"Pembinaan Institusi Keluarga semasa Belajar Memberi Impak Positif". Itulah topik 'hangat' perbahasan pusingan pertama, hari pertama karnival batch berlangsung. Ini merupakan aktiviti kedua yang mendapat sambutan hebat daripada penonton. Kelantangan kedua-dua pihak menggamatkan lagi perbahasan pada hari itu. Sorakan daripada Ikhwah (yang menyokong kerajaan) dan Akhawat (sokong pembangkang) menjadikan dewan persidangan (rumah Wahdaty) riuh. Masing-masing menyokong usul dan hujah yang dikemukakan. Tapi yang hairannya, diaorang ni sokong hujah tu ke atau pembahas tu?? Ikhwah sokong team Ikhwah, Akhawat sokong team mereka. Macam-macam ada..(tengok gambar)
Namun, usul yang dikemukakan kerajaan telah diterima. Pihak kerajaan menang bergaya. Bahkan pembidas dari pihak kerajaan, Ahmad Naufal muncul sebagai pembahas terbaik dalam pusingan itu. Pemenang pusingan ini akan bertemu dengan pemenang pusingan 2 yang telah berlangsung hari ini (Sabtu).
Meskipun mempunyai perbezaan pendapat, tapi itulah yang diinginkan pihak penganjur. Sebagaimana moto bagi karnival kali ini, "AHEAD: Awaken 1 Heart 1 Aim 1 Destiny" budaya ini yang sebenarnya ingin disemai dalam kalangan peserta. Biarpun berbeza pendapat tapi kita cuba mencapai satu kata sepakat (1 Heart) kearah membentuk satu tujuan (1 Aim) dan membawa ia kearah matlamat yang satu (1 Destiny). Tahniah diucapkan.
Pembahas Ikhwah: Pihak kerajaan
Pembahas Akhawat: pihak pembangkang
YDP Muiz mengelola dewan persidangan
Bangkit PM Malaysia, Dato' Seri PG
mengemukakan usul
Juri2 yang terlatih (Maaf gambar belakang ka ada)
Barisan kerajaan
Penonton yg hadir memberi sokongan
Khusyuk terpegun dgn kelantangan PM berucap
bangkit pembangkang membidas hujah kerajaan
Sumber gambar : puteramaahad91.blogspot untuk Karnival Batch Gen09 2011
For more pictures click the link.
No comments:
Post a Comment