sebelum masuk ke isi tulisan ini, jawab beberapa soalan di bawah ini
ada tak dalam kalangan kita yang sanggup ke alexandria, tunggu 10 minit dan patah balik ke kaherah? saya beri coklat toblerone sebatang.
ada tak dalam kalangan kita yang nak sanggup keluar 3 pagi pergi medan zainal abidin, tunggu 5 minit lepas itu balik rumah ? saya beri air kotak besar jus epal cap rani.
simpan jawapan anda,
dan kita masuk pada isi tulisan ini, isu musyrif
sudut pandang lelaki
ada tiga sudut pandang
1.
ada yang menganggap
musyrif ini satu beban yang harus dibuang
jadi selagi boleh elak mereka elak
kalau ada alasan maka mereka akan gunakan
bagi orang orang yang sedemikian saya pohon agar ubahlah fikiran anda
kita ada adik perempuan, kakak, mak, anak saudara perempuan
macam mana perasaan kita bila kita tahu yang mereka ini di kacau ?
saya secara peribadi kalau tahu adik saya berkawan dengan lelaki yang saya ragui akhlak dia pun saya dah hampir meletup
ini kan pula kalau saya tahu mereka diganggu oleh manusia tidak berakhlak itu
lagipun, akhawat-akhawat yang ada disini banyaknya akan jadi isteri kawan-kawan kita juga
jadi anggaplah kalian membantu kawan-kawan kalian sekarang
2.
ada yang menganggap ini satu tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan
kepada orang-orang begini saya ucap tahniah dan kekalkan semangat anda
moga Allah membalas kebaikan anda dengan berganda-ganda
pelbagaikan niat anda supaya ganjaran lebih besar boleh diperoleh secara percuma
pelbagaikan niat anda supaya ganjaran lebih besar boleh diperoleh secara percuma
3.
mereka yang tak fikir pun
kalau jadi-jadi, kalau tak jadi sudah
kepada mereka ini, perbanyakkanlah niat anda
niat ini mudah tetapi impaknya kepada nilai pahala tersangatlah besar
yang kecil boleh jadi besar
yang besar boleh jadi kecil bahkan mungkin sampai tahap tiada
sudut pandang perempuan
mereka ini juga terbahagi kepada 3
antara mereka yang memang nak guna [1] dan mereka yang kalau boleh tak nak guna [2] dan mereka yang tak kisah [3]
1.
bagi yang nak guna,
alhamdulillah mereka faham
masalah timbul bila mereka berhadapan dengan lelaki sudut pandang pertama
mereka nak guna tetapi terasa susah akibat panggilan yang tak berangkat dan alasan yang pelbagai
saya hanya mampu memohon agar mereka-mereka ini bersabar
ingat, ikhwah yang menjadi musyrif pun terpaksa berkorban dan banyak melayan karenah akhawat sudut pandang ke 2
kes nak tidur tetiba kena musyrif, kes kena musyrif on the spot bila nak main futsal, kes tunggu bawah rumah 40 minit - 60minit,
jadi kita sama-sama berkorban
bukan untuk orang lain pun, untuk kebaikan bersama
2.
ada diantara mereka ini pernah menjadi golongan pertama, namun akibat pengalaman buruk dengan musyrif bertukar menjadi golongan ini
untuk mereka ini saya minta agar beri peluang kedua kepada musyrif yang lain
jangan disebabkan hati yang sakit, kita dedahkan diri kita pada bahaya
ada diantara mereka ini pernah menjadi golongan pertama, namun akibat pengalaman buruk dengan musyrif bertukar menjadi golongan ini
untuk mereka ini saya minta agar beri peluang kedua kepada musyrif yang lain
jangan disebabkan hati yang sakit, kita dedahkan diri kita pada bahaya
ada yang menjadi golongan ini dengan alasan tidak mahu menyusahkan sesiapa
untuk mereka yang merasa tak nak susahkan pihak musyrif,
ada orang cakap, " mintalah kami tak rasa susah pun. "
permasalahan timbul bila kenyataan ini disandarkan pada pengalaman telefon musyrif tak angkat, banyak alasan dan lain-lain
jadi nasihat saya, susahkan mereka.
