Islam adalah agama yang berorientasikan amal. Untuk beramal, Islam menuntut
umatnya untuk berilmu dan faham akan amal yang dilakukan.
Seperti yang kita maklum, usia 21 telah melayakkan kita untuk mengundi dalam pilihan raya umum (PRU) bagi menentukan parti politik yang akan membentuk kerajaan dan mentadbir negara Malaysia. Oleh yang demikian, kita seharusnya memahami sejarah dan kronologi PRU dan mengetahui faktor-faktor yang perlu ada bagi sesebuah kerajaan yang memerintah, kan....?
Allah Taala berfirman yang bermaksud:
“Dan jangan kau turuti apa yang kau tidak mempunyai ilmu tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan dipersoalkan”
(Al-Isra’ : 36 )
Ayat ini melarang manusia daripada melakukan sesuatu tanpa pengetahuan mengenai perbuatannya.
Jadi, amatlah tidak wajar sekiranya kita sebagai mahasiswa dan warga berpendidikan tidak tahu malah buta tentang ilmu kepimpinan, pentadbiran, organisasi, parti, calon, pilihanraya, tokoh dan sebagainya sedangkan pelbagai sumber ilmu dan kefahaman tentang perkara-perkara ini sudah terbentang di depan mata.
Jadi, ambil Jauhar ni, dan baca.
Sekian.
4 comments:
Politik, kepimpinan semua dah nampak ciri cirinya kat ahli gen9 tetapi sikap "common sense" & adab ber'ukhuwwah' masih lemah dlm kalangan GEN9....
bukan nak mengutuk tetapi realiti
saya rasa isu ni perlu diketengahkan. bila-bila kita berpeluang berkumpul bersama, hadirkan diri, dan sama2 luahkan. berbincang dan memberi nasihat. kalau bukan ahli sendiri yang buat begitu, nak harapkan siapa? tak guna makan dalam sorang-sorang tapi mulut tak nak buka.
ironinya, berdialog tanpa mengenalkan diri itu tidak beradab
sejak bila la ana pegang jawatan timb unit pengisian jaksi 2012/2013?..waduh2...ni mesti tertukar dgn adik tahun 3 yang nama sama dgn ana..
Post a Comment