Tuesday, May 3, 2011

anjing























Umum apabila kita menggelar seseorang tu anjing, maka akan marahlah orang tu kerana baginya tidak ada haiwan yang lebih hina dari anjing. tapi benarkah haiwan ini layak dilaknat dan dihina? apakah haiwan yg menjadi teman ashabul kahfi ini perlu dihalau dan dan diusir andai kita melihatnya? apakah haiwan pernah diberi minum oleh Rasulullah s.a.w ini perlu diletak dalam kedudukan paling hina sekali diantara sekalian makhluk Allah? bagaimana sikap kita terhadap anjing yang banyak berkeliaran di sekeliling kita?

Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahawa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin.

Pertama :

Anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang. Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh. Sifat yang mampu mendidik hati dan jiwa. Dan juga membantu mempermudah urusan ibadah.

Kedua :

Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu berpindah randah mengikut keperluannya. Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada Allah.

Ketiga :

Anjing tidak tidur pada waktu malam,melainkan sedikit sahaja.Dia selalu berjaga-jaga. Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakan Allah, sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.

Keempat :

Jika anjing mati,dia tiada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewaris. Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.
Kelima :

Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan dirinya daripada tuannya sekalipun dipukul dan dimarah. Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya. Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai-bagai ujian.

Keenam :

Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah,tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada tempat manusia. Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadu’, orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong.
Ketujuh :

Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasa marah atau berdendam. Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan bahagiannya.

Kelapan :

Jika ia dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan,dia menerimanya.Tidak ada perasaan dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas. Inilah tanda-tanda hamba Allah yang kusyuk.

Kesembilan :

Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh, tidak meminta-minta atau menganggu.Jika diberi makan atau tidak diberi,dia diam sahaja. Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah s.w.t.

Kesepuluh :

Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak menoleh-noleh ke belakang. Inilah tanda-tanda orang yang susah.

Perkongsian bersama~


Is GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

1 comment:

Afify Shamel AbdelRazak said...

Ttibe aku rasa anjing kat Giza comel.
Bertambah comel dengan info-info di atas.
^_^ ~