Saturday, April 20, 2013

PILIHAN RAYA UMUM 2013





Assalamualaikum

kini tiba masanya giliran saya untuk berblogging mania
bersempena demam PRU yang telah menunjukkan signs and symptoms yang telah merebak dengan pantasnya
maka moleklah kiranya saya berkongsi tentang kronologi dan fakta-fakta menarik PRU 13 yang semakin hampir membuka tirainya 

KRONOLOGI PILIHAN RAYA UMUM 2013

3 April 2013

-Parlimen Malaysia penggal ke-12 akhirnya dibubar secara rasmi.
-Pembubaran berkenaan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi ucapan khas -yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira pukul 11.30 pagi.
-Menurut Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia beliau telah menerima proklamasi daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menurut Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan mengenai pembubaran Parlimen yang ke-12 yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong.
-Tan Sri Pandikar Amin juga berkata, “Proklamasi itu menandakan berakhirnya penggal Parlimen ke-12 selama empat tahun dan 11 bulan. Ini merupakan salah satu penggal Parlimen yang paling lama dalam sejarah Parlimen Malaysia"


20 April 2013

-Hari penamaan calon yang merujuk kepada hari yang telah ditetapkan suruhanjaya pilihan raya bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus.
-Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka.
-Kertas-kertas penamaan mestilah dikemukakan di antara pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan.
-Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan bantahan. Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.
-Selepas hari penamaan calon, akan bermula fasa berkempen yang mana masyarakat akan mendengar pelbagai hujah dan manifesto dari calon-calon yang bertanding.
-Sebanyak 222 kerusi parlimen dan 576 kerusi DUN telah dipertandingkan di seluruh Malaysia.

 

taburan jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan pada PRU 2013


5 Mei 2013

-Hari mengundi telah ditetapkan pada 5 mei 2013, dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia.
-Untuk kali pertama dakwat kekal menjadi mandatori sebelum kertas undi diserahkan dan susun atur terbaru membolehkan setiap wakil parti politik duduk berhadapan dengan kotak undi dan membuang undi.

 

Demo penggunaan dakwat kekal oleh pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof


SERBA-SEDIKIT SEJARAH PRU MALAYSIA

.: Senarai pilihan raya umum Malaysia :.

Pilihan raya umum 1955
Pilihan raya umum 1959 (ke-1)
Pilihan raya umum 1964 (ke-2)
Pilihan raya umum 1969 (ke-3)
Pilihan raya umum 1974 (ke-4)
Pilihan raya umum 1978 (ke-5)
Pilihan raya umum 1982 (ke-6)
Pilihan raya umum 1986 (ke-7)
Pilihan raya umum 1990 (ke-8)
Pilihan raya umum 1995 (ke-9)
Pilihan raya umum 1999 (ke-10)
Pilihan raya umum 2004 (ke-11)
Pilihan raya umum 2008 (ke-12)
Pilihan raya umum 2013 (ke-13)

.: Gambar-gambar klasik pilihan raya zaman 50-an :.

 

 seorang ibu mengundi sambil menggendong anak kecilnya

 

Sebuah bangsal di jadikan pusat mengundi

  

 Orang ramai berpusu-pusu ke pusat mengundi di sebuah dewan

 

Proses penghantaran peti undi menggunakan basikal dan dikawal oleh polis

 

Bagi kawasan pendalaman seperti Sabah dan Sarawak khidmat helikopter digunakan untuk menghantar peti-peti undi ke pusat pengumpulan

 

Pusat pengumpulan dan pengiraan kertas undi


Sekian sahaja perkongsian pada kali ini
Ini Kali atau Lain Kali?
Semoga rakyat Malaysia dikurniakan ilham dan hidayah untuk membuat pilihan yang terbaik
Sama-sama kita nantikan keputusannya
Selamat berpilihan raya!

nisazaidan GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: