Tuesday, February 26, 2013

Ikhwah GEN09 dan bab kahwin



Sekilas pandang pada jam di henset xperia antik milikku menandakan malam mula melepasi pukul 12 tgh malam jadi  aku macam biasala, mula bersiap hendak lena , maklumlah esoknya ada kelas , sebelum kelas mestilah kena revise kejap..huk3.. Baru jer nak lelap, bunyi notification whatsapp bergegar pulak !! kena pulak pattern bunyinya bukan milik group ikhwah gen 9 punya , tersenyum sekejap di hati “ siapa pulak whatsapp tengah-tengah malam ni , ni mesti akhawat ni J, confirm !!  “ . Bila bukak  jer “noti” , hmmm hampa , Nizam rupanya, tak pernah-pernah dia ni nak whatsapp aku, apehal malam-malam ni nak whatsapp..

Aku      : Aaa nizam kenapa ?
Nizam : Akhie , minggu ni giliran mung buat blogging mania ..
Aku      : Owh yeke ?  ok2, nanti aku submit .  Dalam hati  “ alaa, apehal pulak aku, bab-bab menulis blog  ni bukan mainan gua la “ ( tapi xpela demi nak support batch , aku try laa )

Ok, itu hanya pendahuluan untuk karya aku nih ( karya la sangat ). Aku sebenarnya tiada idea nak tulis apa untuk  memenuhi permintaan Blogging Mania Gen-9 ni, jadi kalau bosan tu memang sepatutnya lah.

Semenjak dua menjak di FB Gen-9 ni, Aura Berumah-tangga tu semakin menjadi-jadi pulak, siap ada yang membuat spekulasi kekurangan pengurusan kewangan punca batch ini lambat kahwin, tidak kurang  juga yang men’sabit’kan elaun yang serba kekurangan menyebabkan si ikhwah tidak mampu nak menanggung si akhawat  dan berbagai-bagai lagi kerenah kanak-kanak GEN 9 ni. Walhal, lumrah la tu bila umur mencapai tahap kematangan maka semua sibuklah nak berborak hal perkahwinan ni , ibarat kata-kata  senior ,” alaa tahun klinikal ni memang musim ikhwah – akhawat mula berkenal-kenalan “.. hak4..

 Untuk itu, aku ingin memberikan  sedikit pandangan aku mengenai perkahwinan semasa tahun pengajian. Hendak kata setuju pun iye , hendak kata tidak setuju pun iye.. Bagi aku banyak pertimbangan yang perlu ada untuk mengambil keputusan. Walaubagaimanapun, jika sudah berjodoh, apa daya hendak menolak.. Sebenarnya , ikhwah gen-9 ni tidak ada yang berkahwin lagi ada beberapa golongan jika dapat diperhatikan.. Jadi akhawat sekalian sila focus yer !


1- Golongan yang mulutnya asyik berborak pasal kahwin jer kejenya,padahal habuk pun tidak ada :- Golongan ni dikesan sejak tahun 2 lagi & masih wujud hingga kini.. Golongan ini kalau bab bercakap tidak alah.

2- Golongan yang bising pasal kahwin & memang ada perancangan menuju ke-arah itu..Golongan ini mula dikesan sejak tahun 3 & mula membiak ahlinya ..

3- Spesis ikhwah yang plateau hidupnya, dalam diam-diam ..Haaa !! Ada calon dah ! Dah ada perancangan dah !

4- Spesis yang memang tiada calon lagi & tengah mencari .. Jadi, akhawat sekalian , inilah peluang. Hik4

5- Spesis yang tiada calon & memang xpernah terfikir pun.


Ini secara ringkas la apa yang aku boleh huraikan mengenai perangai & golongan jejaka-jejaka Gen 9 ni. Oopss, golongan-golongan ini saja aku reka mengikut pandangan aku, yang tak bersetuju tu kira  settle belakang la.

Jika diberikan peluang , adakah aku nak kahwin semasa belajar ? Jawapannya mungkin agak complicated sedikit, tetapi secara ringkasnya, lebih baik jika aku kahwin selepas belajar. Lagi matang nampaknya & sekurangnya dapat berkhidmat juga seketika untuk keluarga & adik-adik.  Itu mengikut perancangan awal tetapi jodoh manusia tidak ketahuan. Walaupun begitu, perancangan menuju kearah tu  mestilah kena awal, calon kena cari awal-awal , kalau tidak melepas terbang  la si merpati.. 

Sebagai konklusinya , hendak kahwin awal tu memang terlintas sahaja di benak fikiran para jejaka Gen9 , namun di pihak lelaki, banyak sahaja pertimbangan yang perlu diukur kira , sebagai contoh calonnya yang tidak ada , belanja hantaran, keadaan di Bumi Mesir lagi, keizinan keluarga , persiapan mental , ilmu di dada, & banyak lagi faktor nya . Jadi diingatkan sekali lagi,  jangan ingat ikhwah Gen9 ni belum cukup matang & tiada perancangan . Secara keseluruhannya, perancangan tu mestilah  ada & yang selebihnya terserah kepada ketentuan Illahi. Moga-moga dipermudahkan segalanya.  “ argh, ntah apa aku mengarut tengah malam ni !!  “

Karya: Muhammad Afnan Fakhrurazi aka Akhie Remy

Gen09 GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

1 comment:

Luis Suarez said...

pene bajet doktor cinta