akan berbunyi sebegini, 'Brave New Yorker saves the life of a little girl'. 

Pemuda :Tapi sy bukan org New York.

Polis :Kalau begitu ape kate 'Brave American saves a little girl's life'.

Pemuda :Saya juga bukan seorang Amerika, ma3liesh

Polis :Oh, jadi awak berasal dari mana sebenarnya?

Pemuda :I'm Palestenian.

***************************************************************************************************************

   Keesokan harinya, tajuk yang terpampang di dada akhbar ialah 'Islamic Extremist Kills Innocent American Dog'.

 Wallahu3alam. =)
 

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut millah (jalan-jalan hidup) mereka". -Al-Baqarah (ayat 120)



"Dari Abu Sa'id Al-Khudri Ra. ia berkata: Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya. "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang Tuan maksudkan?" Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, "Siapa lagi?" (kalau bukan mereka). (Hadith Riwayat Muslim)
 
 
 






 
Your truthfully, no sign is available.
(....................................)

Awal Muharam

Bismillahirahmanirrahim.
Sekadar perkongsian pintar.
Diambil daripada bank komik Pharmacomics.






Wednesday, December 1, 2010

Lawak KFC Pendang



cashier : assalamualaikum pakcik..

pakcik : walekumsalam..err.err.

cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.



huuu.. aku yang duk ada kat situ..senyum sinis lalu blah masuk dalam kereta dengan muka bingung. baguih gak.. depa kena sekali camtu.. lama lama kFC tu semakin berkurang la.. huu..

tu tak buka McD, Pizza, Kenny Roger apa lagi.. kalau tak lagi teruk.. aku rasa.. si cashier tu kompem berenti lepas kena dengan kastemer macam tu 2 3 org.. kalau hampa tak caya keadaan ni.. hampa pi la pendang tengok.. sampai sekarang tak surut.. dan dengar cereta.. coleslaw terpaksa ditukar dengan acar limau.. manakala beberapa menu KFC terpaksa ditukar demi kesesuaian keadaan”

Moralnye : Cakap bior terang or masuk kandang kambing mengembek and masuk kandang kerbau kena apa yek????…….pepaham sendiri la…

Sumber : http://puteramaahad91.blogspot.com/2010/12/lawak-kfc-pendang.html

"Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairul Makiriin"

"Sesungguhnya manusia merancang dan Allah juga merancang dan Allah sebaik-baik perancang"

Saturday, November 27, 2010

KiSaH RaJa AfRikA..

Pada zaman dahulu kala di negeri Afrika, terdapat seorang raja yang memerintah dengan adil dan saksama.

Raja Afrika tersebut mempunyai seorang sahabat rapat bernama Koami.

Koami mempunyai satu sifat yang sungguh unik iaitu Koami suka melihat setiap perkara yang berlaku (positif mahupun negatif) dalam hidupnya sebagai sesuatu yang baik dengan mengucapkan, "Ini sungguh bagus."

Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari Raja Afrika mengajak Koami pergi memburu di dalam hutan.

Sepertimana kebiasaan, Koami menyediakan peralatan untuk memburu seperti senapang, peluru, makanan dan lain-lain.

Entah bagaimana, Koami terlupa untuk memeriksa senapang tersebut samada masih elok atau tidak.

Ketika di dalam hutan, Raja Afrika melihat kelibat seekor rusa jantan di celah-celah semak, dengan pantas Raja Afrika menembak menggunakan senapang yang dibawa oleh Koami.

"Pom!!"

Senapang tersebut meletup dengan sangat kuat apabila picunya ditekan.

Akibatnya Raja Afrika kehilangan ibu jari kanan kerana letupan senapang tersebut dan menjerit-jerit menahan kesakitan.

Tiba-tiba terkeluar daripada mulut Koami, "Ini sungguh bagus."

Bagaikan terbakar telinga Raja Afrika apabila mendengar kata-kata Koami itu dan berkata dengan marahnya, "Bodoh!!!, Ini tidak bagus. Pengawal! Kurung Koami di dalam penjara seumur hidup..."

Setelah setahun berlalu, pada suatu hari Raja Afrika bersama beberapa orang pengawal keluar memburu di dalam hutan.

Alangkah malangnya nasib Raja Afrika tersebut kerana terserempak dengan Puak Madura yang suka memakan daging manusia.

Raja Afrika dan pengawal-pengawal ditangkap dan diperiksa seorang demi seorang bagi memastikan manusia buruan mereka sempurna tubuh badan.

Apabila melihat Raja Afrika tidak memiliki ibu jari kanan, Puak Madura tersebut melepaskan Raja Afrika tersebut kerana pada kepercayaan Puak Madura, manusia yang tidak sempurna tubuh badan sempurna akan menjadi sumpahan jika dimakan.

Betapa bersyukurnya Raja Afrika tersebut kerana selamat daripada dimakan oleh Puak Madura itu.

Barulah Raja Afrika sedar bahawa benarlah kata-kata sahabat rapatnya Koami, "Ini sungguh bagus."

Ketika peristiwa Raja Afrika kehilangan ibu jarinya setahun yang dulu.

Raja Afrika memerintahkan supaya Koami dilepaskan dan Raja Afrika dengan rendah diri memohon maaf di atas tindakannya mengurung Koami di dalam penjara.

Tetapi Koami tiba-tiba berkata, "Ini sungguh bagus."

Terkejutnya Raja Afrika mendengar kata-kata itu dan bertanya, "Mengapa pula sungguh bagus?"

Dengan selamba Koami menjawab, "Jika Tuanku tidak mengurung patik, sudah tentu patik bersama-sama Tuanku pergi memburu dan bertemu dengan Puak Madura itu dan akhirnya patik akan mati di makan Puak Madura itu."

Raja Afrika hanya duduk terpaku memikirkan kebenaran kata-kata Koami tersebut.

-Tamat-

Sahabat-sahabatku sekalian, terlalu banyak perkara yang baik mahupun buruk berlaku dalam hidup kita selama ini. Terpulanglah kepada kita bagaimana kita melihat perkara tersebut. Bukan semua perkara yang baik itu nikmat dan bukan semua perkara yang buruk itu bala. Yang pasti, di sebalik setiap perkara yang berlaku terkandung seribu hikmah yang perlu dicungkil dan difikirkan. Betul tak?

sumber: iluvislam