Friday, February 25, 2011

3 TEGURAN RINGKAS



Kadang-kadang kita terlupa, adakalanya kita terlalai, dan di waktu lain kita tersedar kembali. Namun sebagai remaja yang umurnya meniti 20 tahun, tanggungjawab dan amanah itu perlu diambil berat, lebih berat dari budak berusia 17-18 tahun.

Berat nya amanah itu,yang dipikul sebagai seorang Muslim, menjadikan kita bukan seperti remaja masa kini.

Tapi kita remaja Islam,perlu mengamalkan Islam tanpa mengira tempat,masa mahupun orang sekeliling.

Sebelum kata ditutur rapi, suka saya mengingatkan pesan Nabi (di bawah), lapangkan dada, terima dengan hati terbuka, insyaAllah, hari ini kita akan lebih baik dari semalam.

Rasulullah SAW bersabda,

"Islam telah bermula dengan dagang (asing) dan ia akan kembali dagang (asing), maka berbahagialah mereka yang bersama Islam pada waktu dagang (asing)."

hadis riwayat Muslim

1. BATASAN AURAT: FAHAM ATAU BUAT2 TAK FAHAM?

Soalan di atas merupakan sedikit provokasi. Jika faham,sampaikan pada rakan2 yang seakan-akan tidak faham lagaknya. Jika tidak faham, maka eloklah cepat2 menadah ilmu daripada ahlinya, agar selamat hingga ke hari tua. Fahamkan apa itu aurat,apa hukum menutup aurat, apa hukum buka aurat, dan fahamkan apa itu dosa dan apa itu keredhaan Allah.

  • Batasan aurat lelaki di khalayak ramai:

antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.

  • Batasan aurat perempuan di khalayak ramai:

seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan yakin menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.

Nota kaki: batasan aurat untuk kedua-dua jantina digariskan dengan indah dalam Islam, terbahagi kepada 3, batasan kepada : ahli keluarga,sesama jantina,khalayak ramai. Mohon untuk bersikap proaktif dalam mencari jawapan kepada diri sendiri. Moga selamat diri anda hingga ke tua,moga selamat anak2 anda,isteri2 anda,cucu2 anda, dan keluarga anda dari panasnya neraka.

2. GRAF SOLAT : paksi x (x-axis) untuk umur,paksi y (y-axis) untuk kualiti


Seawal umur 7 tahun, malah ada yang lebih awal, kita telah diajar bagaimana cara mendirikan solat. Kemudian,kita diajar,waktu2 solat. Setelah lengkap semuanya,termasuk dengan di paksa menghafal bacaan2 dalam solat, kita di ajar pula hukum meninggalkan solat, hukum melewat2 kan solat, hukum solat tidak khusyuk, hukum solat tanpa wudhuk,dan sbgnya.

Persoalan timbul:

1. Di mana kita sewaktu azan dilaungkan?
-sedang bersedia untuk solat, atau masih berprasangka "kejap lagi saya solat la"

2. Di mana kerisauan kita, ketika waktu solat hampir ke penghujungnya?
-menunaikan solat seberapa segera, atau masih berprasangka "sikit lagi kerja nih, nk abiskan sikit je lagi" atau "ade perhentian R&R/hotel terdekat nanti solatlah"

3. Di mana cakna kita, bila solat sering di'qadha'kan atau terlewat?
-mencuba untuk tidak mengulangi walaupun berkali2 cubaan menemui kegagalan, atau masih berprasangka "bukan dah biase ke solat subuh lewat?" atau "alah,mcm xbiase pulak mamat nih qadha' solat"

nota kaki: sebagai remaja Islam yang bertanggungjawab, selesaikan perkara asas ini dahulu. Tingkatkan kualiti,jaga kuantiti. Mentaliti memainkan peranan paling penting. 'Set'kan dalam diri "SOLAT PERKARA PALING MUDAH" atau WALAUPUN SAYA TAK SE-THIQAH/SE-ISLAMIK fulan bin fulan, TAPI SOLAT SAYA MESTI KENE SKOR MANTAP" dan sbgnya ..(apa2 yg sesuai dgn diri masing2)

3. Al-QURAN: hiasan,bacaan, atau panduan?

Bila anda sedar akan seperti kehilangan sesuai,maka ketahuilah anda sedang kehilangan hubungan rapat dengan Allah. Anda telah melakukan perkara2 yang sangat menyeronokkan, melancong, melencong, berborak, bergambar,dan sebagainya, namun jiwa masih terasa kosong, rasa sunyi, rasa ada sesuatu yg tak kena.

Maka,tanyakan persoalan2 berikut:
1. Bila kali terakhir aku baca Quran?
2. Bila kali terakhir aku tadabbur Quran?
3. Bila kali terakhir aku mengulang hafazan Quran? (bagi yang menghafaz)

Perlu jelas, dalam meniti usia 20tahun, sebagai remaja Islam kita perlu melihat betapa perlu nya kita akan istiqamah terhadap Quran, betapa pentingnya pembacaan Quran terhadap pembinaan hati kita, dan betapa penting menjadikan Quran itu petunjuk seluruh kehidupan,bukan ketika susah sahaja(sakit,santau,dan sbgnya)

nota kaki: pujuk2 lah diri kita, agar selalu dekat dengan Quran. Tidak ada salahnya mendengar erafm,hotfm,sinarfm(my favourite),etc.. tapi pujuk2 lah diri untuk melazimi mendengar ayat2 Quran. Bagi yang menghafaz Quran, kaedah ini secara tidak langsung merangsang memori anda. Jikalau hati terasa berat membaca Quran, maka eloklah dilembutkan dahulu dengan mendengar indahnya kalam Allah itu.

KESIMPULAN:
MULAKAN PERLAHAN2. REMAJA ZAMAN MENDIDIK JIWA. REMAJA ZAMAN MEMBENTUK JIWA. Bentuklah jiwa Islam, agar selamat diri anda hingga ke hari tua,selamat anak,keluarga,isteri. Selamat dari dunia yang melalaikan(surah Al-hadiid,ayat 20)

sekian,moga amalan anda,saya,kita, di terima Allah:
Ali Imran : 148 Karena itu Allah memberikan kepada mereka pahala didunia dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.

mohamed afiq hidayat zailani,
kuala lumpur2011.
afiquehidayat GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

5 comments:

Anonymous said...

syukran..
sama2 kita ambil pedoman dan sebaik mungkin kita cuba refleksi diri kita dan amalkan.. dan lebih baik lagi, apa yang kita ambil dan kita amalkan itu dpat kita sampaikan kpd orang2 lain..

Anonymous said...

budak kl tu

|nurhidayah| said...

strongly agree!

cuma terkadang kita dah tahu cuma tak ada rasa nak buat.tahu tu dari akal,rasa tu dari hati.

sumer org boleh TAHU, cuma KESEDARAN DARI HATI tak semua orang boleh ada.

but,dats not an excuse.when there's a will, there's a way.

Anonymous said...

eh..bestlah post ni..cuma kita haruslah perlembutkan hati dahulu supaya setiap amal kita dilengkapi dgn keikhlasan kpd Allah SWT..

afiquehidayat said...

to all:

alhmdlh =)