Semalam saya menghadiri satu program, hasil ajakan sahabat lama di DQ. Indahnya program itu bermula setelah berkumpulnya para tetamu. Sebelah saya,senior SMAPL yang sudah 5 tahun terpisah, belakang saya, rakan sebaya di sekolah rendah yang 8 tahun tidak lama didengar khabar berita nya. Tidak ketinggalan,dari jauh kelihatan 2 sahabat DQ yang hampir setahun setengah tidak bersua muka.
Namun cerita keindahan memori silam yang tersingkap itu, cukuplah hanya saya sahaja yang tahu, kerana keindahan itu sukar diterjemah dengan kata2. Malam itu, kami mencatat memori baru. Brother Shah Kirit yang sudah tidak asing namanya,berada tepat di hadapan sekalian penonton. Cina,India,Melayu,Arab -pelbagai bangsa hadir yang mewakili pelbagai agama masing2.
PERKONGSIAN PROGRAM (credit to asifDQ)
Tajuk kecil yang diberi (notion) berbunyi : Common mistakes in religions. Ucapan 20 minit yang diperuntukkan untuk setiap panel digunakan sebaiknya oleh setiap wakil agama. Berikut antara yang di tekankan oleh mereka:
[Christian] Mr Chew Phye Kiat
1. Christian worship 3 gods. -confusion of the doctrine Trinity.
2. The Bible today contains errors and not reliable.
3. Jesus was a prophet
4. Christians dont have to be responsible for sins because Jesus had died for their sins.
5. Christianity has been the cause of war and oppression.
6. We cant really know God - thats why Jesus was sent
[Hinduism] Cikgu Raguna
1. Hindu is not the name, the name of this religion is 'Sanatana Dharma'
2. Too many holy texts - no absolute to refer except the Vedas.
3. Ignorance about Vedas. konsep kasta tak ada dalam hindu, hanya level macam ulama', pahlawan dan hamba. jadi,, buat tugas masing2 masuk syurga. takde lagi tinggi dari anyone
4. Hinduism is polytheistic - actually, Hinduism is monotheistic, I guess a strong one, for real. Ekam Evadvitiyam, (He is one without a second, Chandogya Upanishad, 6;1;2) - Sebab ramai dewa, misunderstood. Hindus ada kebebasan pilih untuk potray image Brahmin. sama ada dalam bentuk laki, ayah, mak, boyfriend etc
5. Women's place
6. Culture and religion - cakap pasal jgn judge agama dari pemakaian.
* Dia minta kerajaan buat hindu council, fungsi sama macam fatwa council, untuk standardize kan hindu punye fatwa.
[Buddhism] Dr Phar Cheng Kar
1. Are buddhist idol worshipper?
2. Buddhism is all about Shaolin Kungfu
3. Buddhist burns money, jocks and sticks for the 'departed'.
4. Are all Buddhists vegetarians?
5. Buddhism is for the old and the uneducated ones.
6. Buddhists are superstitious and unscientific.
7. Is the Buddha fat and has many hands?
8. Do monks ask for food and money?
9. Do buddhist priest gives 'yellow papers' to chase ghost away?
[Islam] Bro Shah Kirit
(Die ni memang superb presentation dia. Faham dan tak taksub. Foreigner pun ramai in line dgn die.)
1. Meaning of Islam
2. Is Islam = Malay?
3. Causes of misconceptions
- Media
-Prejudice - Culture and religion - macam di barat, nampak jambang je terrorist.
-Muslim - muslim sendiri tak faham Islam, dan buat sesuatu guna nama Islam, fitnah. - Islam tu susah - Islam mundur - Allah kejam - Semua agama sama
4. Women in islam-why solat behind men,etc
5. Surah al ikhlas as closing speech, pendek tapi padat - makan dalam semua panelis agama lain.
INTROSPEKSI DIRI
Setiap panel kemudiannya diberikan masa 3minit untuk memberi kesimpulan masing2. Secara keseluruhan, mereka meminta penonton menilai dan mencari sendiri agama mana yang sesuai dengan diri masing2. Namun,tidak bagi Brother Shah Kirit (wakil Islam), beliau menekankan akan kepentingan mengkaji setiap agama,mencari kebenaran,dan sentiasa cuba mendalami kebenaran itu sendiri.
Malah,beliau juga menekankan akan tujuan program berkenaan bukan untuk bertikam lidah menentukan mana satu agama yang perlu ditegakkan,tetapi memujuk setiap jiwa agar mencari kebenaran yang pasti dan menjauhi semua tohmahan yang dilontarkan terhadap mana2 agama.
Kata beliau"It is not the religion that should be blame, but the action of the believer itself"
NOTA: Penulis secara peribadi memohon maaf atas segala kekurangan diri dalam menyampaikan kembali perkongsian program. Tajuk yang agak berat (turut diakui oleh semua panel) memerlukan proses berfikir dan 'rewind' kembali perkara2 penting yang diperbincangkan panel. Pengalaman "comparative religion" penulis dalam artikel di atas merupakan pengalaman pertama, jauh ketinggalan dalam kematangan berfikir berbanding sahabat2 penulis lain yang hadir buat kali kedua,ketiga dan keatas.
mohamed afiq hidayat zailani
kuala lumpur 2011
Saturday, March 5, 2011
afiquehidayat
GEN09 MEMBER
Do things with passion or not at all.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
syukran..ni aku suke..
syukran...dah lame x join program friendly comparative religion sprt ini..anda mengubat kerinduan di hati..
alhmdlh =)
hmm,,,bagus!! x sia2 ko dok lame kt mlys...
to yg merindui mu..
siapa gerangan tuan hamba?
amatlah ingin rasa nya utk tahu,
agar tautan ukhuwah itu dijalin kembali
ish2.sape ye? TT
Post a Comment