Friday, December 10, 2010

Gagalkah kamu??


Result exam yang terpampang di papan kenyataan amat mengecewakan Nurul. Ternyata dia gagal dalam 2 subjek dan terpaksa menempuhi dur thani. Hakikat ini amat pahit ditelan memandangkan hatinya melonjak- lonjak ingin pulang ke Malaysia secepat mungkin bagi mengubat kerinduan terhadap keluarga.

"Kenapa aku gagal??? Aku dah berusaha dengan gigih. Aku tak pernah tidur dalam kelas. Qiyamullail dan solat hajat tak pernah miss walau sehari. Setiap hari aku study sampai lewat malam. Tapi kenapa aku tetap gagal?? Ya Allah, hina sangatkah aku pada pandanganMu?? Apa salah aku padaMu?" rintih nurul.

  • ANALOGI LEMBU
"Maaf ye mak lembu. Hari ni saya nak ambik anak kamu untuk buat lauk," kata seorang penternak lembu kepada salah seekor lembu betina kepunyaannya. Si lembu yang tidak mengerti bahasa manusia itu terkebil- kebil memerhatikan gelagat tuannya.

Persoalan yang ingin saya tanyakan di sini, perlukah penternak lembu tersebut meminta izin ibu lembu untuk menyembelih anaknya? Sudah tentu tidak. Lembu- lembu yang diternak adalah miliknya. Penternak tersebut berhak menyembelih mana- mana lembu yang diingininya tanpa perlu meminta izin dari sesiapa pun. Begitulah perumpamaan kita sebagai hamba Allah. Allah berhak mengambil apa sahaja daripada kita tanpa perlu meminta izin terlebih dahulu. Apa sahaja ujian yang Allah timpakan kepada kita bukanlah bertujuan menzalimi bahkan bertujuan untuk mentarbiah kita lebih matang dalam mengharungi ranjau kehidupan ini.

Adalah amat malang seandainya seseorang itu memandang bahawa Allah itu zalim jika dia telah berusaha dengan keras, berdoa, bersolat hajat dan sebagainya tetapi Allah masih tidak mengurniakan kejayaan kepadanya. Kita perlu memahami konsep hamba. Pada hamba tiada apa- apa melainkan melaksanakan tuntutan Tuhannya. Bukanlah saya maksudkan di sini bahawa kita tidak perlu berusaha, tapi perlulah kita meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah dan redha dengan taqdir yang telah ditetapkanNya. Usaha adalah kewajipan kita, mengurniakan kejayaan adalah tugas Allah.

Firman Allah:
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka"

  • 'IBRAH DARI AYAT- AYAT CINTA
Entah kenapa saya terasa ingin menonton semula cerita "Ayat- Ayat Cinta" baru-baru ini. Saya amat tertarik dengan adegan di mana Fahri dipenjarakan atas tuduhan merogol seorang gadis Mesir bernama Noura. Tidakkah pelik seandainya seorang lelaki yang begitu thiqah, begitu menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan serta taat dan patuh pada tuntutan agama dituduh dengan tuduhan sekeji itu? Tambahan pula pada masa itu isterinya baru sahaja disahkan mengandung. Malah, pihak universiti Al Azhar pula menghimpitnya dengan membuangnya dari pengajian. Hati mana yang tidak remuk bila ditimpa musibah sedemikian rupa?

"Apa dosa aku pada Allah?" rintih Fahri dalam kekecewaan.

Namun, perkataan teman sepenjara Fahri benar-benar menampar pipi saya. Saya termenung sebentar memikirkan kebenaran kata-katanya.

"Sabar! Allah sedang berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas. Sabar dan ikhlas itulah Islam.

Ya... Silap Fahri adalah dengan menyangka dirinya begitu suci dan mentaati perintah Allah, dia tidak sepatutnya ditimpa dengan tuduhan sebusuk itu. Dia menyangka 'kethiqahannya' telah meletakkannya ditempat yang tinggi, dekat dengan Allah dan jauh dari dosa dan noda. Tidak sama sekali! Sedangkan Rasulullah yang menjadi Habibullah juga turut diuuji dengan fitnah-fitnah yang lebih berat. Sudah lumrah pejuang agama, fitnah dan mehnah menjadi pendamping setia.

Oleh itu wahai sahabat dan sahabiah, usahlah bersedih andai kegagalan menjadi taqdir anda. Kata bijak pandai inggeris, "The true failure is when you STOP TRYING". Jangan pula kita meletakkan tawakkal dihadapan dan usaha dibelakang. Ingatlah bahawa Allah Maha Adil. Yakinlah bahawa sesiapa yang berusaha, pasti kejayaan mengiringi dengan izin Allah.

Saya berikan perumpamaan. Seorang petani cina, yang bangun diawal pagi, pergi ke kebun dan menjaga tanamannya dengan baik. Baja diberikan secukupnya, air disiram mengikut sukatan yang sesuai, ditambah pula dengan binaan saliran air yang mantap. Berbeza pula dengan seorang petani muslim, pergi ke kebun lewat pagi. Baja tanaman dibeli yang paling murah, air disiram sambil lewa, malah sistem saliran air tidak dibina langsung. Namun, petani muslim ini rajin bersolat, membaca Al- Quran dan sentiasa mengerjakan qiyamullail. Rasa-rasa anda, tanaman siapakah yang subur? Secara logiknya, sudah tentu tanaman lelaki cina itu bukan? Sunnatullah menyatakan bahawa seandainya tanaman dijaga dengan baik, disiram dengan air yang cukup dan dibaja mengikut kuantiti yang sesuai akan tumbuh dengan subur. Seandainya lelaki soleh itu mengabaikan perkara ini, secara logiknya dia berhak mendapat tanaman yang kurang subur walaupun lelaki cina tadi bukan Islam. Allah Maha Adil.

Jadi, berusahalah wahai ikhwah dan akhawat. Saya berharap mereka yang masih leka itu menampar pipi masing-masing dan sedar realiti kita sebagai pelajar perubatan. Bidang ini menuntut komitmen yang tinggi terhadap disiplin diri dalam belajar. Apa yang saya sampaikan adalah peringatan buat diri saya sendiri juga. Sama-samalah kita berusaha agar lebih ramai doktor-doktor muslim yang "benar-benar muslim" dapat dilahirkan.

sekadar perkongsian,
Muhammad Mu'izuddin bin Azmi
Mr. Muiz GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

4 comments:

afnan fakhrurazi said...

nasihat berguna, same2 mempraktikkan dlm kehidupan..

Unknown said...

ok pipi telah ditampar.
terima kasih.

Anonymous said...

die wat bende nh kt umah ak..ye ye la sorok..ak dh bce sblm ko pos lg..

atiqah said...

insaf~~~