Sham el-Nessim merupakan salah satu cuti umum
yang disambut oleh rakyat Mesir pada hari Isnin selepas Hari Easter Koptik.
Perayaan ini dikatakan disambut sejak beribu tahun dahulu dan dikaitkan dengan
musim menuai dan permulaan musim bunga.Sham el-Nessim membawa maksud ‘menghidu
udara’ kerana dipercayai udara pada hari tersebut mempunyai kesan yang baik dan bermanfaat.
Cuti ini lazimnya disambut rakyat Mesir dengan
keluar berkelah di taman, mengunjungi
zoo, dan menjamu makanan-makanan tradisional. Antaranya ialah Fiseekh (ikan
masin), telur rebus berwarna-warni, dan daun bawang. Setiap hidangan ini mempunyai
sejarah dan simbolik yang tersendiri.
Orang Mesir purba mempercayai ikan membawa simbol kemewahan dan kesuburan, lalu
dipersembahkan kepada dewa mereka untuk mendapatkan hasil tuaian yang subur.
Telur pula melambangkan permulaan kehidupan yang baru.
Selain baik untuk
kesihatan, daun bawang dikatakan dapat menghalang kuasa-kuasa jahat dan unsur
cemburu. Amalan memakan daun bawang ini
dikaitkan dengan lagenda Mesir kuno, yang mengisahkan tentang seorang putera
Firaun yang jatuh sakit disebabkan oleh kuasa jahat dan hanya berjaya diubati
setelah menggunakan daun bawang tersebut.
Sejarah dan perkaitan sambutan Sham el-Nessim
dengan Hari Easter telah menimbulkan isu berkenaan hukum menyambutnya dalam
kalangan orang Islam. Terdapat beberapa pihak yang melarang, namun cuti umum
ini tetap diraikan oleh rakyat Mesir tanpa mengira agama.
p/s : Harapnya cuti yang kita dapat 2 hari ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.
p/s : Harapnya cuti yang kita dapat 2 hari ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Siti Nabihah Shalah Huddin
No comments:
Post a Comment