Monday, April 21, 2014

Kekasih Hati sebagai Penawar



Untuk setiap penyakit, adanya PENAWAR.
Antara sudah diketahui ataupun tidak, antara sudah ditemui ataupun tidak.

Sabda Nabi Muhammad SAW, mafhumnya:
"Untuk setiap penyakit, adanya penawar."

Dari ketamakan, kedengkian, kebencian, fitnah.
Dari barah ke kencing manis, dari sakit kaki ke sakit kepala.
Antara rohani ataupun bukan rohani.

Adanya satu penyakit, yang mana kita semua mengalaminya.
Hingga pada satu tahap, tiada seorang pun manusia, yang berjalan di muka bumi ini, yang tidak mengalami penyakit ini.

Penyakit ini ialah penyakit ROHANI.
Penyakit ini ialah penyakit berbuat DOSA.
Penyakit ini ialah penyakit yang mengabaikan.
Penyakit ini ialah penyakit yang berpaling daripada ajaran Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Penyakit ini ialah penyakit yang tidak memenuhi kewajipan dan tujuan kehidupan.

Allah Yang Maha Besar.
Allah Yang Maha Pencipta.
Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah Yang Maha Mulia lagi Dimuliakan.
Allah Yang Terbaik lagi Terunggul.
Allah Yang Maha Penyayang.

Sedang kita pun ketahui,
Kadang-kadang NAFSU menguasai diri.
Kadang-kadang SYAITAN, musuh paling besar manusia, yang akan senantiasa mencuba sedaya upayanya, siang dan malam, bekerja, untuk menyesatkan kita.

Allah sebagai PENAWAR.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
(Surah Al-Baqarah: 186)

Allah SWT berkata, "Aku perkenankan permohonan,"
Setiap kali "dia berdoa kepadaKu.", "Aku perkenankan permohonan (doa),"
Ayat di atas bermula dengan, "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya...mengenai Aku..."
Allah bukan sahaja menunggu kita untuk bercakap denganNya, Allah menunggu kita untuk bertanya, berharap dan meminta daripadaNya, kerana Dia hampir.


Kemudian, Allah berkata lagi, tidak kira bila kita memanggilNya, Allah akan jawab.
Subhanallah!
Siapakah yang akan menjadi lebih penting daripada Allah?
Siapakah yang akan mempunyai status yang lebih rendah daripada dalam kalangan kita sebagai hambaNya?
Dan lagi Allah menunggu kita pada bila-bila masa.
Dan Allah akan perkenankan secepat yang mungkin dengan cara "أستجب": Allah akan perkenankan dari semasa ke semasa.

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."
(Surah Ghafir: 60)

Namun, dari ayat yang ke-186, Surah Al-Baqarah, "أجيب", secepat yang mungkin. "Aku perkenankan (secepat yang mungkin) permohonan, orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu."
Ayat ke-186, Surah Al-Baqarah ini adalah satu hadiah.
Allah berkata, "أجيب دعوة الداع", "Aku perkenankan permohonan (doa), orang yang berdoa (memohon)..."
Adalah berbeza ayat antara, "Aku perkenankan permohonan, (dari) sesiapa yang memohon..." dengan ayat, "Aku perkenankan permohonan, (dari) orang yang memohon..."
Apabila anda kata "sesiapa yang memohon...", adakah 'sesiapa' itu dikenali siapa? Tidak dikenali. Boleh jadi sesiapa.
Apabila anda kata "orang yang memohon...", adakah 'orang' itu dikenali siapa? Dikenali. Kerana orang itu yang memohon.

Allah berkata, tiada seorang pun dalam kalangan hambaNya adalah tidak dikenali. Kita semua bukan sesiapa, kita adalah hambaNya, kita adalah "orang yang memohon (berdoa)".
Allah kenali kita secara khususnya, "Aku perkenankan permohonan (doa)," secara khusus (individu).
Perkataan "الداع", membawa maksud yang khusus, "ال".
Kemudian, Allah tidak berkata, "أجيب دعاء الداع". Tetapi Allah berkata, "أجيب دعوة الداع".
Ayat tersebut dipanggil sebagai, "verbal noun" dalam ilmu Bahasa Arab. دعاء merujuk kepada doa tersebut yang dipohon oleh  الداع. Manakala, دعوة merujuk kepada diri pemohon doa yang memohon.
Merujuk kepada perkara di atas, betapa Allah begitu spesifik kepada hambaNya yang memohon.

Allah akan perkenankan permohonan hambaNya, walaupun hambaNya itu bukanlah seorang yang biasa berdoa. Sebagai contoh, pada satu ketika, dia terbuat satu kesalahan yang begitu besar, dan secara tiba-tiba dia berdoa kepada Allah.
Walaupun sekali, "دعوة", bukan "دعاء" yang boleh jadi berkala.

Jadi, kita tidak sepatutnya berkata, "Oh, aku tak boleh solat, aku teruk sangat sampai Allah tak akan makbulkan doa aku."
Allah berkata, "Berdoalah kamu kepadaKu...".
Allah sedang menunggu kita, di manakah kita?
Subhanallah!
Dan Allah berkata lagi, "Aku perkenankan permohonan (doa), orang yang berdoa (memohon)..."
Adakah "orang yang berdoa (memohon)" itu boleh jadi orang yang baik atau orang yang jahat? Sudah pastinya boleh jadi.
Allah tidak berkata, "Aku perkenankan permohonan (doa)," orang-orang yang soleh, orang-orang yang kuat beribadah, orang-orang yang baik, orang-orang yang berilmu.
Allah tidak meletakkan syarat langsung terhadap ciri-ciri "orang yang berdoa (memohon)".
Allah tidak mengira posisi mana kita berada, sejauh mana teruknya kita atau baiknya kita.
Jemputan (دعوة) ini adalah terbuka.
Asalkan kita adalah "orang yang berdoa (memohon)", walaupun ada dalam kalangan kita yang tidak pernah mengabdikan diri kepada Allah dalam hidup, apabila kita mengambil langkah untuk kembali kepada Allah, Dia akan perkenankan.

"أجيب دعوة الداع إذا دعان"
ِAllah tambah, "إذا دعان", "apabila dia berdoa kepadaKu."
Bila-bila masa hambaNya memohon, bila-bila masa Allah mahukan, terpulang kepadaNya.

Sekali lagi, tidakkah Allah berkata, "sesungguhnya Aku sentiasa hampir". Hampir.
Allah mendengar dan Allah perkenankan.
Allah yang memberikan sesuatu jarak jauh atau dekat.
Allah yang menampung musuh dan orang yang dicintai.
Bukti Allah itu hampir.

Dia selamatkan yang terdesak.
Dia memberi makan yang lapar.
Dia memberi minum yang dahaga.
Dia memberi ganjaran untuk amal yang baik.
Bukti Allah itu hampir.

AnugerahNya percuma.
Kurniaan nikmatNya datang dan pergi.
PintuNya sentiasa terbuka.
Dialah yang Maha Lembut, Pemurah dan Pengampun.
Bukti Allah itu hampir.

Yang lemas menyeru kepadaNya di lautan.
Yang hilang di padang pasir.
Yang ditahan di belakang jeriji besi.
Cara yang sama hambaNya yang memohon di dalam gua, Muhammad SAW.
Bukti Allah itu hampir.

BantuanNya datang dalam kelipan mata memandang.
PertolonganNya datang dalam sekelip mata.
Jika yang kalah memohon daripadaNya, dia menjadi menang.
Dia melihat kita (membuat dosa), dan Dia merahsiakannya.
Dan Dia tahu, dan Dia ampunkan.
Dan Dia disembah, dan Dia dihargai.
Bukti Allah itu hampir.

Allah yang Maha Lembut lagi Maha Mulia.
Dia yang tiada tandingan dan tiada bandingan.
Lebih hampir dengan hambaNya daripada urat leher.
Ke atas setiap jiwa, Dialah penjaga dan pemerhati.
Disyukuri, dipuji, dicintai.
Bukti Allah itu hampir.

Dia menyeru pendosa untuk bertaubat.
Dia membuka pintu untuk mereka yang mahukan pengampunanNya.
Dia menghapuskan pemisah antara Dia dengan yang memerlukanNya.
Allahu Rabbi!

Matahari dan bulan adalah daripada cahaya kebijaksanaanNya.
Tanah dan laut adalah daripada nikmatNya yang melimpah ruah.
Burung memujiNya.
Raksasa mengagungkanNya.
Ombak berkata-kata tentang kebesaranNya.
Ikan paus memanggil-manggilNya.
Semut di bawah batu, menyucikanNya.
Lebah di dalam sarang, menderu syukur kepadaNya.
Manakala manusia, mengingkariNya secara terang, tetapi Dia menutupnya buat mereka.
Dan manusia melupakan (Allah).
Namun Allah tidak akan pernah melupakan hambaNya.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah Az-Zumar: 53)


Andai kita punyai kekasih hati, sudah tentu kita menunggu-nunggu panggilan si dia.
Pabila kekasih hati memanggil, alangkah indahnya hati terasa.

Tulisan sang pendosa.
Afif Fahim MD GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: