Tuesday, May 10, 2011

Bulan Mei Bulan Lima


Assalamualaikumwrahmatullah
Syukur ke hadrat Allah Taala atas limpah dan kurnia kita dapat masih terus bernafas menikmati dua nikmat terbesar yakni nikmat Islam dan Iman.

Bulan Mei menyaksikan peristiwa penting yang akan menentukan masa depan batch kita, Gen 09 dengan adanya proses Pilihan Raya Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Batch. Kami Jawatankuasa Batch sangat optimis betapa rakan-rakan pasti dapat membuat pilihan yang bijak dengan melihat jauh ke hadapan lantas menampakkan keberhasilan tarbiah yang kita peroleh sepanjang tahun 2 yang penuh dengan cabaran.

Namun sebagaimana lazim kita sebagai umat Islam yang disebut khaira ummah, dan manusia secara umum sebagai khalifah tentulah cabaran itu tidak akan terhenti hatta selepas mati. Ujian itu datang bertimpa-timpa kerana kasihnya Allah kepada Umat-Nya dan sebagai mekanisme penilaian tara iman hamba-Nya. Justeru masalah yang disebut sebagai ujian tidaklah sebesar persoalan yang lebih penting iaitu; apa yang harus kita lakukan untuk menghadapi ujian tersebut?

Berikutan Pilihan Raya yang mendatang, hasil musyawarah Jawatankuasa Pilihan Raya sendiri dan perbincangan melibatkan pelbagai peringkat Jawatankuasa Batch dan Majlis Tertinggi telah menghasilkan mekanisme yang sedikit sebanyak membawa hasrat untuk memperkemas dan mendidik diri kita semua mengenali sistem dan pelaksanaan pilihan raya yang telus, adil dan saksama. Juga tidak ketinggalan hadaf yang menunjangi pilihan raya iaitu mentaklifkan seseorang berlandaskan kemampuan, kebolehan dan kewibawaan. Tidak dilupa tugas kita sebagai pengundi yang akan bertanggungjawab atas pilihan kita dengan memberikan undian yang bertepatan dan sokongan padu bukan ketika kempen sahaja malah sepanjang tempoh perkhidmatan.

Tahun 3 yang menanti kita tahun depan cukup terkenal sebagai tahun paling mencabar dalam era pra-klinikal. Kepada pimpinan yang bakal ditaklifkan tentulah lebih-lebih lagi terasa cabarannya. Merujuk kepada 2 artikel yang berikut , ada 2 perkara penting yang kita lihat bertepatan dalam konsep memilih pemimpin,

1)Kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (taklif).[1]
2)Orang yang dipilih dibebankan dengan tanggungjawab yang berat dan oleh itu, tidak wajar kita menzalimi seseorang yang kita tahu tidak mampu tetapi oleh kerana suka dan hormat, kita meletakkan tanggungjawab tersebut ke atas bahunya. Itu bukan ‘suka’ atau ‘hormat’ pada seseorang. Sebaliknya ianya sesuatu penganiayaan. Namun, lebih zalim lagi, setelah kita membebannya dengan tanggungjawab sebegitu berat, kita tidak pula membantunya.[2]


Minta maaf sebab mengambil contoh dari parti politik, namun yang lebih penting ialah inti pati dan maklumat yang didasarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Dengan yang demikianlah, tarbiah akan memberi makna yang lebih besar bukan sekadar untuk diri kita malahan untuk lingkungan yang lebih luas.

Kami Jawatankuasa Batch 2010/2011 mengambil kesempatan menyusun 10 jari atas segala salah silap dan mengucapkan selamat mengundi kepada semua.

Sekian.

Jawatankuasa Batch 2010/2011



mmmhafizen GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

3 comments:

Anonymous said...

ehh..kembar ke unit tugas2 khas tu..??

Anonymous said...

wah stylo giler rambot...mcm elvis presley la!!

Anonymous said...

wahhh..x sangke ad kembar..
serupa k??