No. Rujukan: GEN09
01/02/05-X 05/2013/14(13)
Tarikh: 4 April 2013
Tarikh: 4 April 2013
Bismillahirrahmanirrahim, segala pujian kepada Allah s.w.t, dan
selawat keatas junjungan besar baginda Rasulullah s.a.w. sedar ataupun tidak,
begitu pantas masa beredar dan kita telah pun berada di penghujung pengajian di
tahun yang kelima ini, semoga subjek kelahiran dan sakit puan ini dapat
dihabiskan dengan jayanya seperti tiga disiplin ilmu yang telah lepas.
Ringkas sahaja
kali ini, seperti mana kepimpipinan batch yang terdahulu. risalah Jauhar
diterbitkan sekali sebulan yang mana menjadi sumber maklumat dan dokumentasi
utama Gen 09 tidak lagi diteruskan pada sesi ini disebabkan beberapa masalah
dan kelemahan di pihak pimpinan batch sendiri. Ribuan kemaafan dipinta dan
semoga bakat penulisan, kreativiti dan kemahiran bahasa dalam kalangan ahli Gen
09 tidak berakhir disini sahaja dan disalurkan ke jalan yang bermanfaat.
Justeru itu,
kami di pihak pimpinan batch telah mangambil inisiatif untuk menerbitkan sebuah
majalah batch buat julung kalinya memandangkan tempoh pengajian kita yang
berbaki kurang lebih dua tahun lagi. Diharapya, idea pembuatan majalah batch
ini disokong padu oleh semua pihak sekali gus meraikan kreativiti dan bakat
semula jadi ahli Gen 09. Akhirnya sudah tentu dapat dijadikan sebagai kenangan
abadi sepanjang kebersamaan warga Gen 09 di Mesir.
“Air yang
dicincang tidak akan putus”, semoga keakraban warga gen 9 berpanjangan dan
diredhai Allah s.w.t tidak kira yang berada di Mesir, Malaysia, India, Malaysia
mahupun yang telah meninggalkan kita. Akhir kata, teruskan berusaha berdoa dan istiqamah di dalam perjuangan ini dan
selamat maju jaya buat semua. Insha Allah.
Wallahu a’lam.
Yang menjalankan tugas,
MUHAMMAD ZUBAIR BIN MOHD ZUKERI
Timbalan Ketua Batch I,
Jawatankuasa Gen09 Sesi 2013/2014
Jawatankuasa Gen09 Sesi 2013/2014
No comments:
Post a Comment