pelik ?
pada saya inilah masa-masa anda perlu pentingkan diri anda
pedulikan rasa kasihan kepada mereka itu, dan kasihanlah pada diri sendiriitu lebih wajar
ada yang rasa terkongkong dan mahu hidup independent serta satu dua alasan lain
mereka yang berfikiran begini, sila fahami maksud independent itu
kalau masa merdeka kita sibuk cakap tentang memerdekakan minda,
maka merdekakanlah minda kita daripada fahaman salah akan makna independent
manusia itu lemah
itu hakikat,
tak nak bergantung kepada siapa-siapa ?
itu angan-angan gila
maaf saya kata
3.
bagi golongan yang ikut-ikut ini ,
nasihat saya mudah
kalian mesti ada satu dua senior bahkan mungkin belasan senior power yang anda kagumi
anda mesti akan contohi mereka bukan ?
begitulah dengan junior-junior anda
berikan mereka peluang untuk rasa bagaimana rasanya mempunyai senior yang awesome gila, bijak dan berakhlak mulia
kita ini sudah di tahun 4 ya kawan-kawan :)
kisah-kisah tauladan yang harus difikirkan,
ada sekali saya tengah musyrif junior akhawat, tiba-tiba berjumpa dengan senior dia
batch mana rahsialah
serba salah saya dibuatnya, nak ditegur risau nanti jatuh air mukanya depan junior
tak di tegur, hmm
ada sekali saya musyrifkan akhawat seorang nak balik ke rumahnya
dalam perjalanan itu kami terserempak 2 kumpulan remaja lelaki dalam 6-7 orang
otak saya berfikir, kalaulah dia ini tak pakai musyrif balik tadi, apa yang jadi ?
kalau tak kena kacau pun, tentu sekali hatinya akan rasa ketakutan sebab bersendirian
itu kerisauan yang ada dalam hati saya
hati mereka ? entahlah
ada pula yang terjumpa semasa tengah musyrif orang lain,
masa ini pun saya telan lagi perasaan saya sebab kalau boleh saya tak nak cakap lebat pom pom lepas itu tinggalkan dia tak bermusyrif
saya telan perasaan saya dan anggap bahawa dia dalam keadaan darurat dan rumah dia dekat
dan mungkin saja saya tak tegur sebab kelemahan saya sendiri, hanya mampu membenci menggunakan hati
hal ini juga akan memberi impak dalam kehidupan bait muslim anda
bayangkan, [ini bukan kisah benar]
J: eh kau kenal tak si B ini, aku berkenanlah dengan dia
F: yang mana satu ?
J: alah yang tinggi-tinggi itu
F: oh, yang selalu tak pakai musyrif duduk dekat kedai syampoo itu ke ?
J: ...
kesimpulan,
1. gunalah musyrif dengan bijak.
1. gunalah musyrif dengan bijak.
kalau rasa-rasa nak beli tiket kereta api ke apa ke beli pada waktu yang munasabah
kadang-kadang kasihan pada mereka yang sampai tak tidur malam sebab kena musyrif 2-3 pagi
kalau ada kecemasan, beritahu kepada musyrif sebabnya
baru mereka boleh empati,
kalau tak memang meliarlah fikiran mereka
musyrif itu manusia, bukan malaikat
kalau bukan kecemasan,
cakaplah pada mereka awal-awal
mereka juga seperti anda, perlu memasak, basuh baju, belajar, main futsal, tengok running man
bila tahu awal, baru boleh merancang masa
ini kalau tetiba pelan yang dibuat terganggu, terkadang rasa marah itu boleh lahir
yalah kan. manusia
lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengikuti jemaah-jemaah tertentu di sini
walaupun tidak bermusyrif itu pilihan individu, percayalah kesannya terkena pada jemaah anda sendiri
saya sendiri pernah terdengar kenalan saya cakap " jemaah sekian-sekian memang tak pakai musyrif. arahan atasan agaknya "
hanya kerana perbuatan beberapa individu, fitnah jatuh kepada satu jemaah
2. jadilah musyrif yang amanah
bila orang dah minta tolong itu
tolonglah
janganlah buat macam macam alasan, malas, sengaja tak angkat telefon dan lain-lain
yang tak tahannya, bila jumpa orang tak pakai musyrif bukan main mulut
berderu-deru marah, habis berceramah 15 jam
bila suruh jadi musyrif, diam terkedu
kita tak nak macam itu
kita walk the talk
3. jagalah maruah dan harga diri kamu
maruah ini antara benda yang wajib dijaga
kamu [akhawat] itu mahal dan berharga, maka perbuatlah seperti seorang yang mahal dan berharga
dan kamu [ikhwah] itu kuat dan pemimpin, maka perbuatlah sepertimana seorang yang kuat dan jagalah seperti seorang pemimpin yang amanah
jangan sampai tahap pakai musyrif itu satu kejanggalan di dalam komuniti kita
itu terlalu parah sehingga sukar diubati
cegah sebelum membarah
jom ubah !
