Assalamualaikum dan Salam sayang.
Baru-baru ini, aku terbaca satu artikel yang sebenarnya dah lama aku cari. Dan bila aku baca benda ni, aku rasa teringin nak kongsi dengan korang semua. Ia bukan berkenaan bomoh yang tak layak dipanggil bomoh yang telah membuatkan aku tak senang duduk dan demam 3 hari terlantar atas tilam dan turun 3kg, tetapi ini berkenaan GULA, atau nama scientific dia… ‘Sucrose’.
(iaitu disaccharide, kombinasi glucose dan fructose ).
Jadi..
artikel dia begini…
BAHAYA GULA YANG ORANG TAK TAHU (dan aku nak bagitahu la ni…)
Penulis : “Saya amat terperanjat dengan pengalaman membaca buku tentang GULA.
Amat menyedihkan, dan saya amat risau tentang masyarakat di Malaysia yang terancam secara senyap.
Bagi saya, GULA seperti racun!”
Sedikit persoalan tentang gula. Apakah sebenarnya gula?
Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh.
(aku : “kita panggil dia empty calories”)
Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!
(aku : “ya, bukan lemak yang menggemukkan, seperti yang diuar-uarkan sejak dulu”)
Adakah badan kita perlukan gula?
Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga. (aku : angguk-angguk)
Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit).
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh.
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4.. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan (aku : “bukan kanak2 saja, abang kakak juga”)
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran.
6. Meningkatkan paras trigliserid (aku: “kita panggil lemak”)
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria.
8. Merosakkan buah pinggang.
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs).
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs).
11. Mengurangkan kromium dalam badan.
12. Mengurangkan kuprum dalam badan.
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan.
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur. (aku : “glukosa adalah makanan kepada sel kanser”)
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi.
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu.
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat.
18. Melemahkan penglihatan.
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah.
20. Penyebab hipoglisemia. (aku : berfikir lama… “kenapa ya?”)
21. Penyebab perut berasid.
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak.
23.. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.
24.. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut.
25. Membawa kepada ketagihan alcohol.
26. Merosakkan gigi.
27. Penyumbang utama kegemukkan.
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser.
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik.
30. Penyebab artritis.
31. Penyebab lelah.
32. Pembentukan batu dalam ginjal.
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis.
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu.
35. Penyebab sakit jantung iskemik.
36. Penyebab sakit apendiks.
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis.
38.. Penyebab pendarahan.
39. Penyebab Vena Varikos.
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil.
41. Penyebab sakit gusi.
42. Penyumbang kepada Osteoporosis.
43. Penyebab air liur menjadi berasid.
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin.
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa.
46. Mengurangkan hormon tumbesaran. (aku : “bila insulin meningkat maka growth hormone berkurang”)
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan.
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik.
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh.
50. Penyebab alergi terhadap makanan.
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis.
52.. Penyebab keracunan darah semasa hamil.
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak.
54. Penyebab penyakit kardiovaskular.
55. Melemahkan struktur DNA.
56.. Penyebab Katarak.
57. Penyebab Emfisema.
58. Penyebab arteriosclerosis.
59.. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah.
60. Merendahkan kemampuan enzim.
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya.
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati. (aku : “cel hati terbagi maksud dia hyperplasia dan sewaktu dengannya, bukan cinta terbagi 5 ke apa.. ok.”)
63. Meningkatkan lemak dalam Hati.
64.. Membesarkan saiz buah pinggang.
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya.
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan.
67.. Penyebab sembelit.
68. Penyebab rabun jauh.
69. Penyebab lapisan rerambut.
70. Penyebab hipertensi.
71. Penyebab sakit kepala.
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan.
74. Meningkatkan tindak balas insulin.
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus.
76. Penyebab ketidak seimbangan hormone.
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan. (aku : “lama2 jadi atheroschlerosis”)
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer.
Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?
Jangan terpedaya!
Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti:
-Glukosa
-Fruktosa
-Laktosa
-Maltosa
-Sukrosa
-Sirap Glukosa
-Sirap maple
-Molases
-Sirap hitam
-Sirap kencana
-Dektrosa
-Sorbitol
Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?
1. Minuman bergas 500ml : 14.4 sudu teh
2. Minuman dalam tin tanpa gas 350ml : 9.6 sudu teh
3. Minuman coklat malt dalam tin 125ml : 5.5 sudu teh
4. Kek buah-buahan 40g : 3.5 sudu teh
5. Bijirin sarapan bersalu madu 220g : 10.1 sudu teh
6. Ubat batuk botol kecil di farmasi : 15.8 sudu teh
7.. Aiskrim coklat sepotong saiz biasa : 7.7 sudu teh
8. Sundae restoran makanan segera : 10.3 sudu teh
9. Rempah ayam segera satu pek : 4.7 sudu teh
10. Minuman berkultur satu botol kecil : 2.7 sudu teh (aku : macam vitagen)
11. Susu pekat manis dalam tin kecil : 35.5 sudu teh (aku : “yang ni aku sangat suka”)
Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?
Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia.
Negara kita adalah negara yang populasi rakyatnya paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di dunia!
Bangga?
Kita sebenarnya dalam diam diancam.
Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.
Penulis: “Semasa saya di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi.
Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati. “
“
Untuk kata-kata terakhir, saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita.
Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah.”
Ok, habis sudah artikel ini. Menarik bukan?
Ada orang tanya aku, “Bagaimana yang dimaksudkan tidak makan gula?”
Baik, secara rasionalnya, kita tidak mampu mengelak daripada bertemu dengan gula dalam kehidupan seharian kita.
Jadi, aku sarankan kepada korang supaya tukar daripada tidak makan gula, kepada KURANG makan gula.
Langkah pertama untuk mengurangkan gula dalam kehidupan seharian:
Tidak minum minuman bergula.
Mungkin seminggu sekali atau 2 minggu sekali sudah mencukupi untuk melepas gian. (Aku cuba bersikap realistik. Mana ada orang tahan pergi restoran minum air kosong?
Paling kurang, chocholate milkshake 2 gelas.)
Kalau korang ikut langkah ini, lama2 korang akan terbiasa dan korang rasa tidak berminat lagi kepada minuman bergula seperti minuman bergas, jus buah-buahan atau kopi, milo, susu dll.
Lebih menarik lagi, korang akan rasa sedikit perubahan kepada tubuh badan seperti rasa lebih bertenaga, lebih ringan dan lebih segar.
Cubalah!
Kedua: pm aku (iekihana) kalau nak tahu lebih lanjut.
Sekian, Babye…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Nice (Y)
salam
maaf menyampuk sikit..saya ingin berkongsi produk yg insyaALLAH dpt sembuhkan diabetes, jantung, darah tinggi, resdung,demam, kanser dan pelbagai jenis penyakit...
stakat ni dah bnyk testimoni yg kita perolehi dari pelanggan....alhamdulillah kesan sngt memberansangkan...
bkn nk brniaga sgt..tp sekadar nk tolong.. manalah tau ALLAH nk hentikan penderitaan psakit tu dgn cuba produk ni
insyaALLAH...xrugi mencuba..yg penting produk ini di hasilkan oleh saintis melayu dan terjamin HALAL... utk pertnyaan boleh hubungi saya 017-6260512 / 019-9697029.
Post a Comment