3 MAC? Apa
signifikan tarikh ni kepada diri anda? Tak perlu pening-pening, tak perlu
melayang fikiran anda jauh-jauh. Cuba flashback 2 tahun lepas je… Dimanakah
anda berada pada tarikh ini?
Tarikh 3 MAC 1924 merupakan detik kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah yang juga bermakna kejatuhan khilafah Islamiah yang satu ketika dahulu menjadi rujukan satu Dunia. Berikut merupakan Kronologi Empayar Uthmaniyyah:
Biar saya ingatkan
anda…. 2 tahun lepas,pada tarikh ini, kita sedang berada di Malaysia, berevakuasi menyelamatkan diri dari situasi
revolusi di Mesir. Pada tarikh ini juga, mungkin kita sedang bising-bising
kerana mendapat panggilan untuk menghadiri kem BTN, walhal ketika itu kita
sedang menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga kita. Argh…. stress kan….
Tapi disebabkan terikat dengan kontrak dgn JPA, terpaksa juga gagahkan diri.
Di kem BTN,
kebanyakan menceritakan pengalaman masing-masing ketika berevakuasi. Tapi tidak
bagi saya dan juga sebahagian dari ahli batch kita. Mengapa? Kerana kami
terlebih dahulu meninggalkan Mesir sebelum situasi di Mesir menjadi semakin
teruk. Ada yang pergi bercuti dan ada yang balik ke Malaysia. Bagaimana pula
dengan saya? Saya dan 7 orang sahabat telah bermusafir ke 3 buah negara ketika itu (Greece,Bulgaria&Turki)
dan kami telah pulang ke Malaysia dari Turki. Mungkin pengalaman evakuasi kami
tidak mencabar seperti rakan lain tetapi saya merasakan pengalaman itu sangat
unik dan berharga.
Kami dapat
menghabiskan masa lebih lama di Turki kerana flight kami untuk balik ke
Malaysia telah ditangguhkan. Walaupun ketika itu kami semua sehelai
sepinggang,xde duit dah nak dibelanjakan, sarapan pun makan maggi ngan roti jer,
tapi kami rasa, keputusan yang kami ambil itu betul. Yalah… bukannya selalu
dapat datang ke Turki kan… negara yang penuh dengan sejarah masa silam, zaman
kegemilangan Islam.
Tarikh 3 MAC 1924 merupakan detik kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah yang juga bermakna kejatuhan khilafah Islamiah yang satu ketika dahulu menjadi rujukan satu Dunia. Berikut merupakan Kronologi Empayar Uthmaniyyah:
1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad
menetap secara tetap di Asia Kecil.
1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
1453M- Constantinople ditawan. Berakhirnya Empayar Byzantine.
1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
1526M- Perang Mohacs
1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
1571M- Perang Lepanto berlaku.
1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
1792M- Perjanjian Jassy.
1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
1829M- Perjanjian Adrianople.
1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
1841M- Konvensyen Selat.
1853M- Bermulanya Perang Krimea.
1856M- Berakhirnya Perang Krimea.
1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
1912M- Perang Balkan pertama.
1913M- Perang Balkan kedua.
1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
1919M- Mustafa Kemal Ataturk mendarat di Samsun.
1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.

Kejatuhan
khilafah islamiyyah telah banyak mengubah aspek kehidupan masyarakat Islam di
Turki khasnya dan di dunia amnya. Kini, sekularisme kian meluas dan menjadi
barah dalam kehidupan kita. Banyak lagi ulasan menarik tentang kejatuhan Turki
Uthmaniyyah anda boleh baca di :
Secara jujurnya
saya tidaklah pandai untuk menulis dan mengulas lebih lanjut mengenai peristiwa
ini, tapi tulisan ini adalah sekadar untuk memberi peringatan kepada diri saya
dan kita semua. Kita semua tahu, Islam akan bangkit semula suatu hari nanti.
Semoga kita menjadi sebahagian dari tangan-tangan yang berusaha untuk
kebangkitan Islam. Sama-samalah kita berdoa dan berusaha ke arah itu.
No comments:
Post a Comment