p/s: soalan di atas itu saja tanya
supaya kita memahami isu
saya bukan nak kata, " berilah musyrif kamu mercedes benz sebiji. mereka berkorban banyak bla bla bla "
tak, cuma berilah penghargaan yang sepatutnya
ucap terima kasih, panggil guna nama mereka dan bukannya " eh, musyrif ", dan perkenalkan diri apabila telefon mereka
dan ya, kami kenal suara akhawat macam mana
jadi tak perlu rasanya nak jawab, " ini siapa ya ? ini akhawat " [haha]
jom ubah !
p/s: soalan di atas itu saja tanya
supaya kita memahami isu
saya bukan nak kata, " berilah musyrif kamu mercedes benz sebiji. mereka berkorban banyak bla bla bla "
tak, cuma berilah penghargaan yang sepatutnya
ucap terima kasih, panggil guna nama mereka dan bukannya " eh, musyrif ", dan perkenalkan diri apabila telefon mereka
dan ya, kami kenal suara akhawat macam mana
jadi tak perlu rasanya nak jawab, " ini siapa ya ? ini akhawat " [haha]
14 comments:
haha, yang last tu kelakar.
aik , ad org delete komen ?
^_^
Assalamualaikum penulis. terima kasih ye. Sangat jelas apa yg enta nak sampaikan. insyallah lepas ni sy baiki mana yg patut. hee~
Artikel yang menarik! InsyaAllah kami cuba perbaiki mana yang lompang2 tu. Terima kasih atas teguran..
tersentap baca ha!
baru ingt tak pe la kalau tak guna musyrif pun.. menyusahkan musyrif je
hidup ini mmg give and take kan
tapi, musyrif gen 9 mmg TERBAIK!! korang semua no 2 kan kan..
syukran
tak apa kita dua-dua pihak perbaiki
sama-sama menuju ke arah yang lebih baik
Bagus lah Abul :)
Terima kasih atas teguran.
wakakaka..
ikhwah: hello siapa ni?
akhawat : ni akhawat..
memang ak tak kenal suara akhawat ngan ikhwah..
pandangan yg sgt bernas n matang
stju ngn suma pndpt yg ditulis...
tapi act yg panggil guna sebutan musyrif sbb mmg x tau nama... lupa lak nama sbb masa call tgk kad musyrif...
huhuhu..=D
lepas ini boleh slow-slow ingat nama
:)
alhamdulillah orang boleh terima benda ini secara positif
risau betul aku kalau dipandang serong atau apa
tanggungjawab makin meningkatlah gamaknya
tanggungjawab sebelum dan selepas menulis itu tersangatlah besar.
moga kita sama-sama istiqamah
:)
sedih bila call semua musyrif yg bertugas hari tersebut takde sorang pun yang angkat..tp bukan musyrif batch lah.
kalau sibuk,katekan.bukan kene tolak kredit pun.
saya faham,
masalah itu memang berlaku
kalau boleh lepas ini, musyrif yang tak bertugas tak ada, telefon musyrif batch
kalau tak ada juga calllah saya
inshaAllah kalau tak ada kerja yang lebih penting saya musyrifkan, inshaAllah
Post a Comment