Sunday, December 5, 2010

Resepi



Bismillahirrahmanirrahim.

Tatkala kita semua sibuk mengejar mumtaz,
tatkala kita semua sibuk mengejar mesyuarat,
tatkala kita semua sibuk mengejar deadline,
tatkala kita semua sibuk mengejar ikhwah/akhawat,
sedarkah kita, betapa kita telupa, terleka, terlagha untuk memenuhi satu lagi tanggungjawab yang besar.

YA!

Bagaimana keadaan sahabat ahli bait yang lain?
Terisikah perut mereka?
Atau cukup sekadar kata-kata pujukan rayu,
"Maaf ek, hari ni aku tak masak tau. Otlob je ek?"


Tepuk dada tanyalah iman.
"Siapa nggak mau gizinya tercukupi?", kata Mbak El.

Jika aktiviti kebajikan dilakukan sebagai persediaan untuk menjadi seorang doktor yang sentiasa mengorbankan masa serta tenaga untuk masyarakat yang tak kenal pun siapa doktor yang merawatnya.

Kenapa tidak, anggaplah, aktiviti memasak masakan yang seronok dimakan itu sebagai salah satu latihan untuk menjadi seorang __________ yang mantap.

Masak bukan sekadar cincai-cincai.

"Anyone can cook," bak kata Chef Gusteau.

RESEPI NASI DAGING
  1. 1 kilo daging
  2. 2 batang serai
  3. Kayu manis, pelaga (boleh jer nak buang bijik kalau tak nak nyesal tergigit), bunga cengkih dan bunga lawang secukupnya
  4. 1 cawan susu cair dan 7 cawan air
  5. 4 cawan beras basmati
  6. 25 gram rempah nasi daging (pakai rempah kari daging pun boleh)
  7. 1 inci halia yang siap dikisar (kalau tiada halia, serbuknya pun bolehh)
  8. 6 biji bawang merah yang siap dikisar
  9. 3 ulas bawang putih dan 6 ulas bawang merah yang diracik
  10. 1 cawan minyak sapi (untuk ditumis)
  11. 1 cawan tomato soup (dalam tin) (tomato puri kot...)
  12. Daun pandan dan daun pudina (na'na') secukupnya
  13. 1 cawan air mawar untuk mewangikan (hari Jumaat, kat Sayyida Aishah ada banyak jual bunga ni. Korang beli pastu perah la -_-")

CARA MEMASAK
  1. Halia dan bawang merah dikisar (kan dah cakap, guna serbuk, tak pasal-pasal kena kisar balik)
  2. Bawang putih dan bawang merah diracik untuk dijadikan sebagai penumis
  3. Daging sekilo dipotong enam (supaya senang nak angkat kejap lagi)
  4. Daging dibersihkan terlebih dahulu
  5. Tumiskan bawang yang diracik tadi hingga kuning bersama serai, daun pandan, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
  6. Masukkan daging dan bahan-bahan yang dikisar
  7. Biarkan daging empuk, kemudian barulah diasingkan (nampak point kenapa kena potong enam?)
  8. Bersihkan beras dan toskan
  9. Sukat sukatan air
  10. Masukkan air ke dalam rempah yang diasingkan dari daging tadi
  11. Biarkan mendidih, lalu masukkan susu cair dan tomato soup
  12. Masukkan beras serta garam secukupnya
  13. Bila sudah hampir kering, masukkan kembali daging tadi bersama daun pudina
  14. Tutup dan biarkan masak hingga sempurna
*Sukatan bahan-bahan boleh diubah mengikut citarasa sendiri (korang kan power masak).
Jangan lupa selawat (sebagai penambah perisa (tak perlu guna MSG pun)).

Juga, lebih seronok jika Nasi Daging ini dimakan bersama air asam.

InsyaAllah, dengan izinNya, jika, petugas memasak pada hari tertentu memasak resepi diatas, nescaya, ahli bait yang lain akan tersenyum gembira dan pelik, apa buang tebiat ke masak pelik-pelik camni walaupun anda hanya memasak nasi dan tiada lauk lain~

Sila mencuba memasak dan memakan~

"Sila bersila untuk menikmati santapan yang seronok~"

Pemuda Kahfi,
Beit Kahfi, Maydan Giza,
Giza.

p/s: Sebarang risiko tiadalah kami menanggungnya.
Afify Shamel AbdelRazak GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

11 comments:

akusyiham said...

post entry resepi pon boleh erk????

Lyn said...

betul!!...tidak ku sangka dan tidak ku tahu resepi pun boleh dipost??..nak tentang ke nak sokong ni??

prihatin said...

1 prsoalan..
siapa Lyn ni ek?

sokong jah..ok pe :)

Unknown said...

lagi satu persoalan.siapakah prihatin ni?prihatin sungguh nampaknya.

dan saudara pemuda kahfi giza.
lepas ni boleh la mula membuat blog tentang resepi ya.
no offence.

mmmhafizen said...

die dh post pn ckp baik..tgk cm ak nh..tw komen aje..btw..korg nk antar ape2 pn antar la..kalo cm blogg AHSAN NAS gen7 ( ala yg ketua btch die 2 abg slh org pemuda kahfi 2...) setiap post ad lawak2 lg g2..korg kalo xnk bce tutup sje..ape ssh kn..no offence-ke offense..trok la BI ak skang..ad hti nk masuk db8 lg...ad beran? 0_o

Anonymous said...

betul..betul..
setiap post tu ada manfaatnya..
bolehla sape2 buat makan2 lagi..

Lyn said...

memandangkan bnyk pandangan yg +ve..ku pun setuju je, cume nk tau entum sume punye pandangan...huhu..I'Allah, insan yg post resepi ini akan terdetik hati di hatinya utk masak resepi ini khas & special utk budak2 Batch 09 time Sc Gabungan nanti..dan akan selalu buat makan2 utk hampir sume..huhu..I'Allah

adizufly said...

hak ahli beit bukan setakat masak je,
kekemasan dan kebersihan rumah pun hak mereka jugak.

sesibuk mana pun antum, kemaslah rumah.. Nanti dah kerja nanti lagi bz kot, dgn family, dgn anak dgn kerja. Takkan nak harapkan bibik je.. Bak kata orang 'home sweet home'. Rumah korang, tanggungjawab korangla.. No offence!

Belajar dari skarang manage ur time..

*peace*

Afify Shamel AbdelRazak said...

Adapun,
yang dihantar bukanlah resepi memasak cuma
tapi,
peringatan sebagai ahli rumah yang hidup bersama.

Sayugia,
pandanglah ibrah yang boleh diambil bukan kontroversi yang dapat dicungkil.

Maaf atas ketidakskemaan kami.
Sila lampirkan syarat dan peraturan blog di lain kali.

Arakian,
cadangan memasak untuk sekalian ahli gen9 amatlah molek dipandang tetapi amatlah berat ditanggung.
Kecualilah jika dipanjangkan cadangan ke orang atasan.
Mengikut skema seperti yang dimahukan.






Pemuda Kahfi yang kecewa

Lyn 2 said...

kecewa plak pemuda kahfi...
duduk la ko kat dlm gua tu...

Unknown said...

hambar la kau pemuda kahfi.
geli lahhh.
hahaha agak kasar anda disitu hafizen.
tapi xpe2.
no offence.