Assalamualaikum para sahabat Gen09. Hari ini atau lebih tepat malam ini saya dan sahabat2 semua telah dikhabarkan dengan berita yang dikenali sebagai 'Result Dur Tani'. Berita ini mungkin menjadi berita baik bagi sesetengah insan dan mungkin juga menjadi berita yang kurang baik bagi sesetengah insan yang lain.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya mengharungi Dur Tani ini. Dan bagi mereka yang tidak berjaya melepasi garis sempadan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti diharapkan dapat bersabar dan redha dengan pilihan Allah SWT kerana percayailah aturan yang ditentukan olehNya adalah yang terbaik untuk hambaNya yang bertakwa.
يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ
"Allah telah menganugerahkan al-Hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahkan al-Hikmah itu, dia benar2 telah dianugerahkan kurnia yang banyak . Dan hanya orang yang berakal yang dapat mengambil pengajaran (dari firman Allah)"
Al-Baqarah: 269
Dan bagi mereka yang diberikan kelebihan dan kefahaman yang membolehkan kita untuk berjaya dalam imtihan2 sebelum ini haruslah senantiasa ingat dan mensyukuri nikmat Allah SWT kerana ilmu yang sedikit itu mampu ditarik kembali oleh Allah SWT dengan mudah.
Oleh sebab itu Allah SWT menegaskan bahawa siapa yang telah memperoleh hikmah dan pengetahuan semacam itu, bererti ia telah memperoleh kebaikan yang banyak, yaitu kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat kelak. Pada akhir ayat ini Allah SWT juga memuji orang-orang yang berakal dan mahu berfikir untuk Islam. Mereka inilah yang selalu ingat dan waspada serta dapat mengetahui apa-apa yang bermanfaat serta dapat membawanya kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.
Khulasafnya, janganlah kita meletakkan 'title' MEDIC melebihi 'title' ISLAM itu sendiri kerana kita bukan berjuang semata-mata untuk menjadi seorang doktor yang cekap, tetapi kita juga berjuang untuk menjadi seorang Mukmin yang memelihara kesucian agama Islam. Adakah anda semua sudah terlupa akan 'Header' blog ini: "We are the Muslim Doctors"?? Bukankah perkataan 'Muslim' itu didahulukan?? Kita renung sekejap...Sekian~Wallahualam.
No comments:
Post a Comment