Tuesday, March 11, 2014

KERANA MASAKU BEGITU BERHARGA



KERANA MASAKU BEGITU BERHARGA

 Tangan menekan pantas papan keyboard . satu demi satu website dibuka . tab youtube silih berganti . habis satu cerita , cerita lain pula dilayan .masa terus berjalan , namun perasaan untuk men'delay 'kan niat untuk study mengatasi segalanya . lalu , masa yang ada berlalu begitu sahaja .


 senario yang common kan ? ye lah , berlaku kat diri sendiri . mmg senang nk bg example . macam mana kita menghabiskan masa yang ada .Adakah berlalu begitu sahaja tanpa sebarang manfaat , atau masa kita gunakan untuk memberi manfaat kepada diri dan orang lain ? Tepuk dada tanya diri .

 "Dari Ibnu Abbas ,berkata Rasullah SAW : dua nikmat yang sering memperdayakan manusia iaitu nikmat sihat dan masa lapang ." HR BUKHARI . 

 Kepala mengangguk tanda setuju . seringkali diri ini jatuh ke lembah tipu daya masa lapang .Bila tersedar dari kealpaan , muhasabah sebentar . kemudian buat lagi . *rasa nak sekeh diri sendiri .

 Rasullah pernah bersabda : "tidak akan bergerak dua kaki seorang hamba pada hari kiamat kecuali selepas ditanya 4 perkara : tentang umurnya,untuk apa dihabiskan ,tentang masa mudanya,bagaimana dia melewatinya ,tentang hartanya ,dari mana dia mendapatnya dan kemana ia membelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dilakukan dengannya " .

 Pemuda pucuk pimpinan agama dan bangsa . bagaimana mereka melewati umur yang semakin meningkat dan bergerak ke alam dewasa , pernahkah kita terfikir "adakah aku telah mengarahkan layar hidupku ke arah matlamat akhirat ? renungkan .. “letakkan akhirat di depanmu dan dunia di bawah dagumu “ .


Pernah lihat kata-kata seorang sahabat (bukan kata-kata asal 100% ) ,
Baca buku medik, rasa susah tinggalkan.
Baca buku ilmiah , rasa berat tinggalkan.
Main dota dan games, susah lagi usaha dan menjadi pro .
Kan best kalau kita boleh letakkan ‘passion ‘ dalam sesuatu kerja itu untuk belajar dan menimba ilmu kerana Allah , pasti lebih semangat . Ayuh sama-sama usaha .

Wallahu'alam
Wahdaty Najihah
fatinnur GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: