Pada hari Isnin yang lalu, Bahagian Pembangunan Insan Gen09 telah menganjurkan satu Majlis Solat Hajat dan Berbuka Puasa di Rumah Bait Muslimin (Pene) jam 6.00 petang. Majlis diadakan bersempena dengan final exam yang hampir menjelang (dah menjelang pun).
Majlis kali ini telah dipengerusikan oleh MC terkenal, saudara Ahmad Naufal. Pelbagai atur cara telah disusun bagi memeriahkan lagi majlis pada kali ini (sila rujuk tentatif atur cara dibawah). Sedikit pengisian rohani seperti bacaan Yaasin dan akademik turut diselit sebagai motivasi untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang.
Maklumat program
Pengarah: Muhammad Zaharuddin bin Ahmad Sinar
Hari :Isnin
Tarikh: 25/04/2011
Masa: 6.00 petang
Tempat: Bait Muslimin
Atur cara majlis:
6:00 - Kehadiran pelajar
6:35 - Bacaan mathurat dan Al-Quran
6:25 - Azan dan iftar jamae'i
6:45 - Solat Maghrib dan Solat Sunat Hajat
7:20 - Bacaan Yassin dan Tahlil
8:00 - Pengisian rohani
- Slot akademik
9:00 - Solat Isyak
9:20 - Salam Jamae'i dan gala dinner
9:30 - penutup dan bersurai
Majlis kali ini agak berbeza daripada sebelumnya. Juadah berbuka dan makan malam disediakan sendiri oleh para pelajar sendiri mengikut rumah masing-masing. Mudah cerita 'potluck' lah. Memang meriah majlis pada malam itu. Para pelajar saling bertukar dan berkongsi juadah yang dibawa.
Majlis berakhir sekitar jam 10.00 malam.
*Sedikit perkongsian gambar sepanjang majlis berlangsung. Selamat menonton!
Bacaan Yaasin dan tahlil yg dikhalifahkan oleh Ustaz Dr. Huzaifah
Sesi tazkirah dan motivasi akademik
Hadirin yg hadir pada malam itu
Geng2 dok belakang
Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Dr. Mu'izzudin
Kelantangan Ustaz Dr. Mu'izzudin memukau hadirin yg hadir
Sesi motivasi akademik oleh Prof. Dr. Suaidi
Salam Jamae'i
"Aku mintak maaflah dr hujung rambut sampai hujung kuku kaki Faiz oi," - Afeeq
Bersalam-salam... bermaaf-maafan...
Di hari bahagia ini
Wawan dan Ayen (Tunggu nak makan nih)
Juadah Dinner (pakat-pakat buat sorang sikit)
Bahagi makanan yg dibawa kpd semua orang.
Kredit to Farhan dan Wawan.
Time menjamu selera
Masing-masing makan juadah yg dibawa
Nikmat ukhuwah terjalin, sunnah rasul dihidupkan.
p/s: Maaf atas kelewatan mengepost laporan ini. Harap maaf.
Laporan oleh: puteramaahad91.blogspot
No comments:
Post a Comment