sekali imbas macam A-HEAD. satu kepala. pulak dah!
AHEAD? menuju ke hadapan? ish. memanglah kita menuju ke hadapan, tiada yang mahu menuju ke belakang. oh ya, mungkin mahu menuju ke depan tapi mentaliti ke belakang? mungkin ya. mungkin tidak. Hakikatnya, semua nak menuju ke depan cuma jalan yang berbeza, fikrah berbeza - tapi matlamat sama.
setelah merisik khabar apa maksud mendalah five-letter-word keramat yang dikomersialkan di sana-sini ini, baru aku tahu: A.H.E.A.D = Awaken. one HEart. one Destiny. one Aim. pulak dah! berat sungguh maksud mendalah five-letter-word ini. kenapa aku cakap berat? sebab aku rasa ada tanggungjawab di situ.
...............................................................................................
...............................................................................................
oh. oh. kita ini suka tidur, tidur maknawi, tidur hakiki. tidur je. buat-buat tidur. buat-buat tak tahu. bila orang cakap "oih, sedar lah blablabla" dan yang sewavelength dengannya - kau buat tidur, buat tak tahu. kan? macam ini lah ragam pemuda-pemudi harapan bangsa hari ini. suka buat tak tahu - walaupun dia tahu atau memang tak tahu. macam mana nak maju? bukak minda. sama-sama meraikan. kau tu, kalau nak tegur, jangan main belasah, bukan semua orang sama wavelength dengan kau. dan kau pun, jangan lah ego menggunung meluas bak lautan, kepala kau sahaja betul. oh. sungguh, kan senang kalau meraikan? tadela sakit jiwa. penting di sini: walau bagaimana cara pun, kau sendiri perlu bangun, sedar dari mimpi yang panjang - kesedaran diri!
One HEART: many to one - act as one.
Kau tahu? Kesedaran diri mula-mula ALLAH campak dalam hati? kesedaran apa-apa pun.
oh. Dah ramai-ramai macam ini, macam-macam jenis hati ada. Hati yang memang dah kat Mesir. Hati yang tertinggal di Malaysia. Hati dari utara; Hati dari selatan. Hati dari pantai barat. Hati dari pantai timur. Hati dari central region. Bagaimana mahu membina kesatuan hati dalam kepelbagaian ragam? oh. ya. paling mudah dan paling susah - berlapang dada? doa rabitah? haha. kau tahu itu semua, tapi adakah kau maksudkan apa yang kau kata? He knows. Membina persefahaman dalam untai kata, melalui rasa. Bagaimana mahu berbicara soal one Heart andai antara kita masih ada yang ragu-ragu hatinya? oh. May ALLAH guide us all in this path of Faith; If ever the soul is lost, seek the soul Creator.
One AIM?
Tujuan. Matlamat. Apa Perancangan kau? set your aim. our aim. and work for it!
tak perlu aku berbicara apa matlamat kau, apa matlamat aku. sebab semua orang ada matlamat masing-masing. dari sekecil-kecil matlamat sehingga sebesar-besar matlamat. sedekat-dekat matlamat sehingga sejauh-jauh matlamat. Matlamat dekat lagi kecil itu, bakal membawa siapa kau dalam matlamat jauh lagi besar itu. Bermula daripada kesedaran ALLAH campak dalam hati itu, kau mula menapak mencari arah membina diri menggapai matlamat. Sungguh, kita punya dua tanggungjawab; khalifah dan hamba. satu kemuliaan mahupun penghinaan? moga ALLAH tetapkan hati kita, matlamat kita pada jalanNya.
One DESTINY?
Sejauh mana kau berusaha untuk berubah, matlamat kau juga boleh berubah, destinasi kau juga boleh berubah. Matlamat itu membawa kau ke destinasi kau. destinasi kau lah, takdir kau. walau sehebat mana perancangan kau untuk menggapai matlamat kau, perancangan ALLAH itu jua lah yang terlaksana. ALLAH itu Maha Hebat ketetapannya. the destiny that have been destined since the early existence of mankind lies within the war within ourselves.
A.H.E.A.D~
THE END.
..............................................................................................
..............................................................................................
p/s: pertama kali entry blog ada tajuk formal - tajuk orang ramai dikongsi bersama pulak tu. haha. mohon maaf salah silap. jazakumullah kheir.
1 comment:
unsur humor yang menarik
kalau boleh ditambah dengan sedikit kekreatifan penulisan lebih cantik dan mantap
good try !
Post a Comment