Friday, May 2, 2014

Bicara Kata




Terkesima seketika bila melihat dia menangis.Lagi terpaku pabila melihat dia makin teresak-esak.

"Eh, janganlah nangis.Awak dah buat saya nak nangis sama ni.”

Puncanya hanya satu, dari sebuah kata-kata.Hanya dari satu teguran.
Berbisa mungkin. Mungkin.
Mungkin juga kerana ditegur dihadapan teman yang lain. Mungkin.


*sigh*
Jaga kata-kata, jaga tutur bicara kita.

Mungkin dalam tak sedar, kita mampu menyakitkan hati seseorang.
Mungkin dalam asyik berkata-kata, kita sudah membuatkan seseorang menangis.
Bukankah lidah itu ibarat sebilah pedang.Tajam.
Mampu untuk melukakan.Mampu untuk memotong.

Atau...

Mungkin kita sudah lupa, bahawa dalam bersahabat tetap ada adab-adabnya.
Tetap ada hak-hak yang perlu ditunaikan.Tetap ada batas-batasnya.
Kan?

Walau rapat mana sekalipun, kita tetap kena hormati dia. 

Tetap kena jaga tingkah laku, tutur kata, perbuatan kita dengan dia.
Jangan sebab title 'bestfriend till jannah', kita ambil enteng saja adab kita dengan dia.
Kata nak masuk syurga sama-sama, tapi kalau kita selalu menyakitkan hati dia, macam mana tu?

Bicara Kata
Pernah tak kita terfikir tentang 'bahasa'  yang kita gunakan? Adakah kita menjaga adab-adabnya dalam kita berbual dengan kawan-kawan, dengan orang-orang sekeliling tambah-tambah dengan yang rapat? Kadangkala ikut main lepas dari mulut. Berbisa. Sarkastik.

Mungkin pada tanggapan kita, itu biasa. Maklumlah sudah rapat. Buat apa nak terasakan? Kalau ada yang berfikiran begitu, mungkin kita boleh mengubah prsepsi itu sedikit demi sedikit. Yang berkata itu manusia, yang mendengar itu juga manusia bukan?
Dan manusia dikurniakan perasaan, hati dan emosi.
"Ala, biasalahtu."
"Sesekali kenalah laser sikit, biar terkesan."
"Cakap lembut pun bukan boleh faham, baik sinis terus."


Yakinkah anda, dia tidak pernah berkecil hati?

Bayangkan,

"Banyak gila ko makan, tak takut gemuk ke?Kalau dah melantak, tak ingat dunia."

Mungkin niat si sahabat hendak menegur dengan baik, tapi mungkin dengan bahasa yang dia gunakan, membuatkan wajah si sahabat yang ditegur tiba-tiba keruh. Bayangkan, jika kita yang mendengar dan melihat ketika itu.Tentu malu insan tersebut.

Saya sendiri pernah ditegur yang membuatkan hati terasa bagaikan ditusuk dengan sebilah pisau tajam. Sakit.

"Ko nak masuk program tu? Ko layak ke?"
Terkedu, terdiam, terpana.

Mungkin saya tak layak, tapi tidak salah bukan kalau mengatakan benda begitu bukan di tempat terbuka ketika saya tengah  'teruja' nak menyertainya. Hilang semangat bagaikan diterbangkan angin. Pedih ke hulu hati.

Boleh anda fikirkan bagaimana kadang kala percakapan kita, teguran kita bisa membuatkan orang 'jatuh terduduk'?Boleh anda bayangkan bagaimana dengan kata-kata kita boleh buat orang putus asa dan hilang semangat? Boleh anda renungkan bagaimana dengan bicara kita mampu membakar hati seseorang? Tanpa kita sedari.

Sahabat,

bahasa yang indah itu ibarat cerminan akhlak kita. Kadang kala kita lupa itu.
Enaknya kita berbicara, tapi kita terlupa adab-adabnya. Mungkin yang rapat dengan kita itulah yang paling senang terguris dengan bicara kita.
Tapi kerana sudah rapat, dibiarkan sahaja, ditelan kepahitan itu.


Introspeksi diri

Untuk menegur seseorang ada adabnya.
Apatah lagi dengan insan yang baru dikenali dan sudah tentu dengan insan yang terlalu rapat dengan kita. Ada adab-adabnya.


Kadangkala, rapatnya kita dengan dia, kita tak berani nak menegur kesalahannya.
Kadangkala, sebab terlalu rapat, kita menegur dengan cara yang tidak berhikmat.

Kan bagus, sebelum berkata-kata kita letakkan kita di posisi orang itu.
Kita bayangkan andai kita yang berada dalam keadaan itu.
Kita yang ditegur di depan orang ramai, malukan?

Kita yang ditegur dengan bahasa yang kasar, sakitkan?
Kita yang dimarah, sakit hatikan?

Kita yang dimalukan, sedihkan?

Kita tak suka benda-benda macam tu, tapi kenapa kita buat pada orang lain?


IZZATI HASHIM
fatinnur GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: