Friday, February 18, 2011

TeLaH Ku PiLiH JaLaN iNi.....




Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Puan Jamilah berkejar-kejar untuk menyiapkan segala kerja yang perlu diselesaikan secepat mungkin. Menyediakan sarapan pagi, menyiapkan 3 orang anaknya ke sekolah, menyiapkan pakaian suami untuk ke tempat kerja, menjemur pakaian yang dibasuh semalam, malah slide presentation yang akan dibentangkannya pagi ini masih lagi memerlukan sedikit touch up. Kerenah anak-anak yang merengek manja juga ditanganinya dengan sabar. Mujurlah suaminya seorang yang memahami. Ringan juga sedikit sebanyak bebanan yang ditanggungnya apabila suaminya ringan tulang membantu. Kerjaya mereka berdua sebagai doktor menuntut banyak pengorbanan. Letih itu sudah menjadi pendamping setia.

Tiba-tiba Puan Jamilah teringat satu perkara. Ah, dia sendiri pun masih belum bersiap untuk ke kerja lagi!

"Abang pergi hantar anak-anak ke sekolah dulu ye. Milah siap-siap la dulu. Nanti abang balik rumah semula ambil Milah. Kita pergi hospital sama-sama," belum sempat pun dia meluahkan idea itu, suaminya lebih dahulu memahami keadaanya yang agak kelam kabut pagi itu. Puan Jamilah mengangguk setuju. Mujurlah dia bukan jenis wanita yang cerewet dalam bab bersiap. Sebaik sahaja suaminya sampai, dia terus bergegas masuk ke kereta dan berdoa agar keadaan trafik tidak mengganggu perjalanan mereka untuk ke kerja hari ini.

Bekerja sambil belajar dalam bidang perubatan memang cukup mendidik kesabaran diri mereka. Puan Jamilah sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidang perbidanan dan sakit puan (Obstectrics and Gynaecology) manakala suaminya pula dalam bidang perubatan kecemasan (emergency medicine). Selain komitmen mereka terhadap kerjaya, mereka juga punya tanggungjawab terhadap keluarga. Paling penting, mereka juga punya tanggungjawab terhadap Allah!!! Walaupun dihimpit kesibukan yang amat, mereka tidak lupa keperluan rohani mereka terhadap usrah, kelas-kelas tafaqquh, membaca Al-Quran dan lain-lain. Itu perkara wajib yang perlu dimasukkan dalam jadual mereka. Pada mereka, biarlah kesibukan mereka mengundang barakah, bukannya mengundang murka Allah. Biarlah mereka letih di dunia, tetapi mereka dapat berehat panjang di alam barzakh sana.

******************************************

Pukul 8 malam. Puan Jamilah pulang keseorangan kerana suaminya on call. Dia terpaksa pulang lewat kerana ada beberapa urusan di hospital yang perlu di selesaikan hari ini juga. Mujurlah pihak nursery menerima untuk menempatkan anak-anaknya di sana sehingga malam. Syukur Alhamdulillah. Sekarang, dia perlu bergegas mengambil anak-anaknya di nursery tersebut.

Sebaik sahaja sampai di rumah, Puan Jamilah terus menukar pakaian dan bergegas menyiapkan makan malam untuk anak-anaknya. Makanan hanya di beli di restoran berhampiran hospital memandangkan dia tidak mempunyai masa untuk memasak. Kalau nak masak jugak, alamatnya tertidurlah anak-anaknya menunggu makanan siap di masak.

Selesai makan, Puan Jamilah duduk bersama-sama anak-anaknya di ruang tamu untuk membantu anak-anaknya menyiapkan kerja sekolah sambil dia sendiri menyiapkan research proposal yang perlu dihantarnya minggu depan. Mujurlah anak-anaknya tidak banyak ragam malam ini. Bolehlah dia menumpukan perhatian untuk membuat research proposal seterusnya menghabiskan pembacaan tentang topik yang dibincangkan di dalam lecture 2 hari lepas. Lebih 100 muka surat lagi yang masih belum dibaca.





Sedang dia sibuk menaip research proposalnya,tiba-tiba dia teringat yang pakaian masih belum di basuh lagi. Lantas Puan Jamilah meninggalkan laptopnya tanpa di"shut down" dan bergegas untuk membasuh pakaian. Kedengaran suara anak-anaknya bertengkar berebutkan sesuatu. Puan Jamilah lantas melaung dari bilik air. "Kak Long, beralah la sikit ngan adik tu. Kak Long kan dah besar". Namun, suara anak-anaknya masih lagi kedengaran.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi sesuatu jatuh dari tempat tinggi. Dengan hati yang diasak kerisauan yang amat lantas Puan Jamilah bergegas ke ruang tamu. Bagaikan tidak percaya Puan Jamilah apabila melihat laptopnya terjatuh dari meja kerjanya. Kelihatan skrin laptopnya pecah. Mujurlah anak-anaknya tiada yang tercedera. Namun, memikirkan keringat yang ditumpahkannya untuk membuat sebahagian research proposalnya selama sejam tadi sia-sia sahaja ditambah pula letih yang digalas sepanjang hari di hospital, hatinya diasak kemarahan.




“Kak Long buat,Kak Long buat!” kata anak bongsunya yang berumur 4 tahun.

Anak perempuannya yang sulung tersengih sambil meminta maaf. "Kak Long tak sengaja Ummi,"

Antara marah yang bersangatan dan sayang kepada anak yang tidak bersyarat, Puan Jamilah hanya mampu melepaskan satu keluhan yang sangat dalam untuk membuang segala tekanan.

Marahlah anak.

Tetapi JANGAN SAMPAI MELABELNYA...

“Bodoh! Degil! Kamu memang macam itu!”

Semua label, adalah kesimpulan kita tentang seorang anak. Apabila kita membuat kesimpulan, bererti kita telah memuktamadkan siapa anak kita. Kesimpulan itu menjadi doa. Hodohnya bahasa seorang bapa atau ibu jika yang didoakannya adalah kebodohan, kedegilan dan kenakalan si anak.

Puan Jamilah mengurut dada, merenung tajam anak-anaknya dan mengekang lidah daripada menyebut apa-apa. Ketakutan anak-anaknya melihat renungan tajam ibunya, sudah memadai untuk malam itu. Nasib baik lah suaminya tidak membawa laptop ke hospital hari ini. Boleh lah dia meminjamnya sebentar. Puan Jamilah lantas mencabut pendrive yang masih lagi melekat pada laptopnya dan menyimpan laptop tersebut di bilik. Laptop itu perlu dibaiki secepat mungkin untuk mengelakkan kerjanya tergendala.

"Dah, semua pergi masuk tidur. Nanti susah nak bangun awal pagi" Puan Jamilah mengendurkan kemarahannya lantas tersenyum. Anak-anaknya akur lantas masuk ke bilik tidur. Puan Jamilah terus menyiapkan basuhan kainnya yang tergendala sebentar tadi. Selepas ini bawang, cili, sayur-sayur perlu di potong untuk membuat mee hoon goreng untuk sarapan pagi esok. Pakaian sekolah anak-anak perlu digosok memandangkan suaminya tiada di rumah untuk membantunya. Al-Quran yang telah dihafaznya masih belum diulang lagi untuk hari ini. Dan akhirnya tenaganya hanya tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja untuk menyambung research proposalnya yang tertangguh dan membaca nota lecture sebanyak mana yang termampu. Moga-moga keringatnya sebagai hamba Allah,isteri, ibu dan doktor dipandang sebagai amalan mulia oleh Allah kerana dia telah memilih jalan ini. Jalan untuk menyumbang kepada umat Islam dalam bidang PERUBATAN....

****************************************

Cerita di atas adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan mereka yang telah hidup atau mati. Namun, kisah yang saya nukilkan ini adalah gabungan pengalaman yang saya dengar, lihat dan baca dari beberapa orang doktor wanita.

Melihat pada kepada kisah di atas, saya kadang-kadang terfikir, betulkah jalan yang telah saya pilih ini? Bersediakah saya untuk menempuh kehidupan sebagai seorang pegawai perubatan kelak? Mungkin sekarang belum terasa peritnya cabaran tersebut. Namun, bila sudah tamat pengajian kelak? bila sudah berkahwin dan ada anak? Mampukah saya mengimbangi masa dan emosi saya untuk kerjaya dan keluarga? Kalau lah sekarang kita masih terleka dan tidak bersedia, mungkin sukar untuk kita tempuhi cabaran tersebut dengan tenang tambahan pula jika kita memilih untuk mendirikan rumahtangga dengan pasangan yang turut bergelar doktor. Kalaulah sekarang kita masih gagal untuk istiqamahkan diri dengan membaca Al-quran, menghadiri kelas tafaqquh, join SC dan sebagainya, agak-agaknya mampukah kita istiqamah di masa hadapan? Tepuk dada tanyalah iman....

Diri kita pada hari esok adalah ditentukan oleh siapa kita pada hari ini. Memang benar, di zaman remaja ini kita banyak terlalai oleh perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Namun, kata Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi: "Seandainya kamu mampu melalui zaman remaja dengan cemerlang, nescaya tiada lagi zaman yang lebih sukar untuk kamu lalui selepas itu,". So, cubalah berusaha untuk menjadikan diri anda MATANG. MATANG dari sudut ilmu. MATANG dari sudut perangai. MATANG dari sudut cara berfikir dan bertindak.

Setakat itu sahaja dari saya. Saja ambil masa sikit untuk menulis sebab kat rumah ni banyak sangat masa kosong. Just sebagai peringatan untuk diri sendiri dan juga sahabat dan sahabiah. Wallahuta'ala A'lam......

-Muhammad Mu'izuddin Bin Azmi

Mr. Muiz GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

4 comments:

Unknown said...

wah.bagus cerita muiz nih.
inshaAllah,
betullah jalan yg anda pilih ini.

ms dr.nisa-to-be said...
This comment has been removed by the author.
nisazaidan said...

teringat dekat pesanan saudara wan hafizi exco tyme forum akademik darjah satu:

"if u think u are making mistake in choosing this way as medical student as ur lilfe path...juz bear in ur mind that allah will never do a mistake to put u here in that path..."

Mr. Muiz said...

betol2... harapnya mcm tu lah... kite kena luaskan skop belajar.. bukan setakat belajar ikut bku medik jer, tp bljr jugak ttg kehidupan.. jgn jd org yg cemerlang medik, tp dungu dlm bab living skills...