Di suatu
malam yang meriah…
“Hoi Mat!
Kau ni tak habis-habis selfie. Takde
kerja lain ke?” Soal Muaz dengan nada marah.
“Kau ni...
Aku nak merapatkan ukhuwah kita je. Takkan tu pun tak boleh?” Jawab Rahmat.
“Yelah tu.
Malam tadi selfie dengan The Works
pastu post kat Insta. Meleleh air liur member tengok. Ukhuwah lah sangat.”
Balas Kamal pula.
(The
Works merupakan salah satu menu burger di Fuddruckers. Sumber: http://www.trustious.com/food-and-drinks/the-works-fuddruckers/)
Rahmat
berasa sedih kerana niat baiknya disalah ertikan. Dia pun beredar dari dua
orang sahabatnya itu sambil memasukkan smart
phone kesayangannya ke dalam poket seluar…
Cerita di
atas tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau meninggal dunia.
Apakah yang
dimaksudkan dengan selfie? Adakah ia
merupakan sebuah peralatan? Atau perbuatan yang menjelekkan? Atau sebuah modul
geli-geli mahasiswa kini?
Definisi selfie menurut OxfordDictionary.com
ialah:
Dalam erti
kata lain, selfie ialah perbuatan
mengambil gambar diri sendiri (sama ada seorang diri atau bersama-sama orang
lain) dengan menggunakan telefon pintar (smartphone) ataupun kamera. Kemudian
gambar tersebut di muat naik (upload)
ke laman web sosial.
Fenomena selfie semakin membuak-buak dalam
kalangan akhi-akhi juga ukhti-ukhti kini. Tambahan pula dengan kemudahan laman
web sosial seperti Instagram, Twitter, Tumblr dan lain-lain yang memudahkan pengguna memuat naik
gambar-gambar yang baru diambil sekelip mata. Tiada lagi perlu menunggu dicabut
memory card kamera digital atau Bluetooth sesama kawan sebelum dimuat naik
di rumah. Apatah lagi Infrared. Itu
semua kisah silam.
Adakah salah
perbuatan selfie? Sudah tentu tidak
selagi menepati adab-adab ketika bergambar seperti tidak mendedahkan aurat, tidak
mengaibkan orang lain dan sebagainya. Bagi siapa yang nak tahu adab-adab
bergambar, sila Google sendiri. Dan
bagi para wanita pula, sila jaga gambar-gambar anda supaya tidak menjadi
‘habuan mata’ para lelaki. Jikalau rasa tidak sesuai, janganlah upload. Kalau nak upload juga pandai-pandailah usaha supaya bukan sembarangan orang
boleh tengok. Kasihanlah kepada lelaki-lelaki ini.
Perkara lain
yang ingin diketengahkan ialah, pada pendapat saya yang penting dalam berselfie adalah kita tahu apa niat
disebalik kita mengambil gambar tersebut. Hal ini kerana niat merupakan satu
amalan di mana hanya seorang manusia dan Penciptanya sahaja yang mengetahui.
Oleh itu niatlah untuk membuat kebaikan kerana Allah. Saya di sini bukanlah
ingin meragui niat-niat orang yang suka berselfie,
namun sebagai peringatan bersama supaya semua yang kita kerjakan niat ikhlas kerana
Allah Taala. Jika anda jelas dengan niat anda kerana Allah, tidak perlu kisah
apa orang lain kata.
Di sini
ingin saya kongsikan beberapa tips
semasa selfie:
Dan beberapa
perkara yang perlu diingat sebelum selfie:
Jangan terkantoi
dengan doktor.
http://9fail.com/post/82978691607#.U15g7fmSzYJ |
Pandang
keadaan sekeliling sebelum berselfie.
Akhir kata,
maaf andai penulisan saya mengguris hati mana-mana pihak. Bukanlah niat saya
untuk berbuat begitu. Selamat berselfie. Sekian~
Eh jap tak habis lagi.
Di sini admin nak dedahkan beberapa gejala selfie dalam kalangan ikhwah.
enjoy
oleh:
Farhan Raduan / MrFr0.
No comments:
Post a Comment