Monday, May 5, 2014

[JPR '14] SYARAT & PERATURAN PENCALONAN



INFOGRAFIK SYARAT & PERATURAN PENCALONAN



Contoh Borang Pencalonan (Borang siswa sama sahaja dengan borang siswi)




1) Semua ahli GEN09 (termasuk ahli bersekutu) kecuali anggota Jawatankuasa Pilihanraya (JPR) layak menamakan calon mengikut kehendak masing-masing.
2) Setiap individu hanya dibenarkan untuk mengisi SATU borang sahaja.
3) Hanya nama yang tersenarai sahaja layak dicalonkan.
4) Calon yang dicadangkan mestilah:
  • Tidak terlibat dalam politik wang
  • Tidak terlibat dalam kes khalwat atau zina
  • Tidak mengambil dadah
  • Tidak minum arak
  • Tidak terlibat dengan sebarang ajaran sesat
  • Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan atau aktiviti yang menyalahi etika seorang pelajar Muslim.

5) Untuk Siswa: Hanya boleh mencalonkan nama bagi jawatan berikut:
  • Ketua Batch (Lelaki)
  • Timbalan Ketua Batch I (Lelaki)         
  • Timbalan Ketua Batch II (Perempuan)
  • Setiausaha (Lelaki)
  • Bendahari (Lelaki)
  • Lima AJK (Lelaki)


6) Untuk Siswi: Hanya boleh mencalonkan nama bagi jawatan berikut:
  • Ketua Batch (Lelaki)               
  • Timbalan Ketua Batch I (Lelaki)
  • Timbalan Ketua Batch II (Perempuan)
  • Timbalan Setiausaha (Perempuan)
  • Timbalan Bendahari (Perempuan)
  • Lima AJK (Perempuan)


7) Pencalonan hanya boleh dilakukan di lokasi yang dinyatakan.

8) Penyerahan borang pencalonan akan ditolak setelah tamat waktu yang ditetapkan (Hari Pencalonan)
9) Segala keputusan yang dikeluarkan oleh pihak JPR adalah muktamad. Sebarang surat menyurat, SMS atau panggilan tidak akan dilayan. 
aisyah GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: