No. Rujukan : GEN09 01/01/05-X 04/2013/14(11)
Tarikh : 17/7/2013
Bismillahirrahmanirrahim.
Setinggi-tinggi kesyukuran ke
hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat juga kita menghabiskan tahun pengajian
yang keempat ini dengan jayanya, dan terus berdoa agar usaha kita pada tahun
ini akan diakhiri dengan keputusan yang cemerlang sekaligus bersama-sama
kembali menyambung perjuangan di bumi yang bertuah ini pada sesi mendatang.
InshaAllah…
Setelah berlaku perbincangan dengan Majlis Tertinggi dan Ahli
Jawatankuasa yang baru, di sini ingin saya mengumumkan AJK yang telah dilantik
berserta bidang tugas yang telah diamanahkan:-
Unit
Akademik
Zubair Bin Jamil
Siti Nubani Binti Md Hassan
Unit
Pembangunan Insan
Harsyafiq Razazwan Bin Abdul Haris
Noor Amalina Binti Abdul Rahman
Unit
Kebajikan
Amir Fikri Bin Zulhlmi
Mastura Binti Bukhari
Unit
Aktiviti
Muhammad Hanif Imran Bin Muhammad Ariff’
Fadhillah
Naqiyan Anis Binti Abdul Rahim
Unit
Tugas Khas
Ammar Hamzah Bin Mohd Hanim
Badriyyah Binti Husin
Dengan perlantikan
yang telah diamanahkan ini, semoga kalian yang telah dilantik
bersedia dan bersemangat untuk memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
Saya berharap kalian dapat memandu batch kearah yang lebih baik dan sentiasa
menjaga kepentingan ahli dari segenap aspek. Saya juga berharap agar
warga gen09 dapat berkerjasama demi membawa batch kita ke arah yang lebih baik
bak kata pepatah “bersatu teguh, bercerai roboh”. Oleh itu, mulai detik ini
bolehlah kiranya jika ingin mengadu sebarang masalah mahupun pertanyaan kepada
Unit yang berkaitan.
Di
kesempatan ini juga, ingin saya mengucapkan selamat bercuti, berpuasa dan
berhari raya di samping orang yang tersayang. Bagi yang masih berada di Mesir,
diingatkan kembali untuk menjaga diri dan menjauhkan diri daripada
tempat-tempat yang boleh mengundang sebarang malapetaka yang tidak diingini.
Nauzubillah…
Wallahu a’lam.
Yang menjalankan tugas,
MUHAMMAD IKRAM BIN SHAHROM
Ketua Batch
Jawatankuasa Gen09 2013/2014
No comments:
Post a Comment