Monday, March 10, 2014

H1N1 KEMBALI??


Selsema burung?
selsema babi?
selsema apakah ini?
adakah selsema sahaja da jadi h1n1?
Apa signifikan 1 dalam h1n1?ni virus pertama dunia ka?

Apa simptom2x yg boleh dilihat?

Berapa ramai di antara kita yang basuh tangan?
haha sedangkan lepas buang air besar pun xsemestinya tangan itu disabun kan?yuks~

Ok…
disini tergerak hati nak menukilkan segala macam perkara mengenai h1n1 ni~

Pertama…
pengenalan h1n1 itu sendiri
H1n1 sering dikaitkan dengan selsema babi[swine flu] kerana ciri2x virus yang agak sama. Akan tetapi setelah kajian yang mendalam, saintis mengatakan virus ini adalah berbeza sama sekali.
Ramai gak tertanya2x(harapnya tidak la dalam batch kita ni)…klau makan babi..or even handle babi..kita akan dijangkiti?

Jawapannya…*drumrolling*…tidak~
huhhhh napa la x ya je jawapannya~hehe
penularannya adalah melalui batuk atau bersin daripada individu yang mempunyai virus ini dan tidak melalui pemakanan.

Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

Adakah terdapat vaksin untuk h1n1?
Jawapannya tidak….
Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan influenza A(H1N1). Dan ianya juga agak mahal la~

Ada x ubat untuk merawat h1n1 ni?
Good news people of Narnia…
there is~hehe dua actually~oseltamivir (Tamiflu®) dan zanamivir (Relenza®) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini.
Good news always come with something in return right?
The bad one is….
ubat ini tidak boleh digunakan bagi mencegah penularan jangkitan h1n1…
so dinasihatkan anda tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi tujuan untuk mencegah jangkitan.  

Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat tersebut.  Ini akhirnya mengakibatkan ubat tersebut tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.
Gejala apakah yang boleh membuatkan anda risau tidak keruan ketika tidur memikirkan hal ini?
hehe
Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim
 (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. 
Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.


Ok ni jela sedikit sebanyak info yang dapat dikongsi
insyaAllah lain hari kita berjumpa lagi

Nabi SAW bersabda: “Jika kamu mendengar tentang serangan wabak di sesuatu tempat/negeri, jangan memasukinya, tetapi jika wabak merebak di tempat di mana kamu berada di dalamnya, jangan tinggalkan tempat itu ” (HR Al-Bukhari dan Muslim.)

 Selain itu, Nabi SAW bersabda:”Sesiapa yang melarikan diri dari tempat wabak itu adalah seperti orang yang melarikan diri dari berperang di jalan Allah, dan orang yang sabar dan tetap tinggal di mana dia berada, dia akan dianugerahi dengan pahala seorang syuhada’. ” (HR Ahmad.)



salam

-MM-


fatinnur GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: