Thursday, February 24, 2011

Ape Nak Jadi....



Sebaik sahaja selesai membayar bil ASTRO di Maybank Kemaman pagi tadi, mata saya tertancap pada kertas notis yang terletak berhampiran kaunter pembayaran. Dua helai kertas ini jarang mendapat perhatian ramai. Mungkin tidak kisah atau mungkin tidak mempunyai masa untuk membacanya. Cuma pada saya, hati saya agak runtun melihat wajah 2 kanak-kanak yang tidak berdosa ini terpampang di notis yang bertulis : PERNAHKAH ANDA MELIHAT KANAK_KANAK INI?

Mungkin keluarga kanak-kanak ini masih lagi berendam air mata memikirkan bagaimana agaknya nasib kanak-kanak ini.. Hidup lagikah mereka? Jikalau hidup, sihatkah mereka? Cukup makankah mereka?

Bayangkan, gelak tawa kanak-kanak berusia 2 tahun ini hilang begitu sahaja tanpa diketahui nasib mereka. Tidak ramai yang mampu menyelami peritnya rasa kehilangan orang tersayang tanpa mengetahui ke mana hilangnya mereka. Pedihnya tidak sama dengan kehilangan orang tersayang akibat kematian.

Bayangkan seandainya perkara ini berlaku pada adik anda(nauzubillah). Baru sekejap tadi gelak tawa riangnya kedengaran. Namun, tidak lama selepas kita mengalih perhatian, anak kecil itu entah ke mana.. Mungkin sedang menangis memohon dikasihani dan jerit tangisnya disambut oleh gelak tawa sang penjenayah yang busuk hatinya. Bila terbayangkan perkara ini, rasa pilu menyerbu benak saya. Sejajar perasaan marah, geram, sakit hati membakar emosi ini.

Dalam hati saya berazam. Ya, saya takkan benarkan perkara ini berlaku pada adik-adik saya. Saya takkan benarkan perkara ini berlaku pada sepupu-sepupu saya, bakal anak-anak saya dan seluruh kaum kerabat saya. Manusia syaitan yang melakukan kerja terkutuk ini wajib dihukum.

KENAPA,KENAPA,KENAPA!!!!????

Kenapa ada manusia yang sanggup melakukan perkara ini? Jawapannya mudah. Hati mereka gelap. Hidup mereka tiada panduan. Hidup mereka ditunjangi hawa nafsu. Akal yang Allah kurniakan gagal digunakan untuk membezakan yang hak dan batil. Lantas mereka kalah pada bisikan syaitan. Setiap yang tidak mengikut Islam, adalah perjalanan yang menuju kepada kerosakan.

Oleh itu, tidak dapat tidak kita perlu merujuk kepada Allah. Allah adalah Tuhan yang telah menciptakan manusia. Dan Maha Bijaksana Allah tidak meninggalkan hamba-hambanya terkapai-kapai tanpa diberi manual hidup. DiturunkanNya Al-Quran yang disampaikan kepada hamba-hambanya melalui Rasulullah (s.a.w). Hanya dengan mengikuti Al-Quran Sunnah sahaja masalah sebegini akan selesai. Dari itulah datangnya undang-undang syara' yang disebut sebagai hudud, qisas dan ta'zir.

Hudud didefinisikan dalan kitab fiqh sebagai "hukuman-hukuman yang ditetapkan Allah, wajib dilaksanakannya secara hak"

Apabila kita meneliti kitab-kitab fiqh, kita akan dapat menemui bahawa pensyariatan hukum hudud mempunyai tujuan pencegahan yang disebut Radia'h dan Zajirah.

Makna Radia'h adalah mencegah orang yang melakukan jenayah dari mengulangi jenayah yang telah dilakukan. Adspun makna Zajirah adalah mencegah orang lain daripada melakukan jenayah.

PERSOALANNYA BILA LAGI?

Inilah keindahan hukum Islam. Cuma saya sendiri tidak nampak kenapa ia masih lagi belum dilaksanakan di Malaysia. Saya berdoa agar hukum ini akan dilaksanakan secepat mungkin agar kejadian-kejadian sebegini tidak lagi berlaku.

Ingat lagikah kawan-kawan semua kes adik Nurin Jazlin? Kanak-kanak malang ini telah hilang suatu ketika dulu dan akhirnya dijumpai mati. Kemudian heboh pula kes kehilangan adik Sharlinie. Sampai sekarang masih lagi belum ditemui. Entah nanti berapa ramai lagi kanak-kanak yang akan hilang. Dunia sekarang menuntut agar hukum Allah dilaksanakan.

Bila ditanya kepada orang cina atau India, apa perasaan mereka bila mendengar kes sebegini berlaku di Malaysia, mereka menjawab," Manyak sedih maa... Itu olang jahat manyak busuk punya olang.. Kasi hukum mati saja la!!!".. Hukum mati??? Bukankah itu hukun Islam? Hukum QISAS? Nyata naluri manusia sememangnya inginkan kepada Islam. Samada mereka Islam atau kafir.

Bila saya tulis sebegini, mungkin akan ada yang kata.. "Muiz ni sikit-sikit politik, takde mende lain nak cakap"... Ini bukan masalah POLITIK. Ini masalah hukum Islam. Perundangan Islam. Belah mana pun kita sokong, selagi mana kita mengaku kita orang Islam, ini adalah masalah kita. Pihak mana pun yang memimpin negara, mereka wajib melaksanakan undang-undang ini..

Kadang-kadang otak kita memang macam tu. Suka mempolitikkan sesuatu. Saya tulis perkara ini sebab saya sayang kanak-kanak. Saya tak nak perkara macam ni berlaku lagi. Dan satu-satunya jalan adalah BALIK KEPADA ISLAM...

Jadi, apa yang mampu kita lakukan sekarang adalah berdoa. Pohon kepada Allah agar kanak-kanak tersebut selamat. Moga terbuka hati penjenayah itu untuk menemukan kembali anak kecil tersebut kepada keluarga mereka.

Bila berfikir, kadangkala saya rasa geli hati jugak. Pasal berdoa pun ada yang nak POLITIK. Bila pihak kerajaan buat banner untuk buat solat hajat, ada la telatah dari pihak lain:

Si A: Eh, eh... Ada solat hajat la.
Si B: Hemph.... Tgk la sape yg buat... Belah sane.....
Si A: Abih tu, ko tk nk pegi ke?
Si B: Bwat ape kita pergi.. Tggu kita buat nanti la.. Kita buat kat markas...

Dalam berdoa pun nak angkat bendera parti lagi. Kalau dalam berdoa pun tiada penyatuan, agak-agaknya nak ke Allah terima doa tu? Kenapa tidak dianjurkan sahaja solat hajat beramai-ramai satu negara? Setiap negeri buat solat hajat pada masa yang sama. Semua wajib hadir. Televisyen tidak dibenarkan untuk menayangkan siaran lain. Hanya buat liputan tentang program ini sahaja atau dibenarkan untuk mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. InsyaAllah, dalam ramai-ramai yang solat hajat, mesti ada yang Allah terima.

Kalau bacaan surah Taha mampu untuk ubah hati Sayyida Umar Al-Khattab yang dahulunya begitu menentang Islam, mengapa tidak dengan doa yang dipanjatkan beramai-ramai ini kepada Allah tidak mampu melembutkan hati penjenayah untuk memulangkan kembali anak-anak yang malang itu?

Ini sekadar perkongsian dari saya yang dhaif ini. Sebarang kesilapan saya harap dapat ditegur dan diperbetulkan. Wassalam......

-Muhammad Mu'izuddin Bin Azmi
Mr. Muiz GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

1 comment:

alyaa majid said...

aiseh , tue budak raub ke yang hilang tue ? ish3 ~
harap2 mereka dapat dijumpai ~