Saturday, October 1, 2011

Titik Persediaan


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kpd semua sahabat2 Gen09 yang berda di Mesir, Malaysia ataupun di mana2 shj di atas muka bumi ciptaan Allah SWT yang berdimensikan keindahan agama Islam yang suci ini.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang cemerlang dalam 'exam final second year' dan bagi mereka yang menduduki Dur Tani atas ketabahan dan kesabaran yang diterapkan dalam usaha mereka dalam beberapa bulan yang lepas.
  
Persoalan yang timbul dalam coretan ini tidak lain dan tidak bukan ialah, "Sudahkah anda bersedia untuk melangkah ke hadapan dengan berstatuskan 'third year medical student' dlm perjuangan yang masih belum menemui titik noktahnya ini?"

"Dan berapa banyak makhluk bergerak yang bernyawa yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu. Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui"
                                                                                                                              Al-'Ankabut:60

Jelas sekali kita tidak mampu untuk mengawal rezeki yg kita perolehi saban hari melainkan dengan ketentuan Allah SWT. Contohnya, tidak kita ketahui siapa dan berapa ramai yg akan hadhir pada kuliah yang bermula pada 2 oktober 2011 ini. Setiap rezeki dan cabaran telah Allah SWT tetapkan untuk para hambaNya yang telah disenarai berdasarkan ketakwaan dan ketaatan kepadaNya.

Tidak ada sesuatu perkara itu terjadi dgn sia2 dan tidak bermakna. Hanya Allah SWT shj yg mengetahui liku2 kehidupan kita yg kini bergerak melalui ruangan dunia yg sememangnya mencabar dan perit.

Mungkin ada sesetengah drpd kita yang mengatakan,"Aku belum bersedia!",ataupun "Masa terlalu cepat berlalu! Aku masih memerlukan sedikit masa lagi untuk melangkah ke hadapan!"...Dan tidak lupa juga mereka yang berfikiran, "Aku ok je..".

Natijahnya, pemikiran kita sering kali dipengaruhi oleh emosi kita yang senantiasa berubah dari semasa ke semasa. Cuma jangan biarkan amalan kita kepada Allah SWT terganggu/terputus dek kerana pemikiran kita yang mudah sekali dikuasai oleh nafsu dan emosi yang timbul daripada hal2 duniawi. Semoga pada semester baru ini kita semua lebih bersifat terbuka dan berlapang dada untuk berdepan dengan jadual kuliah yang baru, masalah2 dalam urusan seharian yang kian bertambah, hal2 persatuan dan lain2.

Sekali lagi, saya selaku AJK akademik Gen 09 mengucapkan: "Selamat menempuh arus dan liku2 kehidupan sebagai pelajar2 perubatan Tahun 3 Universiti Kaherah". Sekian~Wallahualam.     

     

fahmie GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

2 comments:

nisazaidan said...

peringatan yang mantap ^^

beruanglegend said...

uuu ahli beit akuuuu