Wednesday, April 10, 2013

PADA DIA



NAMA : NAZHAH HANI BINTI MUKHTAR
TAJUK : PADA DIA
TEMA : CINTA PADA ILLAHI
PERTANDINGAN SENI WARISAN (NAIB JOHAN)

Di kala hati sayu, resah, keliru,
Pada Dia aku bertemu dalam sujudku.
Di kala lidah alpa menyebut zikrullah pada yang Esa
Pada Dia kumohon basahkan kembali jiwa.
Di kala nafsu membentak mengagungkan kehendak,
Pada Dia kuberdoa untuk kuatkan iman yang bergelora.

Jika pada Dia sahaja aku sandarkan segala,
Pasti dapat kutempuh segala ujian yang ada,
Namun sebagai manusia biasa,
Sering sahaja hati ini buta dan alpa.

Sungguh telah ramai yang berdusta,
Percayalah, Dia sentiasa ada,
Bukan sahaja untuk seorang dua,
Bahkan demi hamba-hambanya yang berjuta,
Itulah kasih, rahmat Yang Esa,
Untuk kita yang bergelar hambaNya.

Sedarilah wahai kawan-kawanku,
Cinta pada Allah itulah yang akan kekal jitu,
Ayuh kawan! Mari kita maju,
Demi mencapai redha Yang Satu.

Allahu Allah. Redhakanlah kami semua!
Gen09 GